Tuesday, December 27, 2011

Kisah Bulan December

Assalamualaikum...

Entri ini ditulis ketika di pejabat. Oleh kerana minggu ini adalah minggu hari natal dan tahun baru maka kerja saya di pejabat tersangat la kurang. Sebab itulah saya ada sedikit masa berpoya-poya di pejabat, huhu. Hari ni saya banyak membaca blog, dah lama tak mebaca blog buat saya rindu zaman kurang sibuk. Benarlah antara nikmat yang selalu kita lupa adalah nikmat lapang.


Oda was here, huhu (^_^)
Di pantai Cherating, menikmati permandangan pantai di pagi hari adalah sangat best

Saya selalu cakap saya memerlukan cuti kan, huhu akhirnya saya dapat bercuti sebelum tahun 2011 berakhir. Saya baru sahaja kembali dari bercuti di Kuala Terengganu dan Kemaman. Nampaknya tahun ini adalah tahun melawat Terengganu buat saya. Awal tahun ini saya sudah berjalan-jalan di Terengganu dan saya mengunjungi tempat yang sama juga kali ini. Percutian ke Kuala Terengganu kali ini adalah sangat padat dan memenatkan tapi saya memperolehi beberapa pengalaman baru yang menyeronokkan. Siapa yang sukakan air silalah ke Kuala Terengganu, memang sesuai dengan jolokkan namanya 'Bandaraya Persisir Air' sebab di mana-mana pun ada pantai atau sungai (kalau korang pergi kesana korang akan faham maksud saya ni).

Minggu lepas adalah minggu mendebarkan buat saya kerana perbentangan projek satu saya. Alhamdulillah saya berjaya melalui nya dengan lancar. Satu fasa sudah habis, saya selangkah menghampiri matlamat. Saya kembali sibuk minggu ini dengan tugasan dan pembetulan projek. Peperiksaan akhir pula bakal menyusul selepas ini, doakan saya dipermudahkan laluan dalam menimba ilmu dan menerima ijazah sarjana. Sesungguhnya jalan ini tidaklah mudah tetapi tidaklah begitu sukar juga. Walaupun sukar tapi kepuasan yang saya dapat apabila berakhirnya satu semester itu sangatlah tidak ternilai, seronok bila kita nampak hasil penat lelah sepanjang semester.



Alhamdulillah juga kerana Allah menenangkan hati disaat-saat kritikal ini, saya redha dengan semua ketetapanNya buat saya. Kita tak tahu apa rencanaNya buat kita maka haruslah redha, kalau tak redha pun apa boleh kita buat, bersedih dan menyesal dengan perkara lalu tak berguna. Dua hari yang lepas sepupu saya kehilangan anak, kandungan baru berusia enam bulan yang dilahirkan hanya sempat bernafas di dunia selama sehari lebih, Allah lebih menyanyanginya. Ini adalah anak kedua mereka, yang pertama gugur pada usia kandungan baru lima bulan. Sesungguhnya ujian mereka sungguh besar dan saya kagum dengan ketabahan sepupu saya itu.

"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah."

Pinjam kata-kata Heliza dari filem Syurga Cinta yang saya rasa penulis skripnya ambil dari sumber lain juga. Kepada yang sedang diuji Allah, tak kira apa pun ujiannya, semoga kita semua sabar menunggu pelangi. Sesungguhnya ujian itu tanda kasihNya kepada kita (^_^).

p/s: Panjang berjela-jela entri kali ini kan, harap korang tak bosan membaca.

Saturday, December 17, 2011

Mek Mulung Cahaya Bulan

Assalamualaikum...

Tiba-tiba saya rajin nak menulis blog kan, hehe. Sebenarnya nak bercerita tentang Teater Mek Mulung Cahaya Bulan yang saya tonton semalam di Auditorium DBKL. Saya jatuh cinta dengan Mak Yong lepas tonton persembahan Mak Yong oleh Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP) bulan Julai lalu di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) bersama dengan Along dan Rozila. Jadi apabila dapat tahu yang diaorang akan buat Teater Mek Mulung Cahaya Bulan ni saya tak lepaskan peluang nak menonton lagi.



Lepas tonton teater ni semalam baru tahu yang Teater Mek Mulung ni berbeza dengan Mak Yong, saya ingatkan ini persembahan Mak Yong tapi rupanya lain. Mek Mulung berasal dari Kedah dan menggunakan bahasa Kedah. Walaupun berlainan tapi cara persembahan dan beberapa aspek adalah lebih kurang sama dengan Mak Yong. KSPP bawa sedikit perubahan dalam persembahan Mak Yong dan Mek Mulung ni dengan menambahkan elemen moden dalam persembahan. Kalau korang ada masa hari ni dan esok pergi la tengok di Auditorium DBKL, ticket ada banyak lagi rasanya tak terjual. Memang berbaloi sebab korang pasti terhibur. Kita dapat tengok betapa kayanya budaya kita, tarian, nyanyian dan bahasa sangat la indah. Lagu dan suara pelakon semua sangatlah merdu.

Mek Mulung Cahaya Bulan
Date: 16th December 2011 (Friday), 17th December 2011 (Saturday), 18th December 2011 (Sunday)
Time: 8.30pm
Venue: Auditorium Bandaraya Kuala Lumpur
Tickets: RM20, RM30, RM40
Website: www.ticket2u.biz

Salah satu yang buat saya nak sangat tonton adalah kerana Nabil pun adalah salah seorang pelakon dalam teater ni, dan dia memang tak mengecewakan dengan lawak yang sangat kelakar. Keseluruh teater ini memang kelakar, korang tak akan berhenti ketawa sepanjang cerita. Cerita dalam teater Mak Yong dan Mek Mulung adalah cerita-cerita rakyat dan ada elemen hindu sedikit. Harap KSPP akan buat banyak lagi persembahan seperti ni, saya sangat suka, huhu. Ok la saya habiskan disini la ek, saya tak reti nak cerita lebih lanjut pasal teater ni. Kalau nak tahu lebih pasal ni sila la Google ek.

p/s: Saya ingat Mek Mulung Cahaya Bulan ni dari Kelantan disebabkan nama Cahaya Bulan tu, huhu.

Wednesday, December 14, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Saya kesibukkan yang amat menyiapkan report untuk projek satu saya, alhamdulillah akhirnya berjaya siapkan jugak hari ni. Minggu depan ada presentation untuk projek ni pulak, cuak la jugak tapi insyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik doakan saya semoga berjaya sampai ke akhir perjalanan belajar saya ni ek.




Saya sebenarnya mahu menulis panjang lagi tapi dah lewat dan saya amat mengantuk. Ingatnya nak tidur awal malam ni tapi biasa la bila dah habis satu kerja tu banyak la aktiviti kegemaran yang saya nak buat padahal assignment belambak lagi tak buat, huhu. Kalau tengok tahap kemalasan menulis blog sekarang ni nampak gayanya entri seterusnya di tahun baru la, harapnya ini bukan entri terakhir saya tahun ni ek. Ok la semoga jumpa lagi di entri seterusnya.

p/s: Mood sangat gembira baru siap report. sapat la tidur lena malam nih, huhu.

Thursday, December 1, 2011

Entri yang muram

Assalamualaikum...

(Amaran: Entri ni lebih kurang je dengan entri saya yang sebelum ni jadi kalo korang rasa bosan sila la tutup window ni ek).

Maaf atas entri yang agak muram sekali lagi. Saya agak tertekan dua tiga minggu ni kerana berbagai perkara. Seperti entri sebelum ini, saya masih melankoli kerana ujian kecil yang melanda.


Saya tau saya mengulangi kembali entri sebelum ini tapi saya sangat rasa mahu menulis. Berharap dapat menenangkan hati sedikit, korang mesti dah bosan baca blog ni kan. Semoga Allah beri saya kekuatan menghadapi ujian ini, InsyaAllah. Saya memerlukan kata-kata perangsang sekarang, jadi kena sentiasa mempositifkan diri. Nak sedapkan hati jom kita dengar lagu Kehidupan nyanyian Inteam dan Nazrey Johani



Kehidupan oleh Inteam dan Nazrey

Seperti lagu atas ni, semoga kabus yang melanda saya ini cepat berlalu. InsyaAllah selepas susah ada kesenangan. Doakan saya dapat melepasi ujian ini, dan redha dengan apa sahaja yang berlaku ek.

p/s: Saya malas nak pergi kerja, kan best kalo jadi cekgu leh cuti sebulan, haihhh.

Thursday, November 24, 2011

Ujian Lagi

Assalamualaikum...

Salam lama tak bersua dari saya, semoga kehidupan kamu semua baik-baik saja. Saya menulis dalam keadaan melankoli hari ini, macam biasa selagi tak siap projek selagi itu la saya tak tenang. Nasib baik juga hujung tahun ni kerja sangat kurang di office saya, maklumlah kat negeri-negeri atas angin tu semuanya dah mula musim perayaan jadi diaorang semua pun dalam mood cuti. Wawawa, saya pun mau bercuti lagi.



Seminggu dua ni saya agak melankoli dan sedih sedikit kerana sesuatu. Saya anggap apa yang berlaku adalah ujian Allah buat saya. Ujian diberi tandanya Allah sayangkan kita, Allah tak akan beri kita ujian yang tak mampu kita hadapi jadi saya sentiasa berdoa semoga hati saya redha. Dan yang sebenarnya, ujian ini bukan apa-apa pun tapi saya pertama kali melalui ujian begini jadi perasaan saya boleh dikatakan kurang baik. Bila difikirkan balik, apa la sangat ujian yang saya terima ini berbanding berjuta-juta lagi orang di luar sana kan.

"Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi dari kamu; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah" - (Riwayat Muslim)

Bila membaca hadis kat atas ni saya insaf sendiri, walaupun saya jarang mengeluh dengan kehidupan saya sendiri tapi saya kadang-kadang terlintas juga cemburu dengan mereka yang jauh berjaya dalam hidup. Padahal saya rasa saya sudah cukup bertuah kerana sepanjang hidup saya tak pernah melalui hidup susah. Perjalanan hidup saya diatur tuhan dengan begitu lancar, saya belajar di sekolah dan universiti yang baik (UTM yang best, cewahh). Selepas habis belajar Allah murahkan rezeki saya bekerja di tempat yang baik juga, walaupun kadang-kadang ada tak puas hatinya tapi tu biasa la kan. Saya juga dikelilingi oleh keluarga, sahabat dan kawan-kawan yang baik yang sentiasa ada bila saya perlukan mereka. Paling saya bersyukur, kehidupan saya dilindungi Allah dari terjebak ke jalan yang salah, kerana saya tak tahu sekuat mana iman saya menahan godaan.

"Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya," - (Riwayat al-Bukhari).

Kenapa kita tak pernah merasa cukup? Terlampau leka memandang ke atas, maka kita tak nampak segala nikmat Allah kepada kita. Dah banyak kali saya menulis tentang nikmat ni tapi saya sering lupa juga. Jadi konklusinya, mengapa saya perlu bersedih dengan ujian kecil ini. Segala aturan Allah buat saya ada hikmahnya kerana Dia yang tau apa yang terbaik buat kita. Kita hendaklah sentiasa ingat yang semua nikmat itu adalah dariNya, kalau Dia boleh beri maka Dia juga berhak untuk tarik balik nikmat itu. Jadi jom kita sentiasa berterima kasih dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Ya Allah, terima kasih atas nikmat dan kasih sayangMu kepada hambaMu ini. Alhamdulillah bila saya mula ingatkan diri, saya hati saya tenang sedikit.

p/s: Ni melankoli orang yang ada project report kena siapkan tapi malas melampau nak mula menulis report tapi menulis blog rajin pulak, cessss.

Tuesday, November 15, 2011

Post Raya Haji Syndrome

Assalamualaikum...

Selamat kembali bekerja kepada saya, selepas sepuluh hari bercuti saya amat malas mahu bergerak ke pejabat semalam. Ditambah pulak dengan urusan road tax saya belum selesai, saya bergerak secara haram semalam kerana road tax saya expired sabtu lepas tapi hanya dapat renew road tax itu semalam kerana insurans kereta saya baru active (semuanya sebab saya salah letak date masa renew insurans hari tu, haihh).


Tapi siapa sangka semalam saya bekerja dengan agak seronok, mungkin sebab lama tinggal keje jadi saya jadi semangat sikit membuat kerja dan melekakan saya dari memikirkan beberapa perkara yang buat saya stress kembali dari cuti ni. Macam biasa la kan, banyak sangat perkara tertangguh yang memerlukan perhatian saya sekarang jadi saya ambil keputusan nak buat semua satu-satu, one step at a time. Kalau saya pening-pening kepala membuat semua kerja satu masa maknanya saya akan sakit jiwa nanti kerana tertekan, hahaha. Semoga saya dapat siapkan semua kerja tertangguh saya sebelum tahun 2011 berakhir, InsyaAllah.



One Step at a Time - Jodin Sparks

Tadi saya perasan yang ini adalah entri blog saya yang ke 333, waa tak sangka dah banyak entri blog ni kan. Teringat zaman mula menulis blog ni, ingatkan hangat-hangat tahi ayam je. Mula menulis masa zaman membuat projek akhir degree, masa tu pun asyik stress dengan projek macam sekarang gak, hehe. Kalau ikut tahun umur blog ni dah 6 tahun, kalau budak ni tahun depan dah masuk sekolah dah, huhu. Emm cakap pasal sekolah ni, nak bagitau kat mak ayah yang ada anak lahir pada tarikh 1 Januari sila masukkan anak anda ke sekolah setahun awal ok. Sebabnya semua kanak-kanak yang lahir 1 Januari mula bersekolah darjah 1 pada umur 6 tahun, kalau korang daftar dia masa umur 7 tahun dia akan terus dimasukkan ke darjah 2. Saya dah tau lama pasal ni, ingatkan boleh pilih tapi tadi Along cakap kalo lambat daftar memang akan masuk darjah 2 terus, kat sekolah dia ada kes ni yang jadi, kesian pulak kat budak tu terpaksa skip darjah 1.

Itu la cerita saya selepas raya haji, rasa macam lemau jek mungkin sebab banyak sangat makan daging kot, huhu. Macam biasa, saya dah mula merepek dan lari dari topik jadi kena la berhenti kat sini ek. Untuk blog saya, Ima Wo Ikiru, Happy 333 Entry (^_^).

p/s: Semua orang sibuk dengan tarikh 11.11.11 (nak jugak mentioned pasal tarikh ni ek) tak ada signifikasi sangat tarikh tu dengan saya kecuali ia tarikh terakhir sebelum road tax saya mati, huhu.

Friday, November 4, 2011

Salam AidilAdha

Assalamualaikum...

Salam AidilAdha buat semua, saya bercuti panjang untuk hari raya haji kali ini. Cuti yang lama saya nanti-nantikan sebab dah lama saya tak bercuti panjang. Saya memang memerlukan cuti ini, dengan bermacam komitmen yang saya ada sepanjang semester baru ini saya sangatlah stress. Tapi agaknya korang pun mesti dah tau kan, semua entri blog asyik cerita pasal stress je kan. Saya melalui hari yang stress tapi sedang berbunga-bunga (huhu, sabar je la ek).



Harapan saya balik kali ni boleh la berjumpa dengan kawan-kawan lama semua. Nak rehatkan minda tanpa memikirkan hal kerja dan kelas, huhu tak sabar saya mahu balik kampung. Macam-macam perancangan dalam kepala saya apa nak buat kat kampung nanti, over je kan macam dia sorang je yang balik kampung. (^_^)

Ok la saya sangat seronok sampai tak ada idea nak tulis apa dah. Semoga hari raya korang semua pun seronok jugak ek. Saya pohon ampun andai ada salah silap yang telah saya lakukan dalam sedar mahupun tak sedar. Selamat Hari Raya AidilAdha semua.

p/s: Balik raya nanti semua bawak kereta hati-hati ok. Seronok pun seronok jugak tapi jangan lupa orang yang tersayang yang menunggu kita.

Sunday, October 23, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Selepas minggu yang memenatkan sebelum ini saya melalui minggu yang membahagiakan, huhu. Menerima beberapa berita yang menggembirakan minggu lepas, syukur Alhamdulillah. Inilah namanya hidup kan, kita melalui pelbagai fasa, tak semestinya sentiasa dilanda kesusahan dan kesulitan. (^_^)

"KESUSAHAN & KESULITAN adalah laksana MUSIM DINGIN, BASAH DAN LEMBAB tidak disukai insan. Tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh BUNGA-BUNGA yang harum dan BUAH-BUAHAN yang subur.. "

Berita paling mengujakan adalah tajuk proposal saya telah diterima, Alhamdulillah dan saya juga mendapat penyelia yang saya inginkan. Cabaran kedua dalam projek saya baru bermula, InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya ok. Kalau semua orang boleh, saya pun boleh kan. Satu lagi saya juga menerima permintaan yang mungkin paling penting dalam hidup saya. Masih dalam proses memikirkan dan belum membuat apa-apa keputusan lagi. Semoga saya diberi petunjuk olehNya dalam urusan yang satu ini.



Doa Seorang Kekasih - Inteam

Apa-apa pun, mesti dahulukan perkara yang penting kan. Harapnya saya tak akan hilang fokus dan melupakan perkara yang lebih penting, banyak perkara perlukan perhatian saya sekarang. Raya haji dah makin dekat, saya sangat tak sabar mahu pulang ke kampung dan berehat-rehat. Ok la saya harap minggu baru yang bakal tiba lebih bermakna untuk korang dan saya ek. Kepada cik Suhaina dan Nuha, thanks for the sweet moment, you guys are simply the best. (^_^)

p/s: Saya dalam mood jiwang, huhu (@_@)..

Wednesday, October 19, 2011

Oda yang Bosan (@_@)

Assalamualaikum...

Apa khabar kawan-kawan semua, harap korang semua baik-baik sahaja. Saya sebenarnya tak mahu menulis entri blog pun tapi tengah-tengah buat assignment ni rasa serabut lak jadi saya menulis untuk menghilangkan kepeningan kepala ini. Maaf la kalau entri ni entah apa-apa sikit ek.


Pelbagai perkara berlaku dalam hidup saya dua tiga minggu ni. Saya baru lepas siap menghantar proposal projek sabtu lepas, Alhamdulillah siap jugak akhirnya. Proses menulis dan menyiapkan proposal itu agak memeritkan jugak la, jadi bila akhirnya siap saya sangat-sangat lega. Bukan nak takutkan korang tapi kalau korang nak sambung belajar siap bersiap sedia ok. Awal-awal belajar sangat seronok tapi bila dan masuk tahun akhir keperitan tu mulai terasa. Harapnya saya dapat mengharungi cabaran ini dengan tabahnya, InsyaAllah.

Walau perit mana pun jalan ini saya tahu ramai dibelakang saya, yang pasti Allah tetap bersama mereka yang berjuang dalam menuntut ilmu. Jadi apa la yang saya nak risaukan ek, susah payah boleh mengadu dengan Allah, sesungguhnya Dia mendengar rintihan hambaNya. Saya tahu juga ramai yang mendoakan kejayaan saya, doa ikhlas kamu semua amat saya hargai kerana saya juga sentiasa mendoakan kebaikan buat semua. (^_^)


Mesti korang dah bosan baca pasal cerita kelas dan belajar saya kan, hehehe maaf la saya tak ada cerita menarik nak kongsi kat sini. Saya ni kalau yang peribadi sangat malu jugak nak tulis jadi kebanyakkan masa saya tulis yang general je. Cerita-cerita emosi saya tak ada jugak sekarang ni, kepenatan tu yang kurang sikit emosi saya tu, hehe. Walau apa pun saya harap hari korang ceria selalu ok, hujung minggu dah dekat boleh la bergembira bersama keluarga ek. Saya hujung minggu ada kelas, haihhh.

p/s: Jadual saya penuh setiap hari, kalau cuti boleh jugak keluar dating kan, huhu.

Sunday, October 9, 2011

Perjalanan masih jauh

Assalamualaikum...

Waa lama seh tak menulis blog kan, saya menulis kan. Macam biasa kalau lama tak menulis entri baru tu tandanya saya sangat sibuk dengan macam-macam aktiviti. Minggu lepas adalah minggu convocation Along. Ma, abah dan makcik-makcik saya datang Kl, maka jadual saya sangat padat sepanjang minggu lepas menemani mereka berjalan-jalan. Memenatkan tapi sangat seronok, huhu.


Saya jugak agak sibuk menulis kertas kerja untuk projek satu saya. Kepala dah sangat pening membaca journal dan thesis serta conference paper, rasanya wayar kepala saya dah serabut dah. Memulai perjalan projek satu ni terasa sangat keperitannya, kenangan membuat projek masa zaman ijazah dulu kembali semula. Inilah cabaran sebenar dalam perjalanan saya mengejar mimpi, kena kuatkan semangat dan berusaha lebih lagi sebab perjalanan masih jauh. Semalam baru lepas membentangkan draf projek kepada Prof saya, alhamdulillah lepas satu peringkat, tinggal nak tambah isi dan menambah apa yang kurang sebelum hantar minggu depan. Doakan proposal projek saya lepas dan diterima ek.

p/s: Tengok Along konvo tak sabar rasanya saya nak konvo jugak, huhu...

Sunday, September 25, 2011

Updates

Assalamualaikum...

Fuhh...tiup habuk-habuk dan sawang-sawang dalam blog ni. Lama bebeno tak menulis kan, saya sesangat-sangat sibuk (bila masa la Oda tak sibuk ek). Kepala pun pening nak memikirkan tajuk projek 1 yang perlu di hantar ni. Kali ni stress yang besar menanti, tunggu masa je kepala saya ni nak meletup. Doakan saya dapat siapkan projek 1 ni ek.

Tak ada cerita menarik pasal Oda dalam 2 minggu ni, saya kerja dengan sangat rajinnya. Setiap hari pun balik lambat, macam la kalau saya balik awal office tu tak boleh berjalan seperti biasa kan, huhu. Harapnya keadaannya sementara je la, ni sebab Team Lead saya tu pergi bercuti ke UK, sampai tiga minggu lak tu kelam kabut kami semua kat office nih. Awal bulan depan dia dah balik, cepat-cepat la balik tak tahan dah kena buat report-report ni semua.

Alamak esok dah Isnin, malasnya nak pergi keje.
Imej ambil dari encik Google

Saya perlu tidur awal malam ni, badan saya sangat penat. Agaknya penangan dah lama tak pergi kelas kan, bila dapat input-input yang banyak badan tak boleh terima sangat. Baca ayat-ayat buku ilmuan meletihkan mata dan minda saya, kalau baca novel tu laju jek kan, hehe. Ok la, kena chow dulu ek. Semoga saya rajin menulis lagi nanti.

p/s: Penat-penat pun sempat lagi pergi open house petang tadi, huhuhu. Lupa lak nak cakap jumpa sorang budak perangai sama macam Cik Nurulhuda kat open house tadi, huhu teringat pulak kat makcik tu.

Monday, September 12, 2011

Hari yang manis

Assalamualaikum...

Bertambah umur kita bermakna semakin hampir dengan saat kematian yang telah ditetapkan untuk kita. Sementara hidup pergunakanlah sepenuhnya untuk simpanan di akhirat nanti.

Entri kali ni saya mulakan dengan ayat yang selalu saya tulis dalam entri hari lahir saya. Alhamdulillah semalam secara rasminya saya dan Cik Rozila berumur 27 tahun. Semakin menghampiri 30 an, dan berkurang lah satu tahun dari hayat hidup saya. Doakan kami semoga sentiasa di dalam rahmat Allah ek.


Sedari semalam lagi saya sudah menerima ucapan hari lahir dari keluarga dan sahabat-sahabat. Alhamdulillah hari ini walaupun tiada sambutan istimewa tapi kamu semua membuat saya sangat gembira. Malam kemarin kawan baik saya bersama-sama menunggu detik 12 malam dan menyambut kehadiran 11 september bersama saya, korang memang sahabat paling best (^_^). Kemudian pada pagi-pagi hari semalam saya menerima panggilan telefon yang sangat sweet dari kawan-kawan ofis menyanyikan lagu hari lahir kepada saya, diaorang ni memang sangat comel. Sepanjang hari saya menerima ucapan dan doa dari semua. Juga menerima berita gembira yang Che Mah dah pregnant, Alhamdulillah (hehehe nak jugak bagitahu semua, huhu).

Emm saya dah kena masuk tidur ni, malam dah lewat dan hajatnya nak puasa esok nanti tak terbangun sahur pulak. Terima kasih kepada semua yang menjadikan hari lahir saya semalam sangat manis, saya sangat bahagia mempunyai kamu semua dalam hidup saya (cewahhhhh ayat jiwang sehh).

p/s: Boleh ke bangun sahur nih (+_+)ZZzzZzzz...

Saturday, September 3, 2011

Raya Updates


Assalamualaikum...

Salam Aidilfitri semua, masih dalam mood raya? Huhu, mood raya saya dah kurang dah sebab kembali ke Kuala Lumpur awal kerana komitmen kerja. Raya ketiga saya sudah kembali ke Kuala Lumpur dan pada raya keempat hari jumaat saya sudah mula bekerja. Ini kali pertama sejak saya mula kerja pulang beraya kejap sangat dan memandu ke Kuala Lumpur dari Kelantan bersama Rozila. Perjalanan pulang sangat la memenatkan, jauh sangat rasanya Kelantan-Kuala Lumpur ni, kalaulah ada lebuhraya kan bagus. Saya harap kerajaan boleh la buat satu expressway untuk rakyat Kelantan, dah dekat pilihanraya ni boleh la ambil hati kami semua sikit.

Raya 2011

Alhamdulillah walaupun singkat, raya tetap meriah dan hari yang menggembirakan. Memang seronok boleh berjumpa semua orang, tak sabar pulak nak tunggu raya haji dah rindu balik kat semua dah ni. Harapnya hari raya korang pun seronok jugak ek. Bila dah kembali ke Kuala Lumpur awal ni mulalah rasa sunyi sikit sebab hujung minggu ni tak buat apa cuma berehat-rehat di rumah je. sebenarnya saya memang perlu rehat, asyik kehulu hilir je, sekali sekala kena la duduk rumah rehat-rehat lagipun semester baru dah nak mula nanti super sibuk pulak kan. Ok lah saya sebelum habiskan entri ni "Selamat Hari Raya", semoga kita semua beroleh kemenangan ek.

p/s: Yang seronok balik awal ni pergi kerja jalan kosong, huhu.

Friday, August 26, 2011

Balik Kampung

Assalamualaikum...

Entri terakhir saya sebelum pulang berhari raya di kampung. Alhamdulillah walaupun saya bercuti tak lama untuk raya kali ini, saya dapat juga pulang awal ke kampung halaman. InsyaAllah pagi Jumaat 26 Ogos saya akan bergerak pulang ke Kemaman. Doakan perjalanan saya selamat hendaknya.




Sempena hari raya yang bakal menjelang tiba, saya disini ingin memohon ribuan ampun dan maaf jikalau ada salah dan silap. Selamat menyambut lebaran yang mulia, semoga kita semua beroleh kemenangan. Walaupun syawal bakal tiba harapnya ramadhan tidak akan dilupa, masih ada berbaki 4 hari sebelum berakhir jadi jom kita cuba dapatkan sebanyak mungkin pahala ok.

Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin!
(HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Saya akan bercuti selama seminggu, khamis depan akan kembali ke Kuala Lumpur semula. Selamat bercuti semua dan semoga semua selamat pulang ke kampung masing-masing dan selamat kembali ke Kuala Lumpur nanti. (^_^)

p/s: Saya dapat kad raya pertama dan mungkin yang terakhir untuk tahun ini semalam, huhu.

Sunday, August 21, 2011

Cerita di 10 terakhir ramadhan

Assalamualaikum...

Dah sampai ke 10 terakhir ramadhan kita ek, apa lagi kalau engine dah panas di awal ramadhan harapnya 10 terakhir ni berjalan dengan lancar dan harapnya lebih lagi. Kalau boleh 10 malam terakhir ni kita gandakan lagi amal-amal, kalau tak cuba mendapatkan pahala berganda rugi. Bulan puasa ni, semua amal kebaikkan dapat pahala, bayangkan dengan cuma bersahur kita dapat pahala seperti membaca 50 ayat Al-Quran walaupun cuma makan sebiji kurma dan minum segelas air masak kalau amalan lain apatah lagi kan.

Bulan Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirnya adalah kemerdekaan (dilepaskan) dari neraka
-Riwayat Imam Muslim-

10 malam terakhir ni jugak ada malam kemuliaan - Lailatul Qadar. Saya doakan kita semua dapat bertemu dengan Lailatul Qadar, kalau mahu bertemu kenalah mula mencari. Rasanya kita semua pun dah tahu tentang kelebihan Lailatul Qadar ni kan, jadi tak payah la saya cerita panjang lebar. Kalau pergi terawih hampir di setiap malam ustaz akan ingatkan tentang malam kemuliaan ni.


Kalau dah nak sampai di hujung puasa ni, ramai la yang sedang sibuk dengan persiapan hari raya kan. Masa-masa ni kalau pergi ke SOGO atau Jalan TAR mesti sesak dengan ramai orang. Jadi sekiranya korang adalah diantara mereka semua, sila berhati-hati dan banyakkan bersabar ok. Kita banyak hilang pahala dibulan puasa disebabkan perkara-perkara kecil, bulan puasa ni memang banyak menguji iman sebab bulan ni kita (saya le tu) mudah betul marah-marah, alasannya sebab lapar dan letih. Saya pun sedang belajar cara mengurangkan kemarahan, harapnya saya menjadi lebih sabar di hujung ramadhan ini.

Saya tak bercakap pasal cuti raya tahun ni, biasanya entri saya di bulan puasa banyak bercakap tentang cuti hari raya. Emm tahun ni saya cuti tak lama sebab ada kerja di pejabat, ada projek baru masuk jadi saya harus kembali ke pejabat lebih awal. Hari jumaat, 2hb September saya sudah berada di Kuala Lumpur. Saya sangat sibuk sekarang, harapnya lepas raya nanti kerja akan berkurangan sebab semester satu untuk tahun 2011/2012 akan bermula 17 september nanti jadi saya akan mula sibuk dengan kelas dan tugasan lagi. Doakan saya semoga dapat melalui tahun kedua saya dengan jayanya, InsyaAllah.


Selingan, Lagu Suara Azan oleh Fitri Haris ni sangat best (^_^)

Itu je la cerita yang saya ada setakat ini, nak menulis lebih panjang tapi tak ada cerita menarik. Aura raya dah rasa belum, saya masih belum lagi padahal lagi berapa hari je lagi nak balik kampung ni. Kerja kat pejabat yang banyak buat saya tak rasa ada perubahan samada awal ramadhan atau hujung ramadhan, kejap je hari ni dah masuk hari ke 21. Akhir entri ni saya ingin ucapkan salam 10 terakhir ramadhan buat semua, jom tambah amalan banyak-banyak, manalah tahu kalau kita tak dapat bertemu ramadhan tahun depan.

p/s: Saya rindu nak dapat kad raya, dah lama tak dapat kad (@_@)

Monday, August 15, 2011

1/2 Ramadhan

Assalamualaikum...

Dah masuk pertengahan Ramadhan dah kita, sejak semalam banyak radio dah mula pasang lagu raya dah. Walaupun dah tau dah 15 ramadhan tapi tak ada lagi perasaan nak raya tu kerana saya sangat sibuk di pejabat, hari-hari sampai rumah betul-betul waktu nak berbuka je.



Kesibukkan saya membuatkan badan kepenatan yang amat. Sampai rumah berbuka puasa, lepas tu sembahyang maghrib dan terus bersiap pergi ke surau untuk isyak dan terawih. Surau dekat rumah saya ni ada banyak aktiviti, dekat pukul 11 baru balik dan bila balik check email kejap dan tidur. Kemudian bangun pulak sahur dan subuh, tidur kejap sebelum pergi ke pejabat, dalam pukul 8 pagi gerak ke pejabat lagi. Jadual yang padat membuatkan saya sangat letih di tambah dengan puasa membuatkan badan saya kelesuan sepanjang minggu lepas. Cuti hujung minggu pulak keluar membeli baju raya untuk adik, ayah dan mak.

Alhamdulillah, hari ini kelesuan dan keletihan badan saya sudah berkurang. Mungkin badan saya lambat menerima momentum puasa, setelah 15 ramadhan baru badan saya kurang penat. Harapnya momentum ini akan berterusan hingga ke hujung ramadhan, InsyaAllah. Tadi dalam ceramah di surau, Ustaz cakap solat dan puasa adalah adik beradik, tak boleh tinggal salah satu jadi jom kita tunaikan kedua-dua rukun islam ini, kalau tak tunaikan tak lengkap sebagai umat islam. Kalau boleh rukun islam yang satu lagi iaitu menunaikan zakat pun ditunaikan jugak, jangan lupa tunaikan zakat fitrah ek.

p/s: Lusa Nuzul Quran dan Selangor cuti tapi saya masih akan ke pejabat jugak, haihhh..

Sunday, August 7, 2011

Drama

Assalamualaikum...

Saya pulang ke Kemaman minggu ini, melepaskan rindu kepada ibu dan ayah saya disamping mengambil peluang berbuka dan bersahur bersama-sama. Bertolak ke Kemaman lepas sahur hari sabtu semalam dan bergerak balik ke KL tengah hari tadi. Rasa sekejap je balik, Ma pun cakap balik kejap buat penat je, tapi nak buat macam mana, kami masing-masing agak sibuk dan susah nak dapat cuti. Malam ni kami semua kepenatan walaupun perjalanan takde la jauh mana.

Drama adalah kisah kehidupan

Lupakan kisah saya balik Kemaman, saya sebenarnya nak bercerita tentang drama-drama yang berlandaskan Islam yang semakin banyak sekarang. Nak-nak di bulan Ramadhan ni setiap malam drama yang ditayangkan ada elemen islamik. Dan Alhamdulillah semakin ramai jugak artis kita yang mendapat hidayah dari semua ini dan harapnya makin ramai lagi la yang akan beroleh hidayah, InsyaAllah.

Tapi tak semua drama-drama ini menarik minat saya, sukar rasanya menghasilkan drama yang mendapat tempat dihati ramai orang. Macam mana pun, saya berharap para pengarah ataupun karyawan drama kita dapat menghasilkan drama yang benar-benar boleh dianggap karya islamik, bukan sekadar elemennya sahaja. Kalau boleh janganlah ada aksi atau perkara yang sangat terang dilarang agama kerana itu adalah mesej yang ingin disampaikan melalui drama islamik ini. Saya bukanlah orang yang tahu sangat tentang drama apatah lagi mengenai agama tetapi saya sangatlah teringin menonton drama benar-benar mendukung ajaran agama kita.


Salah satu OST Drama Ketika Cinta Bertasbih - Ya Allah oleh Wali Band

Antara drama yang saya tonton sekarang adalah Stanza Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Drama Stanza Cinta lari sedikit jalan ceritanya dari novel Stanza Cinta yang saya baca sebelum ini, saya berharap pengakhiran ceritanya diubah sekali sebab saya tak suka penamat novelnya. Ketika Cinta Bertasbih pula adalah sinetron yang menyambung kisah filem Ketika Cinta Bertasbih yang juga diadaptasi dari novel. Dah namanya sinetron, agak mencabar buat saya kerana ada 56 episod dan saya baru di episod 17, saya tak tahu bila boleh habis. Kalau tanya saya kenapa saya tak menonton Tahajud Cinta, apa yang saya boleh katakan adalah drama ini kurang menepati selera saya.

Ada satu telemovie menarik di TV1 yang saya tonton semalam bertajuk 100 hari lakonan Zul Huzaimy dan Ridhuan Hashim mengisahkan kisah hidup dua insan yang berbeza cara hidup dalam menempuh detik-detik kematian dari tempoh seratus hari sebelum ajal tiba, ini drama yang benar-benar memberi kesan kepada saya. Panjang pulak entri saya bercerita tentang drama ni kan, hehe. Siapa kata saya tak menonton drama melayu, kalau kena dengan selera saya mesti saya tengok.

p/s: Menonton drama tu boleh tapi semayang terawih jangan lupa ek (^_^)

Wednesday, August 3, 2011

Updates

Assalamualaikum...

Waa sudah tiga hari kita berpuasa ek, camna dengan prestasi iman korang di bulan ini. Prestasi saya tak kemana-mana pun di awal ramadhan ni. Harapannya semoga prestasi saya bertambah dengan jaya nanti, InsyaAllah.


Di bulan puasa ni saya cuba balik seawal yang boleh jadi maknanya saya keluar dari office tepat pukul 6 petang. Sebenarnya jeles jugak tengok orang lain balik awal dan sempat ke bazar ramadhan tapi kerja saya susah nak balik awal. Ini pun sekarang sebab team lead saya tak ada kat office, dia pergi Hong Kong untuk knowledge transfer. Nanti dia balik mesti lagi sibuk la saya, memikirkan pasal office pun dah buat saya pening. Sebenarnya kalau balik awal sempat la saya terawih tapi kalau lambat mesti berkejar-kejaran.

Perkara yang bagusnya balik lambat sikit kerana sejak puasa ni saya tak pernah lagi ke bazar ramadhan jadi kuranglah sedikit keinginan nak makan macam-macam perkarani. Tapi kesian pulak Rozila je yang kena belikan makanan. Nampaknya bazar ramadhan pertama yang saya akan pergi puasa tahun ni di Kemaman sabtu nanti. Tak sabar pulak rasanya nak balik Kemaman hujung minggu ini.

Sekarang ni saya suka menonton drama Ketika Cinta Bertasbih, seronok sebab drama ni sangat banyak pengajaran dan ilmu yang bagus. Kalau korang ada kesempatan tengok la drama ni tapi kena banyak sikit sabar almaklumlah sinetron kan ada banyak benda yang akan buat kita sakit hati lagi-lagi saya yang sedikit emosional ni.

p/s: Huhu entah apa-apa je entri saya kali ini kan, sebenarnya tak tahu nak tulis apa tapi teringin updates blog.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum...

Ramadhan kembali lagi, rasa macam baru je kita berpuasa tahun lepas kan. Exited tak korang tengok penyimpan mohor besar raja-raja yang baru tu, kat rumah saya tadi semua exited dengar pengumuman puasa tu bukan sebab puasa esok tapi sebab penyimpan mohor besar raja-raja yang baru (panjang beno nama jawatan dia) tu. Minggu ni minggu pertama selepas semester 3 saya tamat jadi minggu ini sangat menyenangkan sebab saya tak perlu memikirkan tentang assignment dan peperiksaan. Minggu ini saya sangat seronok sebab dapat berjalan-jalan dan berseronok dua hari ini.


Minggu berpoya-poya sudah tamat, ramadhan dah bermula jadi mari kita kejar pahala ramadhan ek. Tak ada apa yang saya nak tulis hari ini cuma nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita. Saya kena masuk tidur ni, badan sangat penat sebab berjalan sepanjang hari.

p/s: Jangan lupa semayang terawih ek, bulan puasa je ada kalau tak pergi rugi (^_^)

Saturday, July 23, 2011

Semester 3

Assalamualaikum...

Minggu ini adalah minggu terakhir kelas Isu Global jadi minggu ni cuma ada pembentangan je dalam kelas. Penat lelah membaca tentang Nuclear Energy akhirnya sampai ke penghujungnya. Macam biasa kumpulan saya antara kumpulan yang akan buat pembentangan seawal mungkin. Sebelum ni kami kumpulan yang pertama dan hari ni kami kumpulan kedua. Emm biasa kalau awal-awal masa hari pembentangan tak ramai orang lagi jadi kurang sikit perasaan gementar tu.



Saya dua minggu lepas (@_@)
Imej ambil dari encik Google

Saya pulak kalau bab bentang-bentang ni lemah sikit, pulak tu jumlah kelas ni dalam 80 orang tapi nasib baik pagi tadi macam separuh lebih je yang datang. Terketar-ketar la jugak masa pembentangan tadi, tapi bila lama sket baru rasa confident. Usaha susah payah memahamkan proses, graf, diagram dan artikel tentang nuclear energy berbaloi juga sebab masa perbentangan tu dengan confidentnya dapat bercerita tentang nuclear energy. Prof siap tanya kalo kitaorang ni budak chemical engineering ke, bila cakap kitaorang ni budak computer science dia puji kitaorang sebab boleh cerita pasal nuclear energy dengan details, hehe seronok tul kena puji camtu (rasa berbaloi sakit kepala baca pasal benda ni). Dalam dua minggu ni saya bercerita tentang nuclear power kepada hampir semua orang la, hehe terima kasih untuk korang yang sudi dengar saya buat-buat tahu tentang nuclear ni.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Kadang-kadang belajar perkara baru agak menyeronokkan (^_^)


Huhu saje je saya menulis hari ni sebab gembira akhirnya kelas semester 3 saya akan berakhir esok. Disebabkan kumpulan saya dah habis pembentangan hari ni jadi esok pergi kelas dengan senang hati sebab cuma perlu dengar kumpulan lain habiskan pembentangan. Mahu menikmati saat-saat habis semester 3 ni. Emm dalam hampir seminggu lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan jadi saya mahu ucapkan selamat berpuasa kepada semua, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas.

p/s: Walaupun seronok dengar pembentangan tapi kalau dengar sepanjang hari sakit jugak kepala dan badan.

Thursday, July 14, 2011

Jangan Bersedih

Assalamualaikum...

Tiba-tiba pukul 12 tengah malam ni saya rasa nak menulis entri, mata dah lagi sikit je nak auto shut down ni. Dua minggu ni kat ofis saya kesibukkan yang amat melanda, saya rasa macam ada benda berat je atas bahu saya ni sebab stress. Minggu ni tiap-tiap hari saya balik lambat, macam-macam benda nak kena siapkan kat ofis. Bila la saya boleh kembali ke alam riang-ria suka hati macam dulu ni, haihh.


Betul la orang cakap makin lama kita kerja makin sibuk, yela makin banyak tanggungjawab kan. Saya ni kalau sibuk ditambah dengan stress mudah buat silap. Dua hari lepas saya buat kesilapan yang agak besar di ofis, rasa macam berkurang sikit umur sebab terkejut dan sedih pasal benda tu tapi apa yang berlaku tak boleh nak patah balik, nak tak nak kena la terima kan. Kalau dah buat salah, mintak maaf la, kalau sedih, tabahkan hati. Sama jugak bila kita sibuk kan, cuba curi masa keluar kejap, buat air ke atau pergi buat solat sunat supaya hati tenang. Allah berfirman "ketahuilah dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang."

Sebenarnya itulah penawar kepada segala-galanya, kembali kepadaNya dan InsayaAllah Dia sentiasa bersama kita. Ok la saya harapkan hari-hari korang semua berjalan dengan lancar ok. Kalau tersekat atau dilanda musibah di tengah perjalanan, jangan risau Allah bersama dengan kita.

p/s: Saya kena masuk tidur sekarang kalau tidak kepala saya tak tenang esok sebab mengantuk..

Saturday, July 9, 2011

Aman

Assalamualaikum...

Ketika beberapa peristiwa penting berlaku di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, saya juga di Kuala Lumpur tapi di rumah menikmati hari cuti saya. Salahkah bila saya mengambil sikap berkecuali dalam hal-hal seperti ini, saya tak menyokong dan tak membahtah dengan perhimpunan Bersih yang berlaku hari ini. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Kepada semua saya doakan korang berjaya ok.


Sebenarnya saya tak mahu langsung menulis tentang perkara ini tapi macam biasa sebab semua orang berbual tentang perkara ini sedikit sebanyak saya ambil tahu juga. Ibu saya semalam mengingatkan saya supaya jangan keluar rumah dan jangan pergi ke tempat perhimpunan itu, bila disuruh macam tu buat saya rasa nak pergi je, hehe. Emm tapi saya memang bukan orang yang suka menonjolkan diri dan terlibat dengan perkara-perkara macam ini, jadi memang saya takkan terlibat la dengan perkara ini. Saya harap pihak-pihak berkenaan dapat mencapai kata sepakat tentang isu ini, saya pun dah tak tahan melihat drama-drama dalam berita. Saya mahu kita kembali aman seperti biasa (^_^).

Emm apakah yang saya mengarut dalam entri saya hari ni, saya sebenarnya agak bosan sebab dah lama tak duduk di rumah sepanjang hari. Ada tugasan tentang kuasa nuklear yang perlu saya siapkan tapi minda saya memang ambil masa yang agak lama untuk memproses maklumat baru (sebenarnya malas je), jadi dari pagi tadi tak ada satu ayat pun lagi yang saya tulis, kekeke. Uits perjuangan saya juga masih belum selesai, saya tak boleh bermalas-malasan je. Doakan saya semoga saya boleh menghabiskan pengajian saya yek, perjalanan masih panjang lagi, Gambatte Oda!!

p/s: Ada assignment tak siap tapi boleh pulak tengok HBO sepanjang hari, haihhh

Sunday, July 3, 2011

Ujian Kecil

Assalamualaikum...



Hari ini saya diuji dengan ujian yang kecil, agak sedih sebab semuanya atas kelalaian sendiri. Tiada apa yang boleh saya lakukan kecuali berserah kepada Allah sahaja. Semua yang kita miliki hari ini adalah dariNya jadi kalau hilang redha sahaja. Saya pohon semoga hati saya kuat dan tabah dengan ujian ini.

PESANAN - Suhaimi Inteam

Kau dengarkan tiap pesan Rasulullah
Jadikan pedoman agar tak kesesatan
Berselawatlah walau di mana berada
Sebagai tanda kau mengasihinya

Bila kau berselawat
Memuji Rasulullah
Allah pun turut selawat padamu

Jika hartamu dimusnah
Ingat Allah yang memberi

Jika engkau dizalimi

Tenang dan tabah hadapi

Allah Maha Mengasihi
Mendengar rintihan hambaNya

Usah dikejar dunia yang sementara
Bertaubat sentiasa bersihkanlah jiwa

Kau jagalah solatmu
Bersyukurlah selalu
Itu tanda redha segalanya
Hari ini saya mendengar lagu pesanan dari Suhaimi ini berkali-kali, ini adalah lagu pengubat hati saya apabila saya susah hati dan mengingatkan diri sendiri apa yang lebih penting. Ayat 'Jika hartamu dimusnah, Ingat Allah yang memberi' buat saya sedar apa yang kita ada di dunia ini adalah pinjaman sahaja jadi sekiranya ia diambil kita mesti redha dan sabar kerana semuanya hak Allah SWT. Alhamdulillah ujian kecil yang diberi kepada saya hari ni masih mampu saya tahan, kalau tak mampu saya tak dapat ujian ni kan. Saya dah kehabisan ayat untuk ditulis sebenarnya, harap entri seterusnya ceria sedikit ek.

p/s: Ujian yang saya terima kecil sahaja, sedikit sahaja nikmat saya diuji hari ni jadi jangan la risau ek (^_^)

Monday, June 27, 2011

Ketika Cinta Bertasbih

Assalamualaikum...

Salam hari isnin semua, hari ni saya cuti jadi tak terkena 'Monday Blues', huhu. Seronok betul cuti ni, dah lama tak bersenang-lenang di hari minggu. Bateri kereta saya mati jadi hari ni saya ambil cuti sebab nak selesaikan hal kereta dan jugak hantar adik saya (Abe) naik bas sekali. Bila cuti ni, macam-macam hal kita nak buat kan tapi saya cuma harap dapat berehat-rehat dan bermalasan di rumah je. Bila hari-hari keluar rumah ditambah dengan kesesakan di Kuala Lumpur ni buat saya lebih selesa di rumah sahaja.

Poster filem Ketika Cinta Bertasbih 2 ambil dari encik Google

Minggu lepas saya menonton filem 'Ketika Cinta Bertasbih 2' di TV Alhijrah, filem pertama dah best tapi yang kedua lagi best. Saya jatuh cinta dengan Indonesia sebab filem tu, teringin pulak kesana. Terima kasih Mas Habiburrahman sebab menghasilkan karya yang sangat best ni. Ayat-ayat Cinta tak memberi kesan sangat kepada saya jadi saya tak baca la novel Ketika Cinta Bertasbih, cerita ni memang berkesan kepada hati saya. Rugi pulak rasanya tak baca novel dia sekali, tapi saya kurang faham sikit bahasa Indonesia dari buku Mas Habiburrahmah. Kisah Azzam dan Ana yang sangat tabah memang best, kalau korang belum tengok filem ni sila la tengok, saya sangat galakkan korang tengok.


Paling memberi kesan kepada saya adalah kisah ketabahan dan ketekunan Azzam mencari jodohnya tanpa jemu. Bermacam halangan Azzam tempuhi untuk menemui jodohnya, siapa sangka Ana akhirnya milik Azzam, dia akhirnya bersama insan terbaik untuknya. Benarlah jodoh adalah hak Allah, siapa jua jodoh kita semuanya sudah ditentukan. Jadi kepada kawan-kawan dan juga saya sendiri, janganlah risau sekiranya masih belum menemui jodoh. Begitu juga kepada rakan-rakan yang belum dikurniakan zuriat, jodoh korang untuk bertemu anak-anak korang lambat sikit. Jadi sabarlah dan jangan putus asa mencuba, Allah Maha Pemurah InsyaAllah sampai masa korang akan berjumpa dengan insan terbaik untuk korang. Saya doakan kita semua mendapat yang terbaik, InsyaAllah.

p/s: Kalau mengharap jodoh yang baik, diri sendiri pun kena baik jugak, huhu (^_^).

Monday, June 20, 2011

Isu-isu global

Assalamualaikum…

Salam hari isnin, hari yang kalau boleh saya nak hapuskan dari kalendar sebab malas nak pergi kerja tapi kalo isnin tak ada selasa akan jadi hari pertama dalam minggu pulak kan lepas tu tak suka selasa pulak. Kalau macam tu baik buang semua hari kerja, tinggal hari minggu je kan. Nanti tak ada orang yang kerja pulak nak makan macam mana ek, hehe maaf saya melalut tak tentu.


Kalau siapa yang mengikuti jadual universiti sekarang ni adalah cuti semester panjang yang tiga bulan tu tapi tahun ni panjang sikit sebab kementerian nak selaraskan semua universiti mula sesi bulan September. Saya agak seronok untuk bercuti tapi terpaksa ambil kelas jugak dalan semester pendek ni, nasib baik satu subjek je jadi kelas takde la banyak sangat. Kelas yang diambil adalah ‘Global Issues’, subjek umum dan subjek wajib ambil. Emm saya jangkakan saya akan seronok dalam kelas ni sebab saya agak berminat dengan isu global. Tapi isu-isu global agak membuatkan saya sedikit kemurungan (depress bak kata omputih), isu-isu dunia macam global warming, population, poverty, food shortage dan bermacam lagi buat saya rasa down.

Bumi sedang mencair. Imej ambil dari encik Google

Betul tak tipu, kalau tengok statistik yang pensyarah saya kongsi dalam kelas akan membuakan kita terasa hati sedikit. Ada lagi orang macam ni dalam dunia ni kan, emm kalau korang rasa nak membaca tentang isu-isu global sila la klik kat sini. Sangat menarik informasi dalam laman ni. Tajuk yang kumpulan saya buat untuk tugasan pertama adalam ‘pemanasan global’ atau dalam bahasa inggerisnya ‘global warming’. Membaca artikel tentang isu ni buat saya makin sedar tentang perkara ni, tak salah kalau kita cuba untuk kurangkan kesan rumah hijau kan. Jadi saya sarankan kepada semua cubalah seberapa boleh untuk mengurangkan kesan rumah hijau. Kalau siapa cakap tak tahu tipulah ek sebab rasanya paling tidak kita akan tahu satu dua perkara yang boleh kita lakukan. Apa pun, sayangilah bumi kita (^_^)

p/s: Hehehe rasa macam buat kempen kerajaan lak.