Thursday, August 31, 2006

ada apa dengan konvo..huhu

hahaha.. kalo musim konvo aje.. ktorg (me n che tie) excited over sket..huhu almaklum la ada pesta konvo yang best.. beli tudung, baju, gelang, etc... makan bebola n kebab n macam2 lagi.. sebab time pesta konvo ni barang2 murah2, me pun bukan selalu beli tudung n baju pun... hehe. esok malam inteam datang, ingatnya nak pg ngan besah n tie.. dah lama xjalan ngan besah.. bestnyaa..

semalam sambut merdeka kat pesta konvo, tahun ni sambutan meriah giler sebab sekali ngan pesta konvo kan so ramai sangat org sampai penuh parking, semalam along datang so pg ngan dia.. kena parking kat pusat equin.. sakit tekak menyanyi lagu negaraku, jalur gemilang, merdeka n keranamu Malaysia.. lagu paling suka mestilah keranamu Malaysia..hahaha

Keranamu Malaysia

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

( ulang dari mula )

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !

Sunday, August 27, 2006

M.A.N.I.S

hehehe..
pernah tak dengar lagu manis, nahwan nur punya lagu.. kalo xbiasa ngan nasyid lama mesti xtau punya.. tgh dengar lagu ni skrang..ni pun antara lagu feveret gak....

manis bicara indah tutur kata
manis kalimah pengikat ukhuwah
Hati yang manis bercahaya
kemanisan iman terasa

-
hehe bestkan lirik dia... comel je, letak sket je la.. xkan asyik letak lirik je kan..hari ni asyik dengar lagu segemgam tabah, inteam.. emm diaorang mmg best la.. sayu je rasa bila dgr lagu tu.. tgh tensen ni, esok nak demo1.. hish risau2, takut puan marah je.. ODA gambate nee, bashaaa, aja2 fighting, caiyokk2.. BERUSAHA!!

td baca blog niki ckp pasal OIC... ni copy paste sket kat bawah ni..


nicky's say:

"after bace blog raja, i got new input about OIC. raja tgk MHI discussing psl OIC ni. dorg claimed OIC ni dh usaha mcm2 demi Palestine & Lubnan. cuma pihak media je tak gembar gemburkan. hmm... well, it's hard to believe. but tq to raja for the info"

emm still i feel its hard to believe actually.. hari tu baca paper pasal resolusi OIC for kes ni la.. rasanya xberapa nampak sgt la tang mana membantunya tapi maybe betul la ni.. but media malaysia seem kurang sket ckp pasal isu ni.. org kita pun satu, akhbar tabloid tu la yg jd akhbar no 1 di malaysia (rasanya korang tau paper mana)..well tipical malays, org kita lebih suka citer benda2 yg ntah apa2 banyak la contoh sebenarnya.. pasal siti kawin la, pasal mawi n ex-tunang dia la..emm mostly kalo pasal selebriti kecohh la malaysia..org kita macam reti nak beza mana isu yg lebih penting.. well siti kawin bukan la hal yg besar, ramai org kawin setiap hari so apa bezanya siti ngan org lain... kalo sedara mara sendiri ok gak.. huhu over la plak padahal hari tu tgk gak siaran langsung siti kawin..hahaha

conclusion bagi post hari ni.. manis kan la diri anda.. manis bicara indah tutur kata, manis khalimah pengikat ukhuwahh, hati yg manis pengikat ukhuwah...Manis meniti persahabatan, semanis madu menusuk kalbu, Bersopan-santun manis budaya, Nama Islam kan manis serata...
so senyum sokmo.. senyum tu sedekan n pemanis muka(^_^)

satu misteri

hehehe..
masa tgh tulis ni.. lagu satu misteri waheeda n brothers...
lagu n lirik dia best laa... huhu, nnt letak lirik dia.. rasanya ckp pasal cinta ni macam satu misteri, kita tak perasan bila dia datang.. kadang cinta boleh wat kt lupa.. harap2 cinta dunia tak akan buat kita lupa pada tuhan.. ni nasihat untuk diri sendiri...hehehe

Satu Misteri

Album : Brothers Reunited
Munsyid : Brothers ft Waheeda
http://liriknasyid.com

Hadirnya bak hembusan bayu
Meniup lembut dan mengusik kalbu
Dibuai lena hingga terlupa
Semuanya ditelan masa

Namun ada yang memelihara
Bunga-bunga cinta disemai dijaga
Kerna percaya pada kembangnya
Yang akan mewarnai dunia

C/S
Cinta..
Tersematkah di istana janji dua jiwa
Cinta..
Terleraikah di antara kaca dan permata
Atau saksi buta..
Rintihan hamba di malam yang gelap gelita

Mungkin bukan cinta biasa
Bukan jua helah pendeta
Yang memuja..Yang terkecewa
Tampak kabus dipinggir senja

Repeat C/S

Terleraikah segalanya
Satu misteri di dunia yang fana
Namu harus dipelihara
Walau sementara tak mengapa

Repeat C/S

Yang tiada pernah memungkirinya janjinya...
Yang kekal untuk selama-lamanya...

sebenarnya nak citer tadi pegi KIPMART TAMPOI..hehe 1st time nih, besar giler.. tak tau la pulak besar kipmart ni.. rasa nak makan tumpat sotong (ni makanan org kelantan), bestnya xsabar rasa nak makan.. hari tu dah buat dah skali tapi hari tu tumpat sotong halba esok nak wat tumpat sotong nisan (gula melaka).. ckp banyak lak, yg masak tu cik tie, me tolong2 je..huhu (^_^)

Saturday, August 26, 2006

me and hana yori dango

wahh...
3 hari baca manga ni sampai habis... sakit kepala..hehehe..
ini one of my feveret manga.. dah lama xbaca.. minggu lepas baru pk nak download, manga ni dah abis dah so ada dalam 36 volume n 241 chapter.. huhu banyak tu ekkk.. hehe..

manga ni mmg fairy tales punya citer la.. dia ni ala2 tokyo cinderella story.. tipikal girl manga (ni shoujou punya manga...paham2 je la).. romantic love story.. love the hero, love the heroin, the side cast, main cast.. i love all of them.. pendek kata love the story very much.. baca citer ni, jatuh cinta kat domyouji tsukas (hero) n harap sgt leh jadik makino tsukushi (heroin).. emm berangan..berangan.. huhu. kalo nak citer sinopsis dia mmg la panjang so kalo minat pg ke url ni ekk -->> http://www.hanayoridango.org/hydgarden.html

semalam fiescope stat... fiescope tu makna dia yg betul xberapa tau tapi macam ala2 fiesta kolej perdana la.. semalam ada tayangan kemerdekaan (xtgk pun..dia tayang citer sarjan hassan..xsuka sgt citer tu).. tgk one in a million semalam, geram gak ngan fiescope sebab dia sebelum tayangan kemerdekaan pasang lagu kuat giler... xdgr peserta one in a million nyanyi sebab lagu tu kuat sgt..hish geram2.. tu je nak citer sebenarnya..hahaha sempat lagi lepas geram..huhu

ok la malas dah nak tulis.. sambung lain kali ekkk..

Tuesday, August 22, 2006

ingatan untuk diri sendiri

tiap2 hari masa yang sama je post blog ni mesti dalam pkul 2,3 pagi...

hari ni siti kawin, td tgk siaran langsung sampai xjd pegi fakulti..nasib baik la sem ni xde kelas kalo tak rasanya td tu dah ponteng kelas (amaran dilarang meniru aksi ini dimana jua anda berada.. huhu)..emm comel kak siti, dia nampak bahagia je.. semoga siti bahagia hingga ke anak cucu..td pun dia pakai tudun..nampak comel sgt, harap2 pasni siti kekal pakai tudung.. ameenn.

semalam ada baca satu artkel tu.. pasal wanita, walaupun banyak dah tau tapi setiap kali baca rasa syukur (alhamdulillah) sangat..hehehe. artikel pasal wanita, mmg bertuah sebenarnya jadik wanita ni..huhu.

Kelebihan Wanita (^_^)

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.


my comment..
bertuahnya jadik wanita ni (dah ckp dah td..huhu)

p/s: artikel ni copy paste dari www.raudhah.com.. banyak lagi artikel menarik kat situ..
(tulis macam ramai je baca blog ni...huhu)

Monday, August 21, 2006

Mudahnya Menjadi Muslim...namun...

Mudahnya menjadi muslim, namun... kita sendiri yang menyukarkannya. Jika kita berfikir sejenak, mudahnya menjadi muslim...namun...

# Anda perlukan cuma lima minit untuk solat subuh sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar...

# Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa,guru² & rakan² sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...

# Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung atau jilbab sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut...

# Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor sedangkan makan tengahari 1 jam 15 minit...

# Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat Asar berjamaah tetapi anda luangkan masa bergayut di telefon selama 2 jam...

# Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-quran, tidak selama menonton tv,& cd...

# Solat maghrib 7 minit tetapi cerita cina 1 jam...

# Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit...

# Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis RasuluLlah SAW walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit...

# Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton wayang lewat malam...

# Sedangkan anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur....

Renunglahhh.....

My comment..
iskh..iskh..iskh..terasa2..ya Allah banyakknya terkena diri sendirik..

Apa Ertinya Menjadi Miskin...

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.


Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga kekali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita"

My Comment...
emm nice story..make me wonder.. asyik pk bestnya kalo jadik org kaya hidup senang hati.. sebenarnya org yg hidup sederhana tu lebih baik..kena ubah pemikiran sendiri nih...

Sunday, August 20, 2006

menulis pada pkul 4.42 pagi....

emm..ngatuk ni sebenarnya tapi xrasa nak tdo..nnt mata kelip2 je tgk kipas kat bilik tu.. ngantuk sangat baru tido la..hehehe..pasni ingat nak wat keje sket..huhu (leh caya ke)

nak citer apa ekk..semalam xwat apa pun, duk surf internet je..hish bahana ada internet dalam bilik nih..susah tul nak lawan godaan ni.. forum kat cekakutmkl.net tu abis dibalas..huhu..makin lama seronok lak kenal org kat situ.. banyak benda yg dibincangkan..bagus gak berforum ni, banyak isu leh bincang..

semalam dapat satu blog tu, best sangat baca artikel dia.. i always wish had writing talent like that.. pandai dia wat ayat, info pun bagus.. seronok baca..xsedar pun dah baca sampai abis..hehe.. emm no idea la..sambung lain kali la ekkk...

p/s: mmg citer pasal diri sendiri je nihhhh...huhu

Thursday, August 17, 2006

Bissmillahirahmanirrahim......

assalamualaikum kepada sape yg baca blog ni. hahaha..
ni first post untuk blog ni..xtau la samada pasni banyak ke post untuk blog ni.. harap2 tak hangat2 tahi ayam je..huhu..well utk ni xtau nak tulis apa la.. hari ni duk kat bilik je.. xkuar lagi pasni maybe kuar ngan semah nak pegi kafe.. titok ada masak tapi rasa nak makan kat luar la sebab rasa nak kena kuar dari umah.

ohh lupa lak nak citer td ada baca email. xtau la kenapa sampai nangis baca artikel tu.. artikel pasal ceramah lawyer en. zulkifli nordin. citer pasal kes azlina jalaini (lina joy), sebenarnya xberapa suka org citer guna nama lina joy tu. xtau la perkembangan kes dia camna, tapi harap2 xberjaya la. kesian kat mak ayah dia, kalo tau dulu masa kecik lagi dah bunuh. semoga dia mendapat hidayah dan kembali ke jalan yg benar...