Assalamualaikum...
Entri terakhir saya sebelum pulang berhari raya di kampung. Alhamdulillah walaupun saya bercuti tak lama untuk raya kali ini, saya dapat juga pulang awal ke kampung halaman. InsyaAllah pagi Jumaat 26 Ogos saya akan bergerak pulang ke Kemaman. Doakan perjalanan saya selamat hendaknya.

Sempena hari raya yang bakal menjelang tiba, saya disini ingin memohon ribuan ampun dan maaf jikalau ada salah dan silap. Selamat menyambut lebaran yang mulia, semoga kita semua beroleh kemenangan. Walaupun syawal bakal tiba harapnya ramadhan tidak akan dilupa, masih ada berbaki 4 hari sebelum berakhir jadi jom kita cuba dapatkan sebanyak mungkin pahala ok.
Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “
(HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
Saya akan bercuti selama seminggu, khamis depan akan kembali ke Kuala Lumpur semula. Selamat bercuti semua dan semoga semua selamat pulang ke kampung masing-masing dan selamat kembali ke Kuala Lumpur nanti. (^_^)
p/s: Saya dapat kad raya pertama dan mungkin yang terakhir untuk tahun ini semalam, huhu.
No comments:
Post a Comment