Showing posts with label Master. Show all posts
Showing posts with label Master. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

Konvokesyen

Assalamualaikum...

Entri yang dah lama saya nak tulis tapi tak berkesempatan. Bulan lepas pada 13 October 2012 saya akhirnya menerima ijazah sarjana saya. Penat lelah selama dua tahun tapi pengakhirannya cuma 2 minit je di atas pentas, huhu. Tiada apa yang istimewa sangat saya rasa konvo kali ni sebab nama pun universiti yang sama kan jadi jubah konvo pun lebih kurang sama dengan masa 'degree' dulu nak ambil gambar pun tak berapa teruja sangat.

Tahniah Cik Oda!
Saya sangat gembira pada minggu konvokesyen saya, maklumlah dah tunggu lama untuk berdiri atas pentas tu je kan. Sesi kami adalah yang pertama, sesi pertama adalah untuk pelajar pasca-siswazah (postgraduate) sahaja, maknanya semua pelajar PHD dan Sarjana menerina sijil pada sesi pertama. Kali ni UTM buat sedikit perubahan dengan menambah bilangan graduan pada setiap sesi, jika biasa satu sesi dalam 500 graduan tapi kali ni jumlah dia 1000 graduan dua kali ganda dari biasa. 

Pendaftaran mula dari pukul 6.45 pagi dan kami beratur untuk susunan masuk ke dewan tersangatlah panjang, sampai ke tingkat tiga bangunan canselleri tu. Batch saya antara yang hujung jadi kami la yang duk kat tingkat tiga tu, nombor giliran saya adalah 982 dari 1000+ graduan. Penat menunggu nak masuk dewan je. Sepatutnya kami semua menerima sijil dari Tuanku Canselor Raja Zarith Sofea tapi pada pertengahan sesi Tuanku penat jadi ditukar kepada Pro Canselor. Disebabkan batch saya antara yang terakhir dalam senanrai maka kami tak sempat menerima sijil dari Tuanku Canselor. Agak keciwa sebab dah praktis nak sebut 'menjunjung kasih tuanku' sejak hari rehearsal lagi, huhu. Tuanku canselor cuma hadir sesi pertama je, yang lain akan dijalankan oleh Pro Canselor dan Naib Canselor, jadi yang lain sebut terima kasih Dato'/Tan Sri.

Oh Happy Day (^_^)
Dulu masa kali pertama konvo ijazah saya semangat ambil gambar dan siap tempah gambar studio lagi tapi kali ni tak buat la semua tu sebab jubahnya sama je. Yang lain adalah satu line di mortar dan tangan jubah, untuk ijazah tak ada line tu, kalau PHD line tu ada dua. Tak ada beza sangat jubah dia, kalau tengok jubah universiti lain jubah ijazah, sarjana dan PHD semua ada perbezaan yang ketara tapi UTM memang tak nampak sangat bezanya. Upacara menerima sijil pun lebih kurang sama je untuk graduan PHD, kan ramai satu sesi jadi pengacara majlis sebut nama laju kalah keretapi. Perasaan tengok graduan PHD sama je dengan tengok graduan ijazah yang bezanya diaorang pakai topi beret tu, banyak lak komen dia ek.

Untuk majlis konvokesyen kali ni kami sekeluarga mengambil peluang untuk bercuti sekali di Johor dan Melaka. Habis je majlis pagi tu, ambil gambar kejap lepas tu terus bergerak ke Melaka. Percutian di Melaka sangatlah seronok, berjalan-jalan dengan ma dan abah memang seronok sebab diaorang adalah pelancong yang aktif, hehe maknanya banyak la berjalan. Nanti saya tulis entri tentang cuti di Melaka, huhu.

p/s: Sebenarnya niat dihati nak tulis entri yang pendek je tapi terpanjang la pulak...

Tuesday, June 12, 2012

Akhirnya

Assalamualaikum...

Salam lama tak bersua, susah betul nak menulis blog sekarang kan. Jadual saya penuh dua bulan ni jadi sentiasa tak ada masa nak buat benda lain, kalau ada masa saya lebih suka bersantai menghadap hobi kegemaran saya iaitu baca buku dan menonton drama atau filem. Hobi tu untuk hilangkan 'stress' banyak sangat kerja dua bulan ni.

Hari ni saya periksa akhir untuk semester ni dan juga yang terakhir dalam pengajian saya. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa halangan atau kena ulang subjek balik maka saya akan menamatkan pengajian sarjana saya. Rasa gembira yang amat, saya dah tak larat membaca buku-buku dan menulis report projek saya tu. Minggu depan dah boleh hantar salinan berjilid, huhu. Harapnya segala penat lelah selama dua tahun ini akan membuahkan hasil. Bila semua dah berakhir rasa sangat seronok, saya boleh memulakan mimpi baru. Alhamdulillah. (^_^)

It's Over (^_^)

Minggu lepas saya bercuti seminggu untuk balik bercuti ke Kelantan bersama keluarga saya yang sangat comel itu. Setiap kali memandu balik ke Kelantan saya rasa sangat penat, agak-agak bila la kami boleh dapat 'highway'? Perjalan yang sepatutnya tak berapa lama menjadi lama kerana saya adalah pemandu yang tak biasa memandu di jalan seperti itu, sakit seluruh badan dibuatnya. Pulak tu banyak bukit bukau dan jalan yang macam ular, pening seh.

Cuti kali ini saya sekali lagi ke Cameron Highland, hehe korang mesti ingat saya suka betul ke sana kan. Kali ni mak dan ayah saya mahu ke sana, yela anak dia asyik pergi sana je kan. Lagipun Cameron dekat dengan Kelantan jadi alang-alang dah balik sana kami pergi la bercuti di Cameron sekejap, kali ni lagi seronok kerana semua ahli keluarga bercuti bersama. Walaupun ramai orang kat Cameron tu (biasa la cuti sekolah) tapi ok je sebab dah lama tak bersantai-santai dengan mak ayah saya. Korang pun kalau ada masa bawak la mak ayah korang jalan-jalan, tak payah pergi jauh pun dekat-dekat pun diaorang dah hepi.

Lari dari tajuk pulak kan, hehe nak jugak cerita pegi Cameron tu. Ok la saya dah tak ada idea nak tulis apa dan nak sambung balik berjimba, esok dah kena kerja balik (malassnyaa).

p/s: Kalau saya cakap saya nak cuti lagi boleh tak, macam tak cukup je cuti seminggu (@_@)

Wednesday, May 9, 2012

Projek Akhir

Assalamualaikum...

Salam lama tak bersua. Saya baru sahaja melalui minggu yang sangat menguji ketahanan diri saya. Tanggal 7 hb Mei adalah tarikh akhir menhantar 'report' projek akhir saya, saya sangat tertekan untuk menyiapkan 'report' itu sehingga hari ini walau sudah dua hari berlalu badan saya masih kelesuan kerana tekanan yang kuat. Saya tak pernah se'stress' ni, sampai termimpi-mimpi la.

Kerana asyik terbangun malam saya kekurangan tidur dua hari ni, haihh penat seh. Saya harap ini semua tak berpanjangan sebab saya dah tak larat sangat. Asyik merungut je saya ni kan walau pun kepenatan saya bersyukur kerana berjaya menyiapkan 'report' dalam masa yang ditetapkan. Saya dah tak tahan asyik ke perpustakaan dah, lepas ni saya nak rehat-rehat di rumah je.Minggu depan saya ada perbentangan projek lagi, doakan saya ek.

-Sedang berusaha untuk menaiki tangga (@_@) -
 
Minggu ini saya akan ke Cameron Highland lagi, kali ini dengan Rozila sekali. Kalau ikutkan saya mahu berehat-rehat di rumah je tapi dah lama merancang nak pergi dengan Rozila dan kebetulan pulak sabtu ni hari jadi Along jadi sambut hari lahir Along jugak la kali ni. Harapnya saya dapat kurangkan 'stress' saya dengan melihat kehijauan pokok-pokok teh itu walaupun saya tak berapa suka dengan suhu yang sejuk.

Teringat pada sesuatu, kita dah nak memasuki bulan Rejab ni bermakna ada lebih kurang dua bulan lebih je kita nak ke bulan Ramadhan, semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan akan datang, InsyaAllah. Akak-akak kalau yang ada puasa yang nak diganti boleh la mula ek, berapa hari lagi tinggal ni. Hehe, saya suka bulan Ramadhan, tak sabar rasanya nak puasa.

p/s: Harap-harap trip kali ni tak terkena mabuk kereta macam trip hari tu (^_^)

Sunday, April 8, 2012

Bahagia

Assalamualaikum...

Apa khabar semua, semoga korang semua sihat-sihat saja. Sangat lama saya tak menulis blog kan, biasa tu seminggu sekali saya menulis jugak tapi kali ni hampir 3 minggu tak ada updates. Saya agak sibuk dengan pelbagai macam kerja dan komitmen, badan penat jadi nak menulis pun malas.

Hari ni 8hb April 2012 adalah kelas saya yang terakhir untuk semester ini dan juga kelas terakhir untuk pengajian sarjana saya. Alhamdulillah perjalanan hampir tamat walaupun masih ada projek dan peperiksaan akhir untuk ditempuhi. setelah berakhirnya kelas tadi saya sedikit sebak, pastinya saya akan merindui rakan-rakan sekelas saya dan juga rindu untuk menghadiri kelas (huhu, poyo je kan bunyi dia). Sepanjang pengajian saya ni, saya tak pernah sekali pun tinggal kelas dan saya amat bangga dengan diri sendiri dengan komitmen ni, Alhamdulillah semoga usaha saya akan membuahkan hasil. Doakan saya berjaya menyiapkan projek saya ek, kalau tak siap ni tak boleh nak graduate gak.


Habis cerita pasal kelas ek, saya sebenarnya updates blog ni sebab nak bercerita pasal benda lain tapi sebab hari ni hari terakhir kelas, nak jugak cerita pasal tu. Tadi saya membaca kata-kata Ustaz Pahroi di Facebook yang sangat menarik (yes saya bukak Facebook ok, cuma jarang updates je), saya akan letak kat bawah nanti kata-kata tu. Betul cakap ustaz tu, kalau ada perkara yang menyakitkan hati kita tak perlu kita ingatkan sebab kita akan sakit dua kali. Suka dengan ayat dia "Apabila ditanya bilakah kita akan bahagia... Jawablah, hari ini!". Saya nak share ayat ni sebab saya harap kita semua akan berbahagia, kita ada Allah yang sentiasa disisi, bila ada orang yang menyanyangi kita macam mana kita tak bahagia kan, apa lagi kasih Allah itu adalah kasih yang paling teratas. Jadi marilah kita semua menjadi insan yang bahagia hari ini (^_^).

"Jangan biarkan tragedi silam menyakitkan kita dua kali. Sekali sewaktu kita mengalaminya, kedua sewaktu kita mengenangnya. Selepas mengambil pengajaran daripadanya, ayuh lupakan.Tidak ada kejayaan untuk mereka yang tidak bermula pada hari ini. Semalam berakhir pada malam semalam. Orang yang sering diganggu masa silam tidak akan mampu melangkah ke hadapan. Apabila ditanya bilakah kita akan bahagia... Jawablah, hari ini!"
Dalam empat, lima bulan ni saya mendapat banyak pengajaran baru tentang kehidupan. Melalui sedikit kesakitan dan kepayahan mengajar saya menjadi lebih kuat. Macam lagu Kelly Clarkson tu, "what doesn't kill you make you stronger". Hidup memang macam ni, kadang-kadang kita akan terjatuh dalam perjalanan, bila kita jatuh kita belajar untuk bangun semula. Pandang sekeliling dan kita akan nampak ramai yang akan menghulurkan tangan membantu, kita ada keluarga dan kawan rapat yang akan membantu kita untuk bangun semula. Dunia tak berakhir bila kita dilanda kesusahan jadi apa yang boleh kita buat adalah meneruskan kehidupan dan belajar menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan. Kalau susah hati jugak tadah tangan dan berdoa sebab Allah sentiasa mendengar doa kita.

Allah has always Three replies to our Dua

1- “Yes”
2- “Yes but not now”
3- “I have a better plan for you”

There is never a “No” so have Faith in Allah and be submissive to His will always
Huhu, jiwang pulak entri ni kan, bila kita lihat kawan melalui saat yang sukar kita pun akan terasa jugak. Kalau kita sendiri melalui saat sukar boleh cuba pujuk hati sendiri tapi bila orang lain yang melaluinya kita cuma boleh memberi sokongan.

p/s: Bila tengok orang susah hati sebab hati dan perasaan ni rasa lebih bahagia tanpa komitmen ni.

Monday, January 16, 2012

Final Exam dan Brain

Assalamualaikum...

Salam ceria untuk semua, harap korang ceria-ceria sahaja. Hari ni saya menduduki kertas terakhir untuk peperiksaan akhir semester, akhirnya tadi pada pukul 11.30 am secara rasminya semester 3 saya tamat. Alhamdulillah walaupun tak berapa pasti saya boleh jawab ke tak tadi tapi saya gembira kerana semester sudah berakhir. Tinggal satu semester lagi saya sebelum menamatkan pembelajaran saya. Macam biasa, doakan saya berjaya ok.

Semua usaha dah buat sekarang tawakal je (^_^)

Habis je peperiksaan tadi saya balik dan membuat aktiviti kegemaran iaitu menonton drama, huhu. Disebabkan saya tak ada idea nak menulis apa jadi saya nak cerita tentang drama yang sedang saya tonton sekarang. Drama ni adalah drama korea, saya suka drama korea tapi saya tak adalah menonton banyak drama korea sebab saya lebih suka drama jepun. Lepas Secret Garden tak ada drama yang buat saya rasa nak tengok je dan tak sabar tunggu episod baru keluar. Drama yang sedang saya tonton adalah drama Brain, drama ni tengah tayang kat KBS sekarang tapi saya download je sebab KBS kat astro tu lambat dalam 4 episod, saya tak sabar nak tahu jalan cerita dia jadi saya download je drama ni.


Poster drama Brain

Kenapa saya suka drama ni ek, sebab drama ni macam drama jepun tak ada kisah cinta yang melampau-lampau. Drama ni adalah drama medical tentang neurosurgeon, dah nama drama pun brain kan jadi banyak cakap pasal otak la. Saya tak reti nak cerita lebih-lebih tapi kalau korang suka drama korea dan drama medical sila la tengok cerita ni. Lakonan pelakon dia pun sangat best, hero drama ni menang KBS Drama Daesang Award disebabkan kehebatan lakonan dia dalam drama ni walaupun drama ni tak habis tayang lagi kat Korea. Daesang award tu adalah award yang paling tinggi biasa orang korea kasi dalah majlis anugerah, dia macam grand prize la. Hero cerita ni lain dari watak hero korea yang biasa kita tengok, kalau nak tahu kenapa saya cakap macam tu sila la tengok ek drama ni. Ok la dah habis promote dah drama ni, nak tau jalan cerita sila la google.

p/s: Dah habis tengok drama saya nak tido lak, huhu seronoknya dah habis exam (^_^)

Note: Semua gambar ambil dari encik google

Wednesday, December 14, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Saya kesibukkan yang amat menyiapkan report untuk projek satu saya, alhamdulillah akhirnya berjaya siapkan jugak hari ni. Minggu depan ada presentation untuk projek ni pulak, cuak la jugak tapi insyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik doakan saya semoga berjaya sampai ke akhir perjalanan belajar saya ni ek.




Saya sebenarnya mahu menulis panjang lagi tapi dah lewat dan saya amat mengantuk. Ingatnya nak tidur awal malam ni tapi biasa la bila dah habis satu kerja tu banyak la aktiviti kegemaran yang saya nak buat padahal assignment belambak lagi tak buat, huhu. Kalau tengok tahap kemalasan menulis blog sekarang ni nampak gayanya entri seterusnya di tahun baru la, harapnya ini bukan entri terakhir saya tahun ni ek. Ok la semoga jumpa lagi di entri seterusnya.

p/s: Mood sangat gembira baru siap report. sapat la tidur lena malam nih, huhu.

Sunday, October 23, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Selepas minggu yang memenatkan sebelum ini saya melalui minggu yang membahagiakan, huhu. Menerima beberapa berita yang menggembirakan minggu lepas, syukur Alhamdulillah. Inilah namanya hidup kan, kita melalui pelbagai fasa, tak semestinya sentiasa dilanda kesusahan dan kesulitan. (^_^)

"KESUSAHAN & KESULITAN adalah laksana MUSIM DINGIN, BASAH DAN LEMBAB tidak disukai insan. Tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh BUNGA-BUNGA yang harum dan BUAH-BUAHAN yang subur.. "

Berita paling mengujakan adalah tajuk proposal saya telah diterima, Alhamdulillah dan saya juga mendapat penyelia yang saya inginkan. Cabaran kedua dalam projek saya baru bermula, InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya ok. Kalau semua orang boleh, saya pun boleh kan. Satu lagi saya juga menerima permintaan yang mungkin paling penting dalam hidup saya. Masih dalam proses memikirkan dan belum membuat apa-apa keputusan lagi. Semoga saya diberi petunjuk olehNya dalam urusan yang satu ini.



Doa Seorang Kekasih - Inteam

Apa-apa pun, mesti dahulukan perkara yang penting kan. Harapnya saya tak akan hilang fokus dan melupakan perkara yang lebih penting, banyak perkara perlukan perhatian saya sekarang. Raya haji dah makin dekat, saya sangat tak sabar mahu pulang ke kampung dan berehat-rehat. Ok la saya harap minggu baru yang bakal tiba lebih bermakna untuk korang dan saya ek. Kepada cik Suhaina dan Nuha, thanks for the sweet moment, you guys are simply the best. (^_^)

p/s: Saya dalam mood jiwang, huhu (@_@)..

Sunday, October 9, 2011

Perjalanan masih jauh

Assalamualaikum...

Waa lama seh tak menulis blog kan, saya menulis kan. Macam biasa kalau lama tak menulis entri baru tu tandanya saya sangat sibuk dengan macam-macam aktiviti. Minggu lepas adalah minggu convocation Along. Ma, abah dan makcik-makcik saya datang Kl, maka jadual saya sangat padat sepanjang minggu lepas menemani mereka berjalan-jalan. Memenatkan tapi sangat seronok, huhu.


Saya jugak agak sibuk menulis kertas kerja untuk projek satu saya. Kepala dah sangat pening membaca journal dan thesis serta conference paper, rasanya wayar kepala saya dah serabut dah. Memulai perjalan projek satu ni terasa sangat keperitannya, kenangan membuat projek masa zaman ijazah dulu kembali semula. Inilah cabaran sebenar dalam perjalanan saya mengejar mimpi, kena kuatkan semangat dan berusaha lebih lagi sebab perjalanan masih jauh. Semalam baru lepas membentangkan draf projek kepada Prof saya, alhamdulillah lepas satu peringkat, tinggal nak tambah isi dan menambah apa yang kurang sebelum hantar minggu depan. Doakan proposal projek saya lepas dan diterima ek.

p/s: Tengok Along konvo tak sabar rasanya saya nak konvo jugak, huhu...

Wednesday, April 27, 2011

Silap

Assalamualaikum...

"To err is human; to forgive, divine." - Alexander Pope

Pernah dengar tak quote kat atas tu, itu adalah salah satu quote kegemaran saya jugak tu. Kita manusia biasa tak lepas dari membuat kesalahan. Kenapa bercerita tentang benda ni ek, emm hari ni fikiran saya agak berserabut, tak ada mood nak kerja memikirkan nak exam ni. Bila dah tak fokus buat kerja maka banyaklah buat silapnya, yang paling tak best tu semua pun kesalahan bodoh jek. Siap sampai salah sorang manager saya tegur kenapa banyak salah hari ni, rasa bersalah sangat sebab terlepas pandang beberapa perkara. Tapi seronok sangat bila saya cakap sorry sebab banyak buat silap hari ni dia hantar email reply yang sangat comel..

You know why?

...........

................

.....................

.............................

..................................

.........................................


Because we are human

Sweet je kan, hehehe gembira sikit saya bila baca email tu. Tu baru salah buat kerja tu, salah dengan tuhan Dia sahaja yang tahu. Agaknya saya sekarang ni leka sangat, tu yang jiwa kacau tu. Selalu dah cakap dan ingatkan diri "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati kan menjadi Tenang, InsyaAllah". Allah ni walau besar mana pun kesalahan kita, kemaafan Allah lebih besar jadi jangan kita meragui janji Allah. Bak kata Abang Maher Zain - Always be there, dia sentiasa bersama kita walau kadang-kadang kita lupa dengannya. Perkara ni membuat hati saya lega sikit, susah senang saya Allah tahu dan sentiasa bersama saya, thank you Allah.


Patutnya esok nak cuti tapi tak ada orang boleh ganti jadi kenalah pergi kerja jugak. Haihh memikirkan banyak notes yang nak kena baca ni tensen kejap tapi takpe insyaAllah boleh kan. Dalam banyak benda nak kena baca tu sempat lagi tulis blog tu kan, hehehehe release tensen jap mengadu dalam ni. Ok la nak kena sambung baca nota, Ganbatte Oda!!

p/s: Jumaat ni exam Law, investigation and Ethics, siapa kata belajar law senang, susah yang amat sehhh...

Tuesday, April 26, 2011

Final

Assalamualaikum...

Pejam celik kita dah nak sampai ke penghujung April dah kan, rasa macam baru semalam je masuk tahun baru 2011. Bagi saya pulak, rasa macam baru semalam je saya mula kerja pada tahun 2007. Tak tahu kenapa saya rasa nostalgia la pulak malam-malam hari ni. Tiba-tiba saya rasa dah lama saya kerja rupanya, tahun ni dah empat tahun bekerja, tapi saya kosong la pulak. Kesibukkan dengan pelbagai komitmen dah mula membuatkan saya rasa tak seronok. Emm sebenarnya ni penangan sebab nak final exam ni, kesibukkan kerja membuat saya tak dapat menumpukan perhatian untuk study.


Bila baca ayat dalam mesej kat atas ni buat saya lega sikit, emm susah-susah ni tak lama pun. Saya tak tahu kenapa semester kali ni memcabar sikit buat saya, sentiasa rasa macam ada benda yang tak kena. Kena kuatkan diri ni, baru je semester kedua, nanti masuk tahun dua ada macam-macam lagi perkara kena hadapi. Doakan saya berjaya menempuhi peperiksaan dengan jayanya ok (^_^), InsyaAllah saya akan buat yang terbaik. Ganbatte!!!

p/s: Asal menulis jek nak mengadu ek, macam dia sorang yang ada final exam..

Tuesday, November 9, 2010

Final Exam

Assalamualaikum...

Saya tak tahu apa perasaan saya sekarang samada stress atau tak, emm sikit-sikit la kot. Huhu awal-awal dah bunyi cam tensen ek, sebenarnya final paper pertama saya hari jumaat ni. Dah lama tak ada perassan ni, bila pikir nak study tu macam semangat je tapi bila bukak buku macam-macam benda lain nak buat, huhu.


Kepala dah tepu sebab siapkan semua assignment dua tiga hari ni, rasanya dulu masa degree tak sebanyak ni assignment. Saat-saat ni saya rindukan masa lapang yang banyak dulu, saya nak pergi jalan-jalan tawaf shopping complex, nak tengok drama satu sehari semalam, nak tido 12 jam tak payah pikir apa, nak duk rumah dan tengok tv dari petang sampai malam dan nak macam-macam lagi. InsyaAllah habis final nanti saya akan cuba laksanakan semua tu, dan juga nak tunaikan janji dengan semua orang nak keluar jalan-jalan.

Perjalanan yang masih panjang,menagih seribu pengorbanan.
Tiada kemenangan melainkan berkat pertolongan Allah
(Al-'Imram:126)

Sekarang ni ni musim final exam untuk semua pelajar IPTA, IPTS tak berapa pasti. Apa-apa pun good luck untuk semua dan diri sendiri. Buatlah sehabis baik, insyaAllah orang yang berusaha akan mendapat hasilnya. Minna Ganbatte Ne!!

p/s: Saya baru nak mula membaca ni, camna ni (@_@)

Thursday, October 21, 2010

Updates - Petang yang boring

Assaalamualaikum ya Akhi ya Ukhti...


Tengah tengok cerita Syurga Cinta kat Astro Ria, saya memang suka filem ni. Biarlah jalan cerita dia cliche ke, Heliza tak pandai berlakon sangat ke, Haziq over ke (owhh saya sangat suka Haziq dalam cerita ni) dan macam-macam lagi tapi saya tetap suka cerita ni. Iye saya tak adalah asyik tengok cerita jepun dan korea je, cerita melayu pun tengok jugak, hehe.


Imej amik dari encik Google

Bila cakap pasal cerita jepun dan korea, sekarang tengah suka giler drama Sungkyunkwan Scandal, kalau korang suka drama korea tengok la cerita ni, best sangat. Tapi drama ni tak habis tayang lagi kat korea, kat KBS World pun baru episod 4, nak tengok kat KBS World channel 391 Astro tiap-tiap isnin dan selasa pukul 9.10 PM. Hehehe, selalu promote KBS kan, ada channel Korea baru nak start kat Astro channel S-one, yang ni rasanya dari channel SBS korea, tak sabar lak ada channel baru ni. Kenapa Astro tak buka channel Jepun free ek, asyik korea je, kan best kalau Fuji TV ke, Tokyo TV ke free sekali, gamaknya asyik tengok TV la Oda, huhu.


Sungkyunkwan Scandal yang best, imej amik dari encik Google

Emm cerita pasal drama dan filem je kan, saya tak ada idea nak menulis tapi nak jugak updates blog tu cerita apa yang ada dalam kepala je tu. Hari ni baru mula off, badan masih penat lagi keje malam semalam. Boring je petang ni, nak siapkan assignment malas nanti dah dekat nak hantar mula la cuak nak buat kan. Hehehe dah tiga minggu asyik buat assignment je, kepala saya dah pening. Bulan depan saya akan menempuhi Final exam yang pertama untuk Master, cuak jugak tapi tak sabar nak habiskan semester ni. Saya mahu berehat dari kelas, cuti-cuti dan banyak lagi benda nak buat.

Cakap pasal cuti, bulan 12 nanti ofis buat teambuilding dan Annual dinner sekali kat Melaka. Tahun ni insyaAllah pergi, satunya sebab saya nak bercuti dan rehat-rehat, tempat yang kitaorang akan pergi tu nampak cantik sangat. Kali ni pergi Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka. Bulan 12 ni gak sepupu saya kawin, insyaAllah akan balik Kelantan jugak. Nasib baik la bulan 12 cuti semester kalau tak mesti susah nak arrange cuti. Sebenarnya, saya tak sabar nak habiskan Final exam dan bercuti (^_^), huhu ganbatte Oda!!.

p/s: Oda.. cuti, cuti jugak ada lagi 5 assignment dan 1 class project tak siap....uuwaaaa I seriously need a break..

Friday, August 13, 2010

Malas

Assalamualaikum...

Salam hari jumaat dan salam bulan ramadhan buat semua. Hari ni saya off jadi duk rumah je, nak masak untuk berbuka rasa cam malas, huhu. Saya ni kena datang mood rajin baru masak, kekeke tu la antara sebab sampai sekarang tak kawin-kawin. Antara perkara yang saya suka dengan bulan puasa ni tak lain tak bukan adalah bazar ramadhan la, huhu (^_^). Petang ni ajak along pegi bazar ramadhan besar sikit la, kalau puasa tu macam-macam benda nak makan kan, tapi kena la beringat jugak nanti nak terawih susah sebab senak perut makan banyak sangat.


Niatnya hari ni saya nak siapkan assignment yang banyak tak hengat tu, satu pun tak mula lagi. Tapi bila dah mengadap komputer ni macam-macam benda la pulak mengacau ni. Sebab yang paling utama sebenarnya tak ada idea camna nak mula assignment ni, tu yang tangan gatal meng-updates blog ni. Camna ek nak dapatkan momentum tu, nak on-kan study mode dalam diri sendiri. Emm saya ni memang susah nak fokuskan diri untuk belajar, penyakit malas tu dah sebati dalam diri. Apa-pun saya akan cuba untuk berubah, saya tahu susah nak ubah perangai tu tapi nak seribu daya kan, GANBATTE ODA!!.

p/s: Doakan saya jadi rajin belajar ek (^_^), saya tak nak kalah dengan diri sendiri dan tak nak jadi orang yang memberi alasan gak...

Friday, July 30, 2010

Updates

Assalamualaikum....

Salam hari jumaat, selamat hari yang baik-baik untuk semua. Lama betul saya tak updates blog kan, sesungguhnya saya sangat sibuk dengan kerja dan belajar. Sepanjang saya bekerja 3 tahun banyak masa dan ketika saya amat sibuk dengan kerja tapi sibuk kali ni lain sikit, sibuk yang memenatkan badan. Mungkin saya stress dengan kerja dan kelas ditambah dengan assignment sekali. Saya tak menyangka yang belajar sambil kerja amat memenatkan, tapi alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan kan. Dah mulakan kenalah habiskan, insyaAllah lama-lama nanti akan dapat biasakan diri.


Hari ni sepatutnya saya pergi ke Sarawak dengan Along dan Zila tapi disebabkan ada kelas hujung minggu ni saya tak dapat pergi. Ramai yang tanya kenapa tak ponteng je kelas tu, emm saya dah penat nak cerita nak fikir ayat nak tulis pun malas ni. Tak apalah dah tak ada rezeki saya nak ke Sarawak kali ni. Saya anggap ini salah satu perkara yang saya kena korbankan, kadang-kadang kita kena terima tak semua perkara yang kita nak kita akan dapat. Bersyukurlah dengan apa yang ada, kita tak boleh nak dapat semua benda kan.

Cuci the Musical 2, gambar ambil dari sini.

Asyik cerita pasal belajar je kan, hehe biasa la itu antara perkara penting dalam hidup saya sekarang. Cerita pasal benda lain la pulak ek, hehe hari selasa lepas saya tengok teater Cuci the Musical 2. Sangat la best cerita tu, mula-mula saya tak ada la excited sangat nak tengok teater ni, pergi tengok pun sebab nak teman Along je. Teater Cuci the Musical di luar jangkaan saya, kelakar sangat. Walaupun panjang duration teater ni sampai 4 jam tapi seronok la cerita dia. Kalau ada orang nak tengok cerita ni saya sangat-sangat la galakkan. Pergi la tengok, rugi kalau tak tengok sebab dengar cerita tiket kali ni murah sikit berbanding dulu.


Sebelum habiskan menulis updates ni, nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan buat semua. Mari kita siapkan diri untuk menghadapi bulan ramadhan yang akan sampai dalam 10 hari lagi. Semoga kita semua sempat sampai ke bulan ramadhan tahun ni dan pada semua yang belum habis ganti puasa cepat-cepatlah habiskan ganti ek.

p/s: Saya rindukan masa-masa dulu, zaman saya boleh duduk bersenang-lenang tanpa memikirkan apa-apa (@_@).

Friday, July 16, 2010

Terima kasih semua

Assalamualaiku ya ahhi ya ukhti....

Salam hari jumaat, selamat hari yang baik-baik untuk semua. Dah pukul 10 pagi tapi saya masih mengantuk, hari ni bangun awal sebab teman Zila hantar sepupu pagi tadi. Semalam tido lambat sebab tengok naruto dan 1N2D, malam ni dah mula kerja jadi semalam habiskan tengok cerita-cerita yang tertinggal minggu lepas. Esok pulak dah mula kelas yang pertama untuk pelajar baru ni.


Ramai yang tanya saya apa perasaan nak mula belajar balik, kalau tanya minggu lepas saya jawab tak ada perasaan sangat pun tapi minggu ni saya dah rasa berdebar-debar. Macam-macam perkara saya fikir dalam kepala saya ni, yela biasa fikir pasal kerja, family, drama jepun, drama korea dan anime je. Kali ni nak fikir benda-benda yang complicated ni, dapat ke cope nanti. Saya berserah je pada Allah, semoga hati saya tenang sikit. Saya yakin kalau ada usaha insyaAllah semua boleh.

Saya percaya orang yang berusaha akan mendapat ganjarannya nanti. Sebab tu lah masa belajar dulu kalau saya dapat result rendah je saya redha sebab saya tahu usaha saya takat mana. Dulu saya adalah pelajar yang agak malas, belajar malas, pergi kelas pun malas. Tapi bukanlah tak belajar langsung, mustahil la saya graduate kalau tak belajar langsung kan. Saya harap untuk kali ni saya akan rajin sedikit, emm tu perkara yang agak sukar buat saya tapi insyaAllah saya akan cuba.




Kelas saya dari pagi sampai petang, sabtu dan ahad. Bunyinya macam membosankan dan memenatkan je, tak mula kelas lagi saya dah risau tengok jadual kelas. Macam mana la saya nak spend time untuk kelas-kelas tu, dengan jadual kerja saya yang tak menentu tu. Memikirkan jadual kerja dan kelas dah buat saya sedikit stress tapi saya tahu risau tu tak bawa kemana jadi saya buat one step at a time. Saya akan rancang jadual saya setiap minggu, nasib baik teammates saya sangat memahami. Tak tahu la macammana saya nak hadapi jadual yang macam ni tanpa sokongan mereka semua (^_^).

Ukhwah fillah abadan abada. Semoga tautan ukhuwah berada dalam redha Allah.

Saya tahu ramai yang berada di belakang saya, keluarga, kawan-kawan dan teammates saya yang menyokong saya. Memikirkan mereka semua buat saya rasa sedikit lega, betullah kita memang tak boleh hidup sorang kat dunia ni. Terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong, membantu dan sentiasa ada untuk saya. Tanpa kalian semua Oda tak mampu nak melangkah lebih jauh. Terima kasih atas kata-kata nasihat dan sokongan yang tak putus saya terima, setiap kali saya mengadu atau mengeluh sentiasa ada orang yang akan beri nasihat dan kata-kata semangat. Alhamdulillah Allah berikan saya keluarga dan sahabat yang sangat memahami, sesungguhnya saya bahagia menjadi keluarga dan sahabat kamu semua (^_^).

p/s: Hargailah mereka yang sentiasa berada disisi kita, saya tak tahu orang lain tapi tak dapat bayangkan hidup saya tanpa mereka.

Monday, July 12, 2010

Permulaan

Assalamulaikum...

Pagi ni mesti ramai yang tak cukup tidur sebab menonton akhir piala dunia semalam, saya bekerja semalam jadi bahang akhir piala dunia saya tak rasa apa-apa. Kejam jugak bila fikir perlawanan akhir ni tayang pagi isnin kan, nak buat macammana dekat sana masih lagi ahad. Saya agak gembira akhirnya piala dunia ni tamat, dah tak tahan sebenarnya dengar cerita pasal bola.


Akhirnya piala dunia 2010 dah sampai ke penghujung, rasanyatak ramai antara kita yang sedar bulan rejab pun dah sampai ke penghujung. Kita dah memasuki bulan syaaban sebenarnya, cepat je masa berlalu lagi beberapa minggu kita akan memasuki bulan ramadhan. Itulah kita leka dengan hal dunia, nasib baik musim piala dunia bukan semasa bulan ramadhan. Saya kira mesti ramai yang akan rugi jika piala dunia diadakan semasa bulan ramadhan. Yela bulan ramadhan ni bulan pahala, kalau kita leka kita yang rugi. Jadi mari kita semua bersedia untuk menyambut ramadhan, mula-mula kena la sambut syaaban dulu. Dengan permulaan syaaban mari kita tekadkan niat untuk tak mensia-siakan bulan syaaban ni.

Saya juga baru perasan bulan rejab dah berakhir sebenarnya, sekarang saya sangat sibuk dengan kerja dan urusan pengajiaan saya. Pening memikirkan banyak perkara yang perlu di ambil kira bila dah sambung belajar ni, tapi sebab dah nekad apa-apa pun kena hadapi juga. Kelas belum pun bermula saya dah mula rasa stressnya, semoga saya dikuatkan Allah untuk menghadapi semua ni. Saya tak boleh mengeluh sekarang sebab saya sendiri yang buat keputusan untuk sambung belajar ni walaupun dengan waktu kerja saya yang tak menentu tu. Perkara yang kita mulakan kena la juga kita habiskan, InsyaAllah dengan niat yang baik Allah sentiasa bersama kita.


Saya agak pening dengan beberapa urusan sps utm yang saya kurang fahami, dengan jadual kelas yang saya tak dapat lagi, dengan pendaftaran subjek yang belum selesai, dengan pembayaran yuran yang berapa pun saya masih kurang pasti dan seribu macam persoalan bagi pelajar baru macam saya ni. Jadi insyaAllah esok saya akan ke UTM KL untuk menyelesaikan semua masalah ni, siapa sangka jadi pelajar banyak perkara kena ambil kira kan. Banyak urusan belum selesai walaupun saya dah daftar sabtu lepas, agak sukar menjadi pelajar tua ni sebab semua kena buat sendiri, dulu ada senior yang tolong sekarang sendiri mau ingat la. Saya tak mahu permulaan pengajian saya dah memberi alasan yang pelbagai, sedangkan saya dah agak saya akan hadapi semua ni. Jadi Ganbatte Oda!!

p/s: Kepada kawan-kawan saya mahu sambung belajar sambil bekerja, sila mentally and physically prepared. Minna Ganbatte!!

Tuesday, July 6, 2010

Hospital

Assalamualaikum...

Blog ni semakin sepi, saya sangat sibuk kebelakangan ni, biasa saya suka updates blog dari office sebab selalu masa kerja banyak idea saya nak menulis tapi sejak banyak kekangan dah tak boleh guna internet office dah. Tak apa la dah peraturan office macam tu, bosan macam mana kat office pun sabar je la.

Hujung minggu ni akan daftar sambung belajar pulak, makin sibuk la nampaknya. Nanti ada la perkara yang banyak kena korbankan, yela kerja sambil belajar kan. Kawan-kawan semua maaf sangat-sangat, banyak kali sangat dah ajak keluar tak boleh sebab sibuk ek. InsyaAllah kalau ada masa lapang kita keluar ek.

Imej ambil dari encik Google

Tengah hari tadi baru je lepas buat pemeriksaan kesihatan (medical check up), pertama kali pergi sendiri. Saya tak suka pergi klinik atau hospital, tak suka kena periksa dengan doktor ni. Kalau demam pun, dah teruk sangat baru pergi klinik, sebab tu la tak suka ambil MC. Disebabkan semua orang kerja, Zila pun banyak kali cuti jadi malas nak suruh dia teman, Along lak hari ni ada meeting kat sekolah dia. Rasanya ni adalah medical check up yang ke 4 dah, yang pertama masa masuk Pasir Puteh dah masa tingkatan 4, lepas tu masa nak masuk UTM dan yang terakhir masa mula-mula nak kerja dulu. Semua tu Rozila yang temankan, kali ni pergi sorang-sorang cuak la jugak, dah la masa kat dalam tandas tadi tersalah bukak paip air, habis basah seluar. Tensen jugak la tadi, bila dah habis buat medical check up tu rasa lega sangat.

Dulu masa zaman matrik, saya budak sains hayat jadi di kalangan kawan-kawan ramai yang nak jadi doktor dan memang ramai yang dah jadi doktor pun. Saya memang tak nak jadi doktor atau kerja di hospital tapi bila kawan-kawan tanya saya iakan aje. Hehe hidup memang agak carefree masa tu, saya harap boleh kembali ke zaman itu. Saya gembira saya tak mengambil kursus yang memerlukan saya kerja di hospital sebab saya masih lagi tak suka suasana dan bau hospital. Tapi sejak selalu pergi ke hospital tahun lepas dan awal tahun ni lawat dan jaga sepupu kat hospital dah kurangkan sikit fobia saya dengan hospital.



Bila pergi ke hospital sentiasa buat saya rasa bersyukur dengan nikmat sihat yang Allah berikan. Jadi masa sihat ni lah kita kena menghargai rahmat Allah, masa ni la kita gunakan untuk sentiasa bersyukur dan beribadat sebab bila dah sakit banyak perkara tak dapat dibuat. Jadi kenalah sentiasa ingat 5 sebelum 5.

p/s: Hujung minggu ni bermula zaman sebagai pelajar sekali lagi setelah tiga tahun tak bergelar pelajar, tak sabar dan cuak pun ada jugak ni...wish me luck ok (^_^)

Friday, May 21, 2010

VISI dan MISI

Assalamualaikum....

Imej ambil dari encik Google

Dalam entry yang lepas ada cerita pasal sambung belajar kan. Emm tengah pening memikirkan yuran yang sangat mahal itu. Kalau course lain tak ada la mahal sangat tapi alang-alang sambung belajar baik ambil yang kita suka kan. Emm keseluruhan course ni RM20, 000 kalau course biasa dalam RM11, 000 je. Nampaknya kena la bekerja keras ni, terpaksa la lebih rajin buat OT dan merancang budget.

Visi saya sekarang bertumpu kepada sambung belajar ni, yang lain kemudian cerita one step at a time. Dan misi adalah nak bekerja keras utuk kumpul duit, InsyaAllah tak susah kot nak kumpul duit untuk bayar yuran ni. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan ek. Bila difikir balik saya patut sambung belajar lama dari tahun lepas lagi, dengan adanya visi dan misi untuk dicapai ni buat saya lebih berusaha, huhu.

Nak cerita lebih lanjut pasal course ni pun nanti dulu la, tak confirm lagi saya akan terima walaupun hati dah 80% memang nak terima tapi tak hantar lagi pun surat penerimaan tu. Bukan sengaja nak lambat-lambat tapi nak tengok option lain jugak. InsyaAllah kalau dah betul sedia, minggu depan akan hantar surat tu.


Tak tahu apa akan jadi masa depan, mungkin susah nak sambung belajar sorang-sorang, part time pulak tu. Nak kena kerja lagi, study lagi kan sebab tu la sekarang hati masih ragu-ragu, tengah mentally prepared untuk apa yang akan jadi. Risau jugak bila mula kelas nanti saya sorang je yang terkapai-kapai sebab kurang pengetahuan tapi itulah gunanya belajar kan. Apa-apa pun bak kata-kata dalam gambar kat atas la, perjalanan masih panjang dan Allah sentiasa bersama kita.

p/s: Saya masih agak skeptikal dengan diri sendiri sebenarnya (emm saya adalah orang yang malas), tapi kalau tak mula macam mana nak capai mimpi...Ganbate Ne!!!

Tuesday, May 18, 2010

Mimpi-mimpi Oda

Assalamualaikum...

I have a dream, gambar ambil dari encik Google

Baru lepas dari minggu yang sibuk dan memenatkan, saya gembira esok saya akan kembali bercuti selama 3 hari. Sepanjang cuti minggu lepas berada di hospital sungai buloh, sepupu masuk hospital. Tak tahu sakit apa tapi dia muntah darah yang sangat banyak, alhamdulillah minggu ni dah boleh keluar hospital. Sepanjang di hospital sungai buloh banyak kembalikan nostalgia kami (keluarga saya) tahun lepas berkampung di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) semasa sepupu saya menjalani pembedahan jantung. Bila tengok orang sakit buat saya insaf, ingat lima sebelum lima, sihat sebelum sakit.

Kata ulama, jangan tertipu dengan usia muda kerana mati itu tidaklah syaratnya tua. Dan jangan juga tertipu dengan kesihatan tubuh kerana bukanlah sakit saja syarat menyambut ajal.

Selain berita yang kurang menyenangkan ini, saya menerima satu berita gembira. Akhirnya saya akan sambung belajar tapi separuh masa je la. Saya masih sayangkan pendapatan sekarang, tak mampu nak buat sepenuh masa. Tinggal bersama dengan rakan serumah (housemate) yang semuanya sedang sambung belajar membuatkan saya juga mahu sambung belajar, huhu. Saya memang bercadang sambung belajar tahun ni, rindu nak kembali belajar. Lagipun azam saya tahun ini adalah nak jadi 'Sang Pemimpi', sambung belajar adalah salah satu mimpi saya.


Saya gembira saya baca buku Sang Pemimpi sebab ia membuat saya mahu menjadi sang pemimpi (dreamer). Banyak lagi mimpi-mimpi yang saya ingin capai, insyaAllah saya akan cuba laksanakan satu demi satu. Apa-apa pun mimpi tak akan menjadi nyata tanpa usaha, yang penting kenalah berani untuk memulakan langkah pertama, jom kita kejar mimpi kita.

p/s: cerita pasal mimpi buat saya rasa mengantuk..lambatnya habis keje (+_+) ZZzzZzzzz..