Entri ini ditulis ketika di pejabat. Oleh kerana minggu ini adalah minggu hari natal dan tahun baru maka kerja saya di pejabat tersangat la kurang. Sebab itulah saya ada sedikit masa berpoya-poya di pejabat, huhu. Hari ni saya banyak membaca blog, dah lama tak mebaca blog buat saya rindu zaman kurang sibuk. Benarlah antara nikmat yang selalu kita lupa adalah nikmat lapang.
Oda was here, huhu (^_^)
Di pantai Cherating, menikmati permandangan pantai di pagi hari adalah sangat best
Di pantai Cherating, menikmati permandangan pantai di pagi hari adalah sangat best
Saya selalu cakap saya memerlukan cuti kan, huhu akhirnya saya dapat bercuti sebelum tahun 2011 berakhir. Saya baru sahaja kembali dari bercuti di Kuala Terengganu dan Kemaman. Nampaknya tahun ini adalah tahun melawat Terengganu buat saya. Awal tahun ini saya sudah berjalan-jalan di Terengganu dan saya mengunjungi tempat yang sama juga kali ini. Percutian ke Kuala Terengganu kali ini adalah sangat padat dan memenatkan tapi saya memperolehi beberapa pengalaman baru yang menyeronokkan. Siapa yang sukakan air silalah ke Kuala Terengganu, memang sesuai dengan jolokkan namanya 'Bandaraya Persisir Air' sebab di mana-mana pun ada pantai atau sungai (kalau korang pergi kesana korang akan faham maksud saya ni).
Minggu lepas adalah minggu mendebarkan buat saya kerana perbentangan projek satu saya. Alhamdulillah saya berjaya melalui nya dengan lancar. Satu fasa sudah habis, saya selangkah menghampiri matlamat. Saya kembali sibuk minggu ini dengan tugasan dan pembetulan projek. Peperiksaan akhir pula bakal menyusul selepas ini, doakan saya dipermudahkan laluan dalam menimba ilmu dan menerima ijazah sarjana. Sesungguhnya jalan ini tidaklah mudah tetapi tidaklah begitu sukar juga. Walaupun sukar tapi kepuasan yang saya dapat apabila berakhirnya satu semester itu sangatlah tidak ternilai, seronok bila kita nampak hasil penat lelah sepanjang semester.
Alhamdulillah juga kerana Allah menenangkan hati disaat-saat kritikal ini, saya redha dengan semua ketetapanNya buat saya. Kita tak tahu apa rencanaNya buat kita maka haruslah redha, kalau tak redha pun apa boleh kita buat, bersedih dan menyesal dengan perkara lalu tak berguna. Dua hari yang lepas sepupu saya kehilangan anak, kandungan baru berusia enam bulan yang dilahirkan hanya sempat bernafas di dunia selama sehari lebih, Allah lebih menyanyanginya. Ini adalah anak kedua mereka, yang pertama gugur pada usia kandungan baru lima bulan. Sesungguhnya ujian mereka sungguh besar dan saya kagum dengan ketabahan sepupu saya itu.
"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah."
Pinjam kata-kata Heliza dari filem Syurga Cinta yang saya rasa penulis skripnya ambil dari sumber lain juga. Kepada yang sedang diuji Allah, tak kira apa pun ujiannya, semoga kita semua sabar menunggu pelangi. Sesungguhnya ujian itu tanda kasihNya kepada kita (^_^).
p/s: Panjang berjela-jela entri kali ini kan, harap korang tak bosan membaca.
No comments:
Post a Comment