Tuesday, March 31, 2009

Ramdom post

Huhuhu...ramdom post. Tengah boring so main-main kuiz jap, tak dapat nak letak link so letak je gambar result dia.


Hehehe, resultnya ialah zero curse in my blog. Kalau nak buat sila la ke sini

Tuesday, March 17, 2009

Mencari Hati

Entry kali ni tak ada apa-apa nak cerita cuma nak kongsi satu gambar menarik ambil dari iluvislam.

credit picture to iluvislam

Sunday, March 15, 2009

Melaka Trip part 2

Currently kat office, today is my third day shift (@_@). Bosan yang amat, kepuasan kerana tak ada kerja nak buat, biasa la weekend kan. Ni nak sambung cerita Melaka trip, gambar tak upload lagi, yang ada dalam dalam ni amik dari Rinie je.

Hehehehe, lepas check in kat Seri Malaysia Melaka dalam pukul 3.30 kitaorang semua rehat-rehat, mandi dan solat. Dalam pukul 5.30 kitaorang gerak ke bandar Melaka, sempat panjat A Famosa dan jalan-jalan sekitar kawasan tu sambil ambil gambar (kalau nak tengok gambar pergi la facebook Rinie..hehe). Kitaorang jalan-jalan area A Famosa sampai lebih kurang pukul 8.30 malam. Lepas tu bergerak ke Umbai untuk dinner, kitaorang plan nak makan seafood.


Sampai kat Umbai, ramai giler orang maklum la isnin kan public holiday (Maulidur Rasul). Kitaorang hampir-hampir tak dapat makan sebab semua tempat penuh dan kenbanyakkan kedai dah habis lauk dah. Dah la kitaorang memang lapar giler sebab last makan kat wedding Dianah. Nasib baik dapat jugak makan, banyak giler kitaorang makan kiranya memang puas hati la. Emm lapar la pulak bila teringat makan kat Umbai ni..

Tu la program last kitaorang untuk hari tu. Esoknya kitaorang check out dari Seri Malaysia terus gerak ke Taman Mini Malaysia. Makan breakfast dulu dan tengok-tengok kedai cenderamata kat luar Taman Mini tu dulu. Ni first time pergi Taman Mini Malaysia, masa kecik-kecik nak sangat pergi sebab selalu tengok dalam cerita pendekar dulu. Kitaorang dapat tengok persembahan kebudayaan dulu, best jugak tengok tarian malaysia ni. Then kitaorang tour semua rumah dari Perlis sampai la ke Serawak, penat jugak la tapi memang berbaloi la. Semua rumah ada keunikan sendiri; rumah selangor besar sangat, kitaorang buat assumption orang selangor ni kaya-kaya je. Rumah pahang lak macam tak ada beranda sebab dia punya beranda tertutup, rumah terengganu kecil sikit tapi comel je. Rumah Kelantan pelik sikit, besar dan ada 2 beranda tapi tak ada bilik. Then rumah Melaka, tangga dia batu, cantik lak tu tangga dia. Kenbanyakkan rumah semenanjung Malaysia lebih kurang tapi rumah Sabah dan Sarawak memang lain. Rumah diaorang tinggi dan lantai dibuat dari buluh. Emm menarik kan, walaupun nampak biasa je tapi bila jalan-jalan kat situ banyak yang kita boleh belajar tentang budaya kita.

Dekat tengahari kitaorang nak balik dah, sampai kat pintu keluar/masuk taman mini kitaorang nampak ada orang tengah menyanyi dan menari kat situ. Penari-penari kebudayaan tengah buat persembahan terbuka, diaorang siap ajak kitaorang menari lagi. Hehehe mula-mula tu malu la jugak tapi sebab ramai yang ikut menari kitaorang join je la sekali. Nampak macam senang nak menari tapi susah nak ikut step diaorang ni.



Lepas taman mini, kitaorang semua terus gerak balik ke KL tapi perasaan seronok jalan-jalan kat Melaka still ada sampai sekarang. Harap dapat datang lagi ke Melaka Badaraya Warisan Dunia (^_^)

Friday, March 13, 2009

Melaka Trip part 1

Assalamualaikum...

yay its Friday but i'm on my first day of my shift. Huhu semua orang excited hari jumaat kan, tapi saya ada 4 hari lagi kena kerja. pulak tu masuk je kerja pepagi tadi telephony system down la pulak, tensen la jugak kejap.

Sebenarnya nak citer pasal trip ke Melaka last week, tak sempat lagi nak tulis blog pasal Melaka trip hari tu. Asalnya plan nak pergi wedding Dianah je tapi cik Huda ajak stay jejalan kat Melaka. Rinie dan Fateen pun plan nak jejalan Melaka so kitaorang join sekali la.

Awal pagi Ahad balik dari kerja dalam kol 7.30 sampai rumah terus bersiap, gosok baju semua. Janji dengan Che Mah dan Huda jumpa kat tol sungai besi pukul 9-10 AM. Rinie dan Fateen lak kitaorang janji jumpa kat RNR Seremban sama dengan Jijah and the geng. Dalam pukul 10 Che Mah dan Huda sampai kitaorang terus gerak. Sampai kat RNR Seremban kitaorang makan breakfast dulu sambil tunggu semua orang sampai. Tak lama lepas tu Jijah and the geng sampai pastu Rinie dan Fateed lak. Dah lama tak berjumpa, kitaorang bertukar-tukar cerita dulu sambil-sambil makan.



Then kitaorang 3 buah kereta gerak la ke Melaka, sesat la jugak sebab peta Dianah tu confused sikit. Sampai kat majlis Dianah around 12.30 PM, ramai jugak la bebudak SCS yang datang. Seronok jumpa semua orang sebab kebanyakkannya dah lost contact lepas habis belajar. Dianah sweet sangat dengan baju biru-pink, lauk banyak sangat sampai rambang mata nak pilih. Kitaorang banyak berbual-bual, updates diri masing-masing. Ada jugak mengenang kisah lama, hehehe.


Lepas majlis Dianah, Oda-huda-semah-rinie-fateen-p'jus gerak ke Ayer Keroh, yang lain semua balik terus. Kitaorang check in kat Hotel Sri Malaysia dalam pukul 3 PM lebih. Panjang la pulak entry ni so the rest of the story akan disambung esok. Gambar dalam entry semua ambil dari facebook Rinie, gambar dari kamera sendiri tak upload lagi, hehe.

Monday, March 2, 2009

1N2D di Melaka

Sebenarnya hampir setiap hari berfikir nak update blog ni tapi samada sibuk ngan kerja atau kalau tak sibuk malas la pulak. Minggu ni kerja straight 6 hari dari hari rabu lepas so hari ni last day la, esok dah off, huhu.

Semenjak-dua menjak ni suka sangat tengok cerita korea, semua ni Rozila punya influence la ditambah dengan channel KBS world (Astro channel 303). Cerita korea ni bukan la drama korea tapi variety show korea, sebelum ni giler degan We gor Married (Channel MBC, tak ada dalam Astro). Sekarang ni suka tengok 1N2D aka 1Night 2Days (Channel KBS World, Astro 303). Cerita 1N2D memang best, dia variety show yang nak tunjuk tempat-tempat menarik kat korea.

Dalam show ni ada 6 orang ahli tetap semua lelaki, diaorang semua ni celebriti korea; penyanyi, pelakon and comedian. Semua 6 orang ni akan pergi trip 2 hari satu malam untuk tunjuk tempat-tempat menarik di Korea. Setiap minggu diaorang akan travel ke base camp (ni tempat diaorang akan bermalam) yang ditentukan oleh pd (producer aka penerbit rancangan). Selalunya diaorang kena ikut syarat-syarat yang pd ni kasi, semua wallet dan makanan diaorang akan dirampas so semua benda kena ikut pd punya instruction. Diaorang selalunya kena main game untuk dapat makanan dan tempat tidur, game yang diaorang main memang best dan semua orang dalam show ni memang kelakar giler. Kalau korang nak tengok cerita ni setiap rabu pukul 11.20 channel KBS World (astro 303).

Hujung minggu ni nak pergi Melaka, trip ni pun 2 hari satu malam sebab Huda nak sangat jalan-jalan kat Melaka. Bestnya kalau boleh buat trip macam 1N2D tu tapi mustahil sebab semua orang pun tak pernah tengok cerita ni. Apa-apa pun walaupun bukan trip yang macam dalam cerita tapi sebab berjalan-jalan bersama-sama kawan-kawan atau family mesti seronok. Tak sabar pulak nak tunggu hari sabtu. Che mah, Huda!! jom kita pegi jalan-jalan..