Tuesday, December 21, 2010

Muhasabah Diri

Assalamualaikum...

Kali ni nak bercerita kisah yang berlaku kepada saya dan housemate saya dua hari lepas. Kalau korang baca status twitter saya ada cakap pasal POLIS dan BOMBA kan, emm kisah ni tak ada la seserius yang disangka, rasa macam sedikit bodoh pun ada sebenarnya, hehe. Saya anggap apa yang berlaku adalah ujian Allah kepada kami jadi kami redha dengan apa yang berlaku.


Peristiwa dua hari lepas mungkin takkan saya lupa buat masa yang lama, bukan saya sahaja rasanya semua orang yang melihat kejadian tu agaknya. Suspen je ek, hehe tak ada la apa sangat kunci manga grill rumah kitaorang patah dan tak dapat nak bukak pintu rumah. Nak jadi cerita hari tu kan Ahad, semua kedai kunci tutup jadi kami cuba la nak bukak kunci tu tapi tak boleh dan kami pun cuba gergaji grill tu untuk keluarkan manga tapi sangat lah susah. Kitaorang tak paham macam mana pencuri dan perompak dapat buat dengan senangnya, kitaorang cuba buat dari pukul 6 petang sampai la 9 malam lebih tak boleh jugak bukak.

Akhirnya jiran kitaorang cadangkan panggil BOMBA untuk tolong. Percaya tak BOMBA memang datang tolong, sekali dengan POLIS lagi. Masa BOMBA tu datang saya dan Rozila keluar pergi beli mangga baru, jadi kitaorang tak ada la masa BOMBA kerat pintu grill rumah kitaorang tu (kerat tempat pasang manga je, tak teruk mana pun). Diaorang buat dengan senangnya, terima kasih encik-encik BOMBA sekalian, dapat jugak kitaorang masuk rumah akhirnya. Apa yang berlaku semalam tu tak adalah benda besar pun tapi buat kami semua sangat penat, lagi lah Along, Rozila dan saya baru sampai KL dari Kemaman. Bulan lepas pun perkara yang hampir sama berlaku kepada saya, ujian-ujian kecil ni buat saya berfikir saya perlu muhasabah diri.

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

[ZIKRAA - TAFAKUR]

Dalam tiga hari sebelum tu saya tak tidur lebih 24 jam, saya balik ke Kemaman terus lepas habis kerja dan sehari sebelum tu saya kurang tidur sebab mencari hadiah kahwin kawan saya. Malam sabtu tu saya baru dapat tidur, badan penat sangat jadi saya tidur awal tanpa sembahyang Isya’ sebab saya ingat nak bangun tengah malam sembahyang. Tapi disebabkan tak tidur lebih 24 jam badan saya terus shut down dan saya tidur tak hengat dunia (serius memang tak rasa apa-apa pun, mimpi pun tak). Saya sedar dah pagi dalam pukul 8 lebih. Ya Allah terlepas sembahyang Isya’ dan Subuh sekali. Niatnya saya nak qada lepas sembahyang Zuhur tapi sebab rushing nak balik KL saya buat keputusan qada nanti. Keputusan yang membawa padah, saya tak patut melengah-lengah kan qada, hutang dengan Allah bukan benda yang boleh tangguh-tangguh. Alhamdulillah ujian yang Allah beri tidaklah sebesar mana, Allah sayang kan saya sebab tu saya diberi petunjuk untuk saya Muhasabah Diri.


Saya akui saya agak leka sekarang, dengan bertambah tanggungjawab saya semakin jauh dariNya. Amalan-amalan tambahan semakin berkurangan, sudahlah kita tak tahu amalan wajib yang kita laksanakan tu diterima tak ada pulak amalan lain yang boleh tolong kita top up apa yang kurang. Alasan saya adalah saya penat dan tak ada masa, kalaulah dengan tanggungjawab yang tak seberapa ni saya sudah lalai macam mana bila kehidupan saya semakin sibuk nanti. Astafirullahal azim lalainya saya, selalu macam ni setiap kali terhantuk baru terngadah, syukur Allah sentiasa ingatkan saya, harap korang pun macam tu juga, mari kita sama-sama muhasabah diri.

p/s: Azam tahun baru Oda nak berubah jadi lebih baik, InsyaAllah...

Thursday, December 16, 2010

Bercuti itu memenatkan sebenarnya

Assalamualaikum...

Salam bulan disember, bulan cuti-cuti Malaysia untuk Oda tahun ni. Sepanjang cuti semester saya selama sebulan ni (cececehhh sayalah student universiti yang ada cuti semester, huhu) kalau saya tak kerja mesti akan pergi somewhere. Walaupun bercuti tapi tanpa rehat antara cuti dan kerja sangatlah memenatkan.

Peace, di depan masjid kristal yang cantik (^_^)

Tapi walaupun sangat memenatkan, hari-hari cuti sangatlah menyeronokkan bila kita bersama-sama dengan keluarga dan kawan-kawan kan. Minggu pertama bulan disember ni saya pulang bercuti ke kampung bersama-sama along dan sepupu saya. Kitaorang pergi ke Kemaman dulu jumpa mak ayah saya dan jalan-jalan dalam Kemaman kejap. Kemudian ke Kuala Terengganu sebab Along nak pergi tengok Moonsun Cup, seronok jugak jalan-jalan kat Kuala Terengganu ni. Kitaorang pergi Taman Tamadun Islam tapi tak masuk dalam sebab hari nak hujan, jadi jalan-jalan kat luar je tengok masjid kristal (sape cakap tak cantik, cantik seh masjid ni). Sempat jugak pergi tengok Moonsun Cup, walaupun cuaca hujan dan layanan orang kat situ tak berapa tapi dapat la jugak kitaorang tengok kapal layar (tak paham apa yang best sangat naik kapal layar tengah-tengah hujan ni).

Salah satu kapal layar di Moonsun Cup, hari gelap sebab hujan (basah kuyup kitaorang)

Lepas Kuala Terengganu balik ke Kelantan, jalan-jalan Kelantan rasanya kitaorang dah boleh jadi orang ukur jalan Machang - Kota Bharu, hampir setiap hari pergi Kota Bharu. Sepanjang cuti 7 hari tu hari-hari semayang kat masjid berlainan, kitaorang boleh jadi orang check masjid jugak la kiranya, huhu. Selepas seminggu kembali bekerja semula, sangat memenatkan tapi nak buat macam mana kan cuti dah tak ada.

Orang lain sibuk dengan teambuilding kitaorang sibuk bergambar, huhu

Kemudian selepas bekerja, hujung minggu lepas saya ke Melaka untuk office trip. Seronok tu memang la, hotel yang kitaorang stay pun sangatlah cantik tapi mahal seh. Nasib baik la company yang bayar kalau bayar sendiri mesti saya rasa bersalah jek membazir duit camtu. Kali ni bercuti bersama officemate pulak, seronok kitaorang bermalas-malasan duk dalam bilik, berenang kat kolam yang best dan pertama kali saya masuk sauna (panas giler, rasa sesak dada dengan bau arang). Tapi yang paling tak bestnya lepas tu terus kena kerja balik sampai la sekarang, badan masih penat dengan semua jalan-jalan (tak ada la berjalan sangat tapi tak tahu kenapa penat sangat).

Kolam renang tempat kami berenang-renang sesuka hati, huhu.

Dan minggu ni saya akan sekali lagi pulang ke Kemaman, menghadiri majlis kawin salah sorang kawan baik saya sambil-sambil jumpa mak saya jugak. Hari tu tak lama sangat bercuti dengan ma jadi kali ni balik jumpa ma lagi sekali la. Minggu terakhir disember lak akan keluar jalan-jalan dengan Norha dan Sue, rindu bangat sama mereka. Sejak saya sambung belajar ni, semua plan keluar susah nak tunaikan sebab tak ada masa jadi masa cuti ni nak habiskan dengan semua orang, insyaAllah.

Mohon Tuhan, Untuk kali ini saja,
Beri aku kekuatan, ‘tuk menatap matanya.
Mohon Tuhan, Untuk kali ini saja,
Lancarkanlah hariku, Hariku bersamanya,
Hariku bersamanya....

[sheila on 7]

Penat tu tak lama, kenangan bersama tu yang akan kita ingat kan. Jadi jom kita ambil masa berjumpa kawan-kawan lama dan keluarga, kerja pun kerja jugak tapi jangan berlebihan. Satu perkara saya dapat daripada sambung belajar ni adalah betapa bernilainya orang-orang di sekeliling kita. Kepada semua keluarga dan kawan-kawan Oda lama dan baru, terima kasih atas semua sokongan dan semangat yang korang beri, love you all so much (^_^)

p/s: Walaupun badan penat tapi kalau boleh buat semua ni sekali lagi saya still akan buat lagi...

Friday, December 10, 2010

Best tak ada kembar?

Assalamualaikum…

Saya tulis entry ni semalam kat office masa tengah boring, ingatkan nak post pagi tadi balik dari office tapi penat dan lupa pulak. Saya baru lepas tengok unofficial result sem lepas, alhamdulillah semua ok harap-harap ni result yang betul la ek. Esok saya akan ke Melaka (office trip), jadi sebab dah tahu keputusan exam boleh la bermain-main dengan senang hatinya tapi jangan sampai lupa diri dah la. Malam esok ada annual dinner office gak, doakan saya dapat cabutan bertuah Ipad ek (huhu, tujuan utama Oda pergi dinner office ni). Ok la membebel plak ek, sila la baca cerita tentang kembar ek.

Cuba teka mana satu saya dan Rozila (hint kitaorang tak pakai baju warna putih, huhu). Emm tak tahu la kenapa orang tak boleh nak beza.

Random jek tajuk entry kali ni kan, saje je terbaca satu post pasal kembar ni masa tengah layan-layan blog kat office (yang mana leh bukak jek sebab ofis saya block semua blogspot dan wordpress). Entry kali ni pun saya tulis kat ofis, padahal banyak keje sebenarnya tapi bosan mengadap keje je jadi rehat kejap buat benda lain yang best (huhu, macam ofis tu encik Ismail aka abah saya yang punya).

Owhhh saya membebel lagi jom kembali kepada topik kita ni, rasanya semua orang tau kan saya ni ada kembar yang namanya cik Rozila hampeh (dia memang hampeh, tak percaya sila la tengok nama dia dalam phone saya – myhampehtwin, huhu). Emm entry ni bukan nak cerita pasal dia ek, nak cerita pasal "best tak ada kembar?" Kalau anda kembar mesti anda akan mendengar ayat ni sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, ini bukan statistik betul cuma statistik dari cik Rohaida dan cik Rozila (disebabkan kami kembar jadi saya yakin kembar-kembar lain pun pernah dengar soalan ini, sekian hujah saya, huhu).

Gambar selingan, petikan dari salah satu lagu nasyid feveret saya (^_^)

Pengalaman saya, setiap kali saya cerita pada kawan saya yang saya ada kembar ada macam-macam soalan yang keluar tapi mesti dalam 8 dari 10 orang akan tanya “best tak ada kembar?”. Serius saya tak tipu, tak percaya tanya Rozila, kekeke. Jawapan yang sama akan saya jawab setiap kali, entah la tak tahu sebab tak pernah tak ada kembar jadi tak boleh nak beza. Yela kan saya tak pernah hidup tak ada kembar tak boleh la nak rate yang mana lagi best ada kembar atau tak ada kembar, paham tak maksud saya tak paham takpe buat-buat paham je. Jadi meh sini saya nak buat list apa yang best ada kembar ni, yang tak best tu tak payah cerita la ek sebab tajuk entry kali ni adalah best tak ada kembar, hehe.

Apa yang best? :

1. Ada adik-beradik yang sebaya dengan kita jadi lebih kurang macam ada kawan sendiri jadi adik-beradik kita la.

2. Boleh kongsi barang (barangmu barangku jua) tak kira barang apa pun

3. Kongsi tarikh lahir yang sama, sambut hari lahir pun sama-sama la.

4. Disebabkan kitaorang ada minat yang sama jadi seronok ada geng leh cerita tentang obsesi kami dengan Jepun dan Korea.

5. Dulu masa kecik-kecik, kalau ada orang buli saya Rozila akan tolong dan sebaliknya. Sekarang pun masih sama lagi jadi jangan main-main dengan kitaorang, huhu.

Banyak jugak bila pikir, tapi tak boleh la nak tulis semua sebab malas dan nanti berjela-jela la entry ni lak. Tapi yang paling buat saya bersyukur lahir sebagai kembar adalah apa yang saya kurang kembar saya akan tutup kekurangan tu. Paling ketara adalah saya ada beberapa sikap/perangai yang kurang menenyenangkan tapi Rozila sebaliknya. Contohnya saya ni penakut sikit, paling teruk takut tinggi tapi Rozila lak berani tak hengat dunia (memang tahap gaban, bengang jugak kadang-kadang dengan berani dia ni). Lagi saya ni manja sikit tapi dalam family je (kat luar cool jek), Rozila lak sangat independent. Pastu kan saya ni ada short memory, saya tak ingat kisah zaman kanak-kanak saya tapi Rozila ingat pulak. Contoh lain malas nak cerita, asyik puji Rozila jek tak best (huh jeles).

Panjang berjela kan entry ni, jadi moh le kita berhenti disini. Saya nak sambung tengok citer jepun saya pulak, esok pergi Melaka naik bas jadi boleh la tidur dalam bas, doakan saya selamat sampai dan selamat pulang ke KL ok (takut dengan bas sekarang tapi malas nak drive pergi Melaka - 2 jam tu, hari-hari drive pergi kerja pun malas).

p/s: Banyak betul plan sepanjang cuti semester ni, seronok tapi penat la (@_@)

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Assalamualaikum..

Setelah puas berseronok berjalan-jalan selama seminggu akhirnya pulang ke Kuala Lumpur juga. Berat rasa hati nak balik hari ni, ikutkan hati nak ambil MC je hari ni sebab esok dah off balik (cuti tak cukup kena jugak kerja hari ni). Malam ni kena pergi kerja lagi, alahai macam biasa kalau balik dari bercuti memang malas nak mula kerja balik.



Entry kali ni cuma nak cakap pasal awal muharram sahaja, nak ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah. Tahun ni saya ada kisah menarik, semalam saya bersama Along dan sepupu-sepupu saya berjalan-jalan ke Kota Bharu, Along nak ambil gambar kat Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail ( lepas Google baru tahu nama dia).

Salam Maal Hijrah 1432H
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas InsyaAllah


Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail
Imej amik dari encik Google (sama dengan permandangan yang kitaorang tengok tapi kamera kami tak dapat ambil gambar cantik sangat)

Malangnya kitaorang sampai kat pintu gerbang tu dah nak masuk maghrib jadi dah malam kan tak nampak pun dalam gambar. Semalam kan masuk tahun baru awal muharram, kitaorang baca doa awal tahun dan akhir tahun di Masjid Muhammadi depan pintu gerbang tu. Nak jadi cerita, yang baca doa kat masjid tu hari tu adalah Mufti Kelantan dan dia jugak imamkan solat maghrib hari tu. Alhamdulillah tak apa la tak dapat ambil gambar pun dapat jugak semayang berimamkan mufti, huhu. Masjid Muhammadi sangat la cantik dan selesa, tempat semayang jemaah muslimat jugak sangat besar (serius tak tipu memang best masjid ni).

Masjid Muhammadi yang cantik
Imej amik dari encik Google

Banyak lagi kisah cuti nak cerita tapi tak lain kali la ek, saya kena siap-siap nak pergi kerja sebab dah lewat ni. Walaupun Kelantan hujan je sepanjang hari (semalam je panas) dan sangat la sejuk tapi tetap best balik Kelantan kali ni, hehe. Ok la adios amigos, sampai jumpa lagi di entry yang lain ok.

p/s: Hujan-hujan kelantan tu dekat 3 kali la pergi Kota Bharu cuti kali ni, huhu...

Monday, November 29, 2010

Akhirnya..Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Akhirnya exam dah berakhir dan saya dapat la membuat aktiviti lama tanpa perasaan bersalah lagi. Hehehe, banyak sangat kdorama, jdorama, manga dan novel yang tengah berbaris menunggu giliran. Tak tahu nak cakap apa tapi rasa macam nak buat semua benda je dalam masa sebulan ni. Apa pun perkara pertama adalah balik kampung, esok Oda akan balik ke Kemaman kemudian ke Kuala Terengganu dan akhir sekali ke Kelantan tercinta.


Moh le kita sama-sama balik kampung (^_^).
Imej ambil dari encik Google

Kali terakhir balik adalah masa raya puasa lepas, lama dah kan. Komitmen belajar dan kesibukkan kerja buat banyak aktiviti saya terbantut tapi tak apa sebab tak semua perkara kita nak kita akan dapat kan. Rasa macam tak percaya je dah akhir semester, macam baru semalam je pergi daftar kat UTMKL dengan Rozila. Tapi sepanjang semester, empat bulan rasa macam setahun je dengan semua kelas, assignment, quiz dan test buat saya sentiasa sibuk setiap minggu. Penat dengan semua ni tapi bila dah habis semester saya rasa sangat gembira, walaupun tak berapa yakin dengan final exam baru ni tapi saya rasa saya dah buat yang terbaik regardless of the result (tapi harap-harap lepas la) saya bersyukur saya dah berjaya tamatkan satu semester.

Jom kita bercuti rehatkan minda dan rehatkan badan.
Imej ambil dari encik Google

Saya akan bercuti selama seminggu dan tak ada akses kepada dunia siber jadi blog tak akan di sentuh selama itu juga. Harapnya dapat la rehat dan berseronok dengan keluarga dengan gembiranya, huhu. Hujung-hujung tahun ni ramai yang clearkan cuti kan jadi selamat bercuti kepada semua yang akan bercuti, jumpa lagi lepas balik dari Kelantan nanti ok.

p/s: Dah pukul 1 pagi ni tak tido lagi, esok memang nak kena marah ngan Along la kalau tidur dalam keta, wawawa (+_+)|| ZZZzzzZZZzz....

Thursday, November 25, 2010

Saya sangat penat

Assalamualaikum....


Sekarang ni KL tengah hujan, dari petang tadi lagi kejap hujan kejap tak. Mata dah rasa ngantuk nak tidur sebenarnya tapi tu la saya tak biasa tidur awal-awal ni, kalau tidur pukul 10 macam awal sangat. Esok kerja pagi camna ni, jangan tak bangun dah la.

Alhamdulillah pagi tadi baru lepas exam cryptography, dulu saya pun dah pernah ambil crypto tapi kali ni lagi best sebab kali ni focus more on the mathematical theory crypto tu sendiri. Belajar crytpo kali ni memang seronok, alhamdulillah bila dah seronok tu belajar pun senang. Tapi crypto je la, kelas lain biasa je. Ada lagi satu paper, Information Security Management (ISM) yang tinggal hari Ahad ni. Banyak seh chapter nak kena study, harap-harap dapat la habiskan baca sebelum Ahad ni.

Badan saya sangat penat, dah lama tak study dengan rajinnya. Dua hari yang lepas saya berada di library UTM, kagum dengan diri sendiri sebab tak pernah pun saya dengan rajinnya belajar di library tapi nak buat camna duk kat rumah tak boleh nak fokuskan diri sendiri. Esok kena pergi kerja lak, badan rasa macam nak demam, camna ni. Ok la, kena tidur awal nampaknya ni rehatkan diri, penatttttnyaaaaaa. Ganbatte Oda!!

p/s: Badan penat nak tidur tapi mata tak boleh tutup camna ek, huhu dari tadi lagi ek kejap nak tido kejap tak nak....

Thursday, November 18, 2010

Kisah Raya di KL

Assalamualaikum...

Semua orang mesti dalam mood raya lagi kan, hari ni baru raya ke dua, saya dah tak rasa apa-apa dah. Emm apa yang KL boleh buat pada diri kita, pertama kali tak balik raya ke kampung beraya kat KL boleh kata tak raya langsung la. Mungkin sebab saya tak ada saudara kat KL ni (kalau ada semua pun balik kampung), jadi tak sambut pun raya, lagi-lagi saya kerja masa hari raya. Sebenarnya bukan tak nak balik kampung tapi macam-macam kekangan jadi terpaksa raya kat sini je.


Semalam kitorang (Na, Zila dan Oda) makan KFC pada hari raya, kekeke tak pernah kitaorang buat selama ni. Malam hari raya lak kitaorang pergi tengok wayang kat Times Square, macam tak percaya je ek, iye kitaorang tengok cerita Megamind (citer ni sangat best). Huhu, tu lepas tensen tak balik raya tu. Ok la dah tak nak cerita pasal raya, sedih lak bila teringat raya kali ni tak raya dengan ibu tersayang. Hari ni hari yang sangat memenatkan bagi saya, Na dan Zila, macam-macam hal berlaku hari ni. Saya terpaksa ambil EL hari ni, ujian kecil Allah beri pada kami hari ni, kami semua redha aje.

Petang tadi masa nak pergi kerja stereng lock kereta saya bermasalah, lama betul saya cuba bukak tapi tak dapat langsung. Lepas tu pulak hujan turun dengan lebat yang amat, dengan kilat dan guruh kuat takut jugak la saya. Nasib baik Na dah balik kerja, dia temankan saya pergi kedai kunci cari tukang kunci. Nak jadi cerita, tayar kereta Na pancit pulak, jadi tadi kami bersusah payah di dalam hujan. Tak reti pun nak tukar tayar kereta (sape boleh buat saya memang kagum la, korang memang cool), kitaorang menapak pergi dua bengkel, dua-dua tak nak tolong (memang buat saya bengang dengan orang yang kejam ni, bukan kitaorang mintak tolong free, hish pikir pasal benda ni pun buat saya bengang lagi). Akhirnya ada nombor pomen yang Rozila kasi, dapat jugak tukar tayar.


Tapi ujian tak sampai di situ aje, gerak dalam 500 meter kereta Na pancit lagi, tayar spare dia pun problem jugak. Tadi pancit kat parking, sekarang pancit kat tengah-tengah jalan, kitaorang panik sekejap tadi (yela dua kali pancit, tahap tensen tu dah naik sampai 80% plus dengan hujan lagi). Kitaorang panggil pomen tu tukar tayar lagi sekali, kali ni guna tayar spare Rozila lak dan akhirnya dapat jugak kitaorang balik rumah (kena pergi bengkel esok sebab semua kedai dah tutup). Akhirnya lock kereta saya tak dapat baiki lagi, itu pun baru esok nak call balik kedai kunci tu dan saya dah tak larat nak pergi kerja ambil emergency leave hari ni.

Itulah kisah raya di KL saya, dua hari yang membuatkan saya serik rasanya nak beraya di KL lagi. Disebabkan kereta saya tak pernah buat hal tadi tak tahu nak deal macam mana dengan masalah tu, walaupun pernah kena langgar orang tapi hari ni memang menguji iman la (sebab hujan lebat lagi). Walau apa pun saya redha dan saya percaya ada sebab kenapa saya diuji hari ni, kita tak tahu apa rancangan Allah untuk kita.

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" - [Riwayat Al-Bukhari]

p/s: Saya sangat penat, rasa macam nak demam (@_@)

Monday, November 15, 2010

Salam Aidiladha

Assalamualaikum...

Salam menjelang Aidiladha semua, biasa kalau nak raya saya antara orang yang paling excited tapi tahun ni saya tak balik raya. Percaya tak, saya even kerja pada hari raya haji lusa, kawan-kawan kat ofis semua pun terkejut. Saya pun terkejut dengan diri sendiri, tapi hari ni dah rasa menyesal dah tak balik raya, uwaaaa.


Kenapa saya tak balik, emm banyak sebab saya kenapa saya tak balik kampung raya tahun ni. Malas nak cerita lak, tak payah cerita la ek tak penting pun. Tapi yang pasti saya akan balik kampung awal bulan nanti 12 seminggu, ganti cuti tak balik raya. Ok lah saya menaip entry hari ni pun sebab nak ucapkan Selamat Menyambut Aidiladha untuk semua umat Islam yang baca blog saya ni.

p/s: Minggu lepas final paper pertama saya kan, uhuk-uhuk sedih saya tak dapat buat dengan berapa baik, doakan semoga saya berjaya ek.

Tuesday, November 9, 2010

Final Exam

Assalamualaikum...

Saya tak tahu apa perasaan saya sekarang samada stress atau tak, emm sikit-sikit la kot. Huhu awal-awal dah bunyi cam tensen ek, sebenarnya final paper pertama saya hari jumaat ni. Dah lama tak ada perassan ni, bila pikir nak study tu macam semangat je tapi bila bukak buku macam-macam benda lain nak buat, huhu.


Kepala dah tepu sebab siapkan semua assignment dua tiga hari ni, rasanya dulu masa degree tak sebanyak ni assignment. Saat-saat ni saya rindukan masa lapang yang banyak dulu, saya nak pergi jalan-jalan tawaf shopping complex, nak tengok drama satu sehari semalam, nak tido 12 jam tak payah pikir apa, nak duk rumah dan tengok tv dari petang sampai malam dan nak macam-macam lagi. InsyaAllah habis final nanti saya akan cuba laksanakan semua tu, dan juga nak tunaikan janji dengan semua orang nak keluar jalan-jalan.

Perjalanan yang masih panjang,menagih seribu pengorbanan.
Tiada kemenangan melainkan berkat pertolongan Allah
(Al-'Imram:126)

Sekarang ni ni musim final exam untuk semua pelajar IPTA, IPTS tak berapa pasti. Apa-apa pun good luck untuk semua dan diri sendiri. Buatlah sehabis baik, insyaAllah orang yang berusaha akan mendapat hasilnya. Minna Ganbatte Ne!!

p/s: Saya baru nak mula membaca ni, camna ni (@_@)

Sunday, October 31, 2010

PSZ

Assalamualaikum...

Rajin pulak Oda updates blog kan, hehe saje je saya nak menulis kali ni teruja sebab Kelantan menang Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak kita. Tak sia-sia sokong Kelate kan (dan-dan ngaku penyokong Kelantan). Alhamdulillah akhirnya Kelantan menang jugak walaupun macam-macam cerita kita dengar pasal team Kelantan. Seronok la orang Kelantan esok dapat cuti, ni yang buat saya harap Selangor lak yang menang, huhu (tak agak-agak, kalo pasal cuti laju je tukar negeri).


Tahniah Red Warriors, imej amik dari encik Google

Entry kali ni sebenarnya nak cerita kisah saya dan Perpustakaan Sultanah Zanariah, budak-budak UTM sebut PSZ je. Sepanjang saya belajar kat UTM Skudai, boleh kira berapa kali saya pergi PSZ rasanya tak sampai 10 kali kot. Saya tak suka sangat pergi PSZ sebab jauh, satu lagi tensen tengok orang lain rajin belajar, hahahaha (busuk hati, jeles dengan orang yang rajin). Tapi sejak belajar kat UTMKL ni dah banyak kali pergi PSZ UTMKL (sini pun nama dia PSZ gak), sama banyak dengan masa belajar tiga tahun kat Skudai dulu agaknya.

Inilah PSZ UTM Skudai, imej amik dari encik Google

Hehehe, ni kalau Che Mah dengar ni mesti dia ingat tipu ni. Hari ni saya berada di PSZ KL dari pukul 11 pagi sampai 6 petang, lama kan siap duk dalam bilik perbincangan (omputih panggil discussion room) lagi. Sebenarnya sebab nak siapkan group assignment, dulu boleh la bincang kat bilik sekarang kat mana lagi nak bincang kan. Lagi satu UTM KL ni kecik je, jadi PSZ tu dekat sangat-sangat. Assignment pun banyak kena guna rujukan jadi kena la jugak pergi PSZ, kalau tak saya pun malas nak pergi.

Apa motifnya saya bercerita pasal perpustakaan ni, emm saje je sebenarnya teruja dengan diri sendiri boleh duduk diam dalam PSZ sepanjang hari semalam. Saya selalu mengada-ngada kalau duduk dalam perpustakaan lama-lama, macam kucing hilang anak, tak percaya sila la tanya Che Mah, kekeke.

p/s: Rasa cam nak pergi lagi je PSZ UTMKL esok, fokus sikit buat kerja kat tempat tak ada godaan (TV dan Internet) tu.

Friday, October 29, 2010

Piala Malaysia Lagi

Assalamualaikum...

Perlawanan akhir piala Malaysia datang lagi, megulangi sejarah tahun lepas Kelantan vs Negeri Sembilan. Siapa yang ikut blog saya mesti pernah baca entry emosi saya pasal Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009, penyebab kenapa saya mungkin tak akan pergi lagi ke stadium untuk menonton perlawanan akhir bola. Tempat tu tak kena dengan jiwa saya, nak kata saya tak minat bola tu tak ada la, tapi yang pasti minat tu pun bukan jugak, huhu paham tak maksud saya.

Kelantan vs Negeri Sembilan, imej amik dari encik Google

Saya tak tahu kenapa saya menulis entry ni, saya agak sibuk sebenarnya sekarang tapi nak jugak menulis entry pasal Piala Malaysia ni. Pagi ni dalam perjalanan balik kerja, semua radio yang saya dengar cakap pasal perlawanan akhir Kelantan vs Negeri Sembilan. Radio yang saya maksudkan adalah Sinar FM, Hot FM dan Suria FM. Dan disebabkan saya ni orang Kelantan jadi saya dah mendengar cerita perlawanan akhir ni sejak mula Kelantan confirm masuk final lagi. Walaupun tak berapa minat bola, saya nak nyatakan disini yang saya sepenuhnya menyokong Pasukan Kelantan.

Apa yang buat saya menyokong Kelantan adalah kerana penyokong-penyokong Kelantan, kesungguhan mereka buat saya kagum. Jangan tengok sisi negatif penyokong Kelantan je, mereka buat liga Malaysia sangat meriah. Bila pernah kita tengok sukan bola sepak kita semeriah ni, dulu mungkin tapi saya tak pernah tengok. Setiap kali ada perlawanan bola Kelantan lawan mana-mana negeri dan di mana-mana stadium mesti ramai jugak penyokong Kelantan yang datang. Yang pasti stadium Bukit Jalil akan penuh lagi dan sekali lagi akan dilimpahi dengan gelombang merah, harap tahun ni penyokong Negeri Sembilan lebih ramai dari tahun lepas tak seronok la semua merah je, nak nampak kuning-kuning jugak ek. Jadi tahniah buat penyokong-penyokong Kelantan semua dan juga pasukan Kelantan kerana berjaya ke final. Untuk penyokong Negeri Sembilan pun sama, eden tau korang semua memang cool.

Gambar selingan, nak riak sket, eden ado album Maher Zain, huhu beli sediri dari Inteam Online Mall

Ramai jugak ajak saya pergi tengok bola, ops maaf saya tak larat nak letihkan badan pergi sana dan menambah sakit di hati (eden tak mahu sejarah berulang). Baik tengok kat rumah je, insyaAllah kalau rajin saya akan tonton perlawanan tu kat TV dan kalau tak ada mood tak tengok la, huhu. Apa-apa pun, walau negeri mana pun yang korang sokong harap pandai-pandai la bawak diri ok, jaga kata-kata, jaga tingkah laku, kita kan rakyat Malaysia bak kata rukun negara Kesopanan dan Kesusilaan (cewahhh sopan la sangat). Akhir kata untuk menunjukan sedikit saya ni penyokong Kelantan, jom kita jerit sama-sama:

Gomo Kelate Gomo (^_^)

p/s: Macam tak ikhlas je sokong Kelantan ek, huhu. Tapi betul tak tipu saya memang sokong Kelantan, go Kelate go.

Monday, October 25, 2010

InsyaAllah, you never alone

Assalamualaikum...

Entry kali ni bukan nak bercerita cuma nak melepaskan stress dalam kepala dan berkongsi lirik lagu InsyaAllah, Maher Zain ni. Lagu ni buat saya tenang hati sikit.



Insha Allah
By: Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way
Video & Lyrics Information

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

Saya tak adalah stress sangat pun, cuma agak penat membuat assignment yang macam tak habis ni. Mesti korang dah boring baca pasal saya buat assignment je, mintak ampun bebanyak ek. Saya tak ada idea nak tulis apa, kepala sarat dengan Software models, Agile software development, Software requirement and specification document, SQUARE document, ARA document, secure-SDLC dan macam-macam lagi alien language, susah nak kena translate dan break the code sebab saya faham bahasa manusia je, huhu.


Alhamdulillah tenang sikit saya dengar lagu InsyaAllah, oleh Maher Zain ni. Hehehe selalu jugak cakap pasal Maher Zain semenjak dua menjak ni kan. Apa-pun bukan nak cakap pasal dia, dalam post sebelum ni pun ada cakap, ingatlah Allah sebab dia tak pernah lupakan kita. Memang pun kan, bukan masa sedih je nak ingat, masa gembira pun kena ingat jugak sebab yang bagi nikmat tu pun Allah jugak, Dia tak mintak banyak pun ucap Alhamdulillah pun dah cukup. Semalam saya merasa nikmat Allah yang dah lama tak dapat, Alhamdulillah kalau kita berusaha mesti akan dapat hasilnya.

p/s: Sesungguhnya yang Allah lihat adalah usahamu bukannya hasil, kejayaan itu manis jika kita berusaha untuk dapatkannya kan. Ganbatte Oda!!

Saturday, October 23, 2010

Macam-macam

Assalamualaikum...

Sekarang ni saya tengah dengar Carta 20 Suria FM sebab tetamu diaorang minggu ni Maher Zain, huhu. Semalam kena OT jadi pagi ni baru balik keje, pukul 2.00 PM ni ada kelas lak nak tido rasa macam tak sempat je mesti, ngantuk giler nanti ni, wawawawa.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Gambar selingan, renung-renungkan dan selamat beramal

Saya rasa macam nak tukar layout blog jek, dulu dalam 6 bulan sekali mesti tukar kan. Sekarang saya dah tak ingat bila kali terakhir saya tukar rupa blog saya ni, rasanya dah dekat setahun lebih dah kan layout yang sama. Nak tukar rupa kena rajin sebab banyak benda nak kena edit dan nak cari gambar sesuai lagi, nak pilih background lagi. Kalau saya tukar layout biasa mesti amik masa 2-3 hari, emm nanti la kalau kurang sibuk sikit nanti.

Rajin tak saya updates blog sekarang, huhu saje je penat buat keje rasa nak bercerita lak. Saya sebenarnya banyak benda nak cerita tapi tiap kali mula menaip lupa. Selalu masa tengah bawak keta, tengah buat keje, tengah dalam kelas, masa makan dan masa-masa lain ada je perkara yang buat saya nak tulis dalam blog tapi disebabkan short term memory saya ni, bila dah depan komputer dah lupa dah.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Gambar selingan lagi, Ingat la kat Dia sebab Dia tak pernah lupakan kita.

Saya tak tahu la macam mana nak kurangkan masalah lupa saya ni, nasib baik pasal kerja dan belajar saya tak lupa tapi kalau benda menarik yang jadi pada saya mesti lepas 2, 3 jam saya dah lupa dah. Teori saya apa yang saya rasa tak perlu fikir sangat mesti saya akan lupakan, bila dah lupa tu memang dia padamkan terus la dari kotak memori saya. Sebab tu la saya tak ingat kisah saya masa kecik-kecik dulu, yang tak bestnya Rozila ingat la pulak.

Huhu macam-macam la pulak saya merapu ek, hehe tak apa blog sendiri bukan merapu kat blog orang lain. Kalau rasa tak larat nak baca sila klik je kat mana-mana butang pangkah yang korang nampak tapi jangan salah klik sudah la ek. Ok la saya dah tak nak merapu dah, lagipun mata dah layu tengah berperang dengan diri-sendiri ni nak tido ke tak nak, maybe saya tido la kejap sebelum pergi kelas ni. Chow cin cau...

p/s: (+_+) ZZzzzZZzzz....

Thursday, October 21, 2010

Updates - Petang yang boring

Assaalamualaikum ya Akhi ya Ukhti...


Tengah tengok cerita Syurga Cinta kat Astro Ria, saya memang suka filem ni. Biarlah jalan cerita dia cliche ke, Heliza tak pandai berlakon sangat ke, Haziq over ke (owhh saya sangat suka Haziq dalam cerita ni) dan macam-macam lagi tapi saya tetap suka cerita ni. Iye saya tak adalah asyik tengok cerita jepun dan korea je, cerita melayu pun tengok jugak, hehe.


Imej amik dari encik Google

Bila cakap pasal cerita jepun dan korea, sekarang tengah suka giler drama Sungkyunkwan Scandal, kalau korang suka drama korea tengok la cerita ni, best sangat. Tapi drama ni tak habis tayang lagi kat korea, kat KBS World pun baru episod 4, nak tengok kat KBS World channel 391 Astro tiap-tiap isnin dan selasa pukul 9.10 PM. Hehehe, selalu promote KBS kan, ada channel Korea baru nak start kat Astro channel S-one, yang ni rasanya dari channel SBS korea, tak sabar lak ada channel baru ni. Kenapa Astro tak buka channel Jepun free ek, asyik korea je, kan best kalau Fuji TV ke, Tokyo TV ke free sekali, gamaknya asyik tengok TV la Oda, huhu.


Sungkyunkwan Scandal yang best, imej amik dari encik Google

Emm cerita pasal drama dan filem je kan, saya tak ada idea nak menulis tapi nak jugak updates blog tu cerita apa yang ada dalam kepala je tu. Hari ni baru mula off, badan masih penat lagi keje malam semalam. Boring je petang ni, nak siapkan assignment malas nanti dah dekat nak hantar mula la cuak nak buat kan. Hehehe dah tiga minggu asyik buat assignment je, kepala saya dah pening. Bulan depan saya akan menempuhi Final exam yang pertama untuk Master, cuak jugak tapi tak sabar nak habiskan semester ni. Saya mahu berehat dari kelas, cuti-cuti dan banyak lagi benda nak buat.

Cakap pasal cuti, bulan 12 nanti ofis buat teambuilding dan Annual dinner sekali kat Melaka. Tahun ni insyaAllah pergi, satunya sebab saya nak bercuti dan rehat-rehat, tempat yang kitaorang akan pergi tu nampak cantik sangat. Kali ni pergi Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka. Bulan 12 ni gak sepupu saya kawin, insyaAllah akan balik Kelantan jugak. Nasib baik la bulan 12 cuti semester kalau tak mesti susah nak arrange cuti. Sebenarnya, saya tak sabar nak habiskan Final exam dan bercuti (^_^), huhu ganbatte Oda!!.

p/s: Oda.. cuti, cuti jugak ada lagi 5 assignment dan 1 class project tak siap....uuwaaaa I seriously need a break..

Thursday, October 14, 2010

Bicara Tentang Hati

Assalamualaikum..

“Expecting the world to treat you fairly because you are a good person is a little like expecting a bull not to attack you because you are a vegetarian” - [Dennis Wholey]

Saya sangat suka quote kat atas ni, rasa betul sangat quote ni. Masa kecik-kecik dulu, zaman hati bersih saya rasa semua orang kat dunia ni baik je, kalau saya baik orang pun akan layan baik jugak. Tapi realitinya tak semua orang macam tu, kita manusia cemburu, iri hati, tamak dan macam-macam lagi ada dalam hati kita. Sebab tu la kita kena sentiasa bersihkan hati kita supaya tak berkarat.


Semakin bertambah umur saya, semakin banyak saya nampak kejahilan hati manusia. Macam-macam perangai orang saya dah jumpa dan saya juga tak terkecuali. Tipu lah kalau saya tak pernah rasa iri hati, dengki dan tamak kan (aku insan biasa bak kata Kris Dayanti). Memang tak boleh nak lari dari semua perasaan tu tapi boleh cuba elakkan.

“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” - [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Jom kita semua renovate dan renew hati kita hari ni. Penuhilah hati dengan dzikrullah, mudah-mudahan saat akhir hidup kita yang terlontar dari bibir adalah kalimah Allah, InsyaAllah.

p/s: Semalam hati saya panas marahkan seseorang, Ya Allah kau bersihkanlah hatiku...

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Assalamualaikum...

Imej amik dari encik Google

Hari ni 10.10.10, tengok buletin utama tadi ramai yang kawin hari ni ek. Datuk Angkasawan pun kawin hari ni jugak, persandingan kayangan tema majlis resepsi dia. Huhu tak tahan, maklumlah angkasawan negara (bunyi cam jeles je kan). Apa pun tahniah Datuk Sheikh Muszaphar dan Dr Harlina (^_^), semoga berbahagia dunia dan akhirat. Cantik sungguh Dr Harlina ni ek.

Macam biasa orang lain cuti saya bekerja, tapi sekurang-kurangnya minggu ni tak ada kelas jadi tak ada la penat sangat. Kenapa saya menulis hari ni sebenarnya saya pun tak tahu, rasa nak menulis sebab tarikh hari ni 10.10.10 jek, huhu terkesan jugak dengan semangat rakyat Malaysia dengan majlis kawin Datuk Muszaphar hari ni. Dari minggu lepas kita asyik duk dengar tentang majlis ni je kan.

Dalam Buletin Utama tadi jugak dengar berita pasal Silat Cekak Hanafi Malaysia buat persembahan silat 10 000 pesilat, hari ni jugak tu. Catat rekod Malaysia baru dengan persembahan silat perempuan paling ramai dalam satuu persembahan dan persembahan silat paling ramai dengan 10 000 peserta. Terkenang masa zaman bersilat dulu, masa zaman muda-muda dulu pun join jugak persembahan ni. Dulu masa saya join cuma dalam 5000 lebih je, masa tu pun catat rekod Malaysia jugak. Rasa nostalgia sangat tengok persembahan silat tadi, banyak dah buah saya lupa sebab dah lama sangat tinggal silat ni.

Emm banyak jugak sambutan hari ni kan, rasanya semua orang pun ada kisah masing-masing hari ni. Harapnya semuanya kisah gembira belaka (^_^), walaupun kisah saya hari ni biasa-biasa je.

p/s: Sebenarnya saya pun harap ada kisah menarik jugak hari ni tapi hari saya hari ni boring aje, berada di ofis sepanjang hari..

Thursday, October 7, 2010

Updates : Maher Zain

Assalamualaikum...

Rasanya ini adalah yang paling lama saya tak updates blog sejak 2-3 tahun kebelakangan ni. Saya mintak maaf banyak-banyak kepada semua yang rajin baca blog saya, walaupun tak ramai tapi saya tau ada orang yang baca blog saya ni, huhu. Saya sangat occupied (apa ekk bahasa melayu dia) dengan kerja, belajar (kelas, assignment dan test) dan juga keluarga. Saya tak boleh bayang macam mana kalau dah berkeluarga dan sambung belajar sekali, penat sehh.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Huhu, gambar selingan. Jom kita jaga cuaca jiwa kita semoga tidak dilanda cuaca buruk.

Setiap kali ada sesuatu menarik saya selalu fikir nak cerita dalam blog tapi saya tak mampu nak cerita semua dan yang sebenarnya saya pun dah tak ingat, hehe. Apa pun saya nak cerita perkara terbaru yang menarik bagi saya. Maher Zain datang Malaysia dua hari lepas, 4 oktober 2010. Tak sangka ek ramai rupanya peminat Maher Zain di Malaysia. Tapi harga tiket konsert dia mahal sangat, kalau dalam RM 10 – RM 50 tu tak apa lagi ni yang paling murah pun RM 70. Jadi tak pergi kot konsert tu, lagipun kerja 14 dan 15 Oktober ni.


Lagu InsyaAllah oleh Maher Zain, cuba hayati lirik dia best sangat

Kenapa saya suka Maher Zain, sebab utama lagu dia bawa mesej ketuhanan dan sangat la menyanyat kalbu jadi lagunya masuk dalam kategori lagu nasyid. Tapi genre Maher Zain adalah pop, emm sebab tu la ramai rakyat Malaysia suka dia, bagus jugakla dia buka mata orang yang tak berapa dengar (bukan tak dengar langsung ek) lagu nasyid dengan lagu ala-ala nasyid walau pada asasnya lagu dia adalah lagu pop. Tapi tak apa, sebab semua lagu dia memang sedap (^_^).

Ok lah sampai sini je la entry kali ni, panjang-panjang entry nanti malas nak baca kan. Kepada siapa yang pergi konsert Maher Zain, enjoy ok tapi sila la jaga sopan santun maklum la pergi konsert nasyid kena la ala-ala malu-malu alang sket, hehe.


p/s: Nak pegi konsert jugak....

Wednesday, September 22, 2010

Raya, Birthday dan Wedding

Assalamualaikum,

Huhu, semua baru je balik dari cuti raya ek, mesti sekarang ni mood pun tak berapa ada nak keje kan. Sama la kita, saya rasa sangat malas nak kerja bila pergi kerja pun asyik teringat raya lepas je. Saya sampai KL hari rabu minggu lepas, sampai je terus masuk kerja malam tu. Jadual saya agak sibuk kebelakangan ni, lepas raya kerja dan hujung minggu ada kelas lagi. Lama sangat tak updates blog ni, entry kali ni cuma untuk bercerita tentang cuti raya lepas.

Gambar raya kami, nampak hensem la pulak Abe ni (^_^)

Raya kali ni agak sibuk dengan macam-macam dan raya kali ni jugak la umur saya bertambah satu angka. Hari jadi saya jatuh pada raya ke dua, seronok jugak la sambut hari lahir masa raya sebab boleh sambut dengan keluarga tapi mak saya buat majlis hari jadi jemput semua sedara-mara, rasa macam budak kecik la pulak, huhu tapi memang best.

Happy 26th Birthday for Rozila and Me (^_^)

Raya kali ni jugak ada majlis kawin dalam keluarga saya, seronok dan memenatkan. Adik sepupu saya kawin, jadi kitaorang sangat sibuk dengan semua persiapan untuk majlis kawin. Dah lama tak ada majlis kawin dalam keluarga, dari sebelum raya sampai la ke hari majlis semua orang sibuk dengan majlis kawin ni. Alhamdulillah semua bejalan lancar, walaupun semua orang letih dengan majlis ni tapi buat persiapan majlis dengan keluarga memang best.

Selamat pengantin baru Nor (^_^)

Bila hari nak balik ke KL saya jadi sayu je, bila la boleh cuti balik kampung lagi. Raya haji nanti tak tau lagi boleh balik atau tak, minggu sebelum dan selepas raya ada exam. Owhh cakap pasal exam teringat dengan kelas, ada 7 assignment yang masih pending. Peningnya kepala memikirkan semua tu, wawawaaaa. Ok la, dah lewat petang ni nak bersiap pergi kerja pulak.

p/s: Malasnya nak pergi kerja...

Saturday, September 4, 2010

Salam Merdeka dan Aidilfitri

Assalamualaikum...

Lama bangat tak meng'updates' blog ni, ops terguna bahasa indonesia la pulak. Ditengah-tengah kontroversi Malaysia-Indonesia ni, apa yang diaorang marah sangat dengan Malaysia entah, malas nak komen banyak tapi sebagai rakyat Malaysia saya terasa jugak. Nak-nak benda ni berlaku masa kita tengah menyambut bulan kemerdekaan, bulan puasa pulak tu. Kesian pulak dengan pegawai kita di kedutaan Malaysia di sana. Dua-dua negara islam, bukan kita ni bersaudara ke?

Salam Merdeka. Saya sayang Malaysia dan Kelantan, huhu (^_^)

Dah lama tak updates blog, mula pun dah teremosional ek. Cakap pasal hari merdeka ni, tahun ni saya sangat seronok sebab office buat pertandingan hiasan kemerdekaan antara team. Tiba-tiba kitaorang semua jadi sangat competitive, office penuh dengan bendera, semua team bersungguh-sungguh nak menang. Yang paling best sebab office saya ni tak ramai melayu, jadi tak kira melayu, cina atau india semua semangat. Siapa sangka diaorang ni semua sangat patriotik, mula-mula tu nampak macam diaorang nak menang je tapi bila tengok macam-macam idea yang keluar semua orang jadi sangat patriotik. Wahai kawan-kawan MSD ku semua, saya bangga dengan korang semua. By the way, team saya menang nombor dua. Kira hebat la tu sebab sangat sengit saingannya, huhu. Harap-harap tahun depan semua orang pun sama jugak. Walaupun lambat saya nak ucapkan Selamat Hari Merdeka ke 53 semua.

Penuh dengan bendera kan, hari last masa juri datang lagi meriah dengan ada team pakai pakaian tradisi setiap kaum di Malaysia.

Hari ni dah mula cuti raya, huhu awal ek. Tak sia-sia kerja berpenat lelah dua minggu ni, akhirnya dapat cuti. Saya cuti sampai 15 hb ni, alhamdulillah tahun ni dapat lagi cuti raya lama. Tapi isnin 6 hb ni baru balik sebab hujung minggu ni ada kelas, tensen kan dalam mood raya ni kena pergi kelas lagi, hehe. Disebabkan ni mungkin entry last sebelum raya jadi nak ucapkan Selamat Hari Raya semua, selamat bergembira dengan keluarga masing-masing. Macam biasa, balik nanti yang memandu hati-hati ok, ingat orang tersayang yang menunggu kepulangan kita. Rancang perjalanan, jangan tergesa-gesa bawa kereta ikut had laju yang ditetapkan. InsyaAllah semoga raya nanti kita dapat bersama keluarga.

Salam Aidilfitri. Imej ambil dari iluvislam

Banyak cerita nak tulis ni tapi dah lewat sangat, dah pukul 2.24 am dah. Esok ada kelas jadi nak kena masuk tidur dah ni. Nak habiskan buku 'The lost Symbol' tu lagi, tinggal berapa muka surat je lagi sebab esok nak mula baca buku baru, 'Tengelamnya Kapal Van Der Wijck' karya HAMKA. Hehehe, kelas esok patutnya study la sket kan, ni fikir nak baca buku cerita lak. Sebenarnya dah tak tahan tengok buku study sebab dalam 2 minggu ni siapkan 2 assignment nak kena hantar esok. Lama tak buat assignment rasa macam benda yang paling susah di dunia je, tu la kalau orang tua belajar kan. Hehe membebel pasal study lak, ok la semoga jumpa lagi di lain entry ek, daaaa.

p/s: Sibuk-sibuk 2 minggu lepas pun sempat lagi tengok drama 'Bread, Love and Dream' kat KBS, hehe.

Friday, August 20, 2010

Syukur dan Nikmat

Assalamualaikum...

Apa khabar wahai sahabat, harap sihat-sihat hendaknya. Alhamdulillah, saya baru lepas melalui minggu yang memenatkan. Ahad lepas kereta saya telah dilanggar oleh seorang hamba Allah kat UTMKL. Kena langgar dekat parking, saya tak tahu pun, terima kasih pada pak guard UTMKL yang sangat efisyen. Kereta kena baiki sepanjang minggu ni, nasib baik tak lama baiki kereta tu. Bumper depan kereta saya tercabut kena langgar, semalam baru saya dapat guna balik kereta saya.


Saya redha dengan ujian Allah sepanjang minggu lepas, bila tak ada kereta ni banyak perkara tak dapat saya buat dan terpaksa la bersusah-susah sikit. Ujian kali ni buat saya terkenang masa saya mula-mula kerja dulu. Dari Isnin sampai Rabu saya kerja, tak ada kereta terpaksa saya menapak naik LRT, ERL dan bas. Rumah saya kat Cheras dan office lak dekat Cyberjaya, jadi agak mencabar jugak la nak pergi kerja tu. Alhamdulillah sahabat dan adik beradik saya banyak membantu sepanjang minggu ni.

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan."

Saya tak tahu kenapa saya tak marah langsung pada orang yang langgar kereta saya tu, mungkin aura bulan ramadhan kot. Tapi saya memang orang yang agak susah nak marah, orang kata saya lembut hati sangat. Salah ke kalau susah marah, saya selagi tak panas hati tak boleh nak marah. Tapi saya agak keras hati bila marah, sebab tu kalau boleh saya tak nak marah. Marah tu sifat syaitan, Allah pun tak suka kita marah-marah kan.


Semalam dah dapat kereta, kalau tak kena langgar ni saya mesti tak menghargai nikmat Allah yang saya dapat selama ni. Pergi kerja naik LRT, ERL dan bas selama tiga hari membuatkan saya bersyukur sangat saya pergi kerja naik kereta selama ni. Perjalanan dengan kereta selama 40 minit tu jadi 2 jam bila menaiki kenderaan awam. Nikmat Allah tu ada disekeliling kita, mari kita semua bersyukur padaNya, kita tak akan tau nikmat yang ada sebelum ia ditarik dari gemgaman kita.

Jika kamu hitung nikmat Allah nescaya kamu tidak dapat Menghitungnya
[Al-Nahl: 18].

p/s: Meh kita bersyukur dengan nikmat Allah beri kepada kita, banyak sangat kalau cuba kita hitung. Nikmat boleh makan apa saja yang kita nak, nikmat kesihatan badan, nikmat tak perlu bekerja bawah panas matahari untuk sesuap rezeki dan banyak lagi. Benarlah jika kita cuba hitung nikmat Allah tak dapat kita hitung...

Friday, August 13, 2010

Malas

Assalamualaikum...

Salam hari jumaat dan salam bulan ramadhan buat semua. Hari ni saya off jadi duk rumah je, nak masak untuk berbuka rasa cam malas, huhu. Saya ni kena datang mood rajin baru masak, kekeke tu la antara sebab sampai sekarang tak kawin-kawin. Antara perkara yang saya suka dengan bulan puasa ni tak lain tak bukan adalah bazar ramadhan la, huhu (^_^). Petang ni ajak along pegi bazar ramadhan besar sikit la, kalau puasa tu macam-macam benda nak makan kan, tapi kena la beringat jugak nanti nak terawih susah sebab senak perut makan banyak sangat.


Niatnya hari ni saya nak siapkan assignment yang banyak tak hengat tu, satu pun tak mula lagi. Tapi bila dah mengadap komputer ni macam-macam benda la pulak mengacau ni. Sebab yang paling utama sebenarnya tak ada idea camna nak mula assignment ni, tu yang tangan gatal meng-updates blog ni. Camna ek nak dapatkan momentum tu, nak on-kan study mode dalam diri sendiri. Emm saya ni memang susah nak fokuskan diri untuk belajar, penyakit malas tu dah sebati dalam diri. Apa-pun saya akan cuba untuk berubah, saya tahu susah nak ubah perangai tu tapi nak seribu daya kan, GANBATTE ODA!!.

p/s: Doakan saya jadi rajin belajar ek (^_^), saya tak nak kalah dengan diri sendiri dan tak nak jadi orang yang memberi alasan gak...

Tuesday, August 10, 2010

Puasa dan Ramadhan

Assalamualaikum...

Sunyi sepi blog saya kebelakangan ni kan, alasan saya masih sama tak ada masa. Hehehe betul sekarang saya sangat kurang surf internet, kalau surfing pun kat rumah je dan bila surfing kat rumah macam-macam la pulak nak tengok kan. Emmm boring ekk, setiap kali saya mula entry baru mesti cakap pasal ni. Alasan yang satu lagi malas, bila badan letih otak pun malas nak berfikir.

Imej ambil dari encik Google

Tapi saya nak juga menulis sesuatu sebelum mula bulan puasa. Tak sabar rasanya mula puasa, harap-harap esok dah mula puasa jadi malam ni dah boleh mula terawih. Waaa rindunya nak pergi terawih, setahun sekali je. Emm kejap je dah puasa balik, rasa macam baru bulan lepas je lepas raya. Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan, syukur alhamdulillah kita semua dapat bertemu kembali dengan bulan ramadhan.


Selingan, suka lagu ni dengar la sangat la best (^_^)

Bulan puasa nanti korang ada perancangan apa-apa tak? Saya tak ada rancangan pun tapi harap dapat sekurang-kurangnya berbuka dengan ma dan abah dan sahabat-sahabat baik saya. Patutnya hari ni balik kemaman, rancangannya nak sambut puasa dengan ma dan abah tapi kena kerja pulak lusa, tak apa la kalau ada masa nanti balik la kemaman, insyaAllah.

Bila di ingat balik tahun lepas saya banyak berbuka puasa di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) sebab masa tu kakak sepupu saya kena operate tukar injap jantung. Walaupun sibuk masa tu dengan berulang alik dari kl ke PPUM tapi seronok jugak sebab berbuka sama-sama dengan makcik dan sepupu-sepupu. Rindu lak nak pergi PPUM, huhu.

Imej ambil dari encik Google

Di kesempatan ni saya nak mohon ampun dan maaf kalau ada tersalah kata dan kalau ada sesiapa yang terguris dengan tulisan saya kat blog saya yang cuma bercakap tentang diri sendiri ni, kalau saya ter-emosional semasa menulis, maafkan saya ek saya tak bermaksud nak mengata sesiapa. Apa-apa pun selamat berpuasa semua, sila patuhi arahan dan larangan seperti yang ada dalam gambar di atas. Semoga ramadhan kali ini membaawa seribu keberkatan kepada kita semua.

p/s: Emosional dalam blog ni memang selalu berlaku, maaf yek kawan-kawan...

Friday, July 30, 2010

Updates

Assalamualaikum....

Salam hari jumaat, selamat hari yang baik-baik untuk semua. Lama betul saya tak updates blog kan, sesungguhnya saya sangat sibuk dengan kerja dan belajar. Sepanjang saya bekerja 3 tahun banyak masa dan ketika saya amat sibuk dengan kerja tapi sibuk kali ni lain sikit, sibuk yang memenatkan badan. Mungkin saya stress dengan kerja dan kelas ditambah dengan assignment sekali. Saya tak menyangka yang belajar sambil kerja amat memenatkan, tapi alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan kan. Dah mulakan kenalah habiskan, insyaAllah lama-lama nanti akan dapat biasakan diri.


Hari ni sepatutnya saya pergi ke Sarawak dengan Along dan Zila tapi disebabkan ada kelas hujung minggu ni saya tak dapat pergi. Ramai yang tanya kenapa tak ponteng je kelas tu, emm saya dah penat nak cerita nak fikir ayat nak tulis pun malas ni. Tak apalah dah tak ada rezeki saya nak ke Sarawak kali ni. Saya anggap ini salah satu perkara yang saya kena korbankan, kadang-kadang kita kena terima tak semua perkara yang kita nak kita akan dapat. Bersyukurlah dengan apa yang ada, kita tak boleh nak dapat semua benda kan.

Cuci the Musical 2, gambar ambil dari sini.

Asyik cerita pasal belajar je kan, hehe biasa la itu antara perkara penting dalam hidup saya sekarang. Cerita pasal benda lain la pulak ek, hehe hari selasa lepas saya tengok teater Cuci the Musical 2. Sangat la best cerita tu, mula-mula saya tak ada la excited sangat nak tengok teater ni, pergi tengok pun sebab nak teman Along je. Teater Cuci the Musical di luar jangkaan saya, kelakar sangat. Walaupun panjang duration teater ni sampai 4 jam tapi seronok la cerita dia. Kalau ada orang nak tengok cerita ni saya sangat-sangat la galakkan. Pergi la tengok, rugi kalau tak tengok sebab dengar cerita tiket kali ni murah sikit berbanding dulu.


Sebelum habiskan menulis updates ni, nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan buat semua. Mari kita siapkan diri untuk menghadapi bulan ramadhan yang akan sampai dalam 10 hari lagi. Semoga kita semua sempat sampai ke bulan ramadhan tahun ni dan pada semua yang belum habis ganti puasa cepat-cepatlah habiskan ganti ek.

p/s: Saya rindukan masa-masa dulu, zaman saya boleh duduk bersenang-lenang tanpa memikirkan apa-apa (@_@).

Friday, July 16, 2010

Terima kasih semua

Assalamualaiku ya ahhi ya ukhti....

Salam hari jumaat, selamat hari yang baik-baik untuk semua. Dah pukul 10 pagi tapi saya masih mengantuk, hari ni bangun awal sebab teman Zila hantar sepupu pagi tadi. Semalam tido lambat sebab tengok naruto dan 1N2D, malam ni dah mula kerja jadi semalam habiskan tengok cerita-cerita yang tertinggal minggu lepas. Esok pulak dah mula kelas yang pertama untuk pelajar baru ni.


Ramai yang tanya saya apa perasaan nak mula belajar balik, kalau tanya minggu lepas saya jawab tak ada perasaan sangat pun tapi minggu ni saya dah rasa berdebar-debar. Macam-macam perkara saya fikir dalam kepala saya ni, yela biasa fikir pasal kerja, family, drama jepun, drama korea dan anime je. Kali ni nak fikir benda-benda yang complicated ni, dapat ke cope nanti. Saya berserah je pada Allah, semoga hati saya tenang sikit. Saya yakin kalau ada usaha insyaAllah semua boleh.

Saya percaya orang yang berusaha akan mendapat ganjarannya nanti. Sebab tu lah masa belajar dulu kalau saya dapat result rendah je saya redha sebab saya tahu usaha saya takat mana. Dulu saya adalah pelajar yang agak malas, belajar malas, pergi kelas pun malas. Tapi bukanlah tak belajar langsung, mustahil la saya graduate kalau tak belajar langsung kan. Saya harap untuk kali ni saya akan rajin sedikit, emm tu perkara yang agak sukar buat saya tapi insyaAllah saya akan cuba.




Kelas saya dari pagi sampai petang, sabtu dan ahad. Bunyinya macam membosankan dan memenatkan je, tak mula kelas lagi saya dah risau tengok jadual kelas. Macam mana la saya nak spend time untuk kelas-kelas tu, dengan jadual kerja saya yang tak menentu tu. Memikirkan jadual kerja dan kelas dah buat saya sedikit stress tapi saya tahu risau tu tak bawa kemana jadi saya buat one step at a time. Saya akan rancang jadual saya setiap minggu, nasib baik teammates saya sangat memahami. Tak tahu la macammana saya nak hadapi jadual yang macam ni tanpa sokongan mereka semua (^_^).

Ukhwah fillah abadan abada. Semoga tautan ukhuwah berada dalam redha Allah.

Saya tahu ramai yang berada di belakang saya, keluarga, kawan-kawan dan teammates saya yang menyokong saya. Memikirkan mereka semua buat saya rasa sedikit lega, betullah kita memang tak boleh hidup sorang kat dunia ni. Terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong, membantu dan sentiasa ada untuk saya. Tanpa kalian semua Oda tak mampu nak melangkah lebih jauh. Terima kasih atas kata-kata nasihat dan sokongan yang tak putus saya terima, setiap kali saya mengadu atau mengeluh sentiasa ada orang yang akan beri nasihat dan kata-kata semangat. Alhamdulillah Allah berikan saya keluarga dan sahabat yang sangat memahami, sesungguhnya saya bahagia menjadi keluarga dan sahabat kamu semua (^_^).

p/s: Hargailah mereka yang sentiasa berada disisi kita, saya tak tahu orang lain tapi tak dapat bayangkan hidup saya tanpa mereka.

Monday, July 12, 2010

Permulaan

Assalamulaikum...

Pagi ni mesti ramai yang tak cukup tidur sebab menonton akhir piala dunia semalam, saya bekerja semalam jadi bahang akhir piala dunia saya tak rasa apa-apa. Kejam jugak bila fikir perlawanan akhir ni tayang pagi isnin kan, nak buat macammana dekat sana masih lagi ahad. Saya agak gembira akhirnya piala dunia ni tamat, dah tak tahan sebenarnya dengar cerita pasal bola.


Akhirnya piala dunia 2010 dah sampai ke penghujung, rasanyatak ramai antara kita yang sedar bulan rejab pun dah sampai ke penghujung. Kita dah memasuki bulan syaaban sebenarnya, cepat je masa berlalu lagi beberapa minggu kita akan memasuki bulan ramadhan. Itulah kita leka dengan hal dunia, nasib baik musim piala dunia bukan semasa bulan ramadhan. Saya kira mesti ramai yang akan rugi jika piala dunia diadakan semasa bulan ramadhan. Yela bulan ramadhan ni bulan pahala, kalau kita leka kita yang rugi. Jadi mari kita semua bersedia untuk menyambut ramadhan, mula-mula kena la sambut syaaban dulu. Dengan permulaan syaaban mari kita tekadkan niat untuk tak mensia-siakan bulan syaaban ni.

Saya juga baru perasan bulan rejab dah berakhir sebenarnya, sekarang saya sangat sibuk dengan kerja dan urusan pengajiaan saya. Pening memikirkan banyak perkara yang perlu di ambil kira bila dah sambung belajar ni, tapi sebab dah nekad apa-apa pun kena hadapi juga. Kelas belum pun bermula saya dah mula rasa stressnya, semoga saya dikuatkan Allah untuk menghadapi semua ni. Saya tak boleh mengeluh sekarang sebab saya sendiri yang buat keputusan untuk sambung belajar ni walaupun dengan waktu kerja saya yang tak menentu tu. Perkara yang kita mulakan kena la juga kita habiskan, InsyaAllah dengan niat yang baik Allah sentiasa bersama kita.


Saya agak pening dengan beberapa urusan sps utm yang saya kurang fahami, dengan jadual kelas yang saya tak dapat lagi, dengan pendaftaran subjek yang belum selesai, dengan pembayaran yuran yang berapa pun saya masih kurang pasti dan seribu macam persoalan bagi pelajar baru macam saya ni. Jadi insyaAllah esok saya akan ke UTM KL untuk menyelesaikan semua masalah ni, siapa sangka jadi pelajar banyak perkara kena ambil kira kan. Banyak urusan belum selesai walaupun saya dah daftar sabtu lepas, agak sukar menjadi pelajar tua ni sebab semua kena buat sendiri, dulu ada senior yang tolong sekarang sendiri mau ingat la. Saya tak mahu permulaan pengajian saya dah memberi alasan yang pelbagai, sedangkan saya dah agak saya akan hadapi semua ni. Jadi Ganbatte Oda!!

p/s: Kepada kawan-kawan saya mahu sambung belajar sambil bekerja, sila mentally and physically prepared. Minna Ganbatte!!

Tuesday, July 6, 2010

Hospital

Assalamualaikum...

Blog ni semakin sepi, saya sangat sibuk kebelakangan ni, biasa saya suka updates blog dari office sebab selalu masa kerja banyak idea saya nak menulis tapi sejak banyak kekangan dah tak boleh guna internet office dah. Tak apa la dah peraturan office macam tu, bosan macam mana kat office pun sabar je la.

Hujung minggu ni akan daftar sambung belajar pulak, makin sibuk la nampaknya. Nanti ada la perkara yang banyak kena korbankan, yela kerja sambil belajar kan. Kawan-kawan semua maaf sangat-sangat, banyak kali sangat dah ajak keluar tak boleh sebab sibuk ek. InsyaAllah kalau ada masa lapang kita keluar ek.

Imej ambil dari encik Google

Tengah hari tadi baru je lepas buat pemeriksaan kesihatan (medical check up), pertama kali pergi sendiri. Saya tak suka pergi klinik atau hospital, tak suka kena periksa dengan doktor ni. Kalau demam pun, dah teruk sangat baru pergi klinik, sebab tu la tak suka ambil MC. Disebabkan semua orang kerja, Zila pun banyak kali cuti jadi malas nak suruh dia teman, Along lak hari ni ada meeting kat sekolah dia. Rasanya ni adalah medical check up yang ke 4 dah, yang pertama masa masuk Pasir Puteh dah masa tingkatan 4, lepas tu masa nak masuk UTM dan yang terakhir masa mula-mula nak kerja dulu. Semua tu Rozila yang temankan, kali ni pergi sorang-sorang cuak la jugak, dah la masa kat dalam tandas tadi tersalah bukak paip air, habis basah seluar. Tensen jugak la tadi, bila dah habis buat medical check up tu rasa lega sangat.

Dulu masa zaman matrik, saya budak sains hayat jadi di kalangan kawan-kawan ramai yang nak jadi doktor dan memang ramai yang dah jadi doktor pun. Saya memang tak nak jadi doktor atau kerja di hospital tapi bila kawan-kawan tanya saya iakan aje. Hehe hidup memang agak carefree masa tu, saya harap boleh kembali ke zaman itu. Saya gembira saya tak mengambil kursus yang memerlukan saya kerja di hospital sebab saya masih lagi tak suka suasana dan bau hospital. Tapi sejak selalu pergi ke hospital tahun lepas dan awal tahun ni lawat dan jaga sepupu kat hospital dah kurangkan sikit fobia saya dengan hospital.



Bila pergi ke hospital sentiasa buat saya rasa bersyukur dengan nikmat sihat yang Allah berikan. Jadi masa sihat ni lah kita kena menghargai rahmat Allah, masa ni la kita gunakan untuk sentiasa bersyukur dan beribadat sebab bila dah sakit banyak perkara tak dapat dibuat. Jadi kenalah sentiasa ingat 5 sebelum 5.

p/s: Hujung minggu ni bermula zaman sebagai pelajar sekali lagi setelah tiga tahun tak bergelar pelajar, tak sabar dan cuak pun ada jugak ni...wish me luck ok (^_^)