Tuesday, December 29, 2009

Lima Teratas 2009 Oda

Assalamualaikum...

Tahun 2009 sudah hampir ke penghujungnya, tahun ni saya rasakan sangatlah pendek, pejam celik dah nak masuk 2010. Kebanyakkan blog yang saya baca hari ini sudah mula bercerita tentang kisah 2009 mereka, saya pun terfikir nak menulis entry tentang 2009. Kali ini saya akan membuat senarai Top 5 tentang apa sahaja sepanjang tahun 2009.



    Top 5 Memorable Trip/Event

    Family Day Kelab KEMO di Port Dickson

    Ini adalah trip saya yang paling menyeronokkan, hampir ke semua ahli keluarga saya hadir ke trip ini. Trip bersama keluarga saya selalunya kami akan sentiasa dipenuhi dengan keriangan (huhu, cam best je perkataan ni).

  1. Port Dickson - Family day KEMO
  2. PPUM - Sepanjang Alang hospitalized dan operation day + Nor's Konvocation
  3. Perlis - Wedding Ayu
  4. Melaka - Wedding Dianah
  5. Sunway lagoon - Team outing


    Top 5 Buku yang Saya Paling Suka Baca

    Cover buku Rindu Bau Pohon Tin, imej ambil dari encik Google

    Buku rindu bau pohon tin ni kisah Ustaz Hasrizal semasa belajar di Jordan dulu, kisah-kisah di timur tengah adalah antara artikel yang saya paling suka baca di saifulislam.com. Nota Hati Seorang lelaki hampir menjadi nombor satu kerana saya memang suka cara bercerita Pahroi Mohd Juoi (dia salah seorang kolumnis di majalah Anis) tetapi saya rasa Rindu Bau Pohon Tin lagi menarik kisahnya.

  1. Rindu Bau Pohon Tin - Ustaz Hasrizal
  2. Nota Hati Seorang Lelaki - Pahrol Mohd Juoi
  3. The Time Traveler's Wife - Audrey Niffenegger
  4. Twilight Saga - Stephanie Meyer
  5. Lasykar pelangi - Adrea Hirata (in progress, tapi dalam top 5 setakat ni)



    Top 5 Lagu yang saya dengar berulang-ulang


    .: What Should I Do - Jang Geun Suk :.

    Mungkin kerana ini adalah lagu yang paling baru saya suka dengar jadi ia mendapat tempat teratas sekali. Tapi kesemua lagu didalam top 5 ini pernah saya dengar berulang-ulang sampai nak muntah.

  1. What Should I do - Jang Geun Suk
  2. Let Break up - Lee Seung Gi & Love like This - SS501
  3. Aitai - Yuzu
  4. Allah Knows - Zain Bhika
  5. Pewaris Syurga - Opick



    Top 5 Rancangan Menarik

    1N2D - The 6 guys that i love the most, imej ambil dari encik Google

    1N2D menjadi rancangan yang paling saya gemari sejak dari mula saya menonton rancangan ini tahun lepas lagi. Boleh dikatakan saya tak pernah miss episod rancangan ni. Naruto mendapat tempat ke dua kerana tahun ini anime ini berkembang dengan sangat best.

  1. 1N2D - KBS World (Korea)
  2. Naruto - Download (Jepun)
  3. Air Crash Investigation - National Geographic (USA)
  4. Nur Kasih - TV3 (Drama Melayu)
  5. Kamen Rider Kabuto - Streaming (Jepun)



    Top 5 Jdorama 2009

    Pelakon-pelakon Mei Chan yang comel (^_^), imej ambil dari encik Google

    Tahun ini saya kurang menonton drama jepun dan kenbanyakkan drama yang saya tonton kurang memuaskan. Masih banyak lagi jdorama yang belum saya habiskan atau beli cd, saya agak jika saya habiskan semua drama baru tahun ini mungkin semua list dibawah akan bertukar. Cerita Mei chan ni pelik sikit tapi kalau tak pelik sikit tu bukan jdorama la kan.

  1. Mei-chan no Shitsuji
  2. Bloody Monday
  3. Ghost Friends
  4. Ohitorisama
  5. BOSS


    Top 5 Kdrama 2009

    Cover kdrama You are beautiful, tak cantik kan pelik je cover dia. Imej ambil dari encik Google

    Sudah di agak You are beautiful akan jadi kdrama feveret saya bagi tahun ini kan. Lagi-lagi Jang Geun Suk yang jadi hero, dah lama saya tunggu dia bawak watak hero untuk kdrama ni. Kalau bukan kerana Jang Geun Suk rasanya tak jadi nombor satu jugak ni. Jalan cerita yang paling saya suka adalah drama City Hall, drama lain pula sebab saya berjaya habiskan tanpa skip episod dan semuanya adalah drama KBS World.

  1. You are beautiful
  2. City Hall
  3. The man who can't married
  4. The queens return
  5. Boys over flower


    5 Perkara Menarik/Mengejutkan yang tak boleh dilupakan

    Keluarga besar kami (^_^)

    Saya tak ada gambar semasa di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) tu tapi ini adalah perkara yang paling saya tak boleh lupakan bagi tahun ini. Gambar di adalah gambar semasa Family day di Port Dickson. Nurul dapat tempat kedua kerana sebelum ini Nurul pernah keguguran, kami memang menantikan kelahiran baby irfan ni.

  1. Alang hospitalize untuk pembedahan Injap Jantung - Ogos
  2. Nurul lahirkan Irfan - November
  3. Ustaz Asri dan Sahabat lama meninggal - Ogos
  4. Team dapat Team of the Month - Jun
  5. Lulus MCDST exam bulan September

Panjang kan senarai saya, banyak lagi senarai saya nak buat tapi dah malas nak menaip dan berfikir. Sakit kepala jugak la nak ingatkan balik semua senarai kat atas tu, saya kan ada short term memory. Banyak juga perkara yang menarik berlaku tahun ini bagi saya, thanks kepada blog ini saya dapat mengingati kembali peristiwa sepanjang 2009 ini. Ini mungkin entry terakhir saya bagi tahun 2009, selamat menyambut tahun masihi 2009 kepada semua.

p/s: panjang yang amat kan entry ni, huhu maklum lah entry terakhir 2009. Kita jumpa lagi di tahun 2010 ok (^_^)

Monday, December 28, 2009

Bicara Tentang Buku

Assalamualaikum...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Jom kita baca buku, tak kesahlah buku jenis apa (^_^)

Entry yang lepas entry emosional saya, rasanya entry hari ini juga agak emosional. Saya sangat suka membaca blog, ada beberapa blog yang saya akan buka hari-hari untuk melihat updates baru dan dikebanyakkan blog saya adalah silent reader sahaja sebab kebanyakkan blog yang saya baca adalah blog ilmiah atau blog yang kearah itu. Bukan tak mahu komen tapi rasa tak cukup ilmu lagi nak memberi pendapat walaupun ada sesetengah blogger tu lebih muda dari saya (budak-budak zaman sekarang pandai-pandai kan).

Minggu lepas saya membaca updates di salah satu blog yang saya selalu ikuti perkembangannya juga, entry tentang buku. Saya agak terasa kerana memang entrynya itu terkena pada saya. Katanya :

"99% daripada manusia yang rajin beli buku, tidak akan membacanya sehingga habis. Manakala 80% daripada baki 1% itu sekadar membacanya ala kadar"


Saya setuju dengan hipotesisnya, saya juga masih banyak buku-buku yang belum dikhatamkan lagi, tetapi jika masuk ke kedai buku mesti akan beli paling kurang satu buku. Jarang saya masuk ke kedai buku tanpa membeli apa-apa pun. Walaupun begitu, saya akan pastikan saya habiskan semua buku yang saya beli, saya tak suka membaca buku ala kadar kerana saya rasa itu satu pembaziran. Saya jenis orang yang baca buku dari kulit ke kulit, walaupun surat khabar atau majalah sekalipun (masih ada dua majalah Anis yang masih belum disentuh lagi, waa kena la cepat-cepat baca ni).

Emm apa yang emosionalnya saya tentang entry ni ek, sebenarnya blogger tu membuat 'statement' katanya buku fiksyen tulen (contoh Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Harry Potter dan Twilight) tak termasuk dalam hipotesis di atas. Separuh buku yang saya baca adalah fiksyen tulen, suku lagi separa fiksyen dan suku lagi adalah buku berunsur ilmiah (emm agak-agak ilmiah la). Saya tak faham kenapa mahu di label tentang buku jenis apa yang dibaca, kalau kita suka baca buku ilmiah atau yang setaraf dengannya baca je la tak payah la komen pasal bahan bacaan orang lain.

Buku yang sedang dibaca, saya sangat suka buku ini. Imej ambil dari encik Google

Kalau orang kita mahu membaca buku jenis apa pun tak kesah la kerana budaya membaca sangat kurang di kalangan orang kita. Itu sudah kira bagus dalam masyarakat yang amat kurang membaca ni, bagi saya semua jenis bahan bacaan memberi ilmu yang berbeza. Di dalam semua buku ada mesej yang tersendiri, tak semua orang boleh membaca buku berunsur ilmiah. Orang kita nak baca buku fiksyen pun susah, inikan pula buku bukan fiksyen yang ayatnya panjang. Emm dah terlebih emosional la pulak, maklumlah saya kan pembaca buku fiksyen juga jadi agak terasa la.

p/s: Saya tak tahu kenapa entry kebelangan ini agak emosional, agaknya saya perlu bercuti rehatkan minda, huhu.

Thursday, December 24, 2009

Budi Bahasa Budaya Kita

Assalamualaikum...

Imej ambil dari encik Google

Sudah lama saya mahu berbicara tentang isu ini sebenarnya, tapi fokus saya bukanlah tentang budi orang kita tapi lebih kepada bahasa orang kita sekarang. Serius je bunyinya kan, saje je nak beri pendapat pasal benda ni sebab dah menyampah sangat dengar (@_@).

Awal minggu ni semasa dalam perjalan balik dari kerja shift malam, saya dengar Hot FM AM krew, macam biasa la ada panggilan hangit, saya tak berapa suka dengar panggilan hangit tetapi kalau dah pasang Hot FM tu dengar la jugak. Bukan nak cerita pasal panggilan hangit tu, tapi sepanjang panggilan hangit tu DJ yang buat panggilan hangit tu banyak sangat guna perkataan yang terpaksa ditootkan (kata-kata kurang manis didengar aka mencarut). Saya faham, DJ tu guna perkataan tu untuk 'mengrealkan' lakonan dia tetapi walaupun ditoootkan kita masih lagi dengar hujung-hujung perkataan tu, dapat jugak la mengagak perkataan apa yang dia guna. Dah lupa dah pasal ni tapi pagi ni dalam perjalan pergi kerja dengar lagi satu panggilan hangit gak, akak yang kena tu pun bahasa dia, saya dengar sabar je la.


Yang kurik itu kundi,
Yang merah saga;
yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.



Saya tak suka orang yang guna perkataan-perkataan macam ni sebenarnya, kalau ye pun nak marah takkan semua perkataan keluar. Memang la kalau kita tengah marah kita tak perasan pun apa yang kita cakap tapi tak boleh ke kita guna perkataan yang ok sikit. Orang kita kan kaya dengan budi bahasa, banyak lagi perkataan yang boleh guna. Kalau la orang luar dengar orang kita guna perkataan-perkataan macamni mesti diaorang ingat orang kita ni kasar. Saya rasa anak-anak zaman sekarang memang dah biasa sangat berkata-kata kesat. Buktinya, sila la dengar dan lihat, kat tempat-tempat awam kita boleh dengar orang menyumpah dan mencarut, kat Facebook kita boleh lihat banyak yang updates status diaorang dengan kata-kata yang kesat bukan tu je kat office pun kita boleh dengar kan. Bukan yang muda je, yang dah anak empat lima pun sama je kadang-kadang. Macam mana kita nak mengajar anak kita kalau kita pun selalu mengeluarkan kata-kata kesat ni.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Peliharalah LISANMU kerana ia adalah HATIMU yang menentukan baik buruk DIRIMU

Sejak saya bermastautin di KL ni lagi la macam-macam saya dengar, bukan satu bahasa je orang kita mencarut, kalau boleh semua bahasa nak guna la. Kadang-kadang tu ada yang main cakap jek, tak tahu pun maksudnya apa, tapi tau tu perkataan tak elok je. Bagus dah tu tau bahasa lain selain bahasa ibunda tapi tau perkataan yang tak elok je la. Dua hari lepas semasa saya bagitahu kawan saya yang saya tau bahasa jepun sikit-sikit, dia test saya dengan perkataan jepun yang dia tahu iaitu baka (bodoh) dan saru (monyet). Perkataan ni bukanlah mencarut pun tapi bukanlah perkataan biasa kita akan berlajar kan. Orang kita ni tau belajar perkataan tak elok je ke? Sebab ni la kerajaan sampai kena buat kempen budi bahasa, kita nak anak kita berlajar budi bahasa dari sekolah je ke?

p/s: Katanya budi bahasa budaya kita, kemana perginya budi bahasa kita??

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Assalamualaikum..




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dalam perjalan ke office hari ni, dengar radio IKIM cerita tentang maal hijrah. Ceramah tu cakap pasal erti hijrah dan kebaikkan berhijrah ni buat saya berfikir sekejap. Saya agak ragu-ragu dengan beberapa perkara dalam hidup sekarang ni, saya takut nak berubah bimbang jika perubahan ni tak dapat saya hadapi. Agaknya kerana saya sangat selesa dengan kehidupan sekarang jadi saya takut dengan perubahan, tetapi dalam hidup kita memang akan sentiasa berhijrah sebenarnya kan. Tak kiralah sama ada dalam kerja, rumah atau education (nak tulis pelajaran tapi macam pelik je bunyinya). Jadi saya membuat keputusan selepas ni saya akan cuba challenge apa yang saya mahu lakukan, bimbang tu masih ada tetapi ramai yang bersama saya Allah ada, keluarga ada dan kawan-kawan pun ada. Jangan takut untuk berubah, hidup kita tak akan selamanya statik kan.


Salam maal hijrah 1431H
Semoga tahun ini kita lebih Berjaya, murah rezeki dan diberkati Allah

Siapa nak doa awal tahun dan akhir tahun sila la ke link ini :
http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html

Doa akhir tahun ni baca 3kali dipenghujung asar sebelum maghrib dan doa awal tahun ni baca 3kali lepas maghrib hari ni tau. Sini saya nak kongsi artikel yang baru baca dari iluvislam, dah lama tak baca kisah yang buat saya menangis. Mari kita baca dan hayati bersama-sama ek.

link ke artikel ni : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2106



Ketaatan Uwais al-Qarni
dihantar oleh : far_teneditor : IskethaykaL@}---~---{@


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Nabi berpesan kepada Umar dan Ali :

“ Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. ”

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali :

“ Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Umar dan Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. soalan yang sama iaitu :

“ Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? "

Nabi menjawab :

“ Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian."

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan Nabi s.a.w. , minta sesuatu yang baik kepada mereka, Nabi s.a.w. menjawab :

“ Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt. ”

Maka topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari, yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau secara logiknya, ahli syurga seolah tidak perlu kepada pengampunan dosa daripada Allah s.w.t. kerana mereka sudah dijamin masuk syurga, namun tidak, Nabi s.a.w. masih menekankan supaya meminta Allah untuk mengampunkan dosa.

Memang benarlah firasat seorang Nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari arah Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni. Dengan pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Nabi s.a.w. maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang kurang berakal.

Siapakah Uwais Al-Qarni?

Asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “ Haudat ”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur hari demi hari dan berkata kepada anaknya pada suatu hari :

“ Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji. ”

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dirinya gila.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya :

“ Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah? ”

Uwais menjawab :

“ Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi :

“ Bagaimana pula dengan dosa kamu? ”

Uwais menjawab :

“ Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga. "

Ibunya berkata lagi :

“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini. "

Uwais berkata :

“ Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala. "

Ibunya menambah :

“ Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa. "

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa :

“ Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit. ”

Allah s.w.t. menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w. kepada Umar dan Ali.

" Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni. "

Tidak lama kemudian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. , mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata :

“ Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. "

Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

*Dipetik daripada Tazkirah Oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

p/s: siapa-siapa yang nak berhijrah dari bujang ke level yang seterusnya cakap la ek (^_^)

Wednesday, December 16, 2009

Penat

Assalamualaikum..

Hari ni masuk hari ke-6 kerja, saya dah tak ingat bila kali terakhir saya berkerja 6 hari terus tanpa off. Tahun ni adalah tahun saya banyak berehat dan cuba tak bekerja berlebihan sebab saya rasa tahun lepas saya dah terlebih bekerja (huhu pelik ek reasoning ni).

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Gambar selingan, tiada kaitan dengan entry ni

Saya adalah orang yang paling tak suka buat OT (overtime) dalam team, selalunya saya adalah orang yang terakhir dipanggil (last resort option) sebab diaorang tahu mesti saya akan tanya dah tak ada orang lain yang boleh ganti ke dan suruh diaorang call semua orang dulu. Tapi bulan ni hampir semua orang menghabiskan cuti masing-masing, ditambah dengan kemasukkan account baru ke dalam team, hampir setiap hari perlu ada OT for replacement (ganti orang yang bercuti tu). Hari ni sahaja saya masih perlu stayback sampai pukul 10 malam, masuk pukul 7 pagi tadi, ini bermakna saya akan bekerja selama 15 jam hari ni dan masih perlu datang kerja lagi esok.



Penat sehh (+_+) - Imej amik dari encik Google

Sejak semalam, badan dah menunjukkan tanda-tanda kepenatan dan stress. Saya memang selalu tahu tanda-tanda badan mula beri reaksi kalau kerja berlebihan. Bagi saya selalunya sekitar mata akan rasa macam kena tekan dan kadang-kadang akan jadi merah. Satu lagi mata akan jadi cengkung, selalu memang mata paling terasa sebab saya kerja mengadap komputer jek sepanjang hari. Simptom lain macam biasa badan akan rasa lenguh-lenguh dan sakit belakang. Tak tahu la orang lain macam mana tapi saya memang ada simptom-simptom ni kalau penat.

Sekarang semua entry asyik komplen pasal kerja je kan, emm sebenarnya bukan saya sorang je yang kena kerja lebih masa ni. Kitaorang semua dah bergilir-gilir buat OT ni, selalunya teammates semua tolong ganti saya jadi ini lah masa nak ganti diaorang pulak. Lagipun bukannya datang OT tak dibayar kan. Sekali- sekala bila kerja macam ni bagus jugak sebab buat saya lebih hargai hari off saya yang empat hari tu. Bila macam ni buat saya fikir macam-macam benda nak buat bila cuti nanti, hehe.

p/s: Baru pukul 11.30 tengahari, waa ada 10 jam lebih lagi baru boleh balik (@-@)

Monday, December 14, 2009

Disember di Atos

Assalamualaikum...

Rasa macam lama sangat dah tak kerja shift pagi, kerja dalam keadaan mengantuk yang amat tak tahu la kenapa, padahal semalam dah masuk tidur awal dah. Badan rasa sangat la penat, hari ni dah masuk hari ke-empat shift, masih ada dua hari lagi kerja sebab ganti nadia yang tengah bercuti (emm jelesnya). Ini adalah disember saya yang ke tiga sejak saya kerja kat sini, tiap-tiap tahun bila masuk je disember keadaan office akan berubah.

Suasana di office pada bulan disember agak rilek dan santai sikit sebab bulan ni kan musim cuti. Bagi team UK (United Kingdom), diaorang semua sangat la rileks sebab tak banyak sangat kerja, yela omputih ramai cuti bulan ni sekali dengan christmas. Mat saleh kalau cuti christmas ni tak main la sehari dua, diaorang ambil sampai 2-3 minggu cuti. Tapi team APAC (Asia Pasific - Oda dalam team ni) pun sama jugak, hujung tahun ni ramai yang habiskan annual leave.

Pokok christmas yang cantik tapi buat saya geram bila tengok, huhu emosional
Ni cuma gambar hiasan, imej amik dari encik Google

Kat sini sambutan perayaan yang paling disambut adalah christmas, emm apa yang best sangat ntah dengan christmas ni, Malaysia tak ada salji pun. Rasanya sambut raya lagi best, tapi kat office ni jangan harap la nak buat jamuan raya. Dalam office ni dah mula nampak hiasan christmas, geram bila tengok pokok christmas tu bila masuk office rasa nak patah-patahkan jek. Kadang-kadang rasa macam dianaktirikan la jugak, tapi nak buat macam mana kan, kat sini boss pun mat saleh. Tiap-tiap tahun ada secrect santa, ni kita akan tukar-tukar hadiah dengan officemate la. Tahun ni, dah siap-siap draw nama siapa kita akan bagi hadiah tu. Tak suka sangat dengan event ni sebab tak reti nak beli hadiah apa, kalau tak beli hadiah kena denda lak.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Gambar selingan, Level of Faith

Huhu, emosional je ek, saya tak larang orang nak sambut christmas tapi kalau terpaksa melibatkan diri sekali tu yang malas nak layan tu. Christmas tu kan bagi orang kristian adalah sambutan kelahiran Nabi Isa (diaorang panggil Jesus), diaorang anggap Jesus tu anak tuhan. Sebab tu la kita tak boleh sambut christmas ni, macam kita akui lak yang Jesus tu anak tuhan, emm kadang-kadang tak faham la kenapa orang kita excited sangat dengan christmas ni.

p/s: Risau pulak bila tengok orang kita lebihkan sambutan perayaan agama lain dari agama sendiri

Friday, December 11, 2009

Random - Jang Geun Seok

Assalamualaikum...

Jang Geun Seok yang comel
Imej amik dari Dramabean

Huhu entry ni memang random post pun, saje je nak letak gambar Jang Geun Seok (JGS) dari drama You're beautiful. Suka JGS sejak dari drama Hong Gil Dong lagi, watak dia dalam Hong Gil Dong adalah satu-satunya watak 2nd hero yang saya suka. Jadi setiap kali ada cerita baru yang dia berlakon, selalu rasa nak tengok dan tertunggu-tunggu bila la dia akan bawak watak hero dalam kdrama. Sebelum ni dia dengarnya dia dapat offer untuk berlakon drama Boys over Flower tapi sebab dia sibuk dengan Bethoveen Virus, tak dapat nak berlakon drama tu. Sayang jek, mesti best dia bawak watak Joon Pyo atau Yoon Ji Hoo, huhu.

A.N Jell - Idol dalam cerita You are beautiful
Imej amik dari encik Google

A.N Jell - Idol versi cartoon, comel kan
Imej amik dari encik Google

Drama You are Beautiful ni boleh dikatakan best la, cerita dia sweet sebabnya cerita pasal idol group - A.N Jell. Tapi sebab utama suka cerita ni sebab JGS berlakon, kalau bukan dia yang jadi hero rasanya tak tengok jugak. Soundtrack dalam cerita ni pun semuanya best, banyak jugak JSG yang nyanyikan lagu OST cerita ni. Lagu Fly me to the moon kat atas ni pun dia yang nyanyi (^_^).

Nak tengok cerita ni sila ke sini >> streaming
Nak download OST dia sila ke sini >> OST

p/s: Padahal selalu tengok cerita korea tapi tak pernah lagi minat sangat dengan pelakon korea ni, rasa JSG ni macam Matsu Jun (Matsumoto Jun dari kumpulan Arashi) sebab tu kot suka JSG, huhu.

The Twilight Saga: New Moon

Assalamualaikum...

New Moon movie poster
Imej amik dari encik Google

Selepas tengok Twilight movie, saya sangat la kecewa dan ingatkan takkan tengok dah sequal yang seterusnya tapi bila tengok Taylor Lautner (pelakon yang bawak watak Jacob dalam movie ni) makin hensem buatkan saya rasa nak tengok movie ni. Watak Jacob dalam Twilight Saga adalah watak orang ketiga yang sukakan Bella, dia jugak Warewolf (emm tak semua benda ada dalam citer ni, nasib baik tak masuk dragon, elf, goblin, etc).

The cute Taylor Lautner and his warewolf brothers (^_^)
Imej amik dari encik Google

Saya tak pernah sukakan Jacob dalam novel, emm ni mungkin sebab saya memang jenis tak suka 2nd hero atau watak kedua (kecuali Jang Geunsuk dalam kdrama Hong Gil Dong, love him). Tapi Jacob (Taylor Lautner) dalam movie New Moon ni sangat la adorable, tak percaya dia baru 18 tahun. Kalau dalam novel, part Bella tingalkan Jacob tu saya memang suka giler tapi dalam movie buat saya sedikit sedih tengok muka Jacob. Lagi satu watak Jane memang sesuai la dengan Dakota Fanning.

Adaptation kali ni lebih baik dari first movie, mungkin sebab budget lagi besar kan dan filem yang first tu indie movie jadi kualiti dia kurang sikit. Dengar cerita, sequal seterusnya Eclipse dah siap, cepat ek. Dalam Twilight Saga, saya paling suka novel last sekali, Breaking Dawn, nak tunggu movie dia keluar dua tahun la kot. Tapi takpe, itu yang seronoknya follow movie macam ni, kita dapat rasa the excitement setiap kali keluar sambungan cerita kan.

p/s: I thought my obsession for twilight is fading, but still wanted to watch the movie though..

Monday, December 7, 2009

Merapu jek

Assalamualaikum...

Biasanya banyak sangat idea nak mengarut dalam blog ni, hari ni memang tak ada idea langsung la. Tapi tangan ni lak gatal jek nak menaip entry, maklumlah hari ni dah mula off, Jumaat ni baru masuk kerja balik, huhu.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Senyumlah (^_^)
Gambar selingan, tak ada kaitan dengan entry ni

Hari ni Isnin semua orang akan mula balik kerja selepas bercuti hujung minggu, Oda pulak mula cuti, tu la kalau kerja tak sama macam orang lain ni. Kita kerja orang cuti, orang cuti kita kerja. Apa-apa pun semoga hujung minggu korang semua best dan selamat berkerja untuk lima hari lagi sebelum sabtu datang lagi ok (^_^).

p/s: lagi sejam shift habis, mengantuk yang amat ni camna la nak drive balik ni (+_+) ZZZzzzZZzz

Friday, December 4, 2009

I'm back

Assalamualaikum...

Setelah lama bercuti, rasa rindu nak update blog ni. Dah selalu sangat berbloging ni jadi bila buat apa pun rasa nak tulis dalam blog, huhu. Tapi nak menulis semua cerita dalam 12 hari cuti tu memang kena tunggu Oda jadi rajin yang amat la (emm agak mustahil ni).

Oleh sebab sekarang ni kan musim tengkujuh, jadi balik ke Kelantan dengan expectation hujan memanjang je la. Tapi alhamdulillah cuaca sangat best sepanjang hari raya, kalau sesiapa yang balik ke Kelantan mesti perasan yang dari hari raya pertama sampai hari raya ketiga cuaca cerah memanjang. Itulah rahmat tuhan, nak memudahkan ibadah korban semasa raya, alhamdulillah.

Sebelum cuti hari tu ada cakap pasal nak pergi main paintball kan, huhu seronok jugak main paintball ni ek. Sebenarnya kalau ikutkan, memang tak suka sangat main paintball sebab takut kena tembak dan nak tembak orang ni. Tapi main kena ada strategi kan, disebabkan Oda ni bersama dengan kumpulan yang best jadi main pun best jugak la.


Sebelum

Selepas

Masa mula-mula dengar penerangan pasal game ni, siap cakap kat Nadia 'kita datang nak cuba main je, kalau dah kalah satu game tak payah main dah kan'. Kebetulan pulak kat situ tengah ada tournament Paintball Olympic, bunyi tembak-menembak diaorang tu punya la supen dan menakutkan, ikut hati masa tu memang tak nak main dah. Tapi takkan nak back out saat-saat akhir kan, yang tak tahannya team kitaorang menang semua game dan masuk final. Tensen jugak la kejap sebab kena main banyak kali tapi bila dah main tu, game yang pertama je nervous, lepas tu rasa best la pulak. Nama team kitaorang KILL 'EM ALL, memang kitaorang kill them all la, huhu siap dapat medal lagi (macam masuk sukma jek rasa). Seronok ni sebab menang jek, tak merasa kena tembak pun. Kalau kalah dan kena tembak mesti tak nak main dah agaknya, tengok orang yang kena tembak tu sampai lebam ngeri pun ada. Tapi cuba la main, sekali sekala boleh lepas tensen jugak ni.


We are the champion (^_^)

Sampai kat sini je la updates ye, saya malas nak cerita pasal benda lain nanti panjang berjela la pulak entry ni, kita simpan untuk entry yang lain lak.

p/s: Saje je cerita pasal paintball ni sebab nak bagitau yang Oda menang, huhu.

Saturday, November 21, 2009

Hiatus Mood

Assalamualaikum...

Imej amik dari encik Google

Niat hati nak tulis satu entry sebelum masuk hiatus mood ni tapi hari ni tak larat dan banyak kerja la pulak ditambah kerja dengan Nadia jadi banyak jugak la bercerita dengan dia hari ni. Mulai esok saya akan bercuti selama 12 hari, jadi blog ni juga akan bercuti selama 12 hari kerana saya hanya updates blog semasa bekerja. Nak guna celcom broadband Along kat rumah memang mustahil sebab kawasan rumah kitaorang tu signal sangat teruk, nama jek duk KL.



Salam Aidiladha
Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM,
Melihat keteguhan iman anaknya ISMAIL,
Dikala itulah bermulanya sejarah agung..
ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Cuti kali ni adalah sebab nak habiskan cuti yang tinggal tahun ni, ni kira cuti raya jugak la. Jadi nak ucapkan Selamat hari raya Aidiladha. Tak sabar nak balik kampung, nak makan daging banyak-banyak, huhu best. Rasanya ramai yang akan bercuti akhir-akhir tahun ni kan, selamat bercuti semua, hujan-hujan ni jadi hati-hati di jalanraya ok. Kita jumpa lagi bulan depan yek, Oda kembali berkerja pada 3hb Disember.

p/s: Emm harapnya 31hb tapi mana la ada cuti sebanyak tu ekk, orang cuti bersalin dan cekgu sekolah je boleh cuti panjang ni, owhh saya sangat jeles.

Wednesday, November 18, 2009

Cerita Tentang Masa

Assalamualaikum...




Imej amik dari encik Google

Boleh dikatakan setiap hari akan hujan sekarang maklumlah musim hujan. Kita pun tertunggu-tunggu hari yang cerah, nak basuh baju, kering la kain kalau hari cerah. Perubahan musim dan cuaca memang mempengaruhi kita kan.

Akhir bulan lepas, daylight saving (DST) dah tamat bagi UK (United Kingdom) negara lain tak tahu la pulak. DST ni secara amnya bermaksud mengawalkan masa selama sejam di akhir musim bunga (spring) dan melambatkan balik masa selama sejam pada akhir musim luruh (fall). Tetapi masa bertukarnya waktu ni berbeza bagi setiap region, macammana diorang kira tu kurang pasti la. Kalau nak tahu lebih lanjut sila la Google ek, saya pun tak reti nak terangkan lebih lanjut.


Imej amik dari encik Google

Oleh sebab banyak team kat Atos ni yang support UK , tu yang agak terkesan jugak dengan DST ni. Macam mana ia memberi kesan? Emm kalau waktu DST yang awal sejam tu, waktu kerja bagi UK team 3 PM - 12 PM MYT (9AM - 6PM UKT - Office hours) dan kalau bukan DST lak diaorang semua masuk kerja 4PM - 1 AM MYT (9AM - 6PM UKT - Office hours). Sejak tamat DST bulan lepas, diaorang masuk kerja lambat sejam la jadi balik pun lambat.

Tak suka sangat kalau bebudak UK team ni semua ada sebab diaorang bising, mentang-mentang la diaorang ramai. Kalau kerja malam asyik tunggu je bila la diaorang ni nak balik (shift malam saya mula 7PM - 7AM MYT). Hari ni hari pertama saya kerja malam sejak DST tamat, jadi rasa annoyed dengan UK team tadi tu yang tulis entry ni. Sejuk sangat dalam office ni, tak sabar tunggu diaorang semua balik sebab nak tutup aircond, hehe.

[1]Demi Masa!
[2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Dipetik dari : Tafsir Surah Al ‘Asr – 103


p/s: Takde la menberi kesan sangat untuk Oda kan, hehe saje je nak emosional sikit

DST - Daylight Saving Time
MYT - Malaysia Time
UKT - United Kingdom Time

Sunday, November 15, 2009

Updates

Assalamualaikum..




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Senyum (^_^), gambar hiasan tak ada kaitan dengan entry ni

Semalam MC sebab selsema makin teruk, tapi boleh jek keluar ngan Na dan Rozila pulak. Selsema tu tak ada la teruk sangat tapi kalau terperuk dalam office yang sejuk ni confirm la makin teruk demam, tu yang ambik jugak MC tu.

Tak ada idea nak menulis sebenarnya, saje je nak updates blog. Tak suka biar blog ni tak ada ber-updates. Nanti cuti raya mesti lama tak update blog sebab mungkin akan cuti dari 21/11/2009 sampai 2/12/2009 (12 hari). Huhu lama kan, emm habiskan cuti yang ada walaupun tak tahu lagi balik Kelantan bila, 25 hb kot baru balik sebab tunggu Zila.

Bulan ni agak banyak temujanji dengan kawan-kawan lama dan baru. Dua hari lepas jumpa Prema dan Nurul sekali kat rumah Nurul, Prema dah lama tak jumpa Nurul, dia ajak pergi tengok Nurul yang tengah sarat tu. InsyaAllah Nurul cakap 22 hb ni doktor nak induce baby, jadi mungkin 22 hb ni sekali lagi jumpa Nurul kat PCMC (Prince Court Medical Centre), tak sabar jugak ni nak tengok baby Nurul dan nak pergi PCMC yang cantik tuh.

Sabtu minggu depan, 21 hb ada paintball dengan budak office, emm tak ada la semangat sangat nak pergi sebab takut sebenarnya. Kalau ikutkan tak nak main pun tapi bebudak ni ajak main, lagipun free kan pergi je la. Dalam senarai kumpulan hari tu satu kumpulan dengan Thina (my team lead), kecewa betul la sebab salah satu reason join painball ni sebab nak tembak Thina tapi mana boleh tembak teammate sendiri, hampeh tul la.

Shida (kawan lama masa sekolah) cakap nak datang KL minggu depan, dia ada seminar kat TPM (Technology Park Malaysia) Bukit Jalil. Dia pun ajak jumpa jugak, dah lama tak jumpa dia last hari tu masa wedding dia je la. Harap-harap dapat la jumpa dia, huhu. Jadi aktiviti dari tengah bulan ni sampai hujung bulan agak banyak la jugak. Ini belum termasuk yang plan yang tak dirancang ni, apa-apa pun tak kesah la yang penting dapat jugak isi masa lapang (eh masa cuti).

p/s: Dalam tak ada idea nak updates blog tu panjang jugak entry ni ek.

Thursday, November 12, 2009

Hujan oh Hujan

Assalamualaikum..

Musim hujan dah kembali, seminggu dua ni cuaca agak tak menentu kadang-kadang hujan lebat, kadang-kadang panas sepanjang hari. Di sebabkan perubahan cuaca ni, saya mengalami selesema dan batuk-batuk sejak semalam. Bila dah selsema ni, rasa tak selesa sangat kerja, lagi-lagi kerja kat tempat ber-aircond nih, rasa nak ambil MC jek. Ramai jugak yang kena penyakit musim hujan nih, harap korang semua jaga kesihatan masing-masing ek, minum banyak air dan elakkan makanan berminyak ok.

Get well soon SeungGi aahhh, imej ambil dari 1N2D Fansub

Tadi baca dalam 1N2D fansub yang Lee SeungGi terkena H1N1, lorr kesian lak. Sebelum ni Kim Hyun Joong (SS501) yang kena, alahai penyanyi feveret jek yang kena ni. Konsert SengGi kat Los Angeles (LA) terpaksa dibatalkan sebab dia sekarang dalam kuarantin kan. Emm sedihnya, kesian kat semua fan dia yang dah buat persedian nak pergi konsert tu. Kalau SeungGi buat konsert kat Malaysia mesti Rozila nak pergi ni, kecewa la kalau konsert batal. SeungGi ni adalah antara penyanyi Korea feveret saya, lagu dia semua best lagi pun dia salah sorang member 1N2D yang best.

Hanya hamba Allah yang selalu berserah
Hanya hamba Allah yang selalu berpasrah
Karna segalanya tergantung pada Nya
Hanya pada Dia semua bermuara

[Lirik dari lagu Hanya Hamba Allah oleh Opick feat. Amanda]

Sepanjang musim ni banyak la kisah banjir yang akan kita dengar, Kelantan adalah antara negeri yang paling teruk terjejas kerana banjir ni. Tahun ni agak teruk jugak la banjir, kat kampung saya yang jarang naik air pun banjir jugak sikit (tak teruk sangat pun). Salam takziah buat semua mangsa banjir, anggap la semua ni ujian dari Allah, semuanya pun asalnya adalah milkNya. Kuatkan iman dan tabahkan hati ok, orang yang tabah dan redha atas segala ujian tuhan akan merasa lapang dada dan merupakan manusia yang paling jauh daripada sifat kecewa dan putus asa.

p/s: Sabar Oda, sakit ni menghapus dosa kecil. Waa.. pening kepalaaa (@_@)

Wednesday, November 11, 2009

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009

Assalamualaikum...

Kenapa tajuk post kali ni Piala Malaysia sedangkan Oda bukanlah peminat tegar bola sepak. Emm kenapa? Klunya saya adalah anak Kelantan. Ya saya adalah antara ribuan penyokong Kelantan yang menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Bukit Jalil minggu lepas. Post kali ni tentang pengalaman saya pertama kali menonton bola sepak di stadium.


Kebanjiran penyokong pasukan The Red Warriors memenuhi stadium. Imej amik dari encik google

Saya pun tak percaya yang saya boleh sampai ke stadium tu minggu lepas sebenarnya, tak pernah terlintas pun nak menonton perlawanan tu walau di TV1 sekalipun. Tapi saya cair dengan pujukan along mintak temankan dia bersama dengan sepupu-sepupu saya untuk pergi ke stadium. Saya adalah orang yang tak suka berada di tempat ramai orang yang tak ada air-cond (penyaman udara), ajak saya ke jalan TAR pun saya tak nak pergi (tapi kalau orang pujuk pergi jugak). Jadi sepanjang di stadium tu, saya dalam keadaan emosi yang tak best ditambah pula dengan perangai sesetengah penyokong Kelantan yang makin membarakan emosi saya.

Ini adalah pengalaman pertama saya menonton bola sepak di stadium dan pengalaman ini menjadikan saya serik untuk pergi lagi. Macam-macam hal yang menaikkan darah saya sepanjang masa di stadium tu, antaranya ialah:-

1- Celcom : Saya sangat hangin dengan celcom, disebabkan terlalu ramai orang, celcom line congested (bahasa melayu dia saya kurang pasti). Pengguna celcom tak dapat membuat dan menerima panggilan dan jugak mesej. Maxis ok lagi, Digi dan lain-lain pulak saya kurang pasti. Disebabkan semua sepupu saya merupakan pengguna celcom maka kitaorang mengalami masalah komunikasi.

2- Surau dan Tandas : Emm ini yang paling saya marah, surau dan tandas perempuan di stadium didominasi oleh orang lelaki (spesifiknya lelaki Kelantan). Kalau korang semua guna surau perempuan, kitaorang (perempuan sangat sedikit kat situ) nak semayang kat mana. Sampai kena suruh diaorang keluar baru kitaorang boleh semayang. Ada pulak tu boleh sound kitaorang cakap kenapa kitaorang datang tempat ramai lelaki lak, hai tak nampak pun dalam tiket tu cakap lelaki sahaja boleh masuk stadium. Memang la bagus korang nak semayang tapi tempat-tempat ramai orang ni kena la compromise, tu kan surau perempuan, kitaorang pun nak semayang jugak. Menyampah betul dengan perangai sesetengah orang yang sellfish ni. Tapi saya masih kagum dengan keramaian orang yang menunaikan solat maghrib kat luar stadium, permandangan yang buat saya terharu. Saya patut amik gambar tapi tak bawak kamera masa pergi surau tu.

3- Sesetengah penonton Kelantan yang hampeh : Saya tekankan sekali lagi, sesetengah penonton kelantan ok. Tak semua yang buat perangai sebenarnya, kebanyakkannya tengok dengan cool jek. Tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga, macam-macam perangai kita dapat tengok keganasan orang kelantan ni; dengan mercun, membaling botol air dan sampah ke padang, bergaduh, pecahkan pintu stadium dan sampai membakar kerusi stadium. Apa yang nak dibuktikan pun saya tak tahu, memang la orang Kelantan orang yang paling emosional, macam mana orang luar tak berpandangan negatif dengan orang kelantan. Hari ni dalam berita harian dicatatkan kita kerugian RM214,000 gara-gara onar penyokong Kelantan, hish duit rakyat jugak akan digunakan untuk baiki semua kerosakan di stadium tu. Apabila Negeri Sembilan menjaring kan gol yang ke-3, kitaorang (saya, along dan sepupu saya) dinasihatkan balik kerana takut terjadi apa-apa, masa tu agak menakutkan melihat penyokong kelantan yang emosional.

4- Pemain bola sepak Kelantan : Marah bukanlah term yang sesuai, keciwa sebenarnya. Bagi orang yang pertama kali menonton pasukan kelantan beraksi saya tak layak untuk menkritik permainan diaorang. Tapi melihatkan permainan diaorang hari tu, saya kecewa sebab saya rasakan mereka tidak memberikan yang terbaik hari tu. Kesian dengan para penyokong Kelantan yang turun dari Kelantan untuk memberikan sokongan. Saya sendiri kagum dengan semangat orang Kelantan, di stadium hari itu kita cuma nampak warna merah sahaja sebab penyokong kelantan terlampau ramai.

Walaupun banyak yang tidak puas hati tapi ini adalah antara pengalaman yang tidak akan saya lupakan, tersentuh juga melihat kesungguhan penyokong Kelantan yang datang. Ramainya orang Kelantan pada hari tu tak dapat saya gambarkan tapi apa yang boleh saya katakan stadium pada hari itu memang penuh sesak. Rasanya walaupun Selangor atau Kuala Lumpur yang masuk final, stadium tidak akan sepenuh macam hari tu. Kepada semua penyokong Kelantan, semangat tu dah bagus tapi kita kenalah kurangkan emosi sedikit, jagalah tatatertib kita sebagai orang timur. Tetapi saya yakin, walau apa pun tomahan yang penyokong Kelantan terima mereka akan tetap memberikan sokongan yang padu kepada pasukan Red Warriors. Tahniah kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana permainan yang cemerlang juga buat penyokong Negeri Sembilan yang cool sepanjang permainan.

p/s: Tersempak dengan Mustafa Kamal dan Sabri Yunus kat LRT, baru tau yang Mustafa Kamal tu orang Kelantan rupanya.

Thursday, November 5, 2009

Tetamu Allah

Assalamualaikum...


Sekarang ni tengah musim haji kan maknanya raya haji dah dekat, around the corner je bak kata orang putih. Bukan nak cakap pasal raya sebenarnya, petang semalam masa dalam perjalanan ke office dengar IKIM.FM ada lintas langsung dari Mekah Al Mukarramah cerita pasal perkembangan jemaah haji kita kat sana.

Seronoknya bila dengar kisah orang yang pergi haji ni, bakal haji dipanggil dhuyuf ar-Rahman iaitu tetamu Allah SWT. Best kan, kenapa dipanggil tetamu Allah sebab mereka ni hadir ke tanah suci adalah atas jemputan dan undangan Allah SWT. Mereka termasuk dalam senarai yang tercatat di sisiNya. Dengan menunaikan haji maka tertunailah rukun islam yang ke lima.


Lagu :Haji
Munsyid : Opick

labbaik Allahumma labbaik
labbaikala syarikalaka labbaik
innal hamda wanni'matalak
walmulkala syarikalak

Wahai Allah
Kami datang memenuhi panggilanMu
Tiadalah sekutu untukMu
Segala puji dan kuasa untukMu

Kami meraba tanpa cahaya
Kami yang lupa hina dan papa
Di hadapanMu yang Maha Indah
Di hadapanMu yang Maha Mulia

labbaik Allahumma labbaik
labbaikala syarikalaka labbaik
innal hamda wanni'matalak
walmulkala syarikalak


Tahun ni dijangka seramai 26,000 jemaah haji Malaysia yang akan menjadi tetamu Alllah. Setiap kali dengar kisah orang pegi haji rasa sayu je kan, semoga kita semua dapat merasai nikmat menjadi tetamu Allah. Tapi bila teringatkan ibadah di bumi sendiri takut jugak la. Mari kita sama-sama kukuhkan ibadah di bumi kita sebelum kaki kanan menjejak Baitullah.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”

p/s: Emm jelesnya, bila la Oda dapat jadi tetamu Allah ni..

Wednesday, November 4, 2009

Terpedaya Dengan Dua Dinar

Assalamualaikum..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tak ada idea nak menulis ni tapi nak kongsi satu artikel yang menarik baca dari iluvislam. Bacalah kisah ni, semoga kita sama-sama dapat pengajaran ek.

Terpedaya Dengan Dua Dinar
Rasailul Ashwaq
Editor: NuurZaffan


Suatu ketika dahulu, ada seorang lelaki yang membawa kapak untuk menebang sebatang pokok yang disembah oleh penduduk. Lelaki itu berniat untuk menebang pokok itu lantaran marah kerana Allah. Lalu datang Iblis menyerupai seorang lelaki tua dan cuba menegahnya.

“Jangan halang aku. Aku mahu menebang pokok ini kerana ramai yang menyembahnya,” kata lelaki itu.

Iblis berkata, "Engkau sendiri tidak menyembahnya, apa perlu engkau peduli pada orang lain yang menyembahnya?”

“Aku tetap akan menebangnya,” balas si lelaki.

Lantas Iblis memujuk, “Mahu tak engkau pertimbangkan hasrat kau tu sekiranya aku mencadangkan sesuatu yang lebih baik?”

“Apa?” soal lelaki itu.

Goda Iblis “Jangan ditebang pokok ini dan aku akan beri dua dinar emas setiap hari.”

Lelaki itu bertanya “Bagaimana aku dapat pastikan aku akan menerima dua dinar emas setiap hari?”

Balas si Iblis yang menyamar sebagai orang tua, "Aku jamin engkau akan menerima dua dinar emas di bawah bantalmu pada setiap pagi.”

Dengan itu, maka terpedayalah si lelaki itu. Dia pun tidak menebang pokok sembahan tadi dan pulang ke rumahnya. Keesokan pagi, dia mendapati di bawah bantalnya ada dua keping dinar emas. Pada pagi kedua, tidak pula kelihatan dinar emas tersebut. Dengan perasaan marah,lelaki itu mengambil kapaknya untuk meneruskan niat menebang pokok sembahan.

Kemudian, datang Iblis menegurnya, “Kenapa engkau datang kembali?”

Bentak lelaki itu, “Aku nak tebang pokok sembahan itu, orang ramai menyembah selain Allah.”

“Engkau bohong!” tingkah Iblis. “Niat engkau sudahpun berubah. Tidak ada jalan bagimu untuk menebang pokok itu.”

Lelaki itu mengendahkan kata-kata Iblis lalu cuba merapati pokok tersebut. Tidak semena-mena tanah di sekitar menelannya hingga dia hampir tercekik.

Iblis pun berkata, “Engkau tahu siapa aku? Akulah Iblis! Engkau datang pada mulanya memang tulus marah kerana Allah, oleh itu aku tidak dapat menghalangmu. Dan engkau dapat ditipu dengan dua dinar emas hingga membatalkan niat tulus menebang pokok yang disembah orang ramai. Kemudian engkau datang untuk menebang pokok itu kerana marah tidak dapat dua dinar emas, maka bumi dapat menelanmu!”

Ulasan editor 1 : Walaupun orang lain yang membuat kemungkaran menyembah pokok, kita tetap perlu berusaha mencegah perkara yang mungkar dan tidak berdiam diri.

Ulasan editor 2 : Sama-sama kita periksa niat kita dalam setiap tindakan yang dilakukan. Kerana apa kita bertindak? Emosi atau kerana kehendak syarak.


* Kisah dipetik dari Belitan Syaitan (terjemahan), hal 68



Emm mudah je Syaitan nak sesatkan kita, banyak cara diaorang guna untuk buat kita lupa, dah memang kerja diaorang ni nak sesatkan umat manusia kan. Jadi kita pun kenalah sentiasa muhasabah diri supaya kita tak lupa kepadaNya.

p/s: Baca cerita ni buat Oda rasa berdebar-debar, kena periksa niat sentiasa ni supaya tak terbabas.

Saturday, October 31, 2009

Sahabatku Sayang

Assalamualaikum..


Imej amik dari iluvislam

Sepanjang minggu lepas berjaya habiskan dua buah buku yang dah lama pending aka baca separuh aje, hehe. Dua-dua buku bahasa melayu dan bergenre dakwah, tak tahu kenapa sekarang agak suka novel yang ada unsur dakwah daripada novel biasa, agaknya dah bosan dengan novel biasa kot. Dua buah novel tu adalah Tautan Hati karya Fatimah Syarha dan Cerita dari Hati karya Nurul Azwa. Jalan cerita novel ni adalah pasal dakwah, watak utama kedua-dua cerita ni bersungguh berdakwah dengan kawan-kawan diaorang. Latar cerita kedua-dua novel adalah di Universiti, baca dua novel ni buatkan saya berfikir sekejap.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

Bila baca pasal kesungguhan diaorang ni berdakwah, buat saya fikir kenapa saya tak pun tak berdakwah dengan kawan-kawan saya. Kita tak perlu jadi orang alim untuk ajak kawan kita buat kebaikan. Sebenarnya, saya rindukan suasana yang lebih islamic, ada kawan-kawan yang mengingatkan kita. Suasana di office tak adalah teruk sangat, cuma ada dua tiga kawan-kawan yang baik tapi bab-bab agama ni ambil remeh sikit.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat yang sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Kalau kita sayangkan kawan kita kenapa kita nak biarkan diaorang terus hanyut kan, sahabat yang baik tak akan biarkan sahabatnya terus leka. Selain berdakwah cara terus, kita boleh berdakwah dengan cara halus. Duhai sahabatku sayang, kita semuanya bersaudara diatas nama Islam yang indah. Marilah kita bersama mencari redha Illahi, diharap sahabat-sahabat Oda semuanya senantiasa di bawah rahmatNya.

p/s: Buat semua sahabat, Oda sayang korang semua (^_^)

Tuesday, October 27, 2009

Kata-kata Semangat Oda

Assalamualaikum...

Entry ni sebenarnya nak buat dari minggu lepas lagi tapi lupa, pagi tadi masa drive rasa nak dengar lagu nasyid lepas tu tiba-tiba teringat pasal entry ni. Minggu lepas masa balik kerja dengar topik pagi kat Hot FM, diaorang cakap pasal apa ayat motivasi anda. Fafau (Farah Fauzana) dan FBI (Faizal Ismail) tanya apa ayat motivasi yang selalu kita pegang kalau rasa sedih ke, pemberi semangat ke atau lain-lain la. Ramai jugak la yang call, ramai yang guna kata-kata hikmah la, lagu la dan macam-macam la.

Mesej bergambar amik dari Iluvislam

Bila dengar tu terfikir pulak apakah yang Oda guna untuk motivasikan diri ek. Emm bila fikir balik, bila sedih mesti dengar lagu nasyid, dengar lagu nasyid jugak selalu beri motivasi dan semangat untuk saya la. Agaknya sebab tu kot saya suka lagu nasyid. Dua lagu saya selalu dengar bila rasa sedih adalah lagu Pesanan oleh Suhaimi (ala suami ina naim tu) dan lagu Rahmat Ujian oleh Mestica. Lirik dua-dua lagu ni memang best, buat kita sedar walau teruk mana pun hidup kita, walau besar mana pun ujian kita semua tu Allah beri sebab sayangkan kita dan dunia ni hanya pinjaman, semuanya milik Allah. Jadi nak share la petikan kegemaran dari dua lagu ni.

-Pesanan oleh Suhaimi-
Jika hartamu dimusnah
Ingat Allah yang Memberi
Jika engkau dizalimi
Tenang dan tabah hadapi
Allah maha mengasihi
Mendengar rintihan hambanya

-Rahmat Ujian oleh Mestica-
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Ada satu lagi petikan dari lagu nasyid yang setiap kali Oda dengar mesti rasa insaf dan kerdilnya diri. Petikan ni biasa sahaja tak da ayat yang bunga-bunga pun, dari lagu Aku hanya seorang Umar oleh Hijjaz. Itu Saidina Umar sendiri yang cakap, setiap kali dengar ayat ni mesti nak kena check balik diri sendiri, iman dah cukup ke, amalan dan cukup ke, solat cukup ke?

-Aku Hanya Seorang Umar oleh Hijjaz-
Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku

Rasanya semua orang ada ayat motivasi masing-masing kan. Hidup ni penuh dengan suka duka, kadang-kadang sedih kadang-kadang gembira, penawar yang paling baik adalah kembali kepadaya, nak tenangkan hati bacalah Quran dan banyakkan berzikir.

Worry is like a rocking chair: It gives you something to do, but it doesn't get you anywhere.
-Erma Bombeck-

p/s: So don't worry be happy, Allah always with you (^_^)

Monday, October 26, 2009

Kisah Buku

Assalamualaikum...

Dah seminggu tak updates blog, emm banyak idea nak menulis sebenarnya tapi tak ada mood. Semalam setelah dua tahun akhirnya berjaya jugak habiskan buku Deception Point oleh Dan Brown. Kenapa dua tahun, hehe sebenarnya dua tahun lepas dah baca separuh buku tu tapi rasanya tiba-tiba sibuk dengan kerja lepas tu berhenti baca. Selalunya kalau berhenti baca buku mesti ambil masa nak baca balik tapi tak sangka la sampai dua tahun. Minggu lepas mula baca balik, kena la baca dari awal sebab dah lupa dah jalan cerita. Hari ni pulak mula baca balik buku Tautan Hati oleh Fatimah Syarha Mohd. Noordin, buku ni lak dua bulan lepas mula baca tapi rasa boring jadi berhenti kejap. Kat rumah ada banyak lagi buku yang baca separuh, ni satu perangai pantang jumpa buku baru je nak baca.

Ni la buku yang ambil masa dua tahun baca, hehe imej amik dari encik Google

Deception Point ni adalah buku ke-empat Dan Brown yang Oda baca, tiga buku lagi (Da Vinci Code, Digital Fortress dan Angels and Demons) baca masa kat UTM dulu pinjam dari Niki. Tak tahu la kenapa sampai dua tahun pending, buku ni agak best la sebab suspen giler, jalan cerita yang menarik dan banyak sangat info (to much info actually). Ni yang buat tak sabar nak baca buku baru Dan Brown, The Lost Symbol.

Cover buku The Story of Edgar Sawtelle, imej amik dari encik Google

Bulan lepas buat resolusi tak nak beli buku baru dah sehingga semua buku kat rumah dihabiskan, emm buku yang Oda beli la kalau nak habiskan semua buku Along memang setahun la tak beli buku. Tapi minggu lepas, masa kat MPH memang dah nak terbeli la satu buku (The Story of Edgar Sawtelle oleh David Wroblewski) tapi Norha tak kasi, tahu-tahu dia belikan buku tu untuk birthday. Ni tak sabar nak habiskan semua buku yang pending sebab nak baca buku tu. Buku The Story of Edgar Sawtelle ni dapat tau masa tengok Oprah hari tu, dia cakap buku ni antara yang the best yang pernah dia baca. Bila baca review dalam internet pun ramai yang kata best.

Ada banyak lagi buku dalam wishlist yang nak dibeli, tapi terpaksa la tunggu dulu sehingga semua buku habis dibaca. Boleh percaya ke tak akan beli buku ni, emm Oda ni tak boleh masuk kedai buku mesti nak beli jugak satu buku. Kedai yang paling saya suka adalah kedai buku/komik dan kedai CD, kalau masuk mesti lama.

p/s: CD baru pun dah lama tak beli, rasa nak tengok drama jepun baru laa..

Tuesday, October 20, 2009

Updates

Assalamualaikum...

Hari ni amat memenatkan sebab kerja sorang, Puven MC dan tak ada orang dapat datang untuk ganti dia. Kerja agak banyak la sebab kerja untuk dua orang kan. Tapi ada jugak masa-masa yang free, tu yang geram tu sebab kalau masa kerja banyak tu satu masa semua datang masa free tu takde la pulak keje.

Sempat jugak la tengok satu movie Jepun, jarang tengok movie jepun sebab selalunya movie jepun ni berat sikit jalan cerita dia. Cerita ni pun agak berat la jugak sebab cakap pasal buli kat sekolah, emm tipikal cerita jepun la, banyak gak la drama jepun yang dah tengok cakap pasal isu buli ni. Budak-budak sekarang ni memang lain la, buli tu dah jadi perkasa biasa even kat negara kita pun ada kes buli ni.


Cover filem AOI TORI, imej amik dari encik Google

Tapi jalan cerita movie ni, AOI TORI (Blue Bird) lain sket. Cerita ni mengisahkan pasal pembulian kat sekolah, sorang budak tukar sekolah lepas cubaan membunuh diri disebabkan kena buli. Filem ni mula dengan sorang cikgu ganti sampai kat sekolah tu dan dia bawa balik meja budak yang tukar sekolah tu ke dalam kelas. Ini menyebabkan konflik dan komplikasi dalam kelas tu antara cikgu tu dan budak-budak dalam kelas tu. Pengajaran cerita sangat bagus, kita jangan lupa kesalahan yang kita buat dan bertanggungjawab atas apa yang kita buat. Nak tengok cerita ni sila la ke klik kat link ni >> AOI TORI.

"It is more shameful to distrust one's friends than to be deceived by
them."- Duc de la Rochefoucauld (1613 - 1680) French writer.

Tengok cerita ni terkenang masa zaman belajar dulu, rasanya kita pun pernah buat benda-benda macam tu. Sebabnya budak-budak kelas budak yang kena buli tu tak perasan pun yang diaorang membuli budak tu. Cerita ni memang menberi kesan la, terkenang kan seorang sahabat lama. Emm tak perasan pun perubahan pada dia, bila diingat balik memang ada tanda-tanda. Bila dah sedar dah terlambat dan bila makin rapat kita dengan seseorang tu makin kuat impaknya pada kita. Ingat semua tu buat saya rasa saya bukanlah seorang sahabat yang baik, ni antara perkara yang buat saya sesal sampai sekarang.

p/s: Entry yang agak emosional, mungkin kerana kepenatan jadi mudah tersentuh sikit.

Monday, October 19, 2009

Aitai

Assalamualaikum...

Suka sangat lagu ni, OST dari cerita Ghost Friends. Lirik lagu ni sweet sangat jadi nak share kat sini.


Cover Drama Ghost Friend, imej amik dari encik Google

Aitai by Yuzu

moshimo negai ga kanau nara
donna negai o kanae masu ka?
boku wa mayowa zu kotaeru daro
mouichido… anata ni ai tai


if you are granted a wish
what kind of wish will you make?
i probably can answer without any doubt
that i want to see you once again
soto ha hanabira shoku tsuku kisetsu
kotoshi mo ayazaka ni sakihokoru
anata ga suki datta kono keshiki o
ima wa.. hitori arui teru


in the season which the outside is colored with the flower petals
the flowers are vividly in full bloom again this year
under this scenery which you love
i am walking by myself
wakari ae zu ni kizutsuke ta
osana sugi ta ano hibi mo
tashika na ai ni tsutsuma re te
i ta koto o shiri mashi ta


due to misunderstanding, we hurt each other
even back in those days
when we were still young
we knew that we were embraced by true love
ai tai ai tai
wasure wa shi nai
anata ha ima mo koko ni iru kara
arigatou arigatou
tsutae kire nai
kono omoi o douka todoi te hoshii


i want to see you, i want to see you
i won’t forget
even now, you are still inside my heart
thank you thank you
i can’t express enoughmy
thought, somehow, i want it to reach you
asa no hikari ne te o some te
atarashii nichijou ga hajimaru kedo
kizuke ba doko ka ni sagashi te shimau
mou i nai anata no sugata o


the morning sun shines on me and i squint my eyes
a brand new day has started
once i realize, i have been looking here and there for you
whom is no longer here
nani mo iwa zu ni hohoen da
yasashikatta ano egao
ikiru kurushimi yorokobi mo
nan do mo oshie te kure ta


without saying anything, you smile
that’s gentle smile of yours
has teach me the joy and pain of living
many and many times
afure te afure te
koe ni nara nai
anata o sora ni omoiegai ta
aita tari warattari
tomoni ayun da
ashiato to ha ii kie ha shi nai sa


overflowing overflowing
it can not be described by words
staring at the sky, i think about you
we cried, we laugh, we walked together
the footprints will never dissapear
ah ah ah hateshinau mata meguri
a ui no ki


ah ah ah round and round
the destiny of reuniting
moshimo negai ga kanau no kara
mouichido


if i am granted a wish, please
once again, let me…
ai tai ai tai
wasure wa shi nai
anata ha ima mo koko ni iru kara
arigatou arigatou
tsutae kire nai
kono omoi o douka todoi te hoshii


i want to see you, i want to see you
i won’t forget
even now, you are still inside my heart
thank you thank you
i can’t express enough
my thought, somehow, i want it to reach you
koe mo nukumori mo yasashii
bi emi mo
koko ni iru kara
ai tai


your voice, your warmth, your gentle smile
they are all still in my heart
i want to see you