Saya tiba-tiba je rasa nak tulis tentang senarai mimpi-mimpi saya, huhu. Ada banyak mimpi dan kemahuan saya sebenarnya, biasalah kan semua orang ada impian masing-masing. Saya rasa saya perlu senaraikan, kalau tak nampak mungkin saya akan lupa dan tak ada semangat nak melaksanakannya. Senarai mimpi saya ini diinspirasikan dari wishlist, korang mesti tau wishlist tu apa kan jadi tak payah la nak cerita. Ok la kat bawah ni adalah senarai mimpi-mimpi saya, tak semua susah nak dilaksanakan pun.
Mari menjadi sang peminpi kerana setiap impan bermula dengan mimpi |
- PHD : Mahu menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Tahun ni saya nak rehat-rehat dulu, harapnya boleh sambung tahun depan.
- Haji/Umrah : Kalau boleh harap boleh mengerjakan umrah tahun 2014 atau 2015 sebelum umur 30 tahun saya habis. Haji pulak, mahu mengerjakan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Saya yakin jika kita memang sudah di jemput ke sana akan sampai juga kerana para jemaah haji adalah Tetamu Allah.
Jepun : Semua orang tahu saya sangat sukakan Jepun jadi saya mahu menjejakkan kaki ke Jepun sekurang-kurang nya sekali seumur hidup. Bulan 9 ni kalau tak ada aral melintang dan diizinkan Allah sampaikan saya ke sana, huhu.- Alhamdulillah, ini adalah impian saya sekian lama, saya pun dah tak ingat sejak bila saya mula minat dengan Jepun, akhirnya berjaya ke sana. Terima kasih Along sebab membantu merealisasikan impian saya yang ini, kalau awak tak terima tawaran kursus kat sana tak tahu tahun bila la saya akan ke sana.- Trip Kereta api : Bercuti dengan menaiki kereta api. Saya ingat nak buat trip ke Hadyai dengan keretapi sekali, tapi tak tahu la bila boleh pergi ni.
Balik Kampung dengan Kereta api : Balik Kelantan naik kereta api (owhh saya memang sukakan kereta api). Macam seronok kan balik kampung dengan keretapi, macam dalam filem-filem lama kan.Berjaya ditunaikan (^_^), rasa nak naik kereta api lagi.Pulau Pinang : Selepas trip ke Penang tahun lepas, saya dan cik Rozila sangat sukakan tempatnya. Mahu kesana lagi untuk menjejakkan kaki ke tapak warisan Unesco yang belum sempat kami jejak.Pergi Penang bulan lepas masa majlis konvo cik Rozila, perancangannya bersama keluarga tapi disebabkan banjir hanya kami berdua bercuti. Walaupun berdua saya tetap seronok berjalan-jalan di sana. InsyaAllah ada kesempatan akan ke sana lagi.Melaka : Juga negeri kegemaran saya dan cik Rozila, walau dah pergi banyak kali saya masih lagi mahu ke sana. Juga kerana ia adalah tapak warisan Unesco, mahu membuat lawatan sejarah dengan melihat semua tapak-tapak dan muzium bersejarah kat sana. Saya mahu habis melawat semua tempat-tempat tu.Cameron Highland : Ini adalah tempat kegemaran saya, ia menenangkan minda saya. Saya bercadang ke sini sekurang-kurangnya sekali setahun. - Done for this yearFamily trip ke Langkawi : Ibu saya sangat mahu ke sini, sebenarnya dah merancang bulan 3 tahun ni nak kesana tapi terpaksa dibatalkan. Tahun depan bila Along balik harap boleh la ke sana.- Ipad Mini : Saya nak benda ni sebab saya mahu menyimpan ebook dan mudah bawa ke mana-mana. Kenapa ipad bukan kindle, sebab saya rasa ipad lagi praktikal, hehe. "Cik Along, saya nak benda ni untuk hadiah birthday saya, huhu (^_^)".
- Gitar : Saya dah ada gitar sebenaranya, haha macam tak percaya je kan. Saya mahu belajar main gitar. Susah ok nak main gitar, sakit jari-jari nak tekan chord tu.
Lumia 820 : Semua orang suruh saya bertukar kepada smartphone tapi saya masih sayang telefon saya yang masih berfungsi itu. Saya pilih Lumia 820 kalau saya bertukar telefon kerana saya tak nak pakai telefon yang sama macam semua orang pakai, haha motifff. Ini pun kalau ada orang nak kasi hadiah untuk birthday saya terima je.- Akhirnya saya bertukar kepada SmartPhone
Huhu sampai 12 perkara saya senaraikan ek, tapi semua pun rasaya tak sukar dicapai pun kan kecuali PHD tu. Doakan saya dapat melaksana semua mimpi dan kemahuan saya ini ek supaya saya boleh membina mimpi-mimpi baru pula.
P/S: Kalau korang ada mimpi-mimpi nak kongsi dengan saya sila la komen kat bawah ni ek..
No comments:
Post a Comment