Showing posts with label UTM. Show all posts
Showing posts with label UTM. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

Konvokesyen

Assalamualaikum...

Entri yang dah lama saya nak tulis tapi tak berkesempatan. Bulan lepas pada 13 October 2012 saya akhirnya menerima ijazah sarjana saya. Penat lelah selama dua tahun tapi pengakhirannya cuma 2 minit je di atas pentas, huhu. Tiada apa yang istimewa sangat saya rasa konvo kali ni sebab nama pun universiti yang sama kan jadi jubah konvo pun lebih kurang sama dengan masa 'degree' dulu nak ambil gambar pun tak berapa teruja sangat.

Tahniah Cik Oda!
Saya sangat gembira pada minggu konvokesyen saya, maklumlah dah tunggu lama untuk berdiri atas pentas tu je kan. Sesi kami adalah yang pertama, sesi pertama adalah untuk pelajar pasca-siswazah (postgraduate) sahaja, maknanya semua pelajar PHD dan Sarjana menerina sijil pada sesi pertama. Kali ni UTM buat sedikit perubahan dengan menambah bilangan graduan pada setiap sesi, jika biasa satu sesi dalam 500 graduan tapi kali ni jumlah dia 1000 graduan dua kali ganda dari biasa. 

Pendaftaran mula dari pukul 6.45 pagi dan kami beratur untuk susunan masuk ke dewan tersangatlah panjang, sampai ke tingkat tiga bangunan canselleri tu. Batch saya antara yang hujung jadi kami la yang duk kat tingkat tiga tu, nombor giliran saya adalah 982 dari 1000+ graduan. Penat menunggu nak masuk dewan je. Sepatutnya kami semua menerima sijil dari Tuanku Canselor Raja Zarith Sofea tapi pada pertengahan sesi Tuanku penat jadi ditukar kepada Pro Canselor. Disebabkan batch saya antara yang terakhir dalam senanrai maka kami tak sempat menerima sijil dari Tuanku Canselor. Agak keciwa sebab dah praktis nak sebut 'menjunjung kasih tuanku' sejak hari rehearsal lagi, huhu. Tuanku canselor cuma hadir sesi pertama je, yang lain akan dijalankan oleh Pro Canselor dan Naib Canselor, jadi yang lain sebut terima kasih Dato'/Tan Sri.

Oh Happy Day (^_^)
Dulu masa kali pertama konvo ijazah saya semangat ambil gambar dan siap tempah gambar studio lagi tapi kali ni tak buat la semua tu sebab jubahnya sama je. Yang lain adalah satu line di mortar dan tangan jubah, untuk ijazah tak ada line tu, kalau PHD line tu ada dua. Tak ada beza sangat jubah dia, kalau tengok jubah universiti lain jubah ijazah, sarjana dan PHD semua ada perbezaan yang ketara tapi UTM memang tak nampak sangat bezanya. Upacara menerima sijil pun lebih kurang sama je untuk graduan PHD, kan ramai satu sesi jadi pengacara majlis sebut nama laju kalah keretapi. Perasaan tengok graduan PHD sama je dengan tengok graduan ijazah yang bezanya diaorang pakai topi beret tu, banyak lak komen dia ek.

Untuk majlis konvokesyen kali ni kami sekeluarga mengambil peluang untuk bercuti sekali di Johor dan Melaka. Habis je majlis pagi tu, ambil gambar kejap lepas tu terus bergerak ke Melaka. Percutian di Melaka sangatlah seronok, berjalan-jalan dengan ma dan abah memang seronok sebab diaorang adalah pelancong yang aktif, hehe maknanya banyak la berjalan. Nanti saya tulis entri tentang cuti di Melaka, huhu.

p/s: Sebenarnya niat dihati nak tulis entri yang pendek je tapi terpanjang la pulak...

Wednesday, December 14, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Saya kesibukkan yang amat menyiapkan report untuk projek satu saya, alhamdulillah akhirnya berjaya siapkan jugak hari ni. Minggu depan ada presentation untuk projek ni pulak, cuak la jugak tapi insyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik doakan saya semoga berjaya sampai ke akhir perjalanan belajar saya ni ek.




Saya sebenarnya mahu menulis panjang lagi tapi dah lewat dan saya amat mengantuk. Ingatnya nak tidur awal malam ni tapi biasa la bila dah habis satu kerja tu banyak la aktiviti kegemaran yang saya nak buat padahal assignment belambak lagi tak buat, huhu. Kalau tengok tahap kemalasan menulis blog sekarang ni nampak gayanya entri seterusnya di tahun baru la, harapnya ini bukan entri terakhir saya tahun ni ek. Ok la semoga jumpa lagi di entri seterusnya.

p/s: Mood sangat gembira baru siap report. sapat la tidur lena malam nih, huhu.

Sunday, October 9, 2011

Perjalanan masih jauh

Assalamualaikum...

Waa lama seh tak menulis blog kan, saya menulis kan. Macam biasa kalau lama tak menulis entri baru tu tandanya saya sangat sibuk dengan macam-macam aktiviti. Minggu lepas adalah minggu convocation Along. Ma, abah dan makcik-makcik saya datang Kl, maka jadual saya sangat padat sepanjang minggu lepas menemani mereka berjalan-jalan. Memenatkan tapi sangat seronok, huhu.


Saya jugak agak sibuk menulis kertas kerja untuk projek satu saya. Kepala dah sangat pening membaca journal dan thesis serta conference paper, rasanya wayar kepala saya dah serabut dah. Memulai perjalan projek satu ni terasa sangat keperitannya, kenangan membuat projek masa zaman ijazah dulu kembali semula. Inilah cabaran sebenar dalam perjalanan saya mengejar mimpi, kena kuatkan semangat dan berusaha lebih lagi sebab perjalanan masih jauh. Semalam baru lepas membentangkan draf projek kepada Prof saya, alhamdulillah lepas satu peringkat, tinggal nak tambah isi dan menambah apa yang kurang sebelum hantar minggu depan. Doakan proposal projek saya lepas dan diterima ek.

p/s: Tengok Along konvo tak sabar rasanya saya nak konvo jugak, huhu...

Monday, June 20, 2011

Isu-isu global

Assalamualaikum…

Salam hari isnin, hari yang kalau boleh saya nak hapuskan dari kalendar sebab malas nak pergi kerja tapi kalo isnin tak ada selasa akan jadi hari pertama dalam minggu pulak kan lepas tu tak suka selasa pulak. Kalau macam tu baik buang semua hari kerja, tinggal hari minggu je kan. Nanti tak ada orang yang kerja pulak nak makan macam mana ek, hehe maaf saya melalut tak tentu.


Kalau siapa yang mengikuti jadual universiti sekarang ni adalah cuti semester panjang yang tiga bulan tu tapi tahun ni panjang sikit sebab kementerian nak selaraskan semua universiti mula sesi bulan September. Saya agak seronok untuk bercuti tapi terpaksa ambil kelas jugak dalan semester pendek ni, nasib baik satu subjek je jadi kelas takde la banyak sangat. Kelas yang diambil adalah ‘Global Issues’, subjek umum dan subjek wajib ambil. Emm saya jangkakan saya akan seronok dalam kelas ni sebab saya agak berminat dengan isu global. Tapi isu-isu global agak membuatkan saya sedikit kemurungan (depress bak kata omputih), isu-isu dunia macam global warming, population, poverty, food shortage dan bermacam lagi buat saya rasa down.

Bumi sedang mencair. Imej ambil dari encik Google

Betul tak tipu, kalau tengok statistik yang pensyarah saya kongsi dalam kelas akan membuakan kita terasa hati sedikit. Ada lagi orang macam ni dalam dunia ni kan, emm kalau korang rasa nak membaca tentang isu-isu global sila la klik kat sini. Sangat menarik informasi dalam laman ni. Tajuk yang kumpulan saya buat untuk tugasan pertama adalam ‘pemanasan global’ atau dalam bahasa inggerisnya ‘global warming’. Membaca artikel tentang isu ni buat saya makin sedar tentang perkara ni, tak salah kalau kita cuba untuk kurangkan kesan rumah hijau kan. Jadi saya sarankan kepada semua cubalah seberapa boleh untuk mengurangkan kesan rumah hijau. Kalau siapa cakap tak tahu tipulah ek sebab rasanya paling tidak kita akan tahu satu dua perkara yang boleh kita lakukan. Apa pun, sayangilah bumi kita (^_^)

p/s: Hehehe rasa macam buat kempen kerajaan lak.

Sunday, May 15, 2011

Selepas Semester 2

Assalamualaikum...

Akhirnya, saya sudah lepas semester kedua, hehehe bahagia sungguh rasa bila dah sempurnakan satu benda kan. Alhamdulillah stress saya dah berkurang dengan drastiknya, kekekeke. Saya nak menikmati minggu-minggu yang tak ada kelas ni dengan sepenuhnya sebelum semester pendek saya bermula dalam 2 minggu je lagi.


Lazy Song by Bruno Mars - Mood saya sekarang, hehe

Minggu-minggu saya cuti ni nak habiskan dengan berjalan-jalan dan menbuang stress saya yang berkumpul sejak sebulan lalu. Minggu ni saya sangat seronok sebab dapat membuat beberapa perkara yang saya lama dah tak buat. Yang pertamanya pergi ke majlis kawin kawan saya, Alhamdulillah sebab kenduri majlis kahwin Niki dekat je jadi berkesempatan pergi sana, dapat la jumpa kawan-kawan lama - Che Mah, Huda, Saad, Zura dan tak lupa Puan Niki la. Lama bebeno tak jumpa korang, macam-macam cerita kan. Harapnya plan nak pergi majlis Rinie nanti tak ada benda yang halang.


Huhu, bestnya jumpa korang semua (^_^)

Semalam pulak sempena birthday Along, kami semua satu rumah tengok wayang (waa lama giler saya tak tengok wayang) cerita 'Kongsi' yang tak berapa nak best tu. Tapi sebab saya dah lama tak buat aktiviti ni, seronok jugak la perasaanya. Hari ni pulak pergi berjalan-jalan ke Muzium Negara, salah satu perkara yang dah lama saya dan Rozila nak buat akhirnya tertunai jua. Seronok jugak pergi Muzium Negara tau tapi rasanya Muzium Negeri Terengganu lagi menarik. Semalam tiba-tiba je dapat idea nak pergi muzium sebab dah lama kitaorang plan tapi tak terpegi, jadi hari ni pergi je tak payah plan. Pergi muzium ni dengan Rozila jek sebab kitaorang berdua je yang suka muzium, ajak Na dengan Along semua tak nak.


Pintu gerbang masuk Muzium Negara (@_@)

Banyak pulak cerita saya kali ni, hehe maklum la dah lama tak beraktiviti. Huhu bila banyak sangat cerita kisah diri sendiri ni rasa macam narcissistic la pulak, hehe takpe saya rasa semua orang ada sedikit sifat Narcissistic dalam diri masing-masing, nak-nak dengan adanya Facebook, Twitter dan Blog ni kan. Suka diri sendiri tu takpe asal jangan berlebihan dah kan. Ops saya dah melalut lak, tertulis pasal benda ni, hehe sebenarnya saya baru baca dalam 'Readers Digest' hari tu tulis social network increase transparency and narcissism, hehe totally agree. Oklah sebelum saya melalut lebih lanjut, kena berhenti menaip ek, jumpa lagi di lain entri, daaa.

p/s: Tensen dah berkurang tapi sebab esok dah kena masuk kerja nampaknya tambah balik stress tu, haihhh..

Thursday, April 21, 2011

Updates

Assalamualaikum...

Selamat hari Jumaat semua, huhu akhirnya sampai ke penghujung minggu kan. Esok saya tak payah kerja sebab ada ITIL training, huhu seronoknya tapi mesti mengantuk giler nanti. Tak apa la ek janji tak payah kerja, kekekeke. Minggu depan peperiksaan akhir semester akan bermula, adakah saya bersedia? Jawapannya semestilah tidak kan, saya pun tak tahu bila masa saya pernah bersedia nak periksa ni. Doakan semoga saya berjaya ok. Alamak Along bawak keluar durian yang tak habis hari tu, kena berhenti menulis ni. (jap lagi sambung balik ek)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Owhhh saya la orang itu bila baca buku, buku yang baca saya, hehe.

Huhu kenyang makan durian walaupun makan dua ulas jek sebab dah kenyang makan nasi tadi. Rasa sangat mengabaikan blog sendiri jek sebab lama tak menulis entri baru kan. Tak tahu nak menulis apa sebab malas nak berfikir, kepala saya pening sebab macam terlebih guna. Maklum la biasa-biasa tak berfikir sangat bila kena siapkan assignment tu otak bekerja lebih la. Saya sebenarnya nak menulis entri pasal rancangan kegemaran saya sekarang ni tapi malas nak buat spesifik pulak. Sekarang ni saya suka dengar Hot FM Refleksi bersama Prof. Izzi Haji Ali sebab ada tazkirah menarik dari prof. Izzi dan lagu-lagu ketuhanan, kebanyakkannya lagu nasyid la. Kalau saya balik lambat sikit dari pejabat mesti saya dengar Hot FM refleksi ni, cuba la korang dengar, bessst (^_^).

Lagi satu rancangan yang saya suka sekarang adalah Maharaja Lawak, kitaorang satu rumah memang follow Raja Lawak jadi ML ni sangat la kami tunggu-tunggu. Hari jumaat mesti kitaorang tak pergi mana-mana la, lagipun rumah memang ada pakej mustika tu. Kami satu rumah semua memang sangat suka Nabil tapi disebabkan dia ada scandal sebelum ni buat kitaorang kureng sket dengan dia kejap tapi dia memang sangat best dalam ML. Peserta kegemaran saya ialah Nabil (semestinya), Sepah dan Jambu, kitaorang memang kurang sikit dengan Jozan sebab diaorang banyak ulang lawak masa diaorang jadi pengacara raja lawak. Minggu lepas Nabil sangat best, siapa yang tak tengok lagi sila tengok kat bawah, ni minggu muzikal rasanya dia la yang paling kreatif.


Maharaja Lawak - Minggu 3 - Nabil

Harap korang pun enjoy jugak ek video Nabil tu. Esok pesta buku akan bermula di PWTC dari 22/04 hingga 01/05, jadi jangan lepaskan peluang membeli buku dan mendedahkan diri dengan pelbagai jenis buku. Cadangnya saya ingin ke sana jugak pagi sabtu ni sebelum pergi kelas, waa tak sabarnya saya nak melihat buku-buku yang menarik. Pagi sabtu ni ada sesi tandatangan dan soal jawab dengan Tun Mahathir, jadi kalau korang sukakan Tun Mahathir sila la datang ke pesta buku di PWTC ok. Emmm dah kena berhenti menulis dah sebab nanti kalau sambung gak macam-macam lak nak kena cerita. Selamat menempuhi peperiksaan kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan akhir nanti, selamat berjaya ok. Saya tak tahu bila saya akan menulis entri baru lagi, mungkin tak akan menulis sampai akhir peperiksaan nanti ek jadi semoga berjaya ok.

p/s: Kena mula study nih....haihhhhh (+_+)ZZZzzZZzzz....

Wednesday, April 13, 2011

STRESS

Assalamualaikum…

Saya STRESS, uits lama tak updates blog tiba-tiba je tulis benda-benda negatif ek. Saya sangat tertekan sekarang, lagi dua minggu je lagi saya akan mengahadapi peperiksaan akhir (‘final exam’) semester ni jadi dalam minggu-minggu terakhir ni ada 2, 3 assignment dan projek mesti disiapkan. Perasaan saya tak tenteram dua tiga hari ni sebab pening dengan assignment MATLAB untuk subjek Multimedia Security, alahai dah lama tak buat programming otak saya jadi beku bila tengok source code. Pulak tu saya sangat sibuk di pejabat dua tiga minggu ni sebab ada budak baru masuk, kena mengajar budak-budak baru ni sambil tu kena buat kerja macam biasa jadi saya hampir tak ada masa senggang di pejabat. Hari-hari saya memang sentiasa terisi, ada je benda kena buat. Saya rasa saya perlukan cuti, saat-saat macam ni saya rindukan kerja shift saya (rasa macam nak masuk shift balik).

Dapatkan Mesej Bergambar di SiniKuat mana pun ujian kita, Allah sentiasa ada bersama kita.

Saya dah berjanji dengan diri sendiri, susah atau penat macam mana pun kena teruskan jugak sebab ini jalan yang saya pilih, tak ada orang paksa saya sambung belajar kan. Kalau kawan-kawan sekelas saya boleh buat, saya pun boleh InsyaAllah. Bak kata abang Maher Zain, InsyaAllah ada jalannya, huhu. Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan, nak dapat apa yang kita nak kenalah berusaha kan. Umur dah nak masuk 27 tahun patutnya dah tahu tak ada benda didunia ni kita boleh dapat tanpa usaha.

Dalam keserabutan saya dua minggu ni telah menyebabkan saya perasan sesuatu tentang diri saya. Sebelum ni saya rasa saya adalah orang yang boleh buat dua tiga perkara dalam satu masa, multi-tasking la bak kata orang putih. Tapi sebenarnya saya tak boleh, selagi tak habis satu kerja saya tak boleh mula kerja lain. Kenalah berusaha gigih sikit supaya kerja lain tak tertangguh lama kan. Jadi saya akan lebih berusaha lagi, kalau orang lain boleh saya pun boleh kan. Emm ok lah sesi meluah perasaan dah habis, nak kena sambung buat kerja lak.

p/s: Huhu bosan ek baca entri ni, saya tak ada idea nak menulis dan sangat sibuk dengan banyak perkara, nanti lepas musim sibuk saya akan mulakan musim rajin menulis blog pulak, kekeke.

Sunday, January 9, 2011

Oda dalam dilema

Assalamualaikum…

Wahh saya sangat rindu nak bercerita dalam blog ni, kesibukkan melanda saya sepanjang dua minggu ni. Maklumlah, masuk tahun baru dan juga semester baru serentak macam-macam perkara perlu perhatian saya (huhu macam sibuk sangat je ek). Di tambah dengan masalah TM yang masih tak selesai, rasanya dah tak larat nak marah dah ni.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Gambar atas ni tak ada kaitan dengan entri kali ni tapi saya suka ayat dia, owhh terasa walaupun saya takde la berperangai baik dan lemah lembut, jom muhasabah diri lagi.

Hari ni kelas pertama untuk semester 2-2010/2011 dah bermula, perasaan saya bercampur baur (cewahh ayat tak tahan). Gembira sebab rindu nak belajar, malas nak pergi kelas (biasa la tu), tak sabar nak jumpa rakan sekelas yang dah sebulan tak jumpa, penat sebab baru lepas kerja malam dan macam-macam lagi. Bila dah mula kelas tu macam biasa la pulak, bila dah lama tak jumpa mula la bercerita dan bergurau senda, huhu. Kelas hari ni ok, seronok jugak la walaupun saya tak berapa gemar subjek ‘IT Project Management’ ni , kredit kepada lecturer yang best dan cute (walaupun dah tua tapi lawak dia sangat comel, hehe).

Saya sedang dalam dilema sebenarnya, team lead saya mintak saya masuk kerja normal hours (maksudnya kerja dari 8.30 pagi – 5.30 petang, isnin sampai jumaat – ye saya tau korang dah tau tapi nak cakap jugak). Disebabkan saya dah kerja shift masuk tahun ke empat tahun ni, saya sayang pulak nak tinggalkan empat hari cuti tu (sekarang ni saya kerja 4 hari kerja, 4 hari cuti – ye sekali lagi saya tau korang dah tau, hehehe). Macam mana kalau saya rindu nak cuti hari biasa? Dah la kelas tiap-tiap minggu lak tu, tak de hari rehat la nampaknya.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Hati saya masih berbelah bagi, huhu

Dah banyak kali sebenarnya di offer kerja normal hours tapi kali ni macam kena jugak dan saya sebenarnya nak jugak merasa macam mana kerja normal ni. Lagi satu saya berat jugak nak masuk normal hours ni sebab saya dah malas nak cakap dengan mat salleh sebenarnya. Iye, selepas tiga tahun kerja dengan mereka saya dah tak larat dah. Tapi tu la, saya risau tak boleh nak cope dengan cara hidup baru ni, emmmm pening-pening.

Bila dah pening macam-macam kita pikir kan, baik saya tenangkan fikiran dulu. InsyaAllah kalau kena masuk kerja normal hours bulan febuari ni mula, jadi dalam seminggu dua ni boleh la fikir-fikir dulu (@_@).


p/s: Tajuk dalam dilema tu macam over je kan, sekali sekala berdrama apa salahnya ek.

Thursday, November 25, 2010

Saya sangat penat

Assalamualaikum....


Sekarang ni KL tengah hujan, dari petang tadi lagi kejap hujan kejap tak. Mata dah rasa ngantuk nak tidur sebenarnya tapi tu la saya tak biasa tidur awal-awal ni, kalau tidur pukul 10 macam awal sangat. Esok kerja pagi camna ni, jangan tak bangun dah la.

Alhamdulillah pagi tadi baru lepas exam cryptography, dulu saya pun dah pernah ambil crypto tapi kali ni lagi best sebab kali ni focus more on the mathematical theory crypto tu sendiri. Belajar crytpo kali ni memang seronok, alhamdulillah bila dah seronok tu belajar pun senang. Tapi crypto je la, kelas lain biasa je. Ada lagi satu paper, Information Security Management (ISM) yang tinggal hari Ahad ni. Banyak seh chapter nak kena study, harap-harap dapat la habiskan baca sebelum Ahad ni.

Badan saya sangat penat, dah lama tak study dengan rajinnya. Dua hari yang lepas saya berada di library UTM, kagum dengan diri sendiri sebab tak pernah pun saya dengan rajinnya belajar di library tapi nak buat camna duk kat rumah tak boleh nak fokuskan diri sendiri. Esok kena pergi kerja lak, badan rasa macam nak demam, camna ni. Ok la, kena tidur awal nampaknya ni rehatkan diri, penatttttnyaaaaaa. Ganbatte Oda!!

p/s: Badan penat nak tidur tapi mata tak boleh tutup camna ek, huhu dari tadi lagi ek kejap nak tido kejap tak nak....

Sunday, October 31, 2010

PSZ

Assalamualaikum...

Rajin pulak Oda updates blog kan, hehe saje je saya nak menulis kali ni teruja sebab Kelantan menang Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak kita. Tak sia-sia sokong Kelate kan (dan-dan ngaku penyokong Kelantan). Alhamdulillah akhirnya Kelantan menang jugak walaupun macam-macam cerita kita dengar pasal team Kelantan. Seronok la orang Kelantan esok dapat cuti, ni yang buat saya harap Selangor lak yang menang, huhu (tak agak-agak, kalo pasal cuti laju je tukar negeri).


Tahniah Red Warriors, imej amik dari encik Google

Entry kali ni sebenarnya nak cerita kisah saya dan Perpustakaan Sultanah Zanariah, budak-budak UTM sebut PSZ je. Sepanjang saya belajar kat UTM Skudai, boleh kira berapa kali saya pergi PSZ rasanya tak sampai 10 kali kot. Saya tak suka sangat pergi PSZ sebab jauh, satu lagi tensen tengok orang lain rajin belajar, hahahaha (busuk hati, jeles dengan orang yang rajin). Tapi sejak belajar kat UTMKL ni dah banyak kali pergi PSZ UTMKL (sini pun nama dia PSZ gak), sama banyak dengan masa belajar tiga tahun kat Skudai dulu agaknya.

Inilah PSZ UTM Skudai, imej amik dari encik Google

Hehehe, ni kalau Che Mah dengar ni mesti dia ingat tipu ni. Hari ni saya berada di PSZ KL dari pukul 11 pagi sampai 6 petang, lama kan siap duk dalam bilik perbincangan (omputih panggil discussion room) lagi. Sebenarnya sebab nak siapkan group assignment, dulu boleh la bincang kat bilik sekarang kat mana lagi nak bincang kan. Lagi satu UTM KL ni kecik je, jadi PSZ tu dekat sangat-sangat. Assignment pun banyak kena guna rujukan jadi kena la jugak pergi PSZ, kalau tak saya pun malas nak pergi.

Apa motifnya saya bercerita pasal perpustakaan ni, emm saje je sebenarnya teruja dengan diri sendiri boleh duduk diam dalam PSZ sepanjang hari semalam. Saya selalu mengada-ngada kalau duduk dalam perpustakaan lama-lama, macam kucing hilang anak, tak percaya sila la tanya Che Mah, kekeke.

p/s: Rasa cam nak pergi lagi je PSZ UTMKL esok, fokus sikit buat kerja kat tempat tak ada godaan (TV dan Internet) tu.

Monday, July 12, 2010

Permulaan

Assalamulaikum...

Pagi ni mesti ramai yang tak cukup tidur sebab menonton akhir piala dunia semalam, saya bekerja semalam jadi bahang akhir piala dunia saya tak rasa apa-apa. Kejam jugak bila fikir perlawanan akhir ni tayang pagi isnin kan, nak buat macammana dekat sana masih lagi ahad. Saya agak gembira akhirnya piala dunia ni tamat, dah tak tahan sebenarnya dengar cerita pasal bola.


Akhirnya piala dunia 2010 dah sampai ke penghujung, rasanyatak ramai antara kita yang sedar bulan rejab pun dah sampai ke penghujung. Kita dah memasuki bulan syaaban sebenarnya, cepat je masa berlalu lagi beberapa minggu kita akan memasuki bulan ramadhan. Itulah kita leka dengan hal dunia, nasib baik musim piala dunia bukan semasa bulan ramadhan. Saya kira mesti ramai yang akan rugi jika piala dunia diadakan semasa bulan ramadhan. Yela bulan ramadhan ni bulan pahala, kalau kita leka kita yang rugi. Jadi mari kita semua bersedia untuk menyambut ramadhan, mula-mula kena la sambut syaaban dulu. Dengan permulaan syaaban mari kita tekadkan niat untuk tak mensia-siakan bulan syaaban ni.

Saya juga baru perasan bulan rejab dah berakhir sebenarnya, sekarang saya sangat sibuk dengan kerja dan urusan pengajiaan saya. Pening memikirkan banyak perkara yang perlu di ambil kira bila dah sambung belajar ni, tapi sebab dah nekad apa-apa pun kena hadapi juga. Kelas belum pun bermula saya dah mula rasa stressnya, semoga saya dikuatkan Allah untuk menghadapi semua ni. Saya tak boleh mengeluh sekarang sebab saya sendiri yang buat keputusan untuk sambung belajar ni walaupun dengan waktu kerja saya yang tak menentu tu. Perkara yang kita mulakan kena la juga kita habiskan, InsyaAllah dengan niat yang baik Allah sentiasa bersama kita.


Saya agak pening dengan beberapa urusan sps utm yang saya kurang fahami, dengan jadual kelas yang saya tak dapat lagi, dengan pendaftaran subjek yang belum selesai, dengan pembayaran yuran yang berapa pun saya masih kurang pasti dan seribu macam persoalan bagi pelajar baru macam saya ni. Jadi insyaAllah esok saya akan ke UTM KL untuk menyelesaikan semua masalah ni, siapa sangka jadi pelajar banyak perkara kena ambil kira kan. Banyak urusan belum selesai walaupun saya dah daftar sabtu lepas, agak sukar menjadi pelajar tua ni sebab semua kena buat sendiri, dulu ada senior yang tolong sekarang sendiri mau ingat la. Saya tak mahu permulaan pengajian saya dah memberi alasan yang pelbagai, sedangkan saya dah agak saya akan hadapi semua ni. Jadi Ganbatte Oda!!

p/s: Kepada kawan-kawan saya mahu sambung belajar sambil bekerja, sila mentally and physically prepared. Minna Ganbatte!!

Tuesday, December 29, 2009

Lima Teratas 2009 Oda

Assalamualaikum...

Tahun 2009 sudah hampir ke penghujungnya, tahun ni saya rasakan sangatlah pendek, pejam celik dah nak masuk 2010. Kebanyakkan blog yang saya baca hari ini sudah mula bercerita tentang kisah 2009 mereka, saya pun terfikir nak menulis entry tentang 2009. Kali ini saya akan membuat senarai Top 5 tentang apa sahaja sepanjang tahun 2009.



    Top 5 Memorable Trip/Event

    Family Day Kelab KEMO di Port Dickson

    Ini adalah trip saya yang paling menyeronokkan, hampir ke semua ahli keluarga saya hadir ke trip ini. Trip bersama keluarga saya selalunya kami akan sentiasa dipenuhi dengan keriangan (huhu, cam best je perkataan ni).

  1. Port Dickson - Family day KEMO
  2. PPUM - Sepanjang Alang hospitalized dan operation day + Nor's Konvocation
  3. Perlis - Wedding Ayu
  4. Melaka - Wedding Dianah
  5. Sunway lagoon - Team outing


    Top 5 Buku yang Saya Paling Suka Baca

    Cover buku Rindu Bau Pohon Tin, imej ambil dari encik Google

    Buku rindu bau pohon tin ni kisah Ustaz Hasrizal semasa belajar di Jordan dulu, kisah-kisah di timur tengah adalah antara artikel yang saya paling suka baca di saifulislam.com. Nota Hati Seorang lelaki hampir menjadi nombor satu kerana saya memang suka cara bercerita Pahroi Mohd Juoi (dia salah seorang kolumnis di majalah Anis) tetapi saya rasa Rindu Bau Pohon Tin lagi menarik kisahnya.

  1. Rindu Bau Pohon Tin - Ustaz Hasrizal
  2. Nota Hati Seorang Lelaki - Pahrol Mohd Juoi
  3. The Time Traveler's Wife - Audrey Niffenegger
  4. Twilight Saga - Stephanie Meyer
  5. Lasykar pelangi - Adrea Hirata (in progress, tapi dalam top 5 setakat ni)



    Top 5 Lagu yang saya dengar berulang-ulang


    .: What Should I Do - Jang Geun Suk :.

    Mungkin kerana ini adalah lagu yang paling baru saya suka dengar jadi ia mendapat tempat teratas sekali. Tapi kesemua lagu didalam top 5 ini pernah saya dengar berulang-ulang sampai nak muntah.

  1. What Should I do - Jang Geun Suk
  2. Let Break up - Lee Seung Gi & Love like This - SS501
  3. Aitai - Yuzu
  4. Allah Knows - Zain Bhika
  5. Pewaris Syurga - Opick



    Top 5 Rancangan Menarik

    1N2D - The 6 guys that i love the most, imej ambil dari encik Google

    1N2D menjadi rancangan yang paling saya gemari sejak dari mula saya menonton rancangan ini tahun lepas lagi. Boleh dikatakan saya tak pernah miss episod rancangan ni. Naruto mendapat tempat ke dua kerana tahun ini anime ini berkembang dengan sangat best.

  1. 1N2D - KBS World (Korea)
  2. Naruto - Download (Jepun)
  3. Air Crash Investigation - National Geographic (USA)
  4. Nur Kasih - TV3 (Drama Melayu)
  5. Kamen Rider Kabuto - Streaming (Jepun)



    Top 5 Jdorama 2009

    Pelakon-pelakon Mei Chan yang comel (^_^), imej ambil dari encik Google

    Tahun ini saya kurang menonton drama jepun dan kenbanyakkan drama yang saya tonton kurang memuaskan. Masih banyak lagi jdorama yang belum saya habiskan atau beli cd, saya agak jika saya habiskan semua drama baru tahun ini mungkin semua list dibawah akan bertukar. Cerita Mei chan ni pelik sikit tapi kalau tak pelik sikit tu bukan jdorama la kan.

  1. Mei-chan no Shitsuji
  2. Bloody Monday
  3. Ghost Friends
  4. Ohitorisama
  5. BOSS


    Top 5 Kdrama 2009

    Cover kdrama You are beautiful, tak cantik kan pelik je cover dia. Imej ambil dari encik Google

    Sudah di agak You are beautiful akan jadi kdrama feveret saya bagi tahun ini kan. Lagi-lagi Jang Geun Suk yang jadi hero, dah lama saya tunggu dia bawak watak hero untuk kdrama ni. Kalau bukan kerana Jang Geun Suk rasanya tak jadi nombor satu jugak ni. Jalan cerita yang paling saya suka adalah drama City Hall, drama lain pula sebab saya berjaya habiskan tanpa skip episod dan semuanya adalah drama KBS World.

  1. You are beautiful
  2. City Hall
  3. The man who can't married
  4. The queens return
  5. Boys over flower


    5 Perkara Menarik/Mengejutkan yang tak boleh dilupakan

    Keluarga besar kami (^_^)

    Saya tak ada gambar semasa di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) tu tapi ini adalah perkara yang paling saya tak boleh lupakan bagi tahun ini. Gambar di adalah gambar semasa Family day di Port Dickson. Nurul dapat tempat kedua kerana sebelum ini Nurul pernah keguguran, kami memang menantikan kelahiran baby irfan ni.

  1. Alang hospitalize untuk pembedahan Injap Jantung - Ogos
  2. Nurul lahirkan Irfan - November
  3. Ustaz Asri dan Sahabat lama meninggal - Ogos
  4. Team dapat Team of the Month - Jun
  5. Lulus MCDST exam bulan September

Panjang kan senarai saya, banyak lagi senarai saya nak buat tapi dah malas nak menaip dan berfikir. Sakit kepala jugak la nak ingatkan balik semua senarai kat atas tu, saya kan ada short term memory. Banyak juga perkara yang menarik berlaku tahun ini bagi saya, thanks kepada blog ini saya dapat mengingati kembali peristiwa sepanjang 2009 ini. Ini mungkin entry terakhir saya bagi tahun 2009, selamat menyambut tahun masihi 2009 kepada semua.

p/s: panjang yang amat kan entry ni, huhu maklum lah entry terakhir 2009. Kita jumpa lagi di tahun 2010 ok (^_^)

Monday, December 28, 2009

Bicara Tentang Buku

Assalamualaikum...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Jom kita baca buku, tak kesahlah buku jenis apa (^_^)

Entry yang lepas entry emosional saya, rasanya entry hari ini juga agak emosional. Saya sangat suka membaca blog, ada beberapa blog yang saya akan buka hari-hari untuk melihat updates baru dan dikebanyakkan blog saya adalah silent reader sahaja sebab kebanyakkan blog yang saya baca adalah blog ilmiah atau blog yang kearah itu. Bukan tak mahu komen tapi rasa tak cukup ilmu lagi nak memberi pendapat walaupun ada sesetengah blogger tu lebih muda dari saya (budak-budak zaman sekarang pandai-pandai kan).

Minggu lepas saya membaca updates di salah satu blog yang saya selalu ikuti perkembangannya juga, entry tentang buku. Saya agak terasa kerana memang entrynya itu terkena pada saya. Katanya :

"99% daripada manusia yang rajin beli buku, tidak akan membacanya sehingga habis. Manakala 80% daripada baki 1% itu sekadar membacanya ala kadar"


Saya setuju dengan hipotesisnya, saya juga masih banyak buku-buku yang belum dikhatamkan lagi, tetapi jika masuk ke kedai buku mesti akan beli paling kurang satu buku. Jarang saya masuk ke kedai buku tanpa membeli apa-apa pun. Walaupun begitu, saya akan pastikan saya habiskan semua buku yang saya beli, saya tak suka membaca buku ala kadar kerana saya rasa itu satu pembaziran. Saya jenis orang yang baca buku dari kulit ke kulit, walaupun surat khabar atau majalah sekalipun (masih ada dua majalah Anis yang masih belum disentuh lagi, waa kena la cepat-cepat baca ni).

Emm apa yang emosionalnya saya tentang entry ni ek, sebenarnya blogger tu membuat 'statement' katanya buku fiksyen tulen (contoh Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Harry Potter dan Twilight) tak termasuk dalam hipotesis di atas. Separuh buku yang saya baca adalah fiksyen tulen, suku lagi separa fiksyen dan suku lagi adalah buku berunsur ilmiah (emm agak-agak ilmiah la). Saya tak faham kenapa mahu di label tentang buku jenis apa yang dibaca, kalau kita suka baca buku ilmiah atau yang setaraf dengannya baca je la tak payah la komen pasal bahan bacaan orang lain.

Buku yang sedang dibaca, saya sangat suka buku ini. Imej ambil dari encik Google

Kalau orang kita mahu membaca buku jenis apa pun tak kesah la kerana budaya membaca sangat kurang di kalangan orang kita. Itu sudah kira bagus dalam masyarakat yang amat kurang membaca ni, bagi saya semua jenis bahan bacaan memberi ilmu yang berbeza. Di dalam semua buku ada mesej yang tersendiri, tak semua orang boleh membaca buku berunsur ilmiah. Orang kita nak baca buku fiksyen pun susah, inikan pula buku bukan fiksyen yang ayatnya panjang. Emm dah terlebih emosional la pulak, maklumlah saya kan pembaca buku fiksyen juga jadi agak terasa la.

p/s: Saya tak tahu kenapa entry kebelangan ini agak emosional, agaknya saya perlu bercuti rehatkan minda, huhu.

Sunday, October 11, 2009

Fateen's Wedding

Assalamualaikum...



Imej amik dari encik Google

Sebenarnya rasa macam malas nak update blog hari ni tapi nak cerita pasal pergi majlis kahwin Fateen semalam, kalau biar lama-lama mesti tak tulis punya. Semalam gerak dengan cik Siti Asmah dan Nurulhuda dari rumah, lepas tu jumpa dengan Jijah kat Putrajaya, dia dengan senior SCK, Kak Mas. Kitaorang ikut Jijah sebab tak tahu jalan, yela semua pun first time pegi Dengkil. Walaupun Dengkil tu sebelah je Cyberjaya, saya pun tak pernah pergi jugak.

Jumpa Che Mah dan Huda ni banyak la cerita, yang paling best dapat tau yang Che Mah dah bertunang. Terkejut yang amat saya Che Mah, awak betunang tak cakap kat saya. Tak banyak lagi kena bebel semalam, tak ada la marah sangat pun tapi agak-agak marah la jugak. Hahaha, sekarang semua orang dah tau awak dah bertunang ek Che Mah, apa-apa pun belated selamat bertunang la ek. Nanti kahwin jangan lupa ajak pulak ek, kalau tak ajak tak nak kawan ngan Che Mah dah.


Gambar kenangan dulu masa pergi CoGRAMM, gambar ni ambil dari Facebook

Emm berbalik kepada wedding Fateen, sampai kat rumah Fateen dalam pukul 12 lebih, seronok yang amat sebab jumpa balik ramai kawan-kawan kat UTM dulu. Teringat balik kenangan zaman dulu-dulu, waa rindunya saya pada zaman itu. Fateen pakai baju warna putih dengan lace hijau, comel sangat. Nak letak gambar dalam ni tapi semalam tak bawak kamera lak so kena la tunggu bebudak ni upload gambar baru leh tengok. Semalam pun wedding Ani gak, tak dapat pergi sebab kat Kelantan. Baru je balik dari kelantan untuk raya hari tu, maaf Ani sebab tak dapat datang wedding.

Kepada Fateen dan Ani:

Selamat Pengantin Baru,

semoga berbahagia dunia dan akhirat.



p/s: Asyik pergi wedding orang jek ni, bila la nak ajak orang datang wedding sendiri ni....

Monday, April 2, 2007

konvocation..kisah hepi dan sedeyku dalam sehari

wawawawawawa.....
macam2 kesah masa hari konvo...tgk blog kucai n semah..jeles la korang amik gambar ramai2..penat la org tgg korang sumer tp xde.. along n zila dah bising kena la pegi kat family sebab ramai yg tgh tgg...xpe la, tp xde pun gambar ngan fiha n liza..xjumpa sangat pun ngan diaorg hari tu..sedey toll

nak dijadikan kisahnya..tghari tu after je amik gambar banyak2 tu...rozila terdelet all lak gambar2 tu sumer..sedey tol la..emm biasa la kita merancang tuhan yg menentukan..agaknya terlampau gembira sangat..tu tuhan nak ingatkan la tu..jgn over sangat..hish2..hish2..redha2 tp teruk gak la rozila kena hari tu.. xlama lg la menangis..mesti rozila rasa bersalah sangat2..emm xpe la benda dah lepas..lupakan..so kawan2 sumer...kalo sesape yg ada gambar org masa konvo hari tu..tlg la hantar ekk..huhu..

satu lagik....TAHNIAH SUMER BEBUDAK SCS YG EXTEND....akhirnya kt grad jugak ekk...dah ramai yg dah keje..so keje rerajin..pada yg tgh mencari..goodluck dalam mencari..jgn risau keje banyak kat luar tu... pastu thanks pada sumer yg bagi hadiah masa konvo hari tu...xlupa penginapan selama dua hari kat bilik cekgu..thanks a lot...nnt bulan 8 cekgu kawen insyaAllah org datang ok...

Thursday, December 7, 2006

rindunya kat utm..huhu (^_^)

huhu..dah hampir sebulan balik umah...rindunya kat kawan2 kat utm..huhu duk umah makan tido je kejenya.. susah gak cari keje zaman sekarang ekk..huhu xpe2 ODA GAMBATE NE!!!!!!

duk umah ni xde pun berita daripada bebudak ni sumer..cam la korang dah keje ke belum...hehe
esok jumaat my nenek nak wat makan2 sket..dia kan nak pegi aji wat solat hajat la sikit..bz la nampaknya esok..huhu tp xpe seronok gak wat makan2 ni..meriah sket umah..ada la keje nak buat daripada makan, tido, tengok tv je hari2...hehehehe..

masa kat umah banyak je pk apa nak tulis dalam blog..rindunya nak tgk naruto, bleach..baca komik..rindunya kat komp kat umah (masa ni kat umah nenek)...naruto dah banyak miss ni.. xpe la nak wat camna umah xde internet... sabar je la..

hari tu b4 balik umah ada beli cd citer jepun n korea.. citer princess hour, my 19 years old sister in law n tree of heaven....citer jepun tu lupa lak nama dia...princess hour n sister in law dah abis tgk..skrang tgh tgk citer tree of heaven tu.. emm sedihnya citer tu..stress tul tgk citer tu... dah la mmg jenis emo sket..tapi kan citer korea ni sedih2 dia sweet sgt rasa citer tu...kadang mengubah persepsi kita pasal suatu benda tu..emmmm menangis la kalo tgk citer ni..sedih memanjang ala2 winter sonata la..penat tgk cuma citer ni xsepanjang citer korea yg lain 12 episod je...banding ngan princess hour tu 24 episod..hish ponat eden tgk...huhu

emm cam dah banyak dah mengarut ekk..sini je la..ja neeee..mata neee (*_*)

Tuesday, October 17, 2006

presentation psm

time tgh tulis ni..semah n tie dah abis present psm..tinggal nak demo kat sorang penilai je lagi.. ok je diaorg nampak.. en bahrin la banyak komen sistem semah tapi dia baik hati... so rasanya ok la.. en saiful lak nampak ok je masa tie demo sistem dia..huhu

me??? esok present.. penilai?? dr kamarul..huhu cuak2.. risau tahap cipan nih.. dr kamarul ni org yg terer giler (pandangan sendirik la.. selalu kagum ngan dia..tau semua benda).. so risau gak kalo dia rasa sistem simple sgt n xbagi lulus ke..hish nauzubillah..

cuak2 pun esok by hook or by crook kena present gak kan.. so apa yg tinggal berusaha aje la n tawakal..mintak2 tuhan tolong ekk.. bulan2 pose ni banyak berkat..huhu.. aja2 fighting..gambate ne!! bashaa!! caiyok2!! fighto ommm!! BERUSAHA!!!

huhu xbanyak lagi kata2 semangat yg tulis.. so jgn pk panjang rohaida.. wat the best.. apa nak jadi esok lain citer.. pk yg hari ni je.. siapkan sumer selagi boleh...yeahhhhhh GAMBARIYOOO!!!

emm dah lama xtulis blog ni.. kebanyakkan post banyak merungut je kan..tapi bak kata RUI (watak hana yori dango).. apa salahnya dengan merungut..huhu.. ikut cakap dia la.. my blog suka ati la nak tulis apa kan..hahahaha... emm ckp pasal RUI.. teringat DOMYOUJI TSUKASA.. alahai.. dah selalu sangat ulang baca hana yori dango nih.. rasa cam dah jatuh cinta kat tsukasa je la..ala comelnya dia.. sweetnya dia..bestnya jadik tsukushi..(^_^).. emm over la plak ngan watak mango pun leh jadik gila.. xpasal2 suka kat matsumoto jun sebab dia bawak watak tsukasa dalam drama hana yori dango dengan bestnya..pandai tul dia berlakon la... sama tul ngan watak dalam manga..kawaiii.. MATSU JUN AISHITERUU (*.*)..huhu angau overboard..wakakakaka

Tuesday, October 3, 2006

hantar draf report separuh siap..

hari ni hantar report yang xberapa nak siap..hantar bab 1, 2, 3 n bab 5 lobang2..esok hantar bab 4 n 6.. susah gak wat report nehh..
jap agi dalam pkul 4 nak jumpa puan la ni.. takutnya..xtau la wat apa nehhh..(*_*)

Monday, October 2, 2006

me n gokusen

huhu.. baru lepas abis tgk citer gokusen2.. emm citer dia biasa je tapi klaka so bila tgk best la..citer budak2 bermasalah..biasa la.. ada banyak part gaduh..dalam citer ni kame n jin berlakon.. kame serius dalam citer ni so xde la rasa dia comel sangat..jin lak wat watak jenis ganas2 sket..rasa pelik sebab selalu tgk dia cam baik2 sket..muka pun xde muka ganas..asyik teringat gaya dia masa jadik nurse je..huhu kawaii..tapi yg bestnya citer gokusen2 ni, student2 dia comel2 je.. semua lelaki je sebab sekolah tu sekolah lelaki..

emm... esok nak hantar draf report kat puan..malam ni kena la gambate..yoshhhh gambariyoo (*_*)

Friday, September 29, 2006

Gambate ne!!!

semalam dem02 kat puan..huhu banyak no tak siap lagi...camna ni..lagi 2 minggu dah nak present last..risau lak...camna la present nnt..lepas ke tak ekk..nak lepas gak..xnak dah wat psm ni..fobia2

skrang ni semuanya pasal psm, makan psm, tido psm..fuyoo penat tul..tapi kalo datang lab mmg selalu xleh nak wat keje..so dok cari source code je la..hari ni datang lab awal sebab ptg nnt pkul 3 ada taklimat perbentangan psm..wahhh psm xsiap lagi..report lagi..bentang lagi..pening maa

tgh ngantuk ni..semalam abiskan The Da Vinci Code..kena abiskan gak kalo tak asyik pk je..huhu sempat lagi ekk..bz ngan projek pun..emm tu la rohaida ismail..xtau la nak ckp apa..perangai bila la nak ubah...penyakit malas dalam diri tu dah jadi cam cancer..xde cure dah, sebati dah ngan darah daging..dasyat tul penyakit malas ni..camna ekk..

emm..dah berapa hari asyik meluahkan perasaan je kat blog ni.. merungut je banyak ekk...padahal org lain wat psm gak...cool je..huhu biasa la over lelebih je..tapi masa wat psm ni la baru la rasanya seorang science comp student..kalo tak hampeh..

emm dah lama xtgk clip arashi m kat-tun..rindu lak.. penyakit jepun dah makin menjadi-jadi ni..emm bila agaknya dapat pg jepun..huhu someday mesti sampai juga kat bumi penjajah tu..huhu..yoshh gambariyoo

myself: nani o shimasu ka..
oda:nani mo nai..
myself: oda chann..gambate ne..psm wa gambate nee..
oda: emm muzukashi naaa
myself: yoshhh gambariyoooo (*_*)
oda: haii..gambarimasu