Showing posts with label updates. Show all posts
Showing posts with label updates. Show all posts

Sunday, February 23, 2014

Semoga esok lebih baik


Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Semoga yang baik-baik sahaja untuk kamu semua. Saya sudah berjaya mengabaikan blog yang saya sangat sayang ini selama setahun, biasanya ada juga entri satu dua sebulan tapi sekarang sebulan sekali pun macam susah. Sejak menggunakan smartphone ni, saya amat jarang nak bukak laptop sebab semua pun boleh buat dari phone je. Dulu nak bukak email kena bukak laptop, sekarang tak payah dah. Haha, saya letakkan kesalahan semuanya atas phone saya boleh.

Semiga semua lebih baik
Semoga yang baik-baik sahaja
Tahun baru ni alhamdulillah saya mendapat pengkhabaran gembira. Akhirnya ada sedikit perubahan dalam kerja saya, semakin bertambah tanggungjawab saya nampaknya. Walaupun masih belum official, saya sudah terasa kepenatannya. Betul kata pakcik spiderman, 'with great power comes great responsibility'. Dua minggu ini saya sangat stress. Tak tahu dimana silapnya mungkin kerana cuaca yang agak ekstrem sekarang ni atau kerana perubahan beberapa perkara di office, hampir setiap hari saya melalui masalah yang sama.

Awal tahun ini saya sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti sampai saya rasa tiada masa rehat.Setelah berminggu-minggu sentiasa keluar akhirnya minggu ini saya berehat-rehat sahaja di rumah tapi tiba-tiba terpaksa ke office jugak malam ni, haihhh rasa macam nak menangis je. Semoga hari-hari gelap seperti ini cepat berlalu.


Ok la, sudah-sudah la cerita pasal office kan. Saya stress tapi insyaAllah saya masih boleh tahan lagi. Nanti bila semua dah stabil, hidup saya kan kembali tenang. Doakan saya kuat melalui fasa ni dan kekal positif sentiasa. Saya pun dah tak tahu nak tulis apa lagi, harapnya saya akan rajin menulis entri seperti dulu. Lama tak menulis rasa rindu tapi malas nak bukak laptop dan menulis dan makin lama makin kurang idea nak menulis.

p/s: Semoga hari-hari yang mendatang untuk kamu juga lebih baik dari semalam.

Wednesday, January 8, 2014

Salam 2014

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sampai juga kita ke tahun 2014, macam tak percaya je kan dah masuk tahun baru (cehh ayat sama je tiap-tiap tahun). Tahun ni saya memasuki alam baru atau zaman baru, zaman 30-an, waa secara rasminya tahun ini saya berumur 30 tahun. Tak sangka dah selama itu hidup di muka bumi ni kan, tak rasa macam orang berumur 30 tahun pun.

Hari pertama tahun 2014 saya disambut di ofis kerana terpaksa bekerja (^_^)

Sebenarnya saya rasa macam nak buat review tahun 2013 tapi malas yang amat ni, nak menulis entri ni pun terpaksa memaksa diri. Tapi rasanya bukan malam ni la kot nak menulis review tu sebab mata dah kemengantukan yang amat ni. Masuk tahun baru ni saya menjadi semakin pelupa, adik ofis saya cakap sebab faktor usia, hampeh je kan. Macam biasa, setiap kali awal tahun macam-macam perkara yang kita nak buat dan rancang sepanjang tahun. InsyaAllah saya harap tahun ini saya dapat merealisasikan mimpi-mimpi saya, doakan saya berjaya.

Tahun lepas saya membuat cabaran untuk membaca 50 buku setahun tetapi saya tidak berjaya menunaikan cabaran ini, saya cuma berjaya membaca dalam 30 lebih buku sahaja. Tidak mengapa kita cuba lagi tahun ini ek. Semoga berjaya Oda!! 

Ok la saya dah kemengantukan yang amat jadi saya akhiri entri sampai sini je la ek. Semoga tahun ini lebih baik buat kamu dan saya juga, InsyaAllah.

p/s: Doakan saya rajin menulis entri tahun ni ek..

Monday, December 2, 2013

Cerita Merapu di Pagi Hari

Assalamualaikum...

Apa khabar kawan-kawan, harap-harap semua sehat je la ek (uits macam skema ayat karangan surat tak rasmi je). Menulis pada pukul satu pagi di hari isnin ni macam tak kerja je pagi ni ek. Huhu, itulah tiba-tiba je saya rasa nak menulis entri kat blog yang dah lama di anak tirikan ni (emm macam anak terbuang pun ada). Dah alang-alang ada rasa nak menulis ni kan jadi kita teruskan jugak la.

Tak tahu nak cerita apa sebenarnya sekarang ni, biasa kalau saya tak ada perkara nak cerita entri mesti pendek atau merapu yang amat. Saya janji nak tulis pasal trip ke Jepun kan, InsyaAllah saya akan tulis jugak nanti. Itu adalah impian saya sejak bertahun-tahun lamanya. Saya pun dah tak ingat sejak bila saya sukakan Jepun, dah lama yang amat. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi matahari terbit tu rasa macam bermimpi je, kami sampai di sana waktu malam hari dan masa perjalanan ke rumah penginapan tu tengok Jepun macam sama je dengan Malaysia cuma lebih bersih dan sejuk sikit (cehh tu sama ke?). Hehe, betul tak tipu tapi bila siang hari tengok memang lain. Uits tetiba tercerita la pulak, nak sambung tak? Emm takpelah kita sambung nanti dalam entri rasmi tentang Trip Jepun ok.

Nampak muka excited kami sampai di Haneda (mesti korang ingat ni kat KLIA, sama macam KLIA je kan)

Di sebabkan entri ni memang tak ada tajuk spesifik jadi jom kita ubah tajuk lain. Esok, eh malam ni (lupa pulak dah masuk isnin dah) saya akan menonton persembahan Teater Mak Yong yang bertajuk Anak Raja Gondang di Istana Budaya. Ini kali pertama menonton Mak Yong di Istana Budaya, saya sangat teruja kerana saya sangat sukakan teater Mak Yong dan saya juga sangat sukakan persembahan di Istana Budaya. Saya sukakan Mak Yong bukan sebab saya orang Kelantan tapi memang seni persembahan Mak Yong sangatlah menarik bagi saya kalau nak dibandingkan dengan teater biasa. Tak sempat saya nak mempromosikan teater ni sebab hari ni adalah hari terakhir persembahan tapi siapa yang berminat nak tengok malam ni boleh la dapatkan tiket di Kauter Istana Budaya, online ticket dah ditutup rasanya. Tak sabar pulak nak tengok Mak Yong ni, harap-harap tidak mengecewakan.

Emm saya harus berhenti menulis entri sebab saya patut masuk tidur, kalau saya teruskan menulis mesti lama sebab saya tak ada idea nak tulis apa. Semoga berjumpa di lain entri.

P/s: Selamat menikmati bulan terakhir di tahun 2013, tahun terakhir buat saya berada dalam lingkungan umur 20-an (@_@) (haha, motif tiba-tiba je cakap pasal ni?).

Sunday, September 8, 2013

Aktiviti Yang Tak Sudah


Assalamualaikum...

Salam lama tak bersua, rindu sungguh saya nak menulis blog. Disebabkan tersangat lama tak menulis blog (rasanya ni yang paling lama saya tak updates blog), saya buat keputusan untuk cuba menulis dari handphone saya. Tak berapa suka menulis dari phone sebab nanti format tunggang langgang tapi kita tengok la camna nanti ek. Saya lama tidak menulis entri baru kerana kemalasan (memang penyebab utama) dan kesibukkan yang amat dengan persiapan raya, hari keluarga Kemo 2013 dan juga persiapan ke Jepang kami. Huhu sibuk sangat la ek, boleh tahan sebabnya aktiviti silih berganti tu yang sampai tak sempat nak ambil masa buat benda lain.

Saya balik raya seminggu, jadual penuh dengan kenduri je. Raya kali ni ramai buat kenduri kan, hampir setiap hari ada jemputan. Mak saya tu sampai 2, 3 kenduri sehari jemputannya. Selain kenduri, raya ni saya sakit gigi yang amat, spoil raya saya je. Nasib baik raya ke tiga tu dah pegi klinik, kalo tak meroyan la saya sepanjang raya. Masa balik ke Kuala Lumpur Alhamdulillah jalan tak teruk macam selalu jadi kami tidaklah kepenatan tak hengat dunia.

Family Day KEMO 2013 di Janda Baik yang sangat seronok

Kemudian, dua minggu selepas raya adalah program family day tahunan keluarga saya yang kami panggil sebagai KEMO. Tahun ni kami anjurkan luar dari Kelantan kerana dah lama tak buat, kali terakhir di Port Dickson pada tahun 2010. Lokasi kali ni dekat Janda Baik yang aman damai itu, hasil risikan cik Rozila dengan gigihya. Program berlangsung masa minggu merdeka lepas, orang lain sambut merdeka tapi kami bersuka ria main air di Janda Baik.Alhamdulillah tersangat la seronok bercuti dengan ahli keluarga saya yang ramai, bising dan besar-besar itu. Pergi mana-mana pun dengan mereka saya seronok. Rasa macam tak cukup je dua hari satu malam kat sana. Kami semua penat tapi sangat seronok bersuka ria.

Akhir sekali persiapan ke Jepun, sebenarnya tak banyak pun persiapannya tapi sebab saya ni sangat details jadi semua benda saya fikir. Kali pertama saya dan cik Rozila ke luar negara jadi kami harus membuat pasport. Alhamdulillah urusan itu sudah selesai, kami buat di UTC Pudu Sentral, boleh tahan la servis dia cuma ramai orang sikit la. Nasib baik jugak Jepun dah batalkan visa untuk rakyat Malaysia bulan Julai hari tu jadi kami tak payah memikirkan urusan visa itu. 

Tak sabar pulak nak ke Jepun
Minggu ni saya sibuk dengan persiapan akhir ke Jepun, macam-macam perkara nak dibeli dan dicari. Haha macam nak pergi sana empat tahun je kan, tak ada la banyak sangat membelinya tapi sebab kami ni tak tahan sejuk jadi kami shopping jugak la baju sejuk walaupun kami bukan pergi masa winter. Gambar kat atas tu cuma cuba-cuba je, Cik Rozila tak beli baju tebal macam penyelidik Yakult tu (bak kata Suhaina). InsyaAllah kami bertolak ke Jepun pada 21 september ni, doakan perjalanan kami selamat ok.

Itulah sedikit aktiviti saya yang tak sudah, jadual saya sudah penuh sehingga ke hujung tahun. Ada lagi trip ke Penang, raya haji dan majlis kawin BFF saya Cik Suhaina bulan desember ini. Jadi saya sudah tak mahu membuat apa-apa aktiviti yang memerlukan komitmen sehingga hujung tahun ni kerana saya sebenarnya bukanlah orang yang sangat suka berjalan-jalan, dua tiga kali setahun cukuplah. InsyaAllah perancangan aktiviti lain akan disambung ke tahun depan, huhu. 

p/s: Walaupun tak berapa suka berjalan tapi kalau ada orang nak sponsor saya jalan-jalan saya ok aje, haha (>_<)

Tuesday, June 11, 2013

Rindu budak-budak

Assalamualaikum...

Saya nak menulis entri baru hari ni tapi bila bukak laptop dah malam sangat la pulak jadi buat entri pendek je la. InsyaAllah dalam minggu ni saya akan menulis entri baru, dah lama sangat tak ada entri kan. Untuk entri pendek ni saya nak letak gambar anak-anak sepupu saya yang sangat comel itu. Baru seminggu lebih balik dari Kelantan pun saya dah rindu kat bebudak tu semua. Sangat comel mereka ni, buat saya ketawa je kalau balik kampung.

Aiman (biru), Airil (coklat) dan Icha (merah) yang comel (^_^)

Owwhhh saya rindu mereka-mereka ni, nanti raya baru boleh jumpa balik ni. Airil asyik tanya bila Che Ngah dan Che Teh dia nak balik lagi, bila bagitau lagi dua tiga bulan pening kepala dia nak kira tu, huhu. Ok la namanya entri pendek jadi saya harus berhenti la yek. Daaa.

p/s: Saya rindu kamu jugak wahai blog

Monday, April 8, 2013

Jom Mengundi

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Sedar tak sedar dah masuk bulan April ek, huhu macam sebulan sekali je menulis entri baru. Nak kata saya sangat sibuk tu tak adalah sangat tapi boleh tahan la sebab selalu je ada komitmen yang perlu di penuhi. Bila tak ada apa-apa nak buat pulak saya malas nak bukak blog sebab selalu balik lambat. Tiap kali menulis mesti bagi alasan kan, haha korang sabar je la sebab saya memang suka nak cerita kenapa buat-buat sibuk ni.

Betul tu, sibuk mana pun Solat jangan lupa (^_^)

Sambil menulis ni sambil tengok ABPBH, tau tak apa tu? Kalau korang tak tahu mesti korang tak duduk Malaysia ataupun tak suka tengok cerita hiburan tempatan. Anugerah Bintang Popular Berita Harian la, saya pun baru je keluar tengok sebenarnya. Tadi masa dengar lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi keluar tengok, maklum la peminat lagu rock kapak ni tak boleh dengar lagu-lagu 90an dia jadi teruja, haha motif?? Ini pun nak cerita ye dakk?? Tahniah la pada yang menang-menang semua ek.

Bulan ni dah mula terasa aura nak mengundi kan. Korang dah daftar belum? Rasanya kalau yang lebih kurang sebaya saya ni memang patut dah mendaftar sebab ini kali kedua saya mengundi. Hehe, agak teruja la jugak walaupun banyak kali saya terpaksa tunda percutian hanya kerana tarikh mengundi yang masih samar-samar tu. Walau apa pun undi korang sila buat keputusan yang korang rasa terbaik, bagi saya tak ada mana-mana parti yang lebih baik atau lebih buruk. Tengoklah calon yang anda akan undi tu dan buat keputusan, jangan mengundi membabi buta ek. Paling penting korang kena mengundi, baik menyesal salah undi daripada tak mengundi langsung. Bagi saya kalau korang tak mengundi maka korang tak ada hak nak cakap apa pasal parti, kerajaan dan yang seangkatan dengannya. Jadi jom KITA PILIH MENGUNDI!


Jom Mengundi!

Huhu, semangat tak saya? Saya ni orang Kelantan, jadi mengundi tu sangat meriah kat tempat kami ni. Kalau kat KL ni ada bendera merata-rata, kat Kelantan tu sampai tak nampak benda lain la selain bendera-bendera tu. Tahun ni pulak perang bendera agak kreatif sebab diaorang buat design macam-macam pulak, itu saya tengok masa balik Kemaman hari tu la. Tapi kadang-kadang bila tengok rasa macam membazir pulak diaorang ni. Apa pun selamat mengundi semua, ingat setiap undi tu penting bak kata pak cik Kennedy tu undi korang boleh membawa perubahan.

p/s: Jangan lupa jugak yang undi adalah rahsia jadi jangan tanya saya nanti saya undi siapa..(@_@)

Tuesday, March 19, 2013

Semangat yang Hilang

Assalamualaikum...

Apa khabar blog tersayang, saya sangat rindu sama kamu. Tak berniat nak meminggirkan kamu tapi kemalasan melanda diri, di tambah lagi dengan jadual saya yang sangat padat membuatkan saya tak berkesempatan nak menulis entri baru. Jadual buku saya juga sudah agak ketinggalan, sekarang saya ketinggalan empat buku, tak tahu la macam mana nak mengejar jadual saya tu.

Jom cari kembali semangat yang hilang (sambil nyanyi lagu semangat yang hilang XPDC tu)

Macam-macam alasan je ek, saya tak tahu la kenapa kemalasan yang amat melanda diri saya. Ada macam-macam perkara yang saya nak buat bulan ni sebenarnya, nak isi borang LHDN (efiling) lagi, nak memulakan perjalanan mengejar mimpi baru dan ada dua tiga niat yang nak ditunaikan tapi tak ada satu pun saya mulakan lagi. Apa nak jadi la, saya tahu tak baik bertangguh dalam pekerjaan ni tapi bila kemalasan melanda diri susahnya nak memaksa diri menaikan momentum diri, mencari semangat yang hilang.

Saya rasa saya perlu buat perancangan satu-satu ni, selalunya bila saya mahu buat dua tiga perkara pada satu masa saya jadi kelam kabut dan tak tahu mana nak mula dulu. Bila ada banyak perkara yang saya nak buat saya jadi terkejar-kejar nak cepat habiskan kerja padahal tak semua kerja saya tu perlu siapkan dalam masa terdekat, haihh. Kena setkan keutamaan ni, perkara yang penting dan yang perlu didahulukan mesti buat dulu, yang mana boleh buat kemudian kita ketepikan dulu. Hehe semoga semangat diri saya kembali semula ek.

"Bermimpilah, kerena tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu"
-Arai (Sang Pemimpi:Andrea Hirata)-

Macam ni la bila dah tak belajar, kalau dulu saya selalu sibuk jadi bila ada banyak kerja pun saya boleh buat sebab momentum diri tu tak pernah padam. Bila kita membiasakan diri membuat kerja semua akan jadi kebiasaan dan tak rasa tekanan sebab beban kerja yang banyak. Sekarang ni kan banyak bersenang-lenang, tu yang jadi manja sangat tu, penat sikit dah mula bising. Saya bercadang mahu memulakan mimpi baru sebenarnya tapi agak takut mahu memulakan perjalanan maka saya akan cuba memulakan sedikit-sedikit, pelan-pelan kayuh InsyaAllah kita akan sampai ke destinasi.

p/s: Doakan saya melaksanakan mimpi-mimpi saya ek (^_^)

Tuesday, January 29, 2013

Oh Suara..


Assalamualaikum...

Selamat kembali bekerja semua, hari ni saya di rumah kerana bercuti sakit. Perubahan cuaca di Kuala Lumpur yang asyik hujan sahaja membuatkan saya sakit tekak dan semalam saya kehilangan suara saya langsung tak boleh bercakap. Saya ke office jugak semalam walaupun tak ada suara dan tengah hari dah balik sebab saya tak boleh buat kerja, maklum la kerja saya ni perlu saya boleh bercakap.

Saya sangat stress tak boleh bercakap ni sebab nak berkomunikasi pun susah, geram sangat tak dapat nak sampaikan apa yang saya rasa. Pulak tu saya ni orang yang sangat suka bercakap jadi memang susah sangat rasanya nak diam tak bercakap. Baru merasai betapa besarnya nikmat boleh bersuara ni, saya memang tak boleh bayang langsung kalau saya tak boleh bercakap. Sebab dah terlalu biasa boleh bercakap kita tak tak menghargai dan bersyukur dengan nikmat yang kita ada. Macam-macam perkara tak boleh kita buat bila hilang suara ni tau jadi mari kita sama-sama hargai nikmat bersuara yang kita ada.

Jom merasa kebahagian dengan mensyukuri nikmat yang Allah beri (^_^)

Bila tak ada suara ni nak menyanyi pun tak boleh tau, hehe saya bukan la suka menyanyi sangat pun tapi kalau dengar lagu selalu la nak menyanyi sama-sama. Sekarang ni saya suka tengok Konsert Les Miserables, lagu-lagu Les Mes sangat sedap buat kita rasa nak menyanyi sama. Kalau saya buat kerja saya suka dengar lagu-lagu dari Les Mes, sekarang ni pun sambil menulis blog sambil dengar lagu Les Mes. Eh bercerita pasal Les Mes la pulak, lari dari tajuk dah ni.

Kagum pulak bila saya fikir yang saya tiba-tiba je hilang suara, Allah nak saya muhasabah diri dengan nikmatNya. Saya tak rasa sakit pun cuma batuk sikit-sikit je tapi langsung tak boleh nak keluarkan suara. Alhamdulillah hari ni dah keluar sedikit suara  walaupun ala-ala Ramli Sarip tapi ok la dari tak ada suara langsung kan. Doakan saya cepat sembuh ek, cuti sehari pun saya sangat bosan kat rumah ni kalau kena cuti lagi saya tak tahu la nak buat apa.

p/s: Saya geram jugak sebab tak boleh menyanyi dalam kereta, hehe saya kalau memandu sorang-sorang kerja dia melalak je dalam kereta.

Monday, January 28, 2013

Hujung Minggu

Assalamualaikum...

Salam permulaan minggu baru dan isnin biru (Monday Blues) untuk saya sebab saya kerja hari ni. Macam mana hujung minggu korang, mesti seronok kan sebab cuti sampai tiga hari. Orang wilayah persekutuan lagi  la minggu ni pun cuti tiga hari jugak sebab jumaat ni hari wilayah. Saya orang Selangor tak cuti tapi budak-budak rumah semua cuti, emm kalau Selangor kerja pun kemungkinan besar saya akan kerja jugak kan jadi tak kesah pun la. Hujung minggu lepas saya sangat seronok sebab macam-macam hal saya sempat buat, hantar parcel ke Along, bersantai dengan Cik Nuha, berombongan Cik Kiah ke Jalan TAR dan berjalan-jalan cari makan di Mines, huhu penuh aktiviti saya di hujung minggu kan.

My favorite days of the week (^_^)

Macam biasa saya selalu cerita saya jarang tak ada aktiviti di hujung minggu, maklum la kami orang bujang ni ada je aktiviti yang kami rancang. Kadang-kadang tu sampai saya rasa tak larat la asyik ke hulu ke hilir je, tapi kalau duk kat rumah je saya bosan pulak, rasa macam tak produktif je. Jadual saya sekarang sampai tengah bulan depan penuh je, banyak pulak perkara yang perlu saya hadiri dan janji untuk ditepati, huhu macam menteri pulak rasa dia. Selalunya kalau saya sibuk sangat saya malas nak menulis entri baru tapi tahun ni saya harap saya menulis banyak sikit sebab bila tengok bilangan entri tahun lepas tu sikit la sangat.

Minggu depan ada pesta buku 1Malaysia, saya sangatlah mahu pergi tapi ada komitmen yang akan membuatkan saya sibuk sepanjang hujung minggu depan. Ingatnya saya mahu mencuri masa ke sana jugak sebab saya ada beberapa buku yang sedang saya cari, kalau nak tunggu pesta buku antarabangsa bulan april ni lambat lagi. Cerita pasal buku, Alhamdulillah cabaran buku saya berjalan lancar dan setakat ni saya agak kehadapan dengan bacaan saya, doakan supaya momentum saya akan berterusan ek.

Awal tahun ni saya asyik bercerita tentang buku je kan, saya sangat seronok sebenarnya bila minat membaca saya kembali semula seperti zaman kanak-kanak remaja dulu, pantang jumpa buku semua nak baca. Emm saya dah mula rasa mengantuk la (saya menulis entri ni pukul 12 setengah pagi), esok pulak kena kerja jadi saya harus berhenti menaip. Kita jumpa lagi di entri seterusnya ek.

p/s: Thaipusam pun Oda kerja lagi, siapa nak ikut meh....

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum....

Salam Maulidur Rasul. Selawat dan Salam buat Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Cuti umum maulidur rasul korang buat apa? Oda macam biasa la, sambut maulidur rasul kat pejabat je, huhu. Tadi rasa macam nak menulis panjang je entri kali ni tapi tiba-tiba je tak tahu nak tulis apa. Apa pun harap cuti maulidur rasul korang bermakna ok, meh kita banyak-banyak selawat buat rasul junjungan semoga kita beroleh syafaat.


Salam Maulidur Rasul

p/s:  Sape nak ikut saya pergi kerja? Jommm....

Wednesday, January 16, 2013

Ulasan Buku Minggu 2 dan 3

Assalamualaikum...

Salam penuh ceria dari saya, gembira sangat hari ni sebab setelah dua minggu bergelandangan mencari air akhirnya air paip kami kembali mengalir seperti dulu, Alhamdulillah. Seksa tau hidup tanpa air ni, setiap masa nak kena risau pasal air, rasa nikmat sangat bila hidup kembali seperti biasa. Saya sebenarnya bukan nak cerita pasal air, nak cerita pasal cabaran buku saya tu la. Akhirnya saya berjaya menghabiskan 'The Great Gatsby' karya F. Scott Fitzgerald dan juga hari ini juga berjaya menghabiskan buku 'Ketuk Pintu Hati Dia' karya Ana Farhana jadi cabaran minggu 2 dan minggu 3 selesai. Nak buat ulasan buku ke tak ek, emm saya macam agak malas je nak menulis ulasan sebab kedua-dua buku ni saya kurang suka, boleh tahan je la. 

Minggu 2 : The Great Gatsby Oleh F. Scott Fitzgerald

The great gatsby ni buku 'american classic', dianggap sebagai salah satu great american novel. Saya sebenarnya tak faham tang mana yang hebat sangat entah, mungkin sebab penulis dia menulis tentang realiti hidup masa zaman tu kot. Saya rasa penulis meleret-leret bercerita tentang hal yang tak relevan padahal jalan cerita dia sebenarnya tak banyak pun. Sebenarnya dah lama nak baca buku ni jadi agak kecewa bila ia tidak memenuhi cita rasa saya. Masa saya google tentang buku ni saya dapat tahu yang ada filem adaptasi dari buku ni akan keluar tahun ni, Leonardo DiCaprio memegang watak utama. Dah tak berminat nak menonton filem ni sebab buku dia tak best tapi saya suka Leonardo sebab dia memang pandai pilih filem, saya suka hampir semua filem yang dia lakonkan. Walaupun saya rasa agak bosan membaca buku ni tapi itu sekadar pendapat saya sahaja, ramai je orang yang suka buku n.

The Great Gatsby Movie Adaptation

Minggu 3 :  Ketuk Pintu Hati Dia Oleh Ana Farhana

Buku seterusnya adalah Ketuk Pintu Hati Dia, emm novel ni pun agak biasa je, tidak termasuk dalam kategori kegemaran saya la. Boleh tahan sahaja jalan cerita dan gaya penceritaan dia, saya rasa agak kebudak-budakan sedikit. Perkara yang bagus tentang novel ni adalah ceritanya ringan, tidak terlalu berat yang buat kita rasa nak baling je buku bila baca jadi bila membacanya emosi saya tidaklah turun naik, hehe. Kadang-kadang bagus juga baca bacaan ringan sebab kita tak perlu berfikir sangat dan santai masa membaca. Saya ambil masa setengah hari je untuk habiskan buku ni, hehe maklum la baru lepas baca buku inggeris klasik, bila baca buku melayu laju je la jadinya. 

Pendek je kan ulasan saya, tak ada idea nak ulas macam mana. Agaknya semua entri baru saya akan bercerita tentang buku je ek lepas ni, harap korang tak rasa bosan bila baca. Bukan tak nak menulis entri tentang benda lain tapi sekarang ni tengah semagat membaca jadi saya tak ada idea nak tulis pasal benda lain. Sampai kita jumpa lagi di entri yang seterusnya ok (^_^).

p/s: Rasa macam tak percaya je bila sampai kat rumah tengok ada air mengalir dari paip, rasa nak menari-nari riang je, huhu.

Friday, November 2, 2012

Rindu

Assalamualaikum...

Salam rindu dari Oda untuk semua. Saya sangat rindu untuk menulis blog sebenarnya, pelbagai peristiwa berlaku dalam hidup saya dalam bulan october lepas, suka dan duka semua ada. InsyaAllah kalau berkesempatan saya akan menulis tentang peristiwa october saya. 

Saya rindu sama kamu (^_^)
Badan saya sangat penat sebenarnya kerana sekarang hari-hari saya menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja. Bayangkan rumah saya di Kuala Lumpur dan pejabat di Cyberjaya, menapak jugaklah untuk sampai. Minggu ni baru empat hari saya kerja (saya masih cuti raya isnin lepas) badan dah sakit-sakit dan lenguh-lenguh. Perjalanan lebih seronok berbanding memandu tapi penatnya dua kali ganda rasanya. Belum pun hilang penat ke pejabat, malam ini saya akan berjalan lagi, haihh.

Malam ni saya akan bergerak ke Pulau Pinang, percutian yang tidaklah dirancang sangat sebab saya dan Cik Rozila ke sana menemani Norlina yang menghadiri seminar di Wawasan Open Universiti Pulau Pinang. Dia ke seminar dan kami berdua ronda-ronda Georgetown tu. Pertama kali memandu ke sana, saya pernah ke Penang sekali je itupun sekejap sahaja dan Rozila tak pernah ke sana jadi kami sedikit cuak malam ni. Semoga perjalanan kami selamat, InsyaAllah.

p/s: Rasa macam nak demam la pulak...

Sunday, October 7, 2012

Hujung Minggu

Assalamualaikum..

Salam berhujung minggu kawan-kawan. Hujung minggu kali ini untuk saya adalah sangat menyeronokkan sebab saya tiada aktiviti sangat, cuma bersantai-santai dah menghabiskan masa bersama teman-teman baik saya. Sekali sekala saya perlu rehat macam ni, tak buat apa-apa pun cuma manjakan diri je sepanjang hari. 

Malam jumaat lepas keluar dengan sahabat kesayangan Cik Suhaina dan Cik Nuha. Kami dah agak lama tak keluar bersama, makan-makan sambil lepak di kedai mamak (owwhh..orang KL sungguh kami ni ek). Dapat kejutan cupcake yang sangat comel sempena hari lahir yang lepas, sweet je kan (^_^). Terima kasih untuk cupcakes yang sangat manis itu. 

Kami dan cupcakes (^_^)

Semalam pulak bersama Rozila dan Suhaina berkaraoke, hehe. Tak tahu nak buat apa semalam, tu yang ajak budak-budak ni karaoke tu. Nak tengok wayang tak ada cerita menarik sangat dan nak jalan-jalan kat KL ni sangat memenatkan. Tu yang pergi karaoke je tu, pusat karaoke tu baru je bukak dekat shopping mall dekat dengan rumah kitaorang, tak sampai 5 minit memandu dah sampai. Dah lama tak pergi melepaskan suara dan berangan ala-ala penyanyi. Sampai tak ada suara la menyanyi dengan Rozila dan Suhaina semalam.

Hari ni teman Rozila pergi office dia sebab dia ada keje. Saya tak buat apa kecuali menonton drama aje hari ni, bahagia sungguh hidup, hehe. Kalau hari-hari macam ni kan seronok. Minggu seterusnya saya sibuk memanjang, ada je aktiviti nak dibuat. Minggu depan InsyaAllah akan ke Skudai untuk konvo, tak sabar pulak sebenarnya. Balik dari Johor kami singgah Melaka sebab mak saya nak sangat jalan-jalan kat Melaka. Minggu selepas tu pulak ada annual dinner office, ingatkan tak nak pergi tapi ramai ajak jadi pergi jugak la. Minggu yang kemudian raya haji pulak, kami akan balik ke Kelantan lagi (yeayyy). 

Penuh aktiviti saya bulan ni, tu yang saya seronok sangat bersantai-santai minggu ni. Syukur Alhamdulillah dengan kelapangan ni. Saya harapkan hujung minggu korang semua pun seronok jugak ek.

p/s: Seronok duk kat office Rozila ni sebab internet dia laju giler, tengok drama online laju je, huhu.

Sunday, September 30, 2012

September

Assalamualaikum...

Salam lama tak bersua semua. Ehem ehem, tersekat-sekat nak menulis, maklum la dah sebulan lebih tak menulis. Saya bukan sangat sibuk atau tak ada masa tapi entahlah, kalau penulis boleh la cakap terkena 'writer's block' tapi saya bukan penulis kan jadi abaikan je la apa yang saya tulis ni (merapu la pulak). 

Rindu sama kamu semua (@_@)

Saya tak ada cerita menarik nak bercerita sebenarnya, saya lebih suka buat entri yang ada topik tapi tak ada idea la. Nak cerita pasal 'Belanjawan 2013' saya tak ada la teruja sangat sebab tak banyak pun kelebihan yang saya dapat dan saya tak nampak relevan dalam sesetengah peruntukan yang dibentangkan tu. Paling tak tahan tu yang bahagian 'Rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar bagi belia berpendapatan RM3,000 ke bawah'. Peruntukan ni diletakkan di bawah pembagunan komuniti, apa kena mengena belia kita memiliki telefon pintar dengan pembangunan komuniti pun saya tak tahu la, sampai RM300 juta tu yang tak tahan tu. Haihh, tulis pasal benda ni buat saya emosi je.

Bulan lepas saya bercuti ke Pulau Redang, percutian yang dah lama saya nak buat tapi tak berkesempatan. Alhamdulillah percutian ni berjalan lancar je, Redang adalah sangat cantik (Subahanallah). Pertama kali saya ber-snorkeling menikmati keindahan lautan, ikan dan batu karang, cantik sungguh ciptaan tuhan kan. Walaupun cuaca pulau yang panas dan kami kehitaman tapi semuanya berbaloi dengan keindahan sekeliling. Tapi dalam cantiknya Redang tu ada cacatnya jugak, kebanyakkan orang kat sana tak agak-agak, tak kira la yang islam atau yang bukan islam tu macam lebih kurang je. Jadi bila kita tengok dari segi ni Pulau Redang tu cacat dengan perkara yang tidak sepatutnya, sedih tengok orang kita berkelakuan seperti orang bukan islam ni.

Cuti-cuti di Redang dan jalan-jalan di KLIA, huhu.

Minggu lepas kami sekeluarga dan kawan-kawan menghantar Along ke KLIA, seperti yang saya cerita pada entri sebelum ni Along akan ke Jepun selama setahun setengah. Sayu tengok ibu saya menangis berpisah dengan Along, dia tak biasa anak-anak dia pergi jauh sangat ni. Alhamdulillah Along dah selamat sampai di Jepun dua tiga hari lepas. Nampak gayanya dah boleh sesuaikan diri dengan tempat orang, nasib baik kawan Along tinggal agak dekat dengan Along kat sana jadi boleh la tolong tengok-tengokan Along. Harapnya Along ok je la kat sana ek, doa kami sentiasa bersama Along (^_^) InsyaAllah.

Bulan depan pulak saya akhirnya sampai juga hari konvokesyen saya, Alhamdulillah. Masa dapat tahu tarikh konvo tu saya dah teruja tak ingat dunia dah, hehe. Sampai juga masa yang di nanti, InsyaAllah bulan depan saya akan ke UTM Skudai untuk upacara konvokesyen tu. Kalau korang ada di sana jom la kita jumpa, kalau nak kasi bunga tu sangat dialu-alukan. Saya konvo pada 13 oktober 2012, sesi pagi. Doakan semuanya akan berjalan lancar ok. 

 Kamera baru Oda *saya sangat teruja (>_<)

Disebabkan Along dah ke Jepun maka kami semua tak ada kamera la sebab selalunya guna kamera Along je. Kebetulan pulak konvo bulan depan jadi saya buat keputusan nak beli kamera baru. Separuh hari berjalan di Low Yat Plaza semalam cari kamera akhirnya saya beli jugak kamre Nikon 1 J1 warna merah yang comel itu (sila lihat gambar di atas), huhu. Tak sabar pulak nak ambil gambar ni, mula-mula tu saya ingat nak beli DSLR tapi bila fikir saya ni bukan suka sangat fotografi jadi beli yang biasa-biasa je la, janji gambar cantik. Emm panjang bejela dah entri saya ni, harus berhenti ni. Harap-harap saya rajin sedikit menulis entri baru selepas ni ek.

p/s: Lupa pulak, terima kasih kepada semua yang mengucapkan dan meraikan hari lahir saya dan Cik Rozila pada 11 haribulan yang lepas. Sayang korang semua (^_^).

Sunday, August 26, 2012

Cerita Raya 2012

Assalamualaikum...

Salam 8 Syawal untuk semua. Walaupun agak terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Taqabbalallahu minna wa minkum, semoga Allah menerima amalan kita semua (^_^). Kalau ada salah dan silap saya pohon maaf yek. Saya bercuti selama 10 hari, tahun ni cuti raya saya sangat menyeronokkan dengan macam-macam kisah.

Cerita 1: Rakan Cop

Kenapa saya nak bercerita tentang Rakan Cop? Hehe, mesti ramai yang dah tahu Rakan Cop ada buat program rondaan sempena balik kampung untuk perayaan kan. Setiap tahun kami akan menghantar sms ke Rakan Cop untuk menyampaikan maklumat balik kampung tapi tahun ni Rakan Cop sangat efisyen. Kami pulang ke kampung dengan hati yang senang. Kat bawah ni saya letak gambar cerita tentang program balik kampung rakan cop.

Proses pemberitahuan balik kampung (^_^)

Apabila korang hantar sms maklumat balik kampung korang, rakan cop akan hantar maklumat ke balai polis yang berhampiran dengan rumah korang. Diaorang siap akan telefon korang kalau ada apa-apa maklumat yang kurang lengkap. Rondaan akan dilakukan secara berkala ke rumah korang dan kalau diaorang menemui apa-apa yang mencurigakan diaorang akan telefon korang untuk bagitau. Borang rondaan akan diletakkan dalam peti surat korang sebagai bukti. Memang banyak la borang rondaan tu kitaorang dapat. Terima kasih PDRM dan Rakan Cop!

........................................................................................................................................

Cerita 2: Syawal 1433H

Pada 1 Syawal tahun ni, kami sekeluarga tak duduk di rumah seperti tahun-tahun lepas, banyak keluar menziarahi sanak saudara. Biasanya hari raya pertama kami di rumah je lepas ke kubur di pagi raya tapi tahun ni Along nak beraya kat kampung Abah jadi sepanjang hari raya pertama tu berjalan je.

Aidilfitri 2012 (^_^)

Raya tahun ni juga banyak majlis di rumah, mak ayah saya dan makcik saya buat kenduri kesyukuran. Mak ayah saya buat majlis kesyukuran untuk Along dan Abe, Along dapat tawaran kursus ke Jepun selama setahun setengah dan Abe sebab pembedahan tangan dia ok. Adik saya tu tangan patah dan kena dimasukkan besi untuk sokong tangan dia. Makcik saya pulak sebab adik sepupu saya dapat tawaran ke universiti. Tahun ni kami agak sibuk dengan kenduri, ada lagi jemputan kenduri dari sanak saudara lain juga. Agak kepenatan saya sepanjang cuti ni tapi dalam penat-penat tu boleh lagi pegi jalan-jalan ke Wakaf Che Yeh sampai dua kali, hehe.

........................................................................................................................................

Cerita 3: Along akan ke Jepun

Seperti yang saya dah cakap dalam cerita 2, Along akan berkursus di Jepun selama setahun setengah. InsyaAllah hujung bulan depan Along akan ke sana. Dia dapat tawaran 'Teacher Training Program' tajaan kerajaan Jepun dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Walaupun namanya kursus tapi lama la jugak setahun setengah tu, cuak jugak dia nak ke negara yang tak bercakap bahasa Inggeris ni. Bagus jugak la kan, boleh la belajar bahasa baru.

Good Luck Along!

Along yang nak ke Jepun, kitaorang pulak yang excited terlebih, huhu. Siap dah boleh pelan nak jalan-jalan ke Jepun tahun depan, hehe InsyaAllah. Ma agak sedih sebab Along nak pegi lama, entah balik ke tak raya tahun depan pun tak tahu lagi. Biasa la, tak pernah ada lagi anak dia pergi jauh yang susah nak balik kan. Semoga semuanya dipermudahkan buat Along, nak duduk sorang-sorang negara orang yang Islam adalah minoriti ni agak susah juga tapi InsyaAllah Along akan ok. Along, ganbatte kudasai!

........................................................................................................................................

Cerita 4: Jodoh

Waa, tajuk cerita tak tahan kan. Macam biasa la kan, orang yang umur macam saya ni (muda lagi ek) bila balik kampung semua orang akan tanya soalan cepu emas 'bila Angah nak kawin'. Emm saya sebenarnya tak kesah pun kalau orang tanya, biasanya yang tanya ni mak saya dan makcik-makcik saya. Diaorang tanya tu sebab diaorang ambil berat jadi biasanya saya layankan je mak dan makcik-makcik saya ni. Walaupun ada soalan cepu emas tapi keluarga saya tak adalah membebankan saya sangat untuk cari jodoh ni, tak ada paksa-paksa suruh cari jodoh ni.


Ramai orang bising bila orang tua tanya soalan ni, kadang-kadang diaorang tanya sebab nak berbual dengan kita je, nak cari topik berbual. Jangan la marah atau kecil hati bila orang tua tanya soalan pasal jodoh, kadang-kadang kita pun tanya soalan yang sama kat orang lain jugak. Saya tak risau sangat pasal jodoh sebab semua ni kerja tuhan. Semua orang ada jodoh masing-masing, InsyaAllah kalau tak bertemu di dunia akan jumpa di akhirat nanti. Korang semua doakanlah semoga saya jumpa jodoh ek, boleh belanja korang makan nasi minyak nanti, (-_-) huhu malu pulak cerita pasal ni.

........................................................................................................................................

Haihh, panjang lebar saya bercerita pulak kan. Biasa la dah berapa lama tak menulis, bila dah mula macam tak nak berhenti je. Ada lagi nak cerita tapi saya dah malas nak menaip dan susun ayat. Tahun ni saya balik kampung terus dari Kuala Lumpur ke Kelantan tapi tak bising pasal jalan yang jauh dan jammed kan. Saya rasa mungkin sebab dua tiga tahun ni dah selalu sangat memandu ke Kelantan jadi dah terbiasa, perjalanan tahun ni tak memenatkan seperti sebelum-sebelum ni. Inilah semua cerita raya saya tahun ni, harapnya raya korang pun seronok juga la ek.

p/s: Kena kerja hari ni, macam biasa la mood kerja tu slow sikit datang. Selamat mengharungi Monday Blues (@_@) untuk semua yang mula kerja hari ni.

Thursday, July 5, 2012

Menikmati Kelapangan

Assalamualaikum...

Apa khabar semua, salam nisfu syaaban. Kejap je kan ramadhan datang lagi, tinggal 15 hari je untuk kita memasuki bulan ramadhan. Agak-agak dah sedia belum, yang belum habis ganti puasa tu sila la cepat-cepat ganti ek, hutang kena la bayar cepat kan.

Kali ni saya nak cerita pasal sambung belajar lagi. Huhu, bosan tak asyik dengar cerita pasal study je. Saya nak sambung belajar lagi ke? Oohh tidak dalam masa terdekat ni, saya masih nak merehatkan minda saya, tak puas lagi bercuti ni. Awal minggu hari tu dapat tawaran sambung PhD di UTM, emm UTM tawarkan semua pelajar sarjana yang baru habis untuk sambung PhD. Seronok pulak bila tengok surat tawaran tu, agak tergoda tapi saya masih tak mampu nak memberi komitmen sebesar itu. InsyaAllah setahun dua lagi baru saya akan fikir lagi nak sambung PhD ni.

Huhu, agak tergoda tengok surat tawaran (@_@)

Saya menulis blog ni sambil menonton Hum Sath Sath Hain jadi agak terganggu menulis, asyik berhenti je. Serius saya sangat suka cerita ni, filem yang memang akan buat saya menangis setiap kali tengok. Saya memang suka cerita hindustan (emm apa la cerita yang oda tak suka kan), kebanyakkan filem kegemaran saya cerita lama, filem hindustan yang baru tak best macam dulu sebab dah macam filem mat saleh je.

Saya sangat gembira sebulan dua ni, menikmati kelapangan dengan sepenuhnya. Alhamdulillah saya dah boleh memenuhi jemputan majlis kawan-kawan, minggu lepas tiga majlis dapat dihadiri. Terima kasih atas jemputan semua, seronok sebab boleh jumpa kawan lama dan berbual-bual. Dapat tengok anak Che Mah dan Ayob yang comel tapi tak boleh nak pegang sebab saya selsema, comel sehh anak Che Mah (dah jadi mak orang Che Mah ek, kita rasa macam tak percaya je, huhu). Minggu lepas juga buat pertama kali juga saya menghadiri majlis perkahwinan India, tersangat meriah majlis dia. Kawan sepejabat saya kawin, jadi ramai la budak-budak ofis saya yang datang. Sekali sekala jumpa di luar pejabat seronok jugak.

Tengok Sathesha pakai sari rasa macam dalam cerita hindustan lak (^_^)

Minggu ni pulak cadangnya saya nak balik Kemaman tapi tak jadi sebab mak saya nak balik Kelantan. Hujung minggu ni, sepupu saya jemput sambut hari jadi anak dia, dia nak sambut kat Taman Tasik Perdana sambil berpiknik sama-sama. Tak sabar pulak nak pergi sabtu ni, saya kan memang suka pergi situ. Rindu nak jumpa anak sepupu saya gak, dah setahun dah Iman ni. Kalau korang pergi Taman Tasik Perdana sabtu ni bagitau la ek, boleh kita jumpa (*_*).

Alhamdulillah dengan kelapangan yang saya ada, rasa bahagia membuat pelbagai perkara bersama kawan-kawan dan keluarga. Tapi nikmat kelapangan ni buat saya jadi makin malas, rasa macam tak produktif. Nak menulis blog pun saya malas sekarang, makin suka bersenang lenag je. Saya bercadang nak belajar main gitar dan belajar mengait bila ada masa tapi malas pulak nak mula. Belajar main gitar tu bukan sebab nak jadi penyanyi ek, suara saya tak sedap pun. Kenapa saya nak belajar main gitar, saya mahu belajar sesuatu yang berlainan lagi pun saya dah lama nak belajar main alat muzik. Saya perlu merajinkan diri semula, kalau nak mula sesuatu kena rajin sket, mimpi tak bermakna kalau sekadar cakap je.

p/s: Agak-agak boleh ke Oda main gitar ek, huhu.

Tuesday, June 12, 2012

Akhirnya

Assalamualaikum...

Salam lama tak bersua, susah betul nak menulis blog sekarang kan. Jadual saya penuh dua bulan ni jadi sentiasa tak ada masa nak buat benda lain, kalau ada masa saya lebih suka bersantai menghadap hobi kegemaran saya iaitu baca buku dan menonton drama atau filem. Hobi tu untuk hilangkan 'stress' banyak sangat kerja dua bulan ni.

Hari ni saya periksa akhir untuk semester ni dan juga yang terakhir dalam pengajian saya. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa halangan atau kena ulang subjek balik maka saya akan menamatkan pengajian sarjana saya. Rasa gembira yang amat, saya dah tak larat membaca buku-buku dan menulis report projek saya tu. Minggu depan dah boleh hantar salinan berjilid, huhu. Harapnya segala penat lelah selama dua tahun ini akan membuahkan hasil. Bila semua dah berakhir rasa sangat seronok, saya boleh memulakan mimpi baru. Alhamdulillah. (^_^)

It's Over (^_^)

Minggu lepas saya bercuti seminggu untuk balik bercuti ke Kelantan bersama keluarga saya yang sangat comel itu. Setiap kali memandu balik ke Kelantan saya rasa sangat penat, agak-agak bila la kami boleh dapat 'highway'? Perjalan yang sepatutnya tak berapa lama menjadi lama kerana saya adalah pemandu yang tak biasa memandu di jalan seperti itu, sakit seluruh badan dibuatnya. Pulak tu banyak bukit bukau dan jalan yang macam ular, pening seh.

Cuti kali ini saya sekali lagi ke Cameron Highland, hehe korang mesti ingat saya suka betul ke sana kan. Kali ni mak dan ayah saya mahu ke sana, yela anak dia asyik pergi sana je kan. Lagipun Cameron dekat dengan Kelantan jadi alang-alang dah balik sana kami pergi la bercuti di Cameron sekejap, kali ni lagi seronok kerana semua ahli keluarga bercuti bersama. Walaupun ramai orang kat Cameron tu (biasa la cuti sekolah) tapi ok je sebab dah lama tak bersantai-santai dengan mak ayah saya. Korang pun kalau ada masa bawak la mak ayah korang jalan-jalan, tak payah pergi jauh pun dekat-dekat pun diaorang dah hepi.

Lari dari tajuk pulak kan, hehe nak jugak cerita pegi Cameron tu. Ok la saya dah tak ada idea nak tulis apa dan nak sambung balik berjimba, esok dah kena kerja balik (malassnyaa).

p/s: Kalau saya cakap saya nak cuti lagi boleh tak, macam tak cukup je cuti seminggu (@_@)

Wednesday, May 23, 2012

Cuti-Cuti Lagi

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat, semoga kamu semua baik-baik sahaja. Salam menyambut Bulan Rejab buat korang, semoga kita semua dipertemukan dengan Ramadhan, InsyaAllah. Sunyi sepi blog saya seminggu dua ni kan, saya bukan sibuk kerja atau belajar tapi sibuk berjalan-jalan, hehe. 

Dua minggu berturut-turut saya bercuti jadi amat malas nak menulis blog. Rancangan bercuti ni semua dah lama, tu yang berturut-turut tu. Sekali lagi saya ke Cameron Highland tapi kali ni pergi dengan Rozila, Along dan Syuhada, pergi 12 Mei lepas pada tarikh harijadi Along jadi percutian kali ni untuk sambut harijadi Along jugak la. Kemudian minggu lepas kami satu rumah - saya, Along, Rozila dan Na dan juga Kak Hada ke Port Dickson menghabiskan hujung minggu kami disana.

Menikmati cuaca sejuk Cameron (^_^)

Alhamdulillah percutian kali ni menghilangkan tekanan saya, sakit kepala pun dah berkurang sejak saya balik dari Cameron. Walaupun baru ke sana dua bulan lepas, percutian kali ini pun seronok juga. Seronok berjalan dalam cuaca sejuk ni sebab tak penat dan rasa nyaman sentiasa. Rozila agak suka berjalan-jalan jadi kali ni kami banyak berjalan-jalan sekitar Cameron berbanding percutian yang lepas kami cuma bersantai-santai sepanjang percutian tu.

Kepanasan di PD tapi nak jugak ambil gambar (^_^)

Trip ke Port Dickson juga seronok, bersantai-santai melihat pantai (walaupun tak secantik pantai Terengganu). Dah lama tak ke sini, sebelum ni selalu la jugak bercuti di PD. Cuaca dia PD sangatlah panas, saya memang tak tahan berjalan-jalan kalau kepanasan ni, nasib baik bersantai-santai sahaja jadi kurang la kepenatan tu. Kitaorang banyak melawat muzium, tiga muzium yang kami pergi - Muzium Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD), Muzium Tentera Darat dan Muzium Kota Lukut.. Paling seronok dengan PD ni adalah sebab dekat dengan Kuala Lumpur jadi perjalanan ke sana kurang memenatkan. Kalau korang tak tahu nak jalan-jalan di mana dan nak ke tempat yang dekat sila la ke PD, makanan kat sini agak sedap jugak.

Beza kan gambar di Cameron dan PD, sebab cuaca di sana jadi gambar nampak lain di kedua-dua tempat. Satu sejuk dan satu lagi panas, walaupun saya tak suka cuaca sejuk tapi cuaca panas lagi saya tak tahan. Awal bulan depan saya akan bercuti panjang pulang ke kampung untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang pulak. Masih ada assignment dan pembetulan projek yang perlu disiapkan dalam masa seminggu ni, harap semuanya berjalan lancar la ek.

p/s: Jom kita jalan-jalan Kelantan pulak lepas ni (^_^)

Wednesday, May 9, 2012

Projek Akhir

Assalamualaikum...

Salam lama tak bersua. Saya baru sahaja melalui minggu yang sangat menguji ketahanan diri saya. Tanggal 7 hb Mei adalah tarikh akhir menhantar 'report' projek akhir saya, saya sangat tertekan untuk menyiapkan 'report' itu sehingga hari ini walau sudah dua hari berlalu badan saya masih kelesuan kerana tekanan yang kuat. Saya tak pernah se'stress' ni, sampai termimpi-mimpi la.

Kerana asyik terbangun malam saya kekurangan tidur dua hari ni, haihh penat seh. Saya harap ini semua tak berpanjangan sebab saya dah tak larat sangat. Asyik merungut je saya ni kan walau pun kepenatan saya bersyukur kerana berjaya menyiapkan 'report' dalam masa yang ditetapkan. Saya dah tak tahan asyik ke perpustakaan dah, lepas ni saya nak rehat-rehat di rumah je.Minggu depan saya ada perbentangan projek lagi, doakan saya ek.

-Sedang berusaha untuk menaiki tangga (@_@) -
 
Minggu ini saya akan ke Cameron Highland lagi, kali ini dengan Rozila sekali. Kalau ikutkan saya mahu berehat-rehat di rumah je tapi dah lama merancang nak pergi dengan Rozila dan kebetulan pulak sabtu ni hari jadi Along jadi sambut hari lahir Along jugak la kali ni. Harapnya saya dapat kurangkan 'stress' saya dengan melihat kehijauan pokok-pokok teh itu walaupun saya tak berapa suka dengan suhu yang sejuk.

Teringat pada sesuatu, kita dah nak memasuki bulan Rejab ni bermakna ada lebih kurang dua bulan lebih je kita nak ke bulan Ramadhan, semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan akan datang, InsyaAllah. Akak-akak kalau yang ada puasa yang nak diganti boleh la mula ek, berapa hari lagi tinggal ni. Hehe, saya suka bulan Ramadhan, tak sabar rasanya nak puasa.

p/s: Harap-harap trip kali ni tak terkena mabuk kereta macam trip hari tu (^_^)

Wednesday, April 18, 2012

Acrophobia di Genting

Assalamualaikum...

Salam ceria untuk semua (^_^). Pelik je tajuk entri kali ni kan, acrophobia tu orang kita panggil gayat. Saya memang ada penyakit gayat yang agak serius, hehe kalau duk tempat tinggi lemah badan. Hujung minggu lepas saya berjalan-jalan ke Genting bersama kembar saya - Cik Rozila, sahabat selamanya aka BFF saya - Cik Nuha Huda dan Cik Suhaina dan juga adik saya - Abe. Penat seh jalan-jalan genting sebab tempat tu sangatlah besar dan dengan sign yang tak berapa membantu buat kitaorang asyik sesat je.

Bergambar tak ingat (^_^)

Genting agak tak sesuai untuk orang yang acrophobia macam saya ni sebab apa pun tak boleh main, tengok je la orang lain main. Naik ke genting kitaorang naik kereta kabel, pengalaman pertama saya menaiki kereta kabel. Yang pasti itu akan jadi kali terakhir saya naik kereta kabel, rasa macam hilang separuh nyawa saya. Orang yang tak gayat mesti tak faham kan perasaan orang gayat ni, takut giler tau. Apa pun, walaupun saya tak berpeluang main banyak benda tapi berjalan-jalan dengan keluarga dan kawan-kawan tetap menyeronokkan.

p/s: Lepas ni saya tak mahu ke genting dah, pengalaman naik kereta kabel tu sangat menakutkan (@_@)