Tuesday, June 12, 2012

Akhirnya

Assalamualaikum...

Salam lama tak bersua, susah betul nak menulis blog sekarang kan. Jadual saya penuh dua bulan ni jadi sentiasa tak ada masa nak buat benda lain, kalau ada masa saya lebih suka bersantai menghadap hobi kegemaran saya iaitu baca buku dan menonton drama atau filem. Hobi tu untuk hilangkan 'stress' banyak sangat kerja dua bulan ni.

Hari ni saya periksa akhir untuk semester ni dan juga yang terakhir dalam pengajian saya. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa halangan atau kena ulang subjek balik maka saya akan menamatkan pengajian sarjana saya. Rasa gembira yang amat, saya dah tak larat membaca buku-buku dan menulis report projek saya tu. Minggu depan dah boleh hantar salinan berjilid, huhu. Harapnya segala penat lelah selama dua tahun ini akan membuahkan hasil. Bila semua dah berakhir rasa sangat seronok, saya boleh memulakan mimpi baru. Alhamdulillah. (^_^)

It's Over (^_^)

Minggu lepas saya bercuti seminggu untuk balik bercuti ke Kelantan bersama keluarga saya yang sangat comel itu. Setiap kali memandu balik ke Kelantan saya rasa sangat penat, agak-agak bila la kami boleh dapat 'highway'? Perjalan yang sepatutnya tak berapa lama menjadi lama kerana saya adalah pemandu yang tak biasa memandu di jalan seperti itu, sakit seluruh badan dibuatnya. Pulak tu banyak bukit bukau dan jalan yang macam ular, pening seh.

Cuti kali ini saya sekali lagi ke Cameron Highland, hehe korang mesti ingat saya suka betul ke sana kan. Kali ni mak dan ayah saya mahu ke sana, yela anak dia asyik pergi sana je kan. Lagipun Cameron dekat dengan Kelantan jadi alang-alang dah balik sana kami pergi la bercuti di Cameron sekejap, kali ni lagi seronok kerana semua ahli keluarga bercuti bersama. Walaupun ramai orang kat Cameron tu (biasa la cuti sekolah) tapi ok je sebab dah lama tak bersantai-santai dengan mak ayah saya. Korang pun kalau ada masa bawak la mak ayah korang jalan-jalan, tak payah pergi jauh pun dekat-dekat pun diaorang dah hepi.

Lari dari tajuk pulak kan, hehe nak jugak cerita pegi Cameron tu. Ok la saya dah tak ada idea nak tulis apa dan nak sambung balik berjimba, esok dah kena kerja balik (malassnyaa).

p/s: Kalau saya cakap saya nak cuti lagi boleh tak, macam tak cukup je cuti seminggu (@_@)