Tuesday, May 18, 2010

Mimpi-mimpi Oda

Assalamualaikum...

I have a dream, gambar ambil dari encik Google

Baru lepas dari minggu yang sibuk dan memenatkan, saya gembira esok saya akan kembali bercuti selama 3 hari. Sepanjang cuti minggu lepas berada di hospital sungai buloh, sepupu masuk hospital. Tak tahu sakit apa tapi dia muntah darah yang sangat banyak, alhamdulillah minggu ni dah boleh keluar hospital. Sepanjang di hospital sungai buloh banyak kembalikan nostalgia kami (keluarga saya) tahun lepas berkampung di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) semasa sepupu saya menjalani pembedahan jantung. Bila tengok orang sakit buat saya insaf, ingat lima sebelum lima, sihat sebelum sakit.

Kata ulama, jangan tertipu dengan usia muda kerana mati itu tidaklah syaratnya tua. Dan jangan juga tertipu dengan kesihatan tubuh kerana bukanlah sakit saja syarat menyambut ajal.

Selain berita yang kurang menyenangkan ini, saya menerima satu berita gembira. Akhirnya saya akan sambung belajar tapi separuh masa je la. Saya masih sayangkan pendapatan sekarang, tak mampu nak buat sepenuh masa. Tinggal bersama dengan rakan serumah (housemate) yang semuanya sedang sambung belajar membuatkan saya juga mahu sambung belajar, huhu. Saya memang bercadang sambung belajar tahun ni, rindu nak kembali belajar. Lagipun azam saya tahun ini adalah nak jadi 'Sang Pemimpi', sambung belajar adalah salah satu mimpi saya.


Saya gembira saya baca buku Sang Pemimpi sebab ia membuat saya mahu menjadi sang pemimpi (dreamer). Banyak lagi mimpi-mimpi yang saya ingin capai, insyaAllah saya akan cuba laksanakan satu demi satu. Apa-apa pun mimpi tak akan menjadi nyata tanpa usaha, yang penting kenalah berani untuk memulakan langkah pertama, jom kita kejar mimpi kita.

p/s: cerita pasal mimpi buat saya rasa mengantuk..lambatnya habis keje (+_+) ZZzzZzzzz..

No comments: