Showing posts with label Sang Pemimpi. Show all posts
Showing posts with label Sang Pemimpi. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Semangat yang Hilang

Assalamualaikum...

Apa khabar blog tersayang, saya sangat rindu sama kamu. Tak berniat nak meminggirkan kamu tapi kemalasan melanda diri, di tambah lagi dengan jadual saya yang sangat padat membuatkan saya tak berkesempatan nak menulis entri baru. Jadual buku saya juga sudah agak ketinggalan, sekarang saya ketinggalan empat buku, tak tahu la macam mana nak mengejar jadual saya tu.

Jom cari kembali semangat yang hilang (sambil nyanyi lagu semangat yang hilang XPDC tu)

Macam-macam alasan je ek, saya tak tahu la kenapa kemalasan yang amat melanda diri saya. Ada macam-macam perkara yang saya nak buat bulan ni sebenarnya, nak isi borang LHDN (efiling) lagi, nak memulakan perjalanan mengejar mimpi baru dan ada dua tiga niat yang nak ditunaikan tapi tak ada satu pun saya mulakan lagi. Apa nak jadi la, saya tahu tak baik bertangguh dalam pekerjaan ni tapi bila kemalasan melanda diri susahnya nak memaksa diri menaikan momentum diri, mencari semangat yang hilang.

Saya rasa saya perlu buat perancangan satu-satu ni, selalunya bila saya mahu buat dua tiga perkara pada satu masa saya jadi kelam kabut dan tak tahu mana nak mula dulu. Bila ada banyak perkara yang saya nak buat saya jadi terkejar-kejar nak cepat habiskan kerja padahal tak semua kerja saya tu perlu siapkan dalam masa terdekat, haihh. Kena setkan keutamaan ni, perkara yang penting dan yang perlu didahulukan mesti buat dulu, yang mana boleh buat kemudian kita ketepikan dulu. Hehe semoga semangat diri saya kembali semula ek.

"Bermimpilah, kerena tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu"
-Arai (Sang Pemimpi:Andrea Hirata)-

Macam ni la bila dah tak belajar, kalau dulu saya selalu sibuk jadi bila ada banyak kerja pun saya boleh buat sebab momentum diri tu tak pernah padam. Bila kita membiasakan diri membuat kerja semua akan jadi kebiasaan dan tak rasa tekanan sebab beban kerja yang banyak. Sekarang ni kan banyak bersenang-lenang, tu yang jadi manja sangat tu, penat sikit dah mula bising. Saya bercadang mahu memulakan mimpi baru sebenarnya tapi agak takut mahu memulakan perjalanan maka saya akan cuba memulakan sedikit-sedikit, pelan-pelan kayuh InsyaAllah kita akan sampai ke destinasi.

p/s: Doakan saya melaksanakan mimpi-mimpi saya ek (^_^)

Thursday, July 5, 2012

Menikmati Kelapangan

Assalamualaikum...

Apa khabar semua, salam nisfu syaaban. Kejap je kan ramadhan datang lagi, tinggal 15 hari je untuk kita memasuki bulan ramadhan. Agak-agak dah sedia belum, yang belum habis ganti puasa tu sila la cepat-cepat ganti ek, hutang kena la bayar cepat kan.

Kali ni saya nak cerita pasal sambung belajar lagi. Huhu, bosan tak asyik dengar cerita pasal study je. Saya nak sambung belajar lagi ke? Oohh tidak dalam masa terdekat ni, saya masih nak merehatkan minda saya, tak puas lagi bercuti ni. Awal minggu hari tu dapat tawaran sambung PhD di UTM, emm UTM tawarkan semua pelajar sarjana yang baru habis untuk sambung PhD. Seronok pulak bila tengok surat tawaran tu, agak tergoda tapi saya masih tak mampu nak memberi komitmen sebesar itu. InsyaAllah setahun dua lagi baru saya akan fikir lagi nak sambung PhD ni.

Huhu, agak tergoda tengok surat tawaran (@_@)

Saya menulis blog ni sambil menonton Hum Sath Sath Hain jadi agak terganggu menulis, asyik berhenti je. Serius saya sangat suka cerita ni, filem yang memang akan buat saya menangis setiap kali tengok. Saya memang suka cerita hindustan (emm apa la cerita yang oda tak suka kan), kebanyakkan filem kegemaran saya cerita lama, filem hindustan yang baru tak best macam dulu sebab dah macam filem mat saleh je.

Saya sangat gembira sebulan dua ni, menikmati kelapangan dengan sepenuhnya. Alhamdulillah saya dah boleh memenuhi jemputan majlis kawan-kawan, minggu lepas tiga majlis dapat dihadiri. Terima kasih atas jemputan semua, seronok sebab boleh jumpa kawan lama dan berbual-bual. Dapat tengok anak Che Mah dan Ayob yang comel tapi tak boleh nak pegang sebab saya selsema, comel sehh anak Che Mah (dah jadi mak orang Che Mah ek, kita rasa macam tak percaya je, huhu). Minggu lepas juga buat pertama kali juga saya menghadiri majlis perkahwinan India, tersangat meriah majlis dia. Kawan sepejabat saya kawin, jadi ramai la budak-budak ofis saya yang datang. Sekali sekala jumpa di luar pejabat seronok jugak.

Tengok Sathesha pakai sari rasa macam dalam cerita hindustan lak (^_^)

Minggu ni pulak cadangnya saya nak balik Kemaman tapi tak jadi sebab mak saya nak balik Kelantan. Hujung minggu ni, sepupu saya jemput sambut hari jadi anak dia, dia nak sambut kat Taman Tasik Perdana sambil berpiknik sama-sama. Tak sabar pulak nak pergi sabtu ni, saya kan memang suka pergi situ. Rindu nak jumpa anak sepupu saya gak, dah setahun dah Iman ni. Kalau korang pergi Taman Tasik Perdana sabtu ni bagitau la ek, boleh kita jumpa (*_*).

Alhamdulillah dengan kelapangan yang saya ada, rasa bahagia membuat pelbagai perkara bersama kawan-kawan dan keluarga. Tapi nikmat kelapangan ni buat saya jadi makin malas, rasa macam tak produktif. Nak menulis blog pun saya malas sekarang, makin suka bersenang lenag je. Saya bercadang nak belajar main gitar dan belajar mengait bila ada masa tapi malas pulak nak mula. Belajar main gitar tu bukan sebab nak jadi penyanyi ek, suara saya tak sedap pun. Kenapa saya nak belajar main gitar, saya mahu belajar sesuatu yang berlainan lagi pun saya dah lama nak belajar main alat muzik. Saya perlu merajinkan diri semula, kalau nak mula sesuatu kena rajin sket, mimpi tak bermakna kalau sekadar cakap je.

p/s: Agak-agak boleh ke Oda main gitar ek, huhu.

Monday, January 2, 2012

2012

Assalamualaikum...


-2012-

Salam tahun baru masihi semua (^_^), semoga tahun ini kita semua lebih ceria ek. Kenapa ceria, saya perlu lebih ceria tahun ni sebab umur makin tua, hahaha tak ada kaitan pun kan. Tak ada apa yang saya nak cerita tentang tahun 2012 ni sebab kita baru je 2 hari di tahun baru dan saya juga tidaklah menyambut tahun baru sangat pun. Semalam saya berjalan-jalan dengan sepupu dan makcik saya, lepas tu kitaorang makan bersama-sama. Itu pun bukan la untuk sambutan tahun baru cuma berkumpul bersama keluarga sahaja.

Macam biasa setiap kali tahun baru orang akan tanya apa azam tahun baru. Saya tiada azam tahun baru sebab saya rasa tak terbuat kalau ada azam (huh, alasan!). Saya cuma berharap tahun ini saya lebih rajin dari tahun lepas, banyak perkara saya buat dengan kelam kabut tahun lepas kerana saya suka bertangguh. Ramai orang mula merancang di awal tahun ni kan, saya pulak tiada perancangan yang spesifik, macam biasa akan buat apa yang saya mampu buat sehabis baik, insyaAllah. Mahu menamatkan perjalanan menuju mimpi saya ini supaya saya boleh memulakan mimpi yang baru pula. Saya harap mimpi korang semua pun akan menjadi nyata tahun ni.


You and I by Irfan Makki

Semalam masa jalan-jalan saya sempat singgah di kedai CD islamik. Akhirnya saya berjumpa dengan CD Album Irfan Makki, saya dah lama nak beli tapi malas nak order online. Ini hadiah tahun baru untuk diri sendiri, dah lama tak beli hadiah untuk diri sendiri. Sangat la sedap lagu-lagu dalam album ni. Saya share kat atas ni antara lagu kegemaran saya dari album ni, sila la hayati lirik dia ek. Suara Irfan Makki sangat la sedap, suara dia husky (betul ke ni, huhu) sedikit sedap je dengar. Dengar lagu dari album ni mengingatkan saya kat lagu-lagu zaman saya sekolah menengah dulu, muzik dia macam lagu lama.

Nak jugak tunjuk gambar album Irfan Makki, huhu (^_^)

Macam-macam cerita lak kan, satu lagi nak jugak cerita yang tahun ni tahun lompat jadi kita ada lebih sehari la tahun ni. Walaupun ada lebih sehari tapi kalau tak tahu menghargai masa dan menguruskan masa dengan betul tak ada gunanya kan. Sama la dengan orang yang tengah menulis ni, suka buat kerja last minutes jek. Apa pun saya doakan tahun ini adalah tahun yang baik buat kita semua, semoga tahun ini adalah tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Amin.

p/s: Hari pertama 2012 kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang dasyat, emm apa kata untuk yang suka memandu laju tu buat azam tahun baru untuk kurangkan laju dan menjadi lebih sabar di jalan raya. Semoga tahun ni kurang kemalangan jalanraya di Malaysia ek.

Friday, May 21, 2010

VISI dan MISI

Assalamualaikum....

Imej ambil dari encik Google

Dalam entry yang lepas ada cerita pasal sambung belajar kan. Emm tengah pening memikirkan yuran yang sangat mahal itu. Kalau course lain tak ada la mahal sangat tapi alang-alang sambung belajar baik ambil yang kita suka kan. Emm keseluruhan course ni RM20, 000 kalau course biasa dalam RM11, 000 je. Nampaknya kena la bekerja keras ni, terpaksa la lebih rajin buat OT dan merancang budget.

Visi saya sekarang bertumpu kepada sambung belajar ni, yang lain kemudian cerita one step at a time. Dan misi adalah nak bekerja keras utuk kumpul duit, InsyaAllah tak susah kot nak kumpul duit untuk bayar yuran ni. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan ek. Bila difikir balik saya patut sambung belajar lama dari tahun lepas lagi, dengan adanya visi dan misi untuk dicapai ni buat saya lebih berusaha, huhu.

Nak cerita lebih lanjut pasal course ni pun nanti dulu la, tak confirm lagi saya akan terima walaupun hati dah 80% memang nak terima tapi tak hantar lagi pun surat penerimaan tu. Bukan sengaja nak lambat-lambat tapi nak tengok option lain jugak. InsyaAllah kalau dah betul sedia, minggu depan akan hantar surat tu.


Tak tahu apa akan jadi masa depan, mungkin susah nak sambung belajar sorang-sorang, part time pulak tu. Nak kena kerja lagi, study lagi kan sebab tu la sekarang hati masih ragu-ragu, tengah mentally prepared untuk apa yang akan jadi. Risau jugak bila mula kelas nanti saya sorang je yang terkapai-kapai sebab kurang pengetahuan tapi itulah gunanya belajar kan. Apa-apa pun bak kata-kata dalam gambar kat atas la, perjalanan masih panjang dan Allah sentiasa bersama kita.

p/s: Saya masih agak skeptikal dengan diri sendiri sebenarnya (emm saya adalah orang yang malas), tapi kalau tak mula macam mana nak capai mimpi...Ganbate Ne!!!

Tuesday, May 18, 2010

Mimpi-mimpi Oda

Assalamualaikum...

I have a dream, gambar ambil dari encik Google

Baru lepas dari minggu yang sibuk dan memenatkan, saya gembira esok saya akan kembali bercuti selama 3 hari. Sepanjang cuti minggu lepas berada di hospital sungai buloh, sepupu masuk hospital. Tak tahu sakit apa tapi dia muntah darah yang sangat banyak, alhamdulillah minggu ni dah boleh keluar hospital. Sepanjang di hospital sungai buloh banyak kembalikan nostalgia kami (keluarga saya) tahun lepas berkampung di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) semasa sepupu saya menjalani pembedahan jantung. Bila tengok orang sakit buat saya insaf, ingat lima sebelum lima, sihat sebelum sakit.

Kata ulama, jangan tertipu dengan usia muda kerana mati itu tidaklah syaratnya tua. Dan jangan juga tertipu dengan kesihatan tubuh kerana bukanlah sakit saja syarat menyambut ajal.

Selain berita yang kurang menyenangkan ini, saya menerima satu berita gembira. Akhirnya saya akan sambung belajar tapi separuh masa je la. Saya masih sayangkan pendapatan sekarang, tak mampu nak buat sepenuh masa. Tinggal bersama dengan rakan serumah (housemate) yang semuanya sedang sambung belajar membuatkan saya juga mahu sambung belajar, huhu. Saya memang bercadang sambung belajar tahun ni, rindu nak kembali belajar. Lagipun azam saya tahun ini adalah nak jadi 'Sang Pemimpi', sambung belajar adalah salah satu mimpi saya.


Saya gembira saya baca buku Sang Pemimpi sebab ia membuat saya mahu menjadi sang pemimpi (dreamer). Banyak lagi mimpi-mimpi yang saya ingin capai, insyaAllah saya akan cuba laksanakan satu demi satu. Apa-apa pun mimpi tak akan menjadi nyata tanpa usaha, yang penting kenalah berani untuk memulakan langkah pertama, jom kita kejar mimpi kita.

p/s: cerita pasal mimpi buat saya rasa mengantuk..lambatnya habis keje (+_+) ZZzzZzzzz..

Wednesday, January 6, 2010

Sang Pemimpi

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2010

Sekejap je hari ni dah 6hb dah kan. Di awal tahun baru ni saya agak kurang bermaya dan kurang motivasi sedikit. Rasa malas sangat nak bekerja, nak rehat-rehat kat rumah je.

Awal tahun baru kita semua mesti cakap pasal azam kan, nak kata saya ada azam yang spesifik tu tak de la tapi tahun ni saya berazam untuk cuba menjadi sang pemimpi (dreamer). Baru je lepas habis baca buku kedua dari tetralogi Lasykar Pelangi iaitu Sang Pemimpi karya Andea Hirata.

Novel Sang Pemimpi, imej ambil dari encik Google

Maksud sang pemimpi ini adalah orang yang mempunyai impian (mimpi/dreamer bak kata omputih). Novel ni bercerita tentang tiga watak utama iaitu Ikal (Andrea Hirata sendiri), Arai dan Jimbron, tiga anak muda yang bercita-cita ingin sampai ke Paris meskipun mereka adalah orang yang sangat miskin. Jika Lasykar Pelangi saya paling suka watak Lintang tetapi dalam Sang Pemimpi saya sukakan watak Arai. Kata-kata dari Arai yang paling saya suka dalam novel ni, Arai adalah orang yang sangat positif.

“Biar kau tahu kal, orang seperti kita tak punya apa-apa selain semangat dan mimpi-mimpi, dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi-mimpi itu

“Orang seperti kita, andai tidak bermimpi, akan MATI”

[Kata-kata Arai dari novel Sang Pemimpi]

Disebabkan buku ini buat saya mahu menjadi sang pemimpi juga, tidak kiralah mimpi itu besar atau kecil saya mahu cari mimpi saya sendiri. Jadi azam saya adalah mahu berusaha mengejar mimpi saya. Emm apakah impian saya, banyak sangat sebenarnya, tapi tak tahu mana satu yang betul-betul saya mahukan. Rasanya semua orang pun punya impian kan, semoga impian korang semua tercapai.

"Every great dream begins with a dreamer. Always remember, you have within you the strength, the patience, and the passion to reach for the stars to change the world."

[Harriet Tubman]


Tetralogi Lasykar Pelangi ada empat buku, #1-Lasykar Pelangi, #2-Sang Pemimpi, #3-Endesor dan #4-Maryamah Karpov. Semua karya ini adalah kisah hidup Andrea Hirata sendiri, semua watak-watak dalam novelnya adalah watak sebenar. Inilah sebab kenapa saya sukakan novel ini, novelnya seperti fantasi tetapi ia adalah kisah benar. Saya ada semua buku kecuali Endesor, tak jumpa cari kat MPH, ingatnya nak cari kat Popular tapi tak terpergi lagi ke Popular ni. Lagipun bulan ni dah empat buah buku beli jadi terpaksa pending dulu Endesor ni, tak nak skip urutan cerita jadi Maryamah Karpov pun terpaksa pending juga. Asal tengok buku Maryamah Karpov tu nak sangat baca tapi sabar je la nanti confuse lak kalau tak baca ikut turutan.

Sekarang tengah baca Men are from Mars and Women are from Venus karya John Gray, dah lama nak beli buku ni tapi disebabkan banyak lagi buku lain yang menarik tu yang baru je beli tu, lagipun MPH ada offer 20% off untuk buku ni hari tu. Menarik jugak buku ni, bagus untuk suami isteri atau orang yang ada pasangan la. Buku ni Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) yang sarankan baca. Ok lah saya berhenti kat sini je la, panjang la pulak entry ni, macam-macam nak cerita ek.

p/s: Mengantuk la kerja malam ni, tak sabar habis kerja nak balik tido dan bermimpi, huhu.