Tuesday, November 6, 2012

Konvokesyen

Assalamualaikum...

Entri yang dah lama saya nak tulis tapi tak berkesempatan. Bulan lepas pada 13 October 2012 saya akhirnya menerima ijazah sarjana saya. Penat lelah selama dua tahun tapi pengakhirannya cuma 2 minit je di atas pentas, huhu. Tiada apa yang istimewa sangat saya rasa konvo kali ni sebab nama pun universiti yang sama kan jadi jubah konvo pun lebih kurang sama dengan masa 'degree' dulu nak ambil gambar pun tak berapa teruja sangat.

Tahniah Cik Oda!
Saya sangat gembira pada minggu konvokesyen saya, maklumlah dah tunggu lama untuk berdiri atas pentas tu je kan. Sesi kami adalah yang pertama, sesi pertama adalah untuk pelajar pasca-siswazah (postgraduate) sahaja, maknanya semua pelajar PHD dan Sarjana menerina sijil pada sesi pertama. Kali ni UTM buat sedikit perubahan dengan menambah bilangan graduan pada setiap sesi, jika biasa satu sesi dalam 500 graduan tapi kali ni jumlah dia 1000 graduan dua kali ganda dari biasa. 

Pendaftaran mula dari pukul 6.45 pagi dan kami beratur untuk susunan masuk ke dewan tersangatlah panjang, sampai ke tingkat tiga bangunan canselleri tu. Batch saya antara yang hujung jadi kami la yang duk kat tingkat tiga tu, nombor giliran saya adalah 982 dari 1000+ graduan. Penat menunggu nak masuk dewan je. Sepatutnya kami semua menerima sijil dari Tuanku Canselor Raja Zarith Sofea tapi pada pertengahan sesi Tuanku penat jadi ditukar kepada Pro Canselor. Disebabkan batch saya antara yang terakhir dalam senanrai maka kami tak sempat menerima sijil dari Tuanku Canselor. Agak keciwa sebab dah praktis nak sebut 'menjunjung kasih tuanku' sejak hari rehearsal lagi, huhu. Tuanku canselor cuma hadir sesi pertama je, yang lain akan dijalankan oleh Pro Canselor dan Naib Canselor, jadi yang lain sebut terima kasih Dato'/Tan Sri.

Oh Happy Day (^_^)
Dulu masa kali pertama konvo ijazah saya semangat ambil gambar dan siap tempah gambar studio lagi tapi kali ni tak buat la semua tu sebab jubahnya sama je. Yang lain adalah satu line di mortar dan tangan jubah, untuk ijazah tak ada line tu, kalau PHD line tu ada dua. Tak ada beza sangat jubah dia, kalau tengok jubah universiti lain jubah ijazah, sarjana dan PHD semua ada perbezaan yang ketara tapi UTM memang tak nampak sangat bezanya. Upacara menerima sijil pun lebih kurang sama je untuk graduan PHD, kan ramai satu sesi jadi pengacara majlis sebut nama laju kalah keretapi. Perasaan tengok graduan PHD sama je dengan tengok graduan ijazah yang bezanya diaorang pakai topi beret tu, banyak lak komen dia ek.

Untuk majlis konvokesyen kali ni kami sekeluarga mengambil peluang untuk bercuti sekali di Johor dan Melaka. Habis je majlis pagi tu, ambil gambar kejap lepas tu terus bergerak ke Melaka. Percutian di Melaka sangatlah seronok, berjalan-jalan dengan ma dan abah memang seronok sebab diaorang adalah pelancong yang aktif, hehe maknanya banyak la berjalan. Nanti saya tulis entri tentang cuti di Melaka, huhu.

p/s: Sebenarnya niat dihati nak tulis entri yang pendek je tapi terpanjang la pulak...

No comments: