Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts

Sunday, September 8, 2013

Aktiviti Yang Tak Sudah


Assalamualaikum...

Salam lama tak bersua, rindu sungguh saya nak menulis blog. Disebabkan tersangat lama tak menulis blog (rasanya ni yang paling lama saya tak updates blog), saya buat keputusan untuk cuba menulis dari handphone saya. Tak berapa suka menulis dari phone sebab nanti format tunggang langgang tapi kita tengok la camna nanti ek. Saya lama tidak menulis entri baru kerana kemalasan (memang penyebab utama) dan kesibukkan yang amat dengan persiapan raya, hari keluarga Kemo 2013 dan juga persiapan ke Jepang kami. Huhu sibuk sangat la ek, boleh tahan sebabnya aktiviti silih berganti tu yang sampai tak sempat nak ambil masa buat benda lain.

Saya balik raya seminggu, jadual penuh dengan kenduri je. Raya kali ni ramai buat kenduri kan, hampir setiap hari ada jemputan. Mak saya tu sampai 2, 3 kenduri sehari jemputannya. Selain kenduri, raya ni saya sakit gigi yang amat, spoil raya saya je. Nasib baik raya ke tiga tu dah pegi klinik, kalo tak meroyan la saya sepanjang raya. Masa balik ke Kuala Lumpur Alhamdulillah jalan tak teruk macam selalu jadi kami tidaklah kepenatan tak hengat dunia.

Family Day KEMO 2013 di Janda Baik yang sangat seronok

Kemudian, dua minggu selepas raya adalah program family day tahunan keluarga saya yang kami panggil sebagai KEMO. Tahun ni kami anjurkan luar dari Kelantan kerana dah lama tak buat, kali terakhir di Port Dickson pada tahun 2010. Lokasi kali ni dekat Janda Baik yang aman damai itu, hasil risikan cik Rozila dengan gigihya. Program berlangsung masa minggu merdeka lepas, orang lain sambut merdeka tapi kami bersuka ria main air di Janda Baik.Alhamdulillah tersangat la seronok bercuti dengan ahli keluarga saya yang ramai, bising dan besar-besar itu. Pergi mana-mana pun dengan mereka saya seronok. Rasa macam tak cukup je dua hari satu malam kat sana. Kami semua penat tapi sangat seronok bersuka ria.

Akhir sekali persiapan ke Jepun, sebenarnya tak banyak pun persiapannya tapi sebab saya ni sangat details jadi semua benda saya fikir. Kali pertama saya dan cik Rozila ke luar negara jadi kami harus membuat pasport. Alhamdulillah urusan itu sudah selesai, kami buat di UTC Pudu Sentral, boleh tahan la servis dia cuma ramai orang sikit la. Nasib baik jugak Jepun dah batalkan visa untuk rakyat Malaysia bulan Julai hari tu jadi kami tak payah memikirkan urusan visa itu. 

Tak sabar pulak nak ke Jepun
Minggu ni saya sibuk dengan persiapan akhir ke Jepun, macam-macam perkara nak dibeli dan dicari. Haha macam nak pergi sana empat tahun je kan, tak ada la banyak sangat membelinya tapi sebab kami ni tak tahan sejuk jadi kami shopping jugak la baju sejuk walaupun kami bukan pergi masa winter. Gambar kat atas tu cuma cuba-cuba je, Cik Rozila tak beli baju tebal macam penyelidik Yakult tu (bak kata Suhaina). InsyaAllah kami bertolak ke Jepun pada 21 september ni, doakan perjalanan kami selamat ok.

Itulah sedikit aktiviti saya yang tak sudah, jadual saya sudah penuh sehingga ke hujung tahun. Ada lagi trip ke Penang, raya haji dan majlis kawin BFF saya Cik Suhaina bulan desember ini. Jadi saya sudah tak mahu membuat apa-apa aktiviti yang memerlukan komitmen sehingga hujung tahun ni kerana saya sebenarnya bukanlah orang yang sangat suka berjalan-jalan, dua tiga kali setahun cukuplah. InsyaAllah perancangan aktiviti lain akan disambung ke tahun depan, huhu. 

p/s: Walaupun tak berapa suka berjalan tapi kalau ada orang nak sponsor saya jalan-jalan saya ok aje, haha (>_<)

Thursday, April 11, 2013

Cameron Lagi

Assalamualaikum....

Huhu, saya teruja kerana tarikh mengundi ditetapkan pada 5 haribulan Mei, alhamdulillah tidak bertindan dengan jadual percutian saya dan kawan-kawan ke Cameron hujung bulan ni. Amboi-amboi, teruja sungguh cik Oda ni kan, lepas bagi salam terus cerita pasal mengundi. Eh nak cerita pasal cuti-cuti Malaysia la, walaupun nak pergi hujung minggu je bukan ambil cuti pun tapi tetap nak panggil cuti-cuti Malaysia.

Saya mahu minum teh sambil menikmati permandangan ladang teh yang cantik itu (^_^)

InsyaAllah saya akan ke Cameron Highland lagi, ehh tahun ni baru sekali ni nak pergi ok. Walaupun tahun lepas pergi 3 kali tapi saya pergi semuanya dengan rombongan yang berbeza. Kali ni saya akan bercuti dengan sahabat selamanya (BFF - kalo korang tak tahu apa bff tu sila google ek), tak sabar pulak nak tunggu hujung bulan ni. Ini adalah pertama kali saya bercuti bersama-sama dengan Cik Sue dan Cik Nuha, semoga percutiaan kami berjalan lancar. Tak nak jalan-jalan sangat pun kali ni, nak menikmati percutian dengan santai je, saya mahu membuang stress yang ada dan menenangkan fikiran (cam patah hati je bunyi dia ek).

Ramai orang yang tanya saya tak bosan ke asyik ke sana je. Hehe, agak-agak korang saya bosan tak? Saya suka ke Cameron bukan sebab nak jalan-jalan tapi saya suka suasananya yang berbeza dari tempat lain kat Malaysia buat saya rasa saya kat negara lain dan Cameron jugak buat saya rasa rileks dan salju je, haha faham tak kalau tak faham tak dapek den nak menolong ehh. Melihat bunga di Cameron dah cukup bagi saya, nak berjalan ke negara empat musim saya tak berapa suka sangat percutiaan yang memenatkan kecuali ke tempat-tempat yang memang saya nak sangat pergi. Ohh saya sangat suka bunga Gerbera tu, walaupun tak wangi tapi sangat cantik. Emm harus berhenti sudah sebab mata dah tak boleh bukak ni (ada hati nak meng'updates' blog tu). Doakan semoga percutiaan kami berjalan lancar ek.

p/s: Cik Along, tak dapat tengok sakura kat Jepun dapat tengok Gerbera kat Cameron pun jadilah..

Friday, November 2, 2012

Rindu

Assalamualaikum...

Salam rindu dari Oda untuk semua. Saya sangat rindu untuk menulis blog sebenarnya, pelbagai peristiwa berlaku dalam hidup saya dalam bulan october lepas, suka dan duka semua ada. InsyaAllah kalau berkesempatan saya akan menulis tentang peristiwa october saya. 

Saya rindu sama kamu (^_^)
Badan saya sangat penat sebenarnya kerana sekarang hari-hari saya menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja. Bayangkan rumah saya di Kuala Lumpur dan pejabat di Cyberjaya, menapak jugaklah untuk sampai. Minggu ni baru empat hari saya kerja (saya masih cuti raya isnin lepas) badan dah sakit-sakit dan lenguh-lenguh. Perjalanan lebih seronok berbanding memandu tapi penatnya dua kali ganda rasanya. Belum pun hilang penat ke pejabat, malam ini saya akan berjalan lagi, haihh.

Malam ni saya akan bergerak ke Pulau Pinang, percutian yang tidaklah dirancang sangat sebab saya dan Cik Rozila ke sana menemani Norlina yang menghadiri seminar di Wawasan Open Universiti Pulau Pinang. Dia ke seminar dan kami berdua ronda-ronda Georgetown tu. Pertama kali memandu ke sana, saya pernah ke Penang sekali je itupun sekejap sahaja dan Rozila tak pernah ke sana jadi kami sedikit cuak malam ni. Semoga perjalanan kami selamat, InsyaAllah.

p/s: Rasa macam nak demam la pulak...

Sunday, September 30, 2012

September

Assalamualaikum...

Salam lama tak bersua semua. Ehem ehem, tersekat-sekat nak menulis, maklum la dah sebulan lebih tak menulis. Saya bukan sangat sibuk atau tak ada masa tapi entahlah, kalau penulis boleh la cakap terkena 'writer's block' tapi saya bukan penulis kan jadi abaikan je la apa yang saya tulis ni (merapu la pulak). 

Rindu sama kamu semua (@_@)

Saya tak ada cerita menarik nak bercerita sebenarnya, saya lebih suka buat entri yang ada topik tapi tak ada idea la. Nak cerita pasal 'Belanjawan 2013' saya tak ada la teruja sangat sebab tak banyak pun kelebihan yang saya dapat dan saya tak nampak relevan dalam sesetengah peruntukan yang dibentangkan tu. Paling tak tahan tu yang bahagian 'Rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar bagi belia berpendapatan RM3,000 ke bawah'. Peruntukan ni diletakkan di bawah pembagunan komuniti, apa kena mengena belia kita memiliki telefon pintar dengan pembangunan komuniti pun saya tak tahu la, sampai RM300 juta tu yang tak tahan tu. Haihh, tulis pasal benda ni buat saya emosi je.

Bulan lepas saya bercuti ke Pulau Redang, percutian yang dah lama saya nak buat tapi tak berkesempatan. Alhamdulillah percutian ni berjalan lancar je, Redang adalah sangat cantik (Subahanallah). Pertama kali saya ber-snorkeling menikmati keindahan lautan, ikan dan batu karang, cantik sungguh ciptaan tuhan kan. Walaupun cuaca pulau yang panas dan kami kehitaman tapi semuanya berbaloi dengan keindahan sekeliling. Tapi dalam cantiknya Redang tu ada cacatnya jugak, kebanyakkan orang kat sana tak agak-agak, tak kira la yang islam atau yang bukan islam tu macam lebih kurang je. Jadi bila kita tengok dari segi ni Pulau Redang tu cacat dengan perkara yang tidak sepatutnya, sedih tengok orang kita berkelakuan seperti orang bukan islam ni.

Cuti-cuti di Redang dan jalan-jalan di KLIA, huhu.

Minggu lepas kami sekeluarga dan kawan-kawan menghantar Along ke KLIA, seperti yang saya cerita pada entri sebelum ni Along akan ke Jepun selama setahun setengah. Sayu tengok ibu saya menangis berpisah dengan Along, dia tak biasa anak-anak dia pergi jauh sangat ni. Alhamdulillah Along dah selamat sampai di Jepun dua tiga hari lepas. Nampak gayanya dah boleh sesuaikan diri dengan tempat orang, nasib baik kawan Along tinggal agak dekat dengan Along kat sana jadi boleh la tolong tengok-tengokan Along. Harapnya Along ok je la kat sana ek, doa kami sentiasa bersama Along (^_^) InsyaAllah.

Bulan depan pulak saya akhirnya sampai juga hari konvokesyen saya, Alhamdulillah. Masa dapat tahu tarikh konvo tu saya dah teruja tak ingat dunia dah, hehe. Sampai juga masa yang di nanti, InsyaAllah bulan depan saya akan ke UTM Skudai untuk upacara konvokesyen tu. Kalau korang ada di sana jom la kita jumpa, kalau nak kasi bunga tu sangat dialu-alukan. Saya konvo pada 13 oktober 2012, sesi pagi. Doakan semuanya akan berjalan lancar ok. 

 Kamera baru Oda *saya sangat teruja (>_<)

Disebabkan Along dah ke Jepun maka kami semua tak ada kamera la sebab selalunya guna kamera Along je. Kebetulan pulak konvo bulan depan jadi saya buat keputusan nak beli kamera baru. Separuh hari berjalan di Low Yat Plaza semalam cari kamera akhirnya saya beli jugak kamre Nikon 1 J1 warna merah yang comel itu (sila lihat gambar di atas), huhu. Tak sabar pulak nak ambil gambar ni, mula-mula tu saya ingat nak beli DSLR tapi bila fikir saya ni bukan suka sangat fotografi jadi beli yang biasa-biasa je la, janji gambar cantik. Emm panjang bejela dah entri saya ni, harus berhenti ni. Harap-harap saya rajin sedikit menulis entri baru selepas ni ek.

p/s: Lupa pulak, terima kasih kepada semua yang mengucapkan dan meraikan hari lahir saya dan Cik Rozila pada 11 haribulan yang lepas. Sayang korang semua (^_^).

Tuesday, June 12, 2012

Akhirnya

Assalamualaikum...

Salam lama tak bersua, susah betul nak menulis blog sekarang kan. Jadual saya penuh dua bulan ni jadi sentiasa tak ada masa nak buat benda lain, kalau ada masa saya lebih suka bersantai menghadap hobi kegemaran saya iaitu baca buku dan menonton drama atau filem. Hobi tu untuk hilangkan 'stress' banyak sangat kerja dua bulan ni.

Hari ni saya periksa akhir untuk semester ni dan juga yang terakhir dalam pengajian saya. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa halangan atau kena ulang subjek balik maka saya akan menamatkan pengajian sarjana saya. Rasa gembira yang amat, saya dah tak larat membaca buku-buku dan menulis report projek saya tu. Minggu depan dah boleh hantar salinan berjilid, huhu. Harapnya segala penat lelah selama dua tahun ini akan membuahkan hasil. Bila semua dah berakhir rasa sangat seronok, saya boleh memulakan mimpi baru. Alhamdulillah. (^_^)

It's Over (^_^)

Minggu lepas saya bercuti seminggu untuk balik bercuti ke Kelantan bersama keluarga saya yang sangat comel itu. Setiap kali memandu balik ke Kelantan saya rasa sangat penat, agak-agak bila la kami boleh dapat 'highway'? Perjalan yang sepatutnya tak berapa lama menjadi lama kerana saya adalah pemandu yang tak biasa memandu di jalan seperti itu, sakit seluruh badan dibuatnya. Pulak tu banyak bukit bukau dan jalan yang macam ular, pening seh.

Cuti kali ini saya sekali lagi ke Cameron Highland, hehe korang mesti ingat saya suka betul ke sana kan. Kali ni mak dan ayah saya mahu ke sana, yela anak dia asyik pergi sana je kan. Lagipun Cameron dekat dengan Kelantan jadi alang-alang dah balik sana kami pergi la bercuti di Cameron sekejap, kali ni lagi seronok kerana semua ahli keluarga bercuti bersama. Walaupun ramai orang kat Cameron tu (biasa la cuti sekolah) tapi ok je sebab dah lama tak bersantai-santai dengan mak ayah saya. Korang pun kalau ada masa bawak la mak ayah korang jalan-jalan, tak payah pergi jauh pun dekat-dekat pun diaorang dah hepi.

Lari dari tajuk pulak kan, hehe nak jugak cerita pegi Cameron tu. Ok la saya dah tak ada idea nak tulis apa dan nak sambung balik berjimba, esok dah kena kerja balik (malassnyaa).

p/s: Kalau saya cakap saya nak cuti lagi boleh tak, macam tak cukup je cuti seminggu (@_@)

Wednesday, May 23, 2012

Cuti-Cuti Lagi

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat, semoga kamu semua baik-baik sahaja. Salam menyambut Bulan Rejab buat korang, semoga kita semua dipertemukan dengan Ramadhan, InsyaAllah. Sunyi sepi blog saya seminggu dua ni kan, saya bukan sibuk kerja atau belajar tapi sibuk berjalan-jalan, hehe. 

Dua minggu berturut-turut saya bercuti jadi amat malas nak menulis blog. Rancangan bercuti ni semua dah lama, tu yang berturut-turut tu. Sekali lagi saya ke Cameron Highland tapi kali ni pergi dengan Rozila, Along dan Syuhada, pergi 12 Mei lepas pada tarikh harijadi Along jadi percutian kali ni untuk sambut harijadi Along jugak la. Kemudian minggu lepas kami satu rumah - saya, Along, Rozila dan Na dan juga Kak Hada ke Port Dickson menghabiskan hujung minggu kami disana.

Menikmati cuaca sejuk Cameron (^_^)

Alhamdulillah percutian kali ni menghilangkan tekanan saya, sakit kepala pun dah berkurang sejak saya balik dari Cameron. Walaupun baru ke sana dua bulan lepas, percutian kali ini pun seronok juga. Seronok berjalan dalam cuaca sejuk ni sebab tak penat dan rasa nyaman sentiasa. Rozila agak suka berjalan-jalan jadi kali ni kami banyak berjalan-jalan sekitar Cameron berbanding percutian yang lepas kami cuma bersantai-santai sepanjang percutian tu.

Kepanasan di PD tapi nak jugak ambil gambar (^_^)

Trip ke Port Dickson juga seronok, bersantai-santai melihat pantai (walaupun tak secantik pantai Terengganu). Dah lama tak ke sini, sebelum ni selalu la jugak bercuti di PD. Cuaca dia PD sangatlah panas, saya memang tak tahan berjalan-jalan kalau kepanasan ni, nasib baik bersantai-santai sahaja jadi kurang la kepenatan tu. Kitaorang banyak melawat muzium, tiga muzium yang kami pergi - Muzium Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD), Muzium Tentera Darat dan Muzium Kota Lukut.. Paling seronok dengan PD ni adalah sebab dekat dengan Kuala Lumpur jadi perjalanan ke sana kurang memenatkan. Kalau korang tak tahu nak jalan-jalan di mana dan nak ke tempat yang dekat sila la ke PD, makanan kat sini agak sedap jugak.

Beza kan gambar di Cameron dan PD, sebab cuaca di sana jadi gambar nampak lain di kedua-dua tempat. Satu sejuk dan satu lagi panas, walaupun saya tak suka cuaca sejuk tapi cuaca panas lagi saya tak tahan. Awal bulan depan saya akan bercuti panjang pulang ke kampung untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang pulak. Masih ada assignment dan pembetulan projek yang perlu disiapkan dalam masa seminggu ni, harap semuanya berjalan lancar la ek.

p/s: Jom kita jalan-jalan Kelantan pulak lepas ni (^_^)

Wednesday, May 9, 2012

Projek Akhir

Assalamualaikum...

Salam lama tak bersua. Saya baru sahaja melalui minggu yang sangat menguji ketahanan diri saya. Tanggal 7 hb Mei adalah tarikh akhir menhantar 'report' projek akhir saya, saya sangat tertekan untuk menyiapkan 'report' itu sehingga hari ini walau sudah dua hari berlalu badan saya masih kelesuan kerana tekanan yang kuat. Saya tak pernah se'stress' ni, sampai termimpi-mimpi la.

Kerana asyik terbangun malam saya kekurangan tidur dua hari ni, haihh penat seh. Saya harap ini semua tak berpanjangan sebab saya dah tak larat sangat. Asyik merungut je saya ni kan walau pun kepenatan saya bersyukur kerana berjaya menyiapkan 'report' dalam masa yang ditetapkan. Saya dah tak tahan asyik ke perpustakaan dah, lepas ni saya nak rehat-rehat di rumah je.Minggu depan saya ada perbentangan projek lagi, doakan saya ek.

-Sedang berusaha untuk menaiki tangga (@_@) -
 
Minggu ini saya akan ke Cameron Highland lagi, kali ini dengan Rozila sekali. Kalau ikutkan saya mahu berehat-rehat di rumah je tapi dah lama merancang nak pergi dengan Rozila dan kebetulan pulak sabtu ni hari jadi Along jadi sambut hari lahir Along jugak la kali ni. Harapnya saya dapat kurangkan 'stress' saya dengan melihat kehijauan pokok-pokok teh itu walaupun saya tak berapa suka dengan suhu yang sejuk.

Teringat pada sesuatu, kita dah nak memasuki bulan Rejab ni bermakna ada lebih kurang dua bulan lebih je kita nak ke bulan Ramadhan, semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan akan datang, InsyaAllah. Akak-akak kalau yang ada puasa yang nak diganti boleh la mula ek, berapa hari lagi tinggal ni. Hehe, saya suka bulan Ramadhan, tak sabar rasanya nak puasa.

p/s: Harap-harap trip kali ni tak terkena mabuk kereta macam trip hari tu (^_^)

Wednesday, April 18, 2012

Acrophobia di Genting

Assalamualaikum...

Salam ceria untuk semua (^_^). Pelik je tajuk entri kali ni kan, acrophobia tu orang kita panggil gayat. Saya memang ada penyakit gayat yang agak serius, hehe kalau duk tempat tinggi lemah badan. Hujung minggu lepas saya berjalan-jalan ke Genting bersama kembar saya - Cik Rozila, sahabat selamanya aka BFF saya - Cik Nuha Huda dan Cik Suhaina dan juga adik saya - Abe. Penat seh jalan-jalan genting sebab tempat tu sangatlah besar dan dengan sign yang tak berapa membantu buat kitaorang asyik sesat je.

Bergambar tak ingat (^_^)

Genting agak tak sesuai untuk orang yang acrophobia macam saya ni sebab apa pun tak boleh main, tengok je la orang lain main. Naik ke genting kitaorang naik kereta kabel, pengalaman pertama saya menaiki kereta kabel. Yang pasti itu akan jadi kali terakhir saya naik kereta kabel, rasa macam hilang separuh nyawa saya. Orang yang tak gayat mesti tak faham kan perasaan orang gayat ni, takut giler tau. Apa pun, walaupun saya tak berpeluang main banyak benda tapi berjalan-jalan dengan keluarga dan kawan-kawan tetap menyeronokkan.

p/s: Lepas ni saya tak mahu ke genting dah, pengalaman naik kereta kabel tu sangat menakutkan (@_@)

Monday, February 27, 2012

Cuti di Cameron

Assalamualaikum...

Hari ini mood saya sangatlah baik kerana saya cuti, huhu dah lama tak bersantai-santai di hari minggu. Tiada apa yang saya buat hari ini kecuali pergi ke bank sahaja dan menghabiskan masa di depan TV, hahaha bahagianya rasa. Hujung minggu lepas saya bercuti bersama dengan Along dan Kak Hada ke Cameron Highland, walaupun saya ni jenis tak tahan sejuk tapi sesekali amik angin kat tempat yang cuaca berbeza ni bagus juga. Berjalan-jalan di Cameron memang seronok tapi kalau suruh saya duduk sana memang tak nak la, sejuk yang amat seh. Kali ni pergi agak santai, tak ada fikir apa pun cuma pergi merehatkan diri je.


Anytime is tea time, hahaha ye la sangat tapi minum teh kat sana memang best sebab kena je dengan cuaca dia

Antara perkara yang menarik yang saya suka dengan Cameron adalah teh, saya memang suka teh tapi tak rajin nak mencuba semua jenis teh. Bila kat sana kita boleh cuba macam-macam jenis teh sebab ia ada di mana-mana. Kalau pergi ke sana sila la cuba teh yang korang tak pernah rasa lagi ek, ada macam-macam jenis, sekali sekala ubah rasa ok gak. Semasa perjalan pulang dari sana saya 'car sick' yang serius, selalunya paling teruk pun saya pening-pening jek tapi kali ni siap muntah-muntah yang agak teruk buat saya rasa tak nak dah pergi Cameron, haha. Apa pun, cuti kali ni saya memang sangat seronok dan macam biasa setiap kali bercuti saya akan kepenatan sebab tu la kena ada gap sehari sebelum kembali bekerja.

Semester baru saya sudah bermula, perlu kembalikan momentum yang berkurang dengan mendadak sepanjang cuti semester lepas. Haihh malasnya nak mula merajinkan diri. Esok nak pergi kerja pun rasa malas yang amat, sape-sape yang rajin pergi kerja saya memang kagum la dengan kamu.

p/s: Macam mana nak rajinkan diri pergi kerja ek (@_@)

Sunday, January 29, 2012

Macam-macam cerita Oda

Assalamualaikum...

Saya sangka lepas habis semester 3 haru tu saya akan rajin mengemaskini(updates) blog saya tapi malas juga rupanya. Susahnya nak memfokuskan diri menaip entri baru. Banyak benda yang saya nak cerita ni jadi entri kali ini agak panjang yek.

Cerita 1:

Sepanjang cuti tahun baru cina minggu lepas mak, ayah dan makcik saya datang ke Kuala Lumpur menziarahi sepupu ayah saya yang koma akibat kemalangan. Dia kemalangan jalanraya dan rasanya kepala terhantuk kuat sebab badan dia tak ada luka-luka tapi dia koma kerana ada darah beku dalam kepala. Pertama kali saya melihat dengan mata sendiri orang yang koma, masyaAllah nampak macam tak ada apa-apa tapi dia koma. Sekarang pakcik sepupu saya tu berada di ICU pusat saraf Hospital Kuala Lumpur. Saya sedikit teruja masa pergi melawat sebab baru lepas menonton drama korea Brain yang jalan ceritanya tentang pakar bedah otak dan melihat sendiri pakar dan doktor dari bidang ini membuat saya amat kagum. Doakan semoga pakcik sepupu saya cepat sembuh ek.

Rombongan Mak Cik Ani ke Kuala Lumpur

Kerana cuti tahun baru cina, mak ayah saya berada di Kuala Lumpur agak lama dan sepanjang berada di sini pakcik dan makcik saya juga kebetulan datang menziarahi anak mereka disini. Maka banyak juga la sesi berjalan-jalan kami. Menemani mak dan makcik-makcik saya berjalan adalah agak mencabar kerana mereka susah nak penat, saya yang biasa duduk dalam ofis yang berhawa dingin ini mudahnya merasa penat. Kebetulan pula, kali ini kami banyak berjalan-jalan di taman-taman, maka selepas 3 hari berjalan-jalan badan saya kepenatan yang teramat sangat. Pada hari isnin saya sudah kembali bekerja sehingga jumaat lepas, maka seperti yang dijangka badan saya tak tahan dan demam akhirnya. Nasib baik demam tak teruk, Alhamdulillah dah kebah sedikit.

Cerita 2:

Hari jumaat lepas keputusan tak rasmi semester lepas sudah keluar, Alhamdulillah keputusan kali ini jauh lebih baik dari semester lepas. Walaupun tak secemerlang semester pertama tapi keputusan kali ini sudah cukup membanggakan saya dan membuatkan saya semangat untuk menghadapi semester terakhir nanti. Perasaan inilah yang membuat saya sukakan belajar, seronok bila melihat semua usaha penat lelah kita membuahkan hasil. Bila memikirkan tentang kepenatan membuat tugasan, projek, membaca puluhan journal dan thesis dan kekerapan berulang alik saya ke perpustakaan semuanya menjadi manis bila melihat keputusan yang dicapai. Saya harap momentum saya tak berkurang semester depan, lagi beberapa langkah sahaja saya untuk sampai ke destinasi. Doakan saya agar berjaya sampai ke destinasi ek.

Alhamdulillah, puji bagi Allah (kredit gambar dari sini)

Cerita 3:

Semalam saya buat pertama kalinya mengikuti program Yayasan Salam. Sudah lama saya mahu menjadi sukarelawan dan mengikuti aktivi Yayasan Salam tapi dengan komitmen kelas, saya sukar meluangkan masa. Along dan Rozila pernah mengikuti program Yayasan Salam jadi mereka sentiasa mengikuti perkembangan badan ini. Yayasan Salam menganjurkan program pengajaran bahasa inggeris kepada kanak-kanak orang asli di Serendah, semalam adalah salah satu daripada aktiviti yang mereka telah rangkakan. Kunjugan ke kampung orang asli ini bukan yang pertama kali untuk saya sebab saya pernah mengunjungi majlis perkahwinan kawan Along dulu tapi ini adalah pertama kalinya saya terlibat secara lansung dengan orang asli.

Siapa sangka mereka agak sedikit kebelakang dari segi pendidikan walaupun dengan segala kemudahan dan perancangan kerajaan kepada mereka. Bukanlah sebab mereka ini kurang pendedahan tapi memang cara hidup mereka dan adat budaya mereka menjadikan mereka sukar menerima perubahan. Tak lupa juga dengan segelintir masyarakat yang kurang sensitif memandang rendah kepada mereka. Budak-budak yang menyertai program semalam tu sangatlah comel dan mesra, walaupun sekejap rasa macam sayang nak tinggalkan diaorang (sebab tu la saya tak nak jadi cikgu, emosional terlebih).

Logo Yayasan Salam Malaysia (^_^)

Kalau korang berminat menjadi sukarelawan full time atau part time sila la mendaftar di Yayasan Salam. Badan ni memang khusus rakyat malaysia yang nak jadi sukarelawan. Rasanya dia ada cawangan di seluruh negara dan aktiviti yang mereka anjurkan adalah pelbagai. Jangan risau, malu atau segan nak mengikuti aktiviti badan ni sebab semua orang sangatlah mesra dan peramah. Kalau berminat mendaftar, sila la klik di sini ok. Korang pun boleh jugak like Yayasan Salam di Facebook dan korang akan dapat updates tentang aktiviti yang diaorang anjurkan, dan email je kat penganjur tu kalau korang berminat nak join aktiviti tu, senang kan.

Cerita 4:

Sebelum saya habiskan entri kali ini saya nak jugak promote Taman Tasik Perdana sebab taman tu sangat la cantik dan best. Banyak aktiviti boleh buat kat situ, minggu lepas kitaorang bawa semua keluarga berkelah disitu dan siapa sangka ada tempat yang cantik ditengah bandaraya Kuala Lumpur. Gambar-gambar keluarga saya dalam entri kali ini semuanya diambil di Taman Tasik Perdana. Pagi tadi kami kesitu lagi beriadah dan berbasikal (boleh sewa basikal, RM3 untuk 30 minit), walaupun orang agak ramai tapi masih seronok. Bila beriadah macam tu saya rasa badan lebih sihat, kalau korang ada masa sila la kesana.


Muka-muka gembira di Taman Tasik Perdana

p/s: Banyak pulak cerita saya ek, maaf le kalau korang bosan baca entri yang panjang lebor ni. Panjang yang amat entri saya hari ini, dah lama tak menulis tapi bila dah mula menaip tu tak berhenti pulak.

Saturday, February 12, 2011

Cuti Tahun Baru Cina Oda

Assalamualaikum...

Salam rindu untuk blog saya, iye saya sangat rindu nak menulis entri baru. Selepas je minggu tahun baru cina saya terus masuk kerja dan masih lagi dalam proses untuk sesuaikan diri dengan waktu dan suasana kerja baru. Perasaan saya pergi kerja macam masa mula-mula kerja dulu, waa ramai sungguh orang kat KL ni ek. Hampir setiap hari jalan jam tapi saya takde la lambat masuk kerja, huhu alhamdulillah. Entri kali ni saya nak cerita pasal cuti raya cina saya, hehe agak boring la jadi kalau korang tak nak baca sila tutup browser anda sekarang ok.

Dapatkan Testi-Testi Menarik di SiniAku rindu, sayang kamu, huhu rindu bangat sama blog.

Balik bercuti minggu tahun baru cina hari tu, saya balik berdua dengan Rozila je sebab Along dah balik awal. Kitaorang balik Kemaman dulu sehari dan selepas tu baru bertolak ke Kelantan. Ingatkan nak singgah kejap je kat Kuala Terengganu makan tengah hari dengan sepupu kitaorang tapi dia ajak konvoi dengan dia malam nanti sebab dia kerja sampai malam (sepupu saya ni wartawan KOSMO), dia nak cover story pasal pesta tanglung kat Kampung Cina, Kuala Terengganu malam tu. Disebabkan sampai KT awal jadi saya dan Rozila jalan-jalan dulu la kat KT, lagipun Rozila tak pernah jalan-jalan kat KT (nama je duk Terengganu kan).


Jalan-jalan Kuala Terengganu

Sepanjang petang tu kami sempat ronda-ronda Muzeum Negeri Terengganu yang cantik dan Taman Tamadun Islam yang sangat best tu. Malam pulak kitaorang jalan-jalan kat pesta tanglung tu pulak, dalam pukul 11 malam baru gerak balik Kelantan. Walaupun memenatkan tapi sangat seronok, saya agak suka Kuala Terengganu sekarang, insyaAllah lain kali saya stay lama sikit jalan-jalan pusing KT.

Hari-hari cuti saya yang selebihnya adalah di kampung tercinta, ada kenduri kahwin, kenduri kesyukuran dan kenduri sambut menantu. Jadi agak sibuk sikit la kali ni balik kampung. Macam biasa, sibuk-sibuk pun bila dengan keluarga semua pun best kan. Apa yang paling tak best sepanjang cuti raya cina saya adalah perjalanan balik ke KL. Dari Machang ke Kuala Lumpur ambil masa 12 jam, kitaorang keluar rumah pukul 7 pagi, 7 malam baru sampai KL. Dah macam kerja shift 12 jam balik dah, ramainya orang yang balik kampung kan. Saya yang boleh kira berapa kali seumur hidup mabuk kereta hari tu pening-pening dan loya sebab tak larat lagipun badan saya memang tak berapa nak sehat sangat dah dari awal cuti lagi. Tapi tak apalah, walau sesak tiap-tiap tahun semua mesti balik jugak sebab masa bersama keluarga tu tiada tandingan ek. Lagipun cuti raya cina ni dah kira macam cuti wajib balik kampung untuk orang kita ek, chinese raya kita pun nak raya jugak, Satu Malaysia la katakan, jadi cuti pun satu Malaysia jugaklah.

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu..
[Lirik Pemergianmu - Inteam]
Salam Maulidur Rasul


Minggu depan Maulidur Rasul, cuti lagi hehe (tapi Oda tak cuti pun). Tahun ni maulidur rasul jatuh sebelah dengan Valentine, emm jangan pulak kita sibukkan dengan Valentine tu pulak ek, tak boleh sambut Valentine ni. Bukan cara kita sambut benda-benda macam ni, buang masa dan buang iman je. Baik kita sambut hari kasih sayang kepada Rasulallah S.A.W, orang yang paling sayang kita ni. Sampai di ambang maut pun masih sebut ummati, ummati lagi, ada ke orang yang sebut-sebut nama kita sampai ke hujung nyawa macam tu. Jadi mari sama-sama kita hayati perjuangan nabi kita dan sentiasa mengingatinya, rajin-rajin la selawat keatasnya, semoga kita beroleh syafaat darinya, InsyaAllah.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



p/s: Panjang bebeno entri kali ni, entri pengubat rindu saya sama blog sendiri (^_^)

Sunday, January 30, 2011

Kepenatan

Assalamualaikum...

Salam minggu tahun baru cina, minggu cuti untuk rakyat Malaysia. Rasanya semua orang balik kampung kot minggu raya cina ni, nak-nak yang kerja di wilayah-wilayah persekutuan, hari selasa pun cuti jugak kan. Harap korang semua bergembira semasa bercuti, ambil peluang ni untuk luangkan masa dengan keluarga. Saya jugak akan bercuti minggu ni, balik ke Kelantan untuk menghadiri majlis kawin sepupu saya.


Hari ni saya MC kerana badan rasa tak larat, saya sepatutnya kerja malam semalam dan hari ni dan saya ada kelas dua-dua hari. Berkejar-kejar ke kelas dan office, akhirnya hari ni badan saya tak dapat terima. Stress dan kesibukan buat badan saya sentiasa keletihan, saya dah tak boleh jadi seaktif masa mula-mula kerja dulu. Dah makin tua sebenarnya Oda ni. Tapi penat ni bukan apa-apa, apalah la sangat ujian kecil dari Allah ni untuk Oda. Bila membaca berita tentang kisah adik Hairuman yang terkena renjatan elektrik tu apalah sangat kepenatan saya ni. Jadi marilah kita sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah pada kita.

Saya akan mula bercuti mulai esok, 31 Januari sehingga 6 Febuari 2011. Blog ni jugak tidak akan diupdates sepanjang masa itu tapi cuti tak lama pun, seminggu je. Doakan saya selamat pergi dan kembali ke Kuala Lumpur. Selamat bercuti semua, harap semoga selamat semuanya (^_^).

p/s: Kalau korang berkemampuan tolong la adik Hairuman dan keluarga, dia anak yatim piatu dan diberi ujian setinggi ini kepadanya, Allah mesti sangat sayangkan dia..

Thursday, December 16, 2010

Bercuti itu memenatkan sebenarnya

Assalamualaikum...

Salam bulan disember, bulan cuti-cuti Malaysia untuk Oda tahun ni. Sepanjang cuti semester saya selama sebulan ni (cececehhh sayalah student universiti yang ada cuti semester, huhu) kalau saya tak kerja mesti akan pergi somewhere. Walaupun bercuti tapi tanpa rehat antara cuti dan kerja sangatlah memenatkan.

Peace, di depan masjid kristal yang cantik (^_^)

Tapi walaupun sangat memenatkan, hari-hari cuti sangatlah menyeronokkan bila kita bersama-sama dengan keluarga dan kawan-kawan kan. Minggu pertama bulan disember ni saya pulang bercuti ke kampung bersama-sama along dan sepupu saya. Kitaorang pergi ke Kemaman dulu jumpa mak ayah saya dan jalan-jalan dalam Kemaman kejap. Kemudian ke Kuala Terengganu sebab Along nak pergi tengok Moonsun Cup, seronok jugak jalan-jalan kat Kuala Terengganu ni. Kitaorang pergi Taman Tamadun Islam tapi tak masuk dalam sebab hari nak hujan, jadi jalan-jalan kat luar je tengok masjid kristal (sape cakap tak cantik, cantik seh masjid ni). Sempat jugak pergi tengok Moonsun Cup, walaupun cuaca hujan dan layanan orang kat situ tak berapa tapi dapat la jugak kitaorang tengok kapal layar (tak paham apa yang best sangat naik kapal layar tengah-tengah hujan ni).

Salah satu kapal layar di Moonsun Cup, hari gelap sebab hujan (basah kuyup kitaorang)

Lepas Kuala Terengganu balik ke Kelantan, jalan-jalan Kelantan rasanya kitaorang dah boleh jadi orang ukur jalan Machang - Kota Bharu, hampir setiap hari pergi Kota Bharu. Sepanjang cuti 7 hari tu hari-hari semayang kat masjid berlainan, kitaorang boleh jadi orang check masjid jugak la kiranya, huhu. Selepas seminggu kembali bekerja semula, sangat memenatkan tapi nak buat macam mana kan cuti dah tak ada.

Orang lain sibuk dengan teambuilding kitaorang sibuk bergambar, huhu

Kemudian selepas bekerja, hujung minggu lepas saya ke Melaka untuk office trip. Seronok tu memang la, hotel yang kitaorang stay pun sangatlah cantik tapi mahal seh. Nasib baik la company yang bayar kalau bayar sendiri mesti saya rasa bersalah jek membazir duit camtu. Kali ni bercuti bersama officemate pulak, seronok kitaorang bermalas-malasan duk dalam bilik, berenang kat kolam yang best dan pertama kali saya masuk sauna (panas giler, rasa sesak dada dengan bau arang). Tapi yang paling tak bestnya lepas tu terus kena kerja balik sampai la sekarang, badan masih penat dengan semua jalan-jalan (tak ada la berjalan sangat tapi tak tahu kenapa penat sangat).

Kolam renang tempat kami berenang-renang sesuka hati, huhu.

Dan minggu ni saya akan sekali lagi pulang ke Kemaman, menghadiri majlis kawin salah sorang kawan baik saya sambil-sambil jumpa mak saya jugak. Hari tu tak lama sangat bercuti dengan ma jadi kali ni balik jumpa ma lagi sekali la. Minggu terakhir disember lak akan keluar jalan-jalan dengan Norha dan Sue, rindu bangat sama mereka. Sejak saya sambung belajar ni, semua plan keluar susah nak tunaikan sebab tak ada masa jadi masa cuti ni nak habiskan dengan semua orang, insyaAllah.

Mohon Tuhan, Untuk kali ini saja,
Beri aku kekuatan, ‘tuk menatap matanya.
Mohon Tuhan, Untuk kali ini saja,
Lancarkanlah hariku, Hariku bersamanya,
Hariku bersamanya....

[sheila on 7]

Penat tu tak lama, kenangan bersama tu yang akan kita ingat kan. Jadi jom kita ambil masa berjumpa kawan-kawan lama dan keluarga, kerja pun kerja jugak tapi jangan berlebihan. Satu perkara saya dapat daripada sambung belajar ni adalah betapa bernilainya orang-orang di sekeliling kita. Kepada semua keluarga dan kawan-kawan Oda lama dan baru, terima kasih atas semua sokongan dan semangat yang korang beri, love you all so much (^_^)

p/s: Walaupun badan penat tapi kalau boleh buat semua ni sekali lagi saya still akan buat lagi...

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Assalamualaikum..

Setelah puas berseronok berjalan-jalan selama seminggu akhirnya pulang ke Kuala Lumpur juga. Berat rasa hati nak balik hari ni, ikutkan hati nak ambil MC je hari ni sebab esok dah off balik (cuti tak cukup kena jugak kerja hari ni). Malam ni kena pergi kerja lagi, alahai macam biasa kalau balik dari bercuti memang malas nak mula kerja balik.



Entry kali ni cuma nak cakap pasal awal muharram sahaja, nak ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah. Tahun ni saya ada kisah menarik, semalam saya bersama Along dan sepupu-sepupu saya berjalan-jalan ke Kota Bharu, Along nak ambil gambar kat Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail ( lepas Google baru tahu nama dia).

Salam Maal Hijrah 1432H
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas InsyaAllah


Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail
Imej amik dari encik Google (sama dengan permandangan yang kitaorang tengok tapi kamera kami tak dapat ambil gambar cantik sangat)

Malangnya kitaorang sampai kat pintu gerbang tu dah nak masuk maghrib jadi dah malam kan tak nampak pun dalam gambar. Semalam kan masuk tahun baru awal muharram, kitaorang baca doa awal tahun dan akhir tahun di Masjid Muhammadi depan pintu gerbang tu. Nak jadi cerita, yang baca doa kat masjid tu hari tu adalah Mufti Kelantan dan dia jugak imamkan solat maghrib hari tu. Alhamdulillah tak apa la tak dapat ambil gambar pun dapat jugak semayang berimamkan mufti, huhu. Masjid Muhammadi sangat la cantik dan selesa, tempat semayang jemaah muslimat jugak sangat besar (serius tak tipu memang best masjid ni).

Masjid Muhammadi yang cantik
Imej amik dari encik Google

Banyak lagi kisah cuti nak cerita tapi tak lain kali la ek, saya kena siap-siap nak pergi kerja sebab dah lewat ni. Walaupun Kelantan hujan je sepanjang hari (semalam je panas) dan sangat la sejuk tapi tetap best balik Kelantan kali ni, hehe. Ok la adios amigos, sampai jumpa lagi di entry yang lain ok.

p/s: Hujan-hujan kelantan tu dekat 3 kali la pergi Kota Bharu cuti kali ni, huhu...

Monday, November 29, 2010

Akhirnya..Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Akhirnya exam dah berakhir dan saya dapat la membuat aktiviti lama tanpa perasaan bersalah lagi. Hehehe, banyak sangat kdorama, jdorama, manga dan novel yang tengah berbaris menunggu giliran. Tak tahu nak cakap apa tapi rasa macam nak buat semua benda je dalam masa sebulan ni. Apa pun perkara pertama adalah balik kampung, esok Oda akan balik ke Kemaman kemudian ke Kuala Terengganu dan akhir sekali ke Kelantan tercinta.


Moh le kita sama-sama balik kampung (^_^).
Imej ambil dari encik Google

Kali terakhir balik adalah masa raya puasa lepas, lama dah kan. Komitmen belajar dan kesibukkan kerja buat banyak aktiviti saya terbantut tapi tak apa sebab tak semua perkara kita nak kita akan dapat kan. Rasa macam tak percaya je dah akhir semester, macam baru semalam je pergi daftar kat UTMKL dengan Rozila. Tapi sepanjang semester, empat bulan rasa macam setahun je dengan semua kelas, assignment, quiz dan test buat saya sentiasa sibuk setiap minggu. Penat dengan semua ni tapi bila dah habis semester saya rasa sangat gembira, walaupun tak berapa yakin dengan final exam baru ni tapi saya rasa saya dah buat yang terbaik regardless of the result (tapi harap-harap lepas la) saya bersyukur saya dah berjaya tamatkan satu semester.

Jom kita bercuti rehatkan minda dan rehatkan badan.
Imej ambil dari encik Google

Saya akan bercuti selama seminggu dan tak ada akses kepada dunia siber jadi blog tak akan di sentuh selama itu juga. Harapnya dapat la rehat dan berseronok dengan keluarga dengan gembiranya, huhu. Hujung-hujung tahun ni ramai yang clearkan cuti kan jadi selamat bercuti kepada semua yang akan bercuti, jumpa lagi lepas balik dari Kelantan nanti ok.

p/s: Dah pukul 1 pagi ni tak tido lagi, esok memang nak kena marah ngan Along la kalau tidur dalam keta, wawawa (+_+)|| ZZZzzzZZZzz....

Thursday, October 21, 2010

Updates - Petang yang boring

Assaalamualaikum ya Akhi ya Ukhti...


Tengah tengok cerita Syurga Cinta kat Astro Ria, saya memang suka filem ni. Biarlah jalan cerita dia cliche ke, Heliza tak pandai berlakon sangat ke, Haziq over ke (owhh saya sangat suka Haziq dalam cerita ni) dan macam-macam lagi tapi saya tetap suka cerita ni. Iye saya tak adalah asyik tengok cerita jepun dan korea je, cerita melayu pun tengok jugak, hehe.


Imej amik dari encik Google

Bila cakap pasal cerita jepun dan korea, sekarang tengah suka giler drama Sungkyunkwan Scandal, kalau korang suka drama korea tengok la cerita ni, best sangat. Tapi drama ni tak habis tayang lagi kat korea, kat KBS World pun baru episod 4, nak tengok kat KBS World channel 391 Astro tiap-tiap isnin dan selasa pukul 9.10 PM. Hehehe, selalu promote KBS kan, ada channel Korea baru nak start kat Astro channel S-one, yang ni rasanya dari channel SBS korea, tak sabar lak ada channel baru ni. Kenapa Astro tak buka channel Jepun free ek, asyik korea je, kan best kalau Fuji TV ke, Tokyo TV ke free sekali, gamaknya asyik tengok TV la Oda, huhu.


Sungkyunkwan Scandal yang best, imej amik dari encik Google

Emm cerita pasal drama dan filem je kan, saya tak ada idea nak menulis tapi nak jugak updates blog tu cerita apa yang ada dalam kepala je tu. Hari ni baru mula off, badan masih penat lagi keje malam semalam. Boring je petang ni, nak siapkan assignment malas nanti dah dekat nak hantar mula la cuak nak buat kan. Hehehe dah tiga minggu asyik buat assignment je, kepala saya dah pening. Bulan depan saya akan menempuhi Final exam yang pertama untuk Master, cuak jugak tapi tak sabar nak habiskan semester ni. Saya mahu berehat dari kelas, cuti-cuti dan banyak lagi benda nak buat.

Cakap pasal cuti, bulan 12 nanti ofis buat teambuilding dan Annual dinner sekali kat Melaka. Tahun ni insyaAllah pergi, satunya sebab saya nak bercuti dan rehat-rehat, tempat yang kitaorang akan pergi tu nampak cantik sangat. Kali ni pergi Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka. Bulan 12 ni gak sepupu saya kawin, insyaAllah akan balik Kelantan jugak. Nasib baik la bulan 12 cuti semester kalau tak mesti susah nak arrange cuti. Sebenarnya, saya tak sabar nak habiskan Final exam dan bercuti (^_^), huhu ganbatte Oda!!.

p/s: Oda.. cuti, cuti jugak ada lagi 5 assignment dan 1 class project tak siap....uuwaaaa I seriously need a break..

Saturday, June 12, 2010

Updates

Assalamualaikum...

Saya sedih hari ni sebab tak dapat menghadiri majlis kawin sahabat saya Nurul Ain (Yuyu). Sebenarnya nak sangat pergi tapi keadaan tak mengizinkan, sedikit ralat di hati sebab Yuyu adalah antara kawan baik saya semasa di SMSPP dulu. Maaf Yuyu, kerja hari ni dan tak boleh cuti sebab tak ada orang ganti. Semoga Yuyu berbahagia dunia dan akhirat.



Hari ni hari ke tujuh saya bekerja, penat sangat dah badan ni. Kerja shift ni macam ni la, agaknya macam mana la doktor bekerja ek mesti lagi penat. Esok saya akan mula bercuti, nak balik Kelantan untuk hari keluarga, tak lama pun empat hari je sebab tak ada orang nak ganti. Esok malam akan bertolak dengan bas bersama Rozila, disebabkan berdua aje kami tak dibenarkan memandu balik ke kampung. Bagus jugak sebab penat la kalau bawak kereta balik kampung ni. Doakan kitaorang selamat sampai ek (^_^).

p/s: Balik ni nak rehat dengan secukupnya dan kembalikan tenaga sebab nanti kembali bekerja kena kerja lebih masa juga sampailah team dapat orang baru.

Friday, May 28, 2010

Cuti

Assalamualaikum...

Hari ni hari Wesak, cuti umum di Malaysia tapi saya di office berbloging bekerja. Ikutkan hati nak je duduk rumah tapi cuti umum ni datang kerja dibayar, pastu masa drive pergi office pun tenang je sebab jalan tak banyak kereta, nampaknya orang KL duduk rumah atau balik kampung cuti kali ni.


Tak ada idea nak menulis pun sebenarnya, saje je sebab mata dah layu mengantuk dan kebosanan di office ni. Selamat bercuti buat korang-korang yang bercuti, saya sangat jeles tapi tak apa la saya cuti lain kali. Bulan depan nak balik kampung juga, tak sabar pulak nak bercuti. Bulan depan jugak cuti sekolah, selamat bercuti buat adik-adik dan cekgu-cekgu semua. Saya pun nak cuti 2 minggu jugak (@_@).

p/s: kan best kalau tak payah kerja, cuti je memanjang...emm angan-angan

Tuesday, April 27, 2010

Updates

Assalamualaikum...

Saya tak pernah segembira hari ni masa dapat baca semua blog yang selalu saya baca. Sejak minggu lepas office block banyak website termasuklah blog, entertainment website saya faham tapi saifulislam.com pun kena block jugak buat saya geram. Tapi geram pun bukan boleh marah, takkan nak marah management sebab block website yang tak ada kaitan dengan kerja kan, terpaksalah redha. Maka jadilah kami semua pekerja yang sangat berdedikasi dan membosankan, yang makin berdedikasi menjadi hackers pun ada, huhu. Kat rumah pulak monitor PC rosak, menjadikan saya malas nak online di rumah. Sebab tu la agak lama jugak tak updates blog ni.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat bercuti hujung minggu je (^_^)

Hujung minggu ni insyaAllah kalau tak ada halangan dan cuti di-approvekan saya akan pulang ke Kemaman yang dirindui. Kesian kat Ma mesti rindu kat anak-anak dia, balik jarang-jarang. Kali ni balik dengan Along je sebab Rozila ada kelas (belajar sambil keje ni penat ek, takut lak nak sambung belajar). Balik kali ni harap dapat pergi la Cherating (nak pergi ke pantai, main air), last balik tak dapat pergi sebab ombak besar bahaya dan Abah pun tak kasi pergi. Jadi harapnya dapat la berehat dan menikmati cuti hujung minggu ni, huhu. Harap hujung minggu korang pun best jugak ok.

p/s: Balik kemaman tenangkan fikiran setelah bekerja dengan berdedikasinya, huhu.

Tuesday, December 29, 2009

Lima Teratas 2009 Oda

Assalamualaikum...

Tahun 2009 sudah hampir ke penghujungnya, tahun ni saya rasakan sangatlah pendek, pejam celik dah nak masuk 2010. Kebanyakkan blog yang saya baca hari ini sudah mula bercerita tentang kisah 2009 mereka, saya pun terfikir nak menulis entry tentang 2009. Kali ini saya akan membuat senarai Top 5 tentang apa sahaja sepanjang tahun 2009.



    Top 5 Memorable Trip/Event

    Family Day Kelab KEMO di Port Dickson

    Ini adalah trip saya yang paling menyeronokkan, hampir ke semua ahli keluarga saya hadir ke trip ini. Trip bersama keluarga saya selalunya kami akan sentiasa dipenuhi dengan keriangan (huhu, cam best je perkataan ni).

  1. Port Dickson - Family day KEMO
  2. PPUM - Sepanjang Alang hospitalized dan operation day + Nor's Konvocation
  3. Perlis - Wedding Ayu
  4. Melaka - Wedding Dianah
  5. Sunway lagoon - Team outing


    Top 5 Buku yang Saya Paling Suka Baca

    Cover buku Rindu Bau Pohon Tin, imej ambil dari encik Google

    Buku rindu bau pohon tin ni kisah Ustaz Hasrizal semasa belajar di Jordan dulu, kisah-kisah di timur tengah adalah antara artikel yang saya paling suka baca di saifulislam.com. Nota Hati Seorang lelaki hampir menjadi nombor satu kerana saya memang suka cara bercerita Pahroi Mohd Juoi (dia salah seorang kolumnis di majalah Anis) tetapi saya rasa Rindu Bau Pohon Tin lagi menarik kisahnya.

  1. Rindu Bau Pohon Tin - Ustaz Hasrizal
  2. Nota Hati Seorang Lelaki - Pahrol Mohd Juoi
  3. The Time Traveler's Wife - Audrey Niffenegger
  4. Twilight Saga - Stephanie Meyer
  5. Lasykar pelangi - Adrea Hirata (in progress, tapi dalam top 5 setakat ni)



    Top 5 Lagu yang saya dengar berulang-ulang


    .: What Should I Do - Jang Geun Suk :.

    Mungkin kerana ini adalah lagu yang paling baru saya suka dengar jadi ia mendapat tempat teratas sekali. Tapi kesemua lagu didalam top 5 ini pernah saya dengar berulang-ulang sampai nak muntah.

  1. What Should I do - Jang Geun Suk
  2. Let Break up - Lee Seung Gi & Love like This - SS501
  3. Aitai - Yuzu
  4. Allah Knows - Zain Bhika
  5. Pewaris Syurga - Opick



    Top 5 Rancangan Menarik

    1N2D - The 6 guys that i love the most, imej ambil dari encik Google

    1N2D menjadi rancangan yang paling saya gemari sejak dari mula saya menonton rancangan ini tahun lepas lagi. Boleh dikatakan saya tak pernah miss episod rancangan ni. Naruto mendapat tempat ke dua kerana tahun ini anime ini berkembang dengan sangat best.

  1. 1N2D - KBS World (Korea)
  2. Naruto - Download (Jepun)
  3. Air Crash Investigation - National Geographic (USA)
  4. Nur Kasih - TV3 (Drama Melayu)
  5. Kamen Rider Kabuto - Streaming (Jepun)



    Top 5 Jdorama 2009

    Pelakon-pelakon Mei Chan yang comel (^_^), imej ambil dari encik Google

    Tahun ini saya kurang menonton drama jepun dan kenbanyakkan drama yang saya tonton kurang memuaskan. Masih banyak lagi jdorama yang belum saya habiskan atau beli cd, saya agak jika saya habiskan semua drama baru tahun ini mungkin semua list dibawah akan bertukar. Cerita Mei chan ni pelik sikit tapi kalau tak pelik sikit tu bukan jdorama la kan.

  1. Mei-chan no Shitsuji
  2. Bloody Monday
  3. Ghost Friends
  4. Ohitorisama
  5. BOSS


    Top 5 Kdrama 2009

    Cover kdrama You are beautiful, tak cantik kan pelik je cover dia. Imej ambil dari encik Google

    Sudah di agak You are beautiful akan jadi kdrama feveret saya bagi tahun ini kan. Lagi-lagi Jang Geun Suk yang jadi hero, dah lama saya tunggu dia bawak watak hero untuk kdrama ni. Kalau bukan kerana Jang Geun Suk rasanya tak jadi nombor satu jugak ni. Jalan cerita yang paling saya suka adalah drama City Hall, drama lain pula sebab saya berjaya habiskan tanpa skip episod dan semuanya adalah drama KBS World.

  1. You are beautiful
  2. City Hall
  3. The man who can't married
  4. The queens return
  5. Boys over flower


    5 Perkara Menarik/Mengejutkan yang tak boleh dilupakan

    Keluarga besar kami (^_^)

    Saya tak ada gambar semasa di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) tu tapi ini adalah perkara yang paling saya tak boleh lupakan bagi tahun ini. Gambar di adalah gambar semasa Family day di Port Dickson. Nurul dapat tempat kedua kerana sebelum ini Nurul pernah keguguran, kami memang menantikan kelahiran baby irfan ni.

  1. Alang hospitalize untuk pembedahan Injap Jantung - Ogos
  2. Nurul lahirkan Irfan - November
  3. Ustaz Asri dan Sahabat lama meninggal - Ogos
  4. Team dapat Team of the Month - Jun
  5. Lulus MCDST exam bulan September

Panjang kan senarai saya, banyak lagi senarai saya nak buat tapi dah malas nak menaip dan berfikir. Sakit kepala jugak la nak ingatkan balik semua senarai kat atas tu, saya kan ada short term memory. Banyak juga perkara yang menarik berlaku tahun ini bagi saya, thanks kepada blog ini saya dapat mengingati kembali peristiwa sepanjang 2009 ini. Ini mungkin entry terakhir saya bagi tahun 2009, selamat menyambut tahun masihi 2009 kepada semua.

p/s: panjang yang amat kan entry ni, huhu maklum lah entry terakhir 2009. Kita jumpa lagi di tahun 2010 ok (^_^)