Salam hari jumaat, selamat hari yang baik-baik untuk semua. Dah pukul 10 pagi tapi saya masih mengantuk, hari ni bangun awal sebab teman Zila hantar sepupu pagi tadi. Semalam tido lambat sebab tengok naruto dan 1N2D, malam ni dah mula kerja jadi semalam habiskan tengok cerita-cerita yang tertinggal minggu lepas. Esok pulak dah mula kelas yang pertama untuk pelajar baru ni.
Ramai yang tanya saya apa perasaan nak mula belajar balik, kalau tanya minggu lepas saya jawab tak ada perasaan sangat pun tapi minggu ni saya dah rasa berdebar-debar. Macam-macam perkara saya fikir dalam kepala saya ni, yela biasa fikir pasal kerja, family, drama jepun, drama korea dan anime je. Kali ni nak fikir benda-benda yang complicated ni, dapat ke cope nanti. Saya berserah je pada Allah, semoga hati saya tenang sikit. Saya yakin kalau ada usaha insyaAllah semua boleh.
Saya percaya orang yang berusaha akan mendapat ganjarannya nanti. Sebab tu lah masa belajar dulu kalau saya dapat result rendah je saya redha sebab saya tahu usaha saya takat mana. Dulu saya adalah pelajar yang agak malas, belajar malas, pergi kelas pun malas. Tapi bukanlah tak belajar langsung, mustahil la saya graduate kalau tak belajar langsung kan. Saya harap untuk kali ni saya akan rajin sedikit, emm tu perkara yang agak sukar buat saya tapi insyaAllah saya akan cuba.
Kelas saya dari pagi sampai petang, sabtu dan ahad. Bunyinya macam membosankan dan memenatkan je, tak mula kelas lagi saya dah risau tengok jadual kelas. Macam mana la saya nak spend time untuk kelas-kelas tu, dengan jadual kerja saya yang tak menentu tu. Memikirkan jadual kerja dan kelas dah buat saya sedikit stress tapi saya tahu risau tu tak bawa kemana jadi saya buat one step at a time. Saya akan rancang jadual saya setiap minggu, nasib baik teammates saya sangat memahami. Tak tahu la macammana saya nak hadapi jadual yang macam ni tanpa sokongan mereka semua (^_^).
Ukhwah fillah abadan abada. Semoga tautan ukhuwah berada dalam redha Allah.
Saya tahu ramai yang berada di belakang saya, keluarga, kawan-kawan dan teammates saya yang menyokong saya. Memikirkan mereka semua buat saya rasa sedikit lega, betullah kita memang tak boleh hidup sorang kat dunia ni. Terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong, membantu dan sentiasa ada untuk saya. Tanpa kalian semua Oda tak mampu nak melangkah lebih jauh. Terima kasih atas kata-kata nasihat dan sokongan yang tak putus saya terima, setiap kali saya mengadu atau mengeluh sentiasa ada orang yang akan beri nasihat dan kata-kata semangat. Alhamdulillah Allah berikan saya keluarga dan sahabat yang sangat memahami, sesungguhnya saya bahagia menjadi keluarga dan sahabat kamu semua (^_^).
p/s: Hargailah mereka yang sentiasa berada disisi kita, saya tak tahu orang lain tapi tak dapat bayangkan hidup saya tanpa mereka.
No comments:
Post a Comment