Salam rindu untuk blog saya, iye saya sangat rindu nak menulis entri baru. Selepas je minggu tahun baru cina saya terus masuk kerja dan masih lagi dalam proses untuk sesuaikan diri dengan waktu dan suasana kerja baru. Perasaan saya pergi kerja macam masa mula-mula kerja dulu, waa ramai sungguh orang kat KL ni ek. Hampir setiap hari jalan jam tapi saya takde la lambat masuk kerja, huhu alhamdulillah. Entri kali ni saya nak cerita pasal cuti raya cina saya, hehe agak boring la jadi kalau korang tak nak baca sila tutup browser anda sekarang ok.
Dapatkan Testi-Testi Menarik di SiniAku rindu, sayang kamu, huhu rindu bangat sama blog.
Balik bercuti minggu tahun baru cina hari tu, saya balik berdua dengan Rozila je sebab Along dah balik awal. Kitaorang balik Kemaman dulu sehari dan selepas tu baru bertolak ke Kelantan. Ingatkan nak singgah kejap je kat Kuala Terengganu makan tengah hari dengan sepupu kitaorang tapi dia ajak konvoi dengan dia malam nanti sebab dia kerja sampai malam (sepupu saya ni wartawan KOSMO), dia nak cover story pasal pesta tanglung kat Kampung Cina, Kuala Terengganu malam tu. Disebabkan sampai KT awal jadi saya dan Rozila jalan-jalan dulu la kat KT, lagipun Rozila tak pernah jalan-jalan kat KT (nama je duk Terengganu kan).
Sepanjang petang tu kami sempat ronda-ronda Muzeum Negeri Terengganu yang cantik dan Taman Tamadun Islam yang sangat best tu. Malam pulak kitaorang jalan-jalan kat pesta tanglung tu pulak, dalam pukul 11 malam baru gerak balik Kelantan. Walaupun memenatkan tapi sangat seronok, saya agak suka Kuala Terengganu sekarang, insyaAllah lain kali saya stay lama sikit jalan-jalan pusing KT.
Hari-hari cuti saya yang selebihnya adalah di kampung tercinta, ada kenduri kahwin, kenduri kesyukuran dan kenduri sambut menantu. Jadi agak sibuk sikit la kali ni balik kampung. Macam biasa, sibuk-sibuk pun bila dengan keluarga semua pun best kan. Apa yang paling tak best sepanjang cuti raya cina saya adalah perjalanan balik ke KL. Dari Machang ke Kuala Lumpur ambil masa 12 jam, kitaorang keluar rumah pukul 7 pagi, 7 malam baru sampai KL. Dah macam kerja shift 12 jam balik dah, ramainya orang yang balik kampung kan. Saya yang boleh kira berapa kali seumur hidup mabuk kereta hari tu pening-pening dan loya sebab tak larat lagipun badan saya memang tak berapa nak sehat sangat dah dari awal cuti lagi. Tapi tak apalah, walau sesak tiap-tiap tahun semua mesti balik jugak sebab masa bersama keluarga tu tiada tandingan ek. Lagipun cuti raya cina ni dah kira macam cuti wajib balik kampung untuk orang kita ek, chinese raya kita pun nak raya jugak, Satu Malaysia la katakan, jadi cuti pun satu Malaysia jugaklah.
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu..
[Lirik Pemergianmu - Inteam]
Salam Maulidur Rasul
Minggu depan Maulidur Rasul, cuti lagi hehe (tapi Oda tak cuti pun). Tahun ni maulidur rasul jatuh sebelah dengan Valentine, emm jangan pulak kita sibukkan dengan Valentine tu pulak ek, tak boleh sambut Valentine ni. Bukan cara kita sambut benda-benda macam ni, buang masa dan buang iman je. Baik kita sambut hari kasih sayang kepada Rasulallah S.A.W, orang yang paling sayang kita ni. Sampai di ambang maut pun masih sebut ummati, ummati lagi, ada ke orang yang sebut-sebut nama kita sampai ke hujung nyawa macam tu. Jadi mari sama-sama kita hayati perjuangan nabi kita dan sentiasa mengingatinya, rajin-rajin la selawat keatasnya, semoga kita beroleh syafaat darinya, InsyaAllah.
p/s: Panjang bebeno entri kali ni, entri pengubat rindu saya sama blog sendiri (^_^)
No comments:
Post a Comment