Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan Tiba Lagi

Assalamualaikum...

Ramadhan tiba lagi, Alhamdulillah syukur kerana kita masih diberi kesempatan menyambut bulan ramadhan. Saya tahu sudah agak terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa, saya baru je berkesempatan menulis entri baru. Semoga ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang lalu, InsyaAllah. Harapnya kita tidak sia-siakan peluang menyambut ramadhan kali ini. Jom kita kejar pahala sebanyak yang mungkin bulan ni.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ramai orang cakap bulan ramadhan baru nak buat baik, baru nak beribadah atau baru nak dekatkan diri pada tuhan. Apa salahnya kan, lebih baik dari tiada apa-apa pun. Mari kita bersangka baik, mana tahu amalan yang bermula di bulan ini membuka hati  untuk beramal sepanjang tahun. Ini bulan yang sangat berkat, bulan doa diterima jadi bukankah lebih baik kita mendoakan semoga amalan baik akan berterusan sepanjang tahun. Renung-renungkan dan selamat beramal, huhu.

Kalau nak menulis pasal puasa ni memang tak habis la. Banyaknya kebaikan tu sampai tak terhitung, bulan ni jugak mengajar kita menjadi lebih sabar kan. Berpuasa pada bulan ramadhan dan puasa tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya - (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan an Nasai). Bulan ni segala amal kita buat akan dapat pahala berganda, jadi apa lagi masa ni la nak kumpul pahala. Saya doakan semoga kita semua mendapa syafaat bulan ramadhan dan juga semoga bertemu dengan malam yang lebih baik dari seribu malam - Lailatul Qadar.

Banner Ramadhan dari Iluvislam

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin.

Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya:

Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut.

Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya.

Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

Sumber : Sila klik di Sini
Atas ni saya kongsi satu hadis yang saya dengar dalam ceramah lepas terawih tadi yang ada kaitan dengan bulan ramadhan ni. Semoga menjadi pengajaran dan ingatan untuk kita semua. Saya google je tadi kisah ni, nak cerita balik apa yang ustaz tu cerita saya takut tertingal maklumat yang penting.

P/s: Jom kita kumpul pahala dari bulan ramadhan banyak-banyak (^_^)

Tuesday, December 25, 2012

Les Misérables 2012 Movie

Assalamualaikum...

Salam hari cuti krismas untuk semua. Kali ni saya nak cerita pasal filem Les Misérables yang baru saja saya tonton petang tadi. Tiada kata yang dapat saya gambarkan, terkedu saya menonton cerita ni. Emm teresak-esak sebenarnya, cerita yang menyentuh perasaan buat saya menangis sepanjang cerita ni. Saya dah agak saya akan suka filem ni tapi tak sangka filem ni buat saya tertawan (cewahhh, sila nyanyi lagu Untuk Dia part Najwa Latiff - Kau buat aku tertawan). Walaupun selama 2 jam 40 minit, tak terasa masa berlalu. Berbaloi balik awal dari office hari ni. (Yup, saya kerja hari ni walaupun satu dunia sedang bercuti).


Les Misérables THEATRICAL TRAILER (2012)

Kalau korang suka cerita tentang sejarah, philosophy dan muzikal pergi la menonton cerita ni. Tapi kalau korang tak suka muzikal sila la jangan menonton filem ni ek sebab lebih 90% dari babak cerita ni semua menyanyi je, ada sikit sangat dialog biasa dalam filem ni. Saya tak jamin korang akan suka sebab semua orang ada kegemaran masing-masing, tak semestinya apa yang saya suka korang kan suka jugak kan. Saya menulis entri ni untuk promo movie ni sebab saya harap korang semua pergi la menonton cerita yang awesome nih.

p/s: Hujung minggu ni kitaorang bercadang nak pergi menonton lagi cerita ni, sape nak ikut angkat tangan! (^_^)

p/s2:  I'm smitten with Gavroche, that kid is adorable and his part break my heart....

Friday, December 21, 2012

Tuju Lagu : Don't Forget Allah oleh Farid Sanullah

Assalamualaikum...

Salam hari Jumaat, salam hari yang baik-baik. Entri hari ni saya nak kongsi lagu je, selalu dengar lagu ni kat Suria FM dan sangat suka dengan lagu ni. Sempena hari jumaat ni (motif tak berapa nak betul) saya nak tuju lagu (buat suara Yus Jambu) untuk korang semua. Suara adik ni dan sebutan bahasa inggeris dia sangat sedap kan, orang duk negara omputih lama mesti la cakap inggeris macam bahasa mak (ibunda) dia je. Macam mana saya tau dia duk negara omputih (FYI : Australia), saya kat baca komen bawah video dia, huhu.


Farid Sanullah - Don't Forget Allah (OFFICIAL MUSIC VIDEO)

Kat bawah ni pulak lirik lagu ni. Walaupun dah ada lirik dalam muzik video tu tapi kan lambat sikit keluar sari kata dia jadi kalau korang rasa nak karaoke sekali dengan adik Farid ni sila la guna lirik kat bawah ni ek. Seronok jugak karaoke lagu nasyid, sambil berhibur boleh menghayati lirik dan mengingati Allah (InsyaAllah). Tapi biasanya kalo saya, nyanyi je yang lebih bahagian menghayati tu tak berapa nak ada. Apa pun harap korang terhibur dengar lagu ni, serius sedap lagu dia.

Don't Forget Allah
Munsyid: Farid Sanullah


You're down and out
You just can't cope
You wanna shout
You lost all hope

On your knees
Begging please
You turn and pray
To find your way

Hey you make Do'a
Allah's there
Whoever you are
'Cos he cares

Chorus:
Then you forget, to say thank you Allah
You forget, to say Insha Allah
You forget, to say Subhan Allah
Raise your hands Alhamdulillah!

Lets flashback
Lets backtrack
To a time
Like yours and mind
The story of the three
Who longed to be
To be free
Of their misery

Hey to the one poor
He opened the doors
Gave him plenty
Of his bounty

*Chorus

Can't you see
His promise to you
Can't you see
His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don't lose hope in Allah

If you remember Allah
In prosperity
He'll not forsake you
In adversity

Be mindful of Allah
He'll guide you
To all that is good

*Chorus

You're down and out
You just can't cope
You wanna shout
You lost all hope

On your knees
Begging please
You turn and pray
To find your way..
p/s: Teringin nak menyanyi kat office tapi segan sebab kalo bunyi suara semua orang dengar jadi duk goyang-goyang kepala je la kat depan computer

Friday, July 27, 2012

Cukuplah Allah Sebagai Penolong

Assalamualaikum...

Salam hari jumaat, selamat hari yang baik-baik. Saya tak ada apa-apa yang nak diceritakan dalam entri kali ni, sempena hari Jumaat penghulu segala hari ni saya nak kongsi satu lagu nasyid yang best. Dengar dan hayatilah lirik lagu dia ek, saya sangat suka lagu ni.



Hasbunallah by Yoga Al’Ghazali ft Ajeng
Hasbunallah

Hasbunallah wani’mal waakil
Ni’mal maula wani’man nasir
Hasbunallah wani’mal waakil
Ni’mal maula wani’man nasir

Ku cuba renungi semua
Detik waktu yang telah berlalu
Menyiksakan pedih dihati
Mengingat keangkuhan diri

Hasbunallah wani’mal waakil
Ni’mal maula wani’man nasir
Hasbunallah wani’mal waakil
Ni’mal maula wani’man nasir

Ku cuba sandarkan jiwa
Hanya pada Allah semata
Hingga rasa beban ku sinar
Sepenuh hati serahkan padaNya

Hasbunallah wani’mal waakil
Ni’mal maula wani’man nasir
Hasbunallah wani’mal waakil
Ni’mal maula wani’man nasir

Cukuplah Allah sebagai Penolong
Dan sebaik-baik Pelindung

Hasbunallah wani’mal waakil
Ni’mal maula wani’man nasir
Hasbunallah wani’mal waakil
Ni’mal maula wani’man nasir
Lagu ni saya dengar dari IKIM, nyanyian penyanyi dari Indonesia. Saya paling suka pada ayat 'Cukuplah Allah sebagai Penolong dan sebaik-baik Pelindung'. Kadang-kadang kita lupa yang Allah sentiasa di sisi kita, tak pernah lupakan kita jadi mintalah pertolongan dariNya untuk apa sahaja. Semoga kamu semua mendapat keberkatan di bulan penuh syafaat ini, InsyaAllah.

p/s: Hari ni hari pembukaan Olimpik jugak, Oda doakan pasukan Olimpik kita mendapat kejayaan, InsyaAllah (^_^)

Wednesday, July 11, 2012

Ulasan Buku : Korban Kasih

Assalamualaikum...

Saya menulis hari ni sebab saya nak bercerita tentang novel kegemaran Cik Rozila dan saya, Korban Kasih karya Fatimah Saidin. Novel yang sangat memberi kesan kepada saya, berulang kali baca pun saya boleh menangis tanpa henti (serius, menangis macam saya pulak watak utama dia). Jalan cerita yang sangat menarik, dengan olahan ayat yang tak terlampau berat dan tak terlampau ringan, penceritaan melalui pandangan satu watak dari kecil hingga dewasa dan paling saya suka kisah Jalil yang sangat baik dan tabah itu.

Muka depan Novel Korban Kasih

Sinopsis:
Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni." (sumber : Goodreads)

Saya amat suka watak Jalil dalam novel ni, berharap dapat berjumpa orang seperti dia, sabar sungguh. Cemburu dengan watak Fatimah sebab ada abang macam Jalil, seronoknya kalau saya ada abang macam tu jugak. Masa mereka kecil, bila Fatimah tanya abangnya Jalil apakah cita-citanya, dia jawab "Cukuplah jika abang mendapat secebis kasih sayang emak". Banyak sangat kisah menyayat hati antara Jalil dan ibunya, buku ni membuat kita berfikir, adakah di luar sana ibu yang tak sayangkan anak.

Kisah hubungan kekeluargaan antara mereka adik-beradik sangat menarik, walaupun ibunya tak sayangkan Jalil tapi ayahnya dan semua adik-beradik terutamanya Fatimah dan Jamil sangat sayangkan Jalil kerana sifat dia yang baik hati tu. Oh lupa nak bagi tau, Jalil ada saudara kembar yang bernama Jamil, anak kesayangan ibu mereka jadi perbezaan layanan ibunya sangat ketara terhadap kedua anaknya ni walaupun mereka sebaya. Saya pun kembar jadi saya tahu kalau masa zaman budak-budak tak boleh kalau lebih-lebihkan seorang je, yang sorang lagi mesti tak puas hati.

Siapa sangka buku ni adalah karya pertama Fatimah Saidin, dia tulis buku ni masa umur dia 18 tahun tapi sayang tak ada buku lain yang saya jumpa karya Fatimah Saidin. Bawah ni saya letak puisi yang Kak Fatimah Saidin karang untuk novel ni.

Air dicincang

Tika padi kuning berisi,
jangka segalah sinar mentari,
siang ternanti belaian suci,
malam termimpi kasih bersemi.

seyogia dikau,
langkah terorak sedikit sumbang,
ibu berdendam pantas membungkam,
ego meningkah, sumpah seranah,
kalimat berbisa menghancur punah,
terasa langit tinggi rendah.

Abang,
saat engkau nekad melangkah,
menongkah arus melawan tak sudah,
hati hancur mengaduh resah,
tapak diayun kerana maruah,
dan...
kau sempat bersumpah,
tidak dijejak tanah tumpah darah,
hingga diri berpihak tuah,
membujur lalu melintang patah.

Pulanglah abang,
kini pasir telah berubah.

Ego emak telah berlalu,
daku menunggu di muka pintu,
Tuah di kandang menguak sayu,
pintu terbuka luas untukmu,
malah...
pintu hati ibu...
telah lama terbuka untukmu.
Saya lupa bila pertama kali baca buku ni, masa sekolah rendah rasanya tapi tak sempat baca habis sebab buku ni sepupu saya yang punya. Rozila yang baca buku ni dulu, masa dia cerita pasal novel ni pun saya dah nangis lagi la bila baca kan. Kemudian masa sekolah menengah jumpa buku ni kat Perpustakaan Awan Kemaman baru dapat habiskan. Beberapa tahun lepas, masa saya ke kedai buku kat Jalan TAR terjumpa buku ni jadi saya beli buat simpanan. Sejak dari saya beli dah beberapa kali saya mengulang baca buku ni. Kalau korang suka novel lama dan gaya penceritaan lama maka buku ini sangat sesuai untuk dibaca. Kalau korang nak beli buku ni cuba la jenguk laman Dewan Bahasa dan Pustaka, mungkin ada atau cari kat kedai buku lama. Kalau tak jumpa, nak pinjam buku saya pun boleh (^_<).

p/s: Sembap mata saya pergi kerja hari ni sebab baca buku ni semalam, hehe.

Monday, January 17, 2011

Updates Oda

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti...

Huhu akhirnya saya dapat menulis entri baru dari rumah, setelah 3 minggu lebih tanpa akses internet akhirnya masalah itu selesai hari ini. Rupa-rupanya modem yang rosak, dah 3 minggu baru hantar technician ke rumah untuk check. Hari ni lepas je technician tu datang kitaorang terus ke TM Point untuk tukar modem tu. Lepas je pasang modem baru, selesai masalah tu, kan bagus kan kalau dia hantar awal-awal lagi. Ok la bosan dah dengar pasal masalah TM ni kan, jangan risau ini mungkin kali terakhir Oda cerita pasal ni melainkan dia buat hal lagi.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Suka quote ni, bersyukur la dengan apa yang kita ada.

Mulai bulan depan saya akan menjalani hidup normal macam orang lain jugak, akhirnya saya akan bekerja seperti orang lain. 5 hari seminggu 9 pagi hingga 6 petang. Rasa macam tak percaya je, mak saya la yang paling gembira dengar berita ni dah lama dia nak anak dia kerja normal. Risau jugak dengan kerja 5 hari seminggu dan kelas lagi hujung minggu, takut penat dan tak dapat tahan tekanan. Dengan kelas yang sentiasa ada sampai la akhir semester, risau tekanan kerja lagi dan macam-macam lagi. Tapi kalau tak cuba kita tak tahu kan boleh tahan atau tak. Yang buat saya positif ialah bila fikir kalau orang lain boleh buat saya pun boleh jugak kan, ganbatte Oda!!.

Emm dah tak ada idea nak tulis apa, saya nak kongsi satu lagu nasyid yang saya suka. Perkara yang paling saya suka dengan lagu nasyid adalah lirik dia yang best, lagu ni pun lirik dia sangat best. Nak dengar lagu sila klik lagu kat sebelah ni, saya letak kat belah kanan blog ni. Harap korang pun suka jugak, sambil-sambil tu saya nak promote lagu nasyid gak. Kalau korang dengar lagu nasyid ni sebenarnya best tau, lagi la boleh buat kita rasa insaf bila dengar, hehe.

Harapan Tidak Buta
Artist: Alarm Me

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Sudah menjadi suratan
Setiap sesuatu bersifat sementara
Jerih perit di dunia
Terungkai dek pawana
Hembusan ketaqwaan

Pilu melihat mereka
Dihimpit kemiskinan
Yang serba kekurangan
Berkat walau sedikit
Terukir keredhaan
Di wajah ketenangan

Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Berusaha hindar keculasan
Waspada kefakiran
Jerumuskan kekufuran
Maruah dibela dijaga
Tidak meminta-minta
Hanya Tuhan segala

Mereka fakir di dunia
Namun berilmu dan beramal mulia..

Cakap pasal lagu nasyid, InsyaAllah bulan depan saya dan sahabat saya akan pergi ke konsert Maher Zain. Dah lama tak pergi konsert nasyid, rindunya. Inteam pun ada sekali, huhu tak sabar lak rasanya nak pergi konsert ni (^_^). Ok la kalau terus menulis saya akan melalut macam-macam lagi, jadi jumpa lagi di entri yang seterusnya.

p/s: Pergi ke konsert nasyid ni saya rasa nostalgia, teringat zaman degree dulu, ahhhh the good old days (walaupun takde la lama sangat tapi dah nak masuk 5 tahun lepas degree, waa rasa macam dah tua je, tu tak kira berapa lama habis SPM tu).

Monday, October 25, 2010

InsyaAllah, you never alone

Assalamualaikum...

Entry kali ni bukan nak bercerita cuma nak melepaskan stress dalam kepala dan berkongsi lirik lagu InsyaAllah, Maher Zain ni. Lagu ni buat saya tenang hati sikit.



Insha Allah
By: Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way
Video & Lyrics Information

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

Saya tak adalah stress sangat pun, cuma agak penat membuat assignment yang macam tak habis ni. Mesti korang dah boring baca pasal saya buat assignment je, mintak ampun bebanyak ek. Saya tak ada idea nak tulis apa, kepala sarat dengan Software models, Agile software development, Software requirement and specification document, SQUARE document, ARA document, secure-SDLC dan macam-macam lagi alien language, susah nak kena translate dan break the code sebab saya faham bahasa manusia je, huhu.


Alhamdulillah tenang sikit saya dengar lagu InsyaAllah, oleh Maher Zain ni. Hehehe selalu jugak cakap pasal Maher Zain semenjak dua menjak ni kan. Apa-pun bukan nak cakap pasal dia, dalam post sebelum ni pun ada cakap, ingatlah Allah sebab dia tak pernah lupakan kita. Memang pun kan, bukan masa sedih je nak ingat, masa gembira pun kena ingat jugak sebab yang bagi nikmat tu pun Allah jugak, Dia tak mintak banyak pun ucap Alhamdulillah pun dah cukup. Semalam saya merasa nikmat Allah yang dah lama tak dapat, Alhamdulillah kalau kita berusaha mesti akan dapat hasilnya.

p/s: Sesungguhnya yang Allah lihat adalah usahamu bukannya hasil, kejayaan itu manis jika kita berusaha untuk dapatkannya kan. Ganbatte Oda!!

Thursday, June 3, 2010

Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti…

Salam ukhuwah dan salam hari khamis buat semua. Baru lepas habis membaca buku Secangkir Teh Pengubat Letih tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com), beliau adalah salah seorang penulis kegemaran saya. Buku ini berkisar tentang pengalaman beliau di Turki, banyak kisah yang buat saya sebak semasa membaca buku ni.


Paling memberi kesan kepada saya adalah kisah tentang isu bertudung di Turki, walaupun antara negara pengeluar tudung terbesar dunia tetapi muslimat Turki didiskriminasikan dan dilarang untuk bertudung. Mereka tidak dibenarkan bertudung di tempat awam dan di universiti menjadikan agak sukar bagi mereka untuk menyambung pengajiaan. Disuruh memilih antara IMAN dan MASA DEPAN, mereka memilh IMAN. Ironi ek dengan negara kita, saya melihat ramai rakan-rakan saya yang dulu bertudung kini tidak bertudung.


Saya pun bukanlah sempurna sangat, InsyaAllah semampu yang boleh saya akan cuba menutup aurat. Negara kita tak ada undang-undang melarang bertudung tapi ramai yang memilih untuk tidak bertudung, agaknya kita tak tahu betapa cemburunya muslimat Turki dengan kebebasan beragama kita. Walaupun Turki adalah negara yang tersohor dalam sejarah islam, kesan sekularisme Kamal Antartuk menjadikan Turki seperti sekarang. Saya rasa Malaysia juga sudah hampir ke situ, sekarang kita nampak sekularisme berlaku di mana-mana.

Kepada sahabat-sahabat saya, marilah kita sama-sama berusaha menjaga aurat kita. Selagi ada waktu dan selagi nafas dikandung badan, jom kita cari keredhaan Allah.

Sahabat…
Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni

Moga ukhuwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahagia di negeri abadi

Lagu: Masih ada waktu
Munsyid: Rast
Sumber: liriknasyid.net

Panjang pulak bebelan kali ni, dah lama tak menulis isu-isu serius macam ni. Isu bertudung ni selalu sangat kita baca kan, lagi-lagi isu gadis bertudung tapi buat maksiat, saya pun dah jemu dengan kisah-kisah tu semua. Apa pun orang lain buat itu kisah mereka, apa yang penting kerjasama adalah kisah kita sendiri. Kita bukan gadis itu, jangan jadikannya alasan untuk kita tidak menjaga aurat kita.

p/s: Sila la baca buku Secangkir Teh Pengubat Letih ni, sangat menarik buku ni (^_^). Dari buku ni jugak saya kenal dan mengetahui bahawa Syed Naquid al-Attas itu adalah orang Malaysia.

Monday, April 19, 2010

Hutang Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum...

Hari ni berpuasa ganti, hutang tak habis lagi. Dua tiga bulan lagi je dah nak puasa balik, kena la cepat-cepat ganti kan. Persoalannya sempat ke kita sampai ke ramadhan nanti, saya harap masih sempat merasa bulan ramadhan yang akan datang, insyaAllah.




Saya sedikit terasa mendengar berita-berita kematian semenjak dua menjak ni. Bila artis meninggal semua terkejut kan padahal setiap hari ramai umat yang mati. Tapi mungkin sebab kita tak kenal jadi perasaan simpati itu hampir tiada. Takziah kepada sesiapa yang ahli keluarganya kembali ke rahmatullah.

Kata ulama, jangan tertipu dengan usia muda kerana mati itu tidaklah syaratnya tua. Dan jangan juga tertipu dengan kesihatan tubuh kerana bukanlah sakit saja syarat menyambut ajal.

Ayat kat atas ni baca dalam satu artikel minggu lepas, terasa menusuk ke dalam hati saya. Walaupun dah tau semua tapi sememangnya kita selalu lupa kan, ajal tu boleh datang bila-bila masa je. Jadi kalau ada hutang dengan Allah tu cepat-cepat la bayar. Kalau tertinggal semayang subuh, cepat-cepat ganti, puasa pun sama jugak. Banyak lagi tu, zakat dan haji bagi yang berkemampuan (bila la dapat pergi sana ek). Hutang dunia pun jangan buat-buat lupa, semua kena bayar.

"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya:
Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?.

Rasulullah menerangkan:
Membaca Al Quran dan mengingati maut (mati)."

[HR Al Baihaqi]

p/s: Jom sama-sama kita muhasabah diri dan bayar hutang dunia akhirat (^_^)

Monday, April 5, 2010

Allah is Enough for Me

Assalamualaikum..



Allah is Enough for Me oleh Zain Bhika


Menitis air mata saya mendengar lagu Allah is enough for me nyanyian Zain Bhika, penceritaan kisah Nabi Yusuf A.S dalam lagu ini benar-benar membuat saya terkedu. Walau apa pun ujian yang diterima Nabi Yusuf A.S semuanya dia terima dengan redha, cukuplah Allah bagiku kata Nabi Yusuf A.S. Agaknya boleh tak kita sekuat itu kalau menerima ujian seperti Nabi Yusuf A.S?




Mendengar sirah nabi hati saya selalu tersentuh, mungkin kerana semuanya kisah benar yang diriwayatkan dari Al-Quran. Kisah-kisah para anbiya yang berjuang dan diberi ujian yang tak terjangkau akal bagi kita umat zaman sekarang dimana islam sudah kukuh bertapak. Betapa jauhnya kekuatan iman mereka dengan diri saya. Padahal mereka diuji dengan ujian yang sangat berat berbanding kita pada sekarang, bagaimana agaknya saudara kita di palestin sana. Agaknya dapatkah kita mempunyai iman sekuat mereka jika diuji sedemikian. Jom kita sama-sama muhasabah diri, walau apa pun kesusahan dan ujian yang kita terima pasti jauh lebih kecil berbanding saudara kita di palestin sana.

p/s: Ini antara sebab utama saya suka dengar lagu nasyid, mengingatkan saya yang selalu lupa.

Monday, March 15, 2010

Allah is Calling

Assalamualaikum...


Sekarang ni tengah dengar lagu Allah is Calling oleh The Zikr, kumpulan lama ni. Dengar lagu buat saya berfikir, berapa kali agaknya saya sebenarnya jawab panggilan Allah. Bawah ni lirik lagu ni, jom kita hayati bersama-sama ek.

Allah is Calling
Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com

Allah is calling
But I didn't answer
And when Allah is calling
I just listen to the voices

Allah is calling
I just answer sometimes
And when Allah is calling
I just listen to the whispers

Allah is calling
I answer so many times
Allah is calling
I'm tired of them

Hardly forching myself
I have to accept it all
And that is really me
Who's still not close to Allah

Sedih je kan lagu ni, kalau nak dengar lagu ni sila la download kat sini. Ingatlah selangkah kita kepadaNya, seribu langkah Dia kepada kita. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.

p/s: Hujung minggu ni ada konsert indie nasyid percuma kat Stadium Bukit Jalil, moh la kita sama-sama pergi ek.

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul : Dia Kekasih Allah

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul semua, selamat menyambut hari kelahiran kekasih Allah yang tercinta, Nabi Muhammad S.A.W. Hari ni cuti dan bangun agak awal jadi sempat tengok sambutan Maulidur Rasul di RTM, seronok pulak tengok tokoh-tokoh Maulidur Rasul kali ni. Adik Madihah yang dapat 20A tu pun dapat jugak, bila tengok semua tokoh-tokoh buat rasa diri ni kecil je. Rasa berkobar-kobar lak nak menyumbang untuk agama ni.



Tak susah pun nak menunaikan tanggungjawab kita, jangan lupa bayar zakat, itu salah satu kewajipan kita. Sini saya nak kongsi lagu Hijjaz yang paling saya suka: Dia Kekasih Allah.


Tema maulidur rasul 1431H/2010 adalah Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah. Marilah kita bersama menjadi ummat islam yang cemerlang dengan mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W.

p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal (^_^).

Friday, February 5, 2010

Salam Jumaat - selamat hari yang baik

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti..

Huhu baru lepas dengar lagu Assalamualaikum dari Opick, salam jumaat buat semua. Tak ada idea nak menulis entry baru tapi hari ni rasa macam best je jadi nak ucapkan selamat hari jumaat semua. Hari ni tak tahu la hati rasa tenang je, huhu mungkin sebab dengar NasyidFM je hari ni kot. Harap hari korang semua pun best jugak ek.

Hari jumaat adalah hari kebesaran islam, Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".





Bulan ni adalah bulan februari dimana adanya hari Valentine, bulan cinta bak kata orang. Kat sini saya nak ingatkan buat sahabat muslim kita tak boleh sambut hari valentine tu sebab itu adalah perayaan yang ada kaitan dengan agama kristian. Nak sambut apa pun kita kena tahu asal usul perayaan tu, kalau dah tahu jangan buat tak tahu pulak. Nak tahu lebih lagi kenapa kita tak boleh sambut Valentine sila la baca kat sini atau pun sila la Google.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tadi dapat satu email menarik jadi nak share kat sini, sila la renung-renungkan dan selamat beramal (^_^).

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Panjang la pulak entry ni, tu la kalau dah mula menulis semua benda nak tulis. Tapi kali ni cuma kongsi beberapa artikel yang saya baca, selalu asyik cerita kisah hidup sendiri je. Hehe apa pun harap artikel ini boleh beri pengajaran dan mengingatkan kita tentang perkara yang kita mudah lupa.

p/s: Selamat hari jumaat semua, selamat, selamat hari yang baik.

Wednesday, February 3, 2010

Hobi saya ialah membaca

Assalamualaikum....

Agak lama tak ada cerita baru kan, saya agak malas mengemaskini blog kebelakangan ini. Kekurangan idea nak menulis entry baru sebenarnya, jadi saya buat keputusan nak cerita pasal hobi saya. Sebelum ni dah cerita pasal obsesi saya terhadap drama jepun kan, ini obsesi nombor dua saya iaitu buku (tak kira fiksyen atau bukan fiksyen asalkan saya rasa menarik akan saya baca).

Sejak dari kecil lagi bila orang tanya apa hobi, saya akan jawab membaca walau hakikatnya membaca jatuh tempat nombor dua selepas tengok tv/drama. Saya giler tengok tv masa kecik dulu (sampai ke besar sebenarnya). Saya paling suka pergi perpustakaan (library) masa kecik-kecik dulu, kadang-kadang masa rehat kat sekolah pun pergi perpustakaan jugak. Mak ayah saya bukanlah jenis parent yang belikan buku untuk anak diaorang baca, jadi masa kecik dulu pantang jumpa buku semua baca (kecuali buku study je tak baca, huhu).

Buku berterbangan, imej ambil dari encik Google

Bulan lepas dan bulan ni saya banyak habiskan masa dengan cuba menghabiskan buku-buku yang saya asyik beli tapi tak baca kat rumah dan hampir berjaya menghabiskan cd drama jepun (sebab tak sabar nak beli cd baru). Walaupun saya cuba habiskan buku tetapi masih banyak lagi buku yang pending untuk di baca. Sekarang saya rasa saya patut menjauhkan diri dari kedai buku (terutamanya MPH, sebab saya MPH member) kerana setiap kali masuk saya takkan keluar tanpa membeli buku. Dua bulan lepas (Dec dan Jan) lebih 10 buah buku saya beli, dua hari lepas pergi ke Pesta Buku MPH di Stadium Melawati Shah Alam pun nasib baik saya beli 3 buah buku je, itu pun sebab dekat situ tak ada ATM.

Sekarang saya masih lagi membaca buku Megalomania (buku ni Rozila yang beli), dah dua minggu baca buku ni sebab berhenti sekejap baca Endesor (oleh Andrea Hirata, buku ketiga dari tetralogi Lasykar Pelangi). Disebabkan buku Megalomania ni buku lama (takde la lama sangat, keluar tahun 2003), ayat buku ni pun ala-ala buku tahun-tahun tu la. Buku ni banyak sangat konflik, disebabkan saya orang yang emosional jadi membacanya buat saya emosional jugak, watak-watak dalam cerita ni ada masalah nak berbincang agaknya asyik emosi jek. Ada 505 muka surat buku ni tapi saya baru je sampai 258, harap-harap dapat la habiskan buku ni dalam minggu ni (dah tak larat nak baca dah).

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Gambar selingan

Saya rasa banyak sangat buku menarik kat luar sana yang masih belum saya baca, jadi bila saya dengar atau terbaca pasal buku yang menarik saya akan cuba untuk mencari buku tu. Saya baru je mula membeli buku sejak sudah bekerja ni, iyelah kan baru ada pendapatan sendiri boleh la guna untuk hobi sendiri. Saya ada impian, saya mahu memiliki kedai buku sendiri suatu hari nanti (^_^).

Bagi saya buku apa pun ada kelebihannya kerana buku itu sumber ilmu, tak kira kita baca manga atau komik sekalipun di dalamnya ada jugak sedikit ilmu. Jadi marilah kita sama-sama membaca, kalau makin ramai rakyat Malaysia yang membaca kedai buku akan bertambah dan saya harap harga buku pun akan berkurang. Buku kat negara kita agak mahal kan, terutamanya buku-buku dari luar. Jom kita sama-sama jadikan membaca amalan kita (^_^).

p/s: Nak sambung baca Megalomania..huhu

Saturday, January 23, 2010

Kisah lawak dan ketawa

Assalamualaikum...

Kucing ketawa yang comel, imej ambil dari encik Google

Semalam dalam perjalan balik dari office lepas shift malam saya dengar Hot FM AM krew, topik pagi semalam pasal lawak dan ketawa (saya tak ingat tajuk betul dia apa). Ramai jugak yang talifon cerita kisah tak lawak masing-masing, sama ada kisah sendiri, orang lain atau yang dapat dari email. Sebenarnya saya ada kisah lawak yang saya pernah baca dari internet, sampai sekarang saya masih gelak lagi kalau baca jadi nak share la kat sini. Rasanya korang mesti dah pernah baca lawak ni kan.

Kisah 3 pontianak

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Masing-masing nak tunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk siapa paling power.

Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata: "korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"

Yang dua ekor pontianak tu mengangguk, "Iya, nampak.

"Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"korang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muka yg kerek

"Iya, nampak", yang dua ngangguk juga.

"Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad
sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power".

Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "korang nampak tak tembok batu tu ?"

" Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err tadi aku tak nampak".!!!!!

Kisah ni ambil dari sini.

Lawak tak? tak lawak ek. Tak kesah la, harap korang suka. Kata orang laughter is the best medicine, emm betul la jugak sebab ketawa boleh buat kita lupakan masalah dan hilangkan stress. Cakap pasal lawak, saya suka raja lawak astro musim baru ni sebab ramai yang ok berbanding tahun lepas.

p/s: Tak boleh ketawa banyak sangat kerana banyak ketawa nanti hati mati (owhhh..saya sangat banyak ketawa).

Thursday, January 21, 2010

Jiwa kacau

nAssalamualaikum...

Hari ni dah 21 Januari, sekejap je dah 21 hari di tahun baru, sikit lagi masuk la bulan februari pulak cepat je masa berlalu kan. Bukan mengeluh, suka je hujung bulan sebab gaji masuk. Cuma saya rasa tak ada apa perubahan pun dalam hidup saya sepanjang 21 hari di tahun baru, malahan motivasi kerja saya semakin berkurang. Saya rasa saya perlu rehatkan minda, cuti duduk rumah tak membantu sangat, saya nak pergi ke pantai, dah lama tak mandi tengok laut. Jiwa kacau agaknya, rasa nak kena kosongkan minda dan jiwa.

Pantai Cherating yang best (selalu pergi cherating sebab pantai ni cantik dan dekat dengan rumah, 15 minit je naik kereta), imej ambil dari encik Google.

Saya bukanlah pengemar laut sangat, dibesarkan kat tempat yang dekat dengan laut saya rasa pergi pantai bukanlah perkara besar pun tapi kalau pergi pantai excited la jugak. Sejak tinggal di KL yang tak ada laut saya rasa rindu nak tengok laut yang cantik. Dah tak ingat bila kali terakhir saya pergi pantai, agaknya trip ke Port Dickson yang pantainya tak best tahun lepas kot. Saya tak ingat siapa yang cakap, kalau nak dapatkan ketenangan boleh la tengok laut, langit dan mak kita. Ini visi saya untuk cuti nanti, alang-alang nak balik Kelantan (sepupu kawin) bulan depan jadi nak ambil cuti awal sikit balik kemaman dulu la. Balik kemaman boleh la jumpa ma dan pergi pantai sekali, langit kat mana-mana pun ada, huhu.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Gambar selingan

Hari ni dalam perjalan ke office, dengar lagu Selagi Ada Rindu, giler jiwang lagu ni tapi rasa macam best la pulak, suka la lagu ni. Selalu jugak layan lagu untuk orang kemaruk bercinta jiwang ni. Bila google baru tau penyanyi dia Pak Long, emm tak kenal la pulak sape ni. Masa google lagu ni tadi jugak terbaca ada kisah tentang lagu ni tapi tak tahu la betul ke tak, kalau nak tahu korang google je la sebab malas nak cerita. Kalau nak dengar lagu sila la klik kat sini ok.

p/s: Apa-pun kalau nak tenangkan hati, ingatlah Allah sebab Allah s.w.t dah bersabda, ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang.

Friday, January 15, 2010

Risau tu macam kerusi goyang

Assalamualaikum...

Mood saya kurang baik sikit hari ni sebab tengahari tadi baru je buat kesilapan bodoh (stupid mistakes). Tak ada la teruk sangat tapi benda tu memang tak patut buat silap la, salah saya jugak tak tengok betul-betul, terlepas pandang. Harap-harap ramai tak akan perasan benda ni (semua perasan kot, obvious sangat la). Apa-apa pun lupakan la hal tu, kalau fikir pun tak guna jugak kan sebab benda dah lepas tak boleh nak undur balik (andai dapat kuundurkan putaran dunia...lalala - memang tak bolehnya).

Worrying is like a rocking chair, it gives you something to do, but it gets you nowhere.

[ Glenn Turner ]

Tu quote kegemaran tu, Yuyu selalu tulis untuk saya dan Shida masa sekolah dulu. Betul kan ayat tu, kalau kita asyik fikir/risau je tak ke mana pun. Saya memang jenis macam ni dari dulu, kalau ada masalah dan saya rasa stress sangat saya pergi tidur sebab nak lupakan masalah tu. Kalau kita asyik fikir masalah kita lama-lama mesti stress kan, lepas tu kadang-kadang rasa nak marah orang je. Kalau berfikir nak cari penyelesaian tak apa tapi jangan sesalkan apa yang dah berlaku.

Imej ambil dari iluvislam

Walau apa pun yang berlaku, sentiasa ingat yang Allah sentiasa bersama kita. Hehe, serius la pulak bunyinya kan. Kesilapan bodoh saya hari ini bukanlah kesilapan besar sangat pun, tadi risau la kejap tapi sekarang dah ok dah. Apa yang penting, kerjasama kita tak ulang dah kesilapan yang sama kelak. Lepas ni kena la lebih berhati-hati buat kerja, jangan asyik nak cepat je.

p/s: Banyak sangat berfikir buat saya rasa lapar (+_+), yeayy malam ni leh makan steak (Rozila sms tadi ajak makan western kat len seng).

Tuesday, December 29, 2009

Lima Teratas 2009 Oda

Assalamualaikum...

Tahun 2009 sudah hampir ke penghujungnya, tahun ni saya rasakan sangatlah pendek, pejam celik dah nak masuk 2010. Kebanyakkan blog yang saya baca hari ini sudah mula bercerita tentang kisah 2009 mereka, saya pun terfikir nak menulis entry tentang 2009. Kali ini saya akan membuat senarai Top 5 tentang apa sahaja sepanjang tahun 2009.



    Top 5 Memorable Trip/Event

    Family Day Kelab KEMO di Port Dickson

    Ini adalah trip saya yang paling menyeronokkan, hampir ke semua ahli keluarga saya hadir ke trip ini. Trip bersama keluarga saya selalunya kami akan sentiasa dipenuhi dengan keriangan (huhu, cam best je perkataan ni).

  1. Port Dickson - Family day KEMO
  2. PPUM - Sepanjang Alang hospitalized dan operation day + Nor's Konvocation
  3. Perlis - Wedding Ayu
  4. Melaka - Wedding Dianah
  5. Sunway lagoon - Team outing


    Top 5 Buku yang Saya Paling Suka Baca

    Cover buku Rindu Bau Pohon Tin, imej ambil dari encik Google

    Buku rindu bau pohon tin ni kisah Ustaz Hasrizal semasa belajar di Jordan dulu, kisah-kisah di timur tengah adalah antara artikel yang saya paling suka baca di saifulislam.com. Nota Hati Seorang lelaki hampir menjadi nombor satu kerana saya memang suka cara bercerita Pahroi Mohd Juoi (dia salah seorang kolumnis di majalah Anis) tetapi saya rasa Rindu Bau Pohon Tin lagi menarik kisahnya.

  1. Rindu Bau Pohon Tin - Ustaz Hasrizal
  2. Nota Hati Seorang Lelaki - Pahrol Mohd Juoi
  3. The Time Traveler's Wife - Audrey Niffenegger
  4. Twilight Saga - Stephanie Meyer
  5. Lasykar pelangi - Adrea Hirata (in progress, tapi dalam top 5 setakat ni)



    Top 5 Lagu yang saya dengar berulang-ulang


    .: What Should I Do - Jang Geun Suk :.

    Mungkin kerana ini adalah lagu yang paling baru saya suka dengar jadi ia mendapat tempat teratas sekali. Tapi kesemua lagu didalam top 5 ini pernah saya dengar berulang-ulang sampai nak muntah.

  1. What Should I do - Jang Geun Suk
  2. Let Break up - Lee Seung Gi & Love like This - SS501
  3. Aitai - Yuzu
  4. Allah Knows - Zain Bhika
  5. Pewaris Syurga - Opick



    Top 5 Rancangan Menarik

    1N2D - The 6 guys that i love the most, imej ambil dari encik Google

    1N2D menjadi rancangan yang paling saya gemari sejak dari mula saya menonton rancangan ini tahun lepas lagi. Boleh dikatakan saya tak pernah miss episod rancangan ni. Naruto mendapat tempat ke dua kerana tahun ini anime ini berkembang dengan sangat best.

  1. 1N2D - KBS World (Korea)
  2. Naruto - Download (Jepun)
  3. Air Crash Investigation - National Geographic (USA)
  4. Nur Kasih - TV3 (Drama Melayu)
  5. Kamen Rider Kabuto - Streaming (Jepun)



    Top 5 Jdorama 2009

    Pelakon-pelakon Mei Chan yang comel (^_^), imej ambil dari encik Google

    Tahun ini saya kurang menonton drama jepun dan kenbanyakkan drama yang saya tonton kurang memuaskan. Masih banyak lagi jdorama yang belum saya habiskan atau beli cd, saya agak jika saya habiskan semua drama baru tahun ini mungkin semua list dibawah akan bertukar. Cerita Mei chan ni pelik sikit tapi kalau tak pelik sikit tu bukan jdorama la kan.

  1. Mei-chan no Shitsuji
  2. Bloody Monday
  3. Ghost Friends
  4. Ohitorisama
  5. BOSS


    Top 5 Kdrama 2009

    Cover kdrama You are beautiful, tak cantik kan pelik je cover dia. Imej ambil dari encik Google

    Sudah di agak You are beautiful akan jadi kdrama feveret saya bagi tahun ini kan. Lagi-lagi Jang Geun Suk yang jadi hero, dah lama saya tunggu dia bawak watak hero untuk kdrama ni. Kalau bukan kerana Jang Geun Suk rasanya tak jadi nombor satu jugak ni. Jalan cerita yang paling saya suka adalah drama City Hall, drama lain pula sebab saya berjaya habiskan tanpa skip episod dan semuanya adalah drama KBS World.

  1. You are beautiful
  2. City Hall
  3. The man who can't married
  4. The queens return
  5. Boys over flower


    5 Perkara Menarik/Mengejutkan yang tak boleh dilupakan

    Keluarga besar kami (^_^)

    Saya tak ada gambar semasa di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) tu tapi ini adalah perkara yang paling saya tak boleh lupakan bagi tahun ini. Gambar di adalah gambar semasa Family day di Port Dickson. Nurul dapat tempat kedua kerana sebelum ini Nurul pernah keguguran, kami memang menantikan kelahiran baby irfan ni.

  1. Alang hospitalize untuk pembedahan Injap Jantung - Ogos
  2. Nurul lahirkan Irfan - November
  3. Ustaz Asri dan Sahabat lama meninggal - Ogos
  4. Team dapat Team of the Month - Jun
  5. Lulus MCDST exam bulan September

Panjang kan senarai saya, banyak lagi senarai saya nak buat tapi dah malas nak menaip dan berfikir. Sakit kepala jugak la nak ingatkan balik semua senarai kat atas tu, saya kan ada short term memory. Banyak juga perkara yang menarik berlaku tahun ini bagi saya, thanks kepada blog ini saya dapat mengingati kembali peristiwa sepanjang 2009 ini. Ini mungkin entry terakhir saya bagi tahun 2009, selamat menyambut tahun masihi 2009 kepada semua.

p/s: panjang yang amat kan entry ni, huhu maklum lah entry terakhir 2009. Kita jumpa lagi di tahun 2010 ok (^_^)

Monday, December 28, 2009

Bicara Tentang Buku

Assalamualaikum...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Jom kita baca buku, tak kesahlah buku jenis apa (^_^)

Entry yang lepas entry emosional saya, rasanya entry hari ini juga agak emosional. Saya sangat suka membaca blog, ada beberapa blog yang saya akan buka hari-hari untuk melihat updates baru dan dikebanyakkan blog saya adalah silent reader sahaja sebab kebanyakkan blog yang saya baca adalah blog ilmiah atau blog yang kearah itu. Bukan tak mahu komen tapi rasa tak cukup ilmu lagi nak memberi pendapat walaupun ada sesetengah blogger tu lebih muda dari saya (budak-budak zaman sekarang pandai-pandai kan).

Minggu lepas saya membaca updates di salah satu blog yang saya selalu ikuti perkembangannya juga, entry tentang buku. Saya agak terasa kerana memang entrynya itu terkena pada saya. Katanya :

"99% daripada manusia yang rajin beli buku, tidak akan membacanya sehingga habis. Manakala 80% daripada baki 1% itu sekadar membacanya ala kadar"


Saya setuju dengan hipotesisnya, saya juga masih banyak buku-buku yang belum dikhatamkan lagi, tetapi jika masuk ke kedai buku mesti akan beli paling kurang satu buku. Jarang saya masuk ke kedai buku tanpa membeli apa-apa pun. Walaupun begitu, saya akan pastikan saya habiskan semua buku yang saya beli, saya tak suka membaca buku ala kadar kerana saya rasa itu satu pembaziran. Saya jenis orang yang baca buku dari kulit ke kulit, walaupun surat khabar atau majalah sekalipun (masih ada dua majalah Anis yang masih belum disentuh lagi, waa kena la cepat-cepat baca ni).

Emm apa yang emosionalnya saya tentang entry ni ek, sebenarnya blogger tu membuat 'statement' katanya buku fiksyen tulen (contoh Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Harry Potter dan Twilight) tak termasuk dalam hipotesis di atas. Separuh buku yang saya baca adalah fiksyen tulen, suku lagi separa fiksyen dan suku lagi adalah buku berunsur ilmiah (emm agak-agak ilmiah la). Saya tak faham kenapa mahu di label tentang buku jenis apa yang dibaca, kalau kita suka baca buku ilmiah atau yang setaraf dengannya baca je la tak payah la komen pasal bahan bacaan orang lain.

Buku yang sedang dibaca, saya sangat suka buku ini. Imej ambil dari encik Google

Kalau orang kita mahu membaca buku jenis apa pun tak kesah la kerana budaya membaca sangat kurang di kalangan orang kita. Itu sudah kira bagus dalam masyarakat yang amat kurang membaca ni, bagi saya semua jenis bahan bacaan memberi ilmu yang berbeza. Di dalam semua buku ada mesej yang tersendiri, tak semua orang boleh membaca buku berunsur ilmiah. Orang kita nak baca buku fiksyen pun susah, inikan pula buku bukan fiksyen yang ayatnya panjang. Emm dah terlebih emosional la pulak, maklumlah saya kan pembaca buku fiksyen juga jadi agak terasa la.

p/s: Saya tak tahu kenapa entry kebelangan ini agak emosional, agaknya saya perlu bercuti rehatkan minda, huhu.

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Assalamualaikum..




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dalam perjalan ke office hari ni, dengar radio IKIM cerita tentang maal hijrah. Ceramah tu cakap pasal erti hijrah dan kebaikkan berhijrah ni buat saya berfikir sekejap. Saya agak ragu-ragu dengan beberapa perkara dalam hidup sekarang ni, saya takut nak berubah bimbang jika perubahan ni tak dapat saya hadapi. Agaknya kerana saya sangat selesa dengan kehidupan sekarang jadi saya takut dengan perubahan, tetapi dalam hidup kita memang akan sentiasa berhijrah sebenarnya kan. Tak kiralah sama ada dalam kerja, rumah atau education (nak tulis pelajaran tapi macam pelik je bunyinya). Jadi saya membuat keputusan selepas ni saya akan cuba challenge apa yang saya mahu lakukan, bimbang tu masih ada tetapi ramai yang bersama saya Allah ada, keluarga ada dan kawan-kawan pun ada. Jangan takut untuk berubah, hidup kita tak akan selamanya statik kan.


Salam maal hijrah 1431H
Semoga tahun ini kita lebih Berjaya, murah rezeki dan diberkati Allah

Siapa nak doa awal tahun dan akhir tahun sila la ke link ini :
http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html

Doa akhir tahun ni baca 3kali dipenghujung asar sebelum maghrib dan doa awal tahun ni baca 3kali lepas maghrib hari ni tau. Sini saya nak kongsi artikel yang baru baca dari iluvislam, dah lama tak baca kisah yang buat saya menangis. Mari kita baca dan hayati bersama-sama ek.

link ke artikel ni : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2106



Ketaatan Uwais al-Qarni
dihantar oleh : far_teneditor : IskethaykaL@}---~---{@


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Nabi berpesan kepada Umar dan Ali :

“ Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. ”

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali :

“ Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Umar dan Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. soalan yang sama iaitu :

“ Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? "

Nabi menjawab :

“ Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian."

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan Nabi s.a.w. , minta sesuatu yang baik kepada mereka, Nabi s.a.w. menjawab :

“ Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt. ”

Maka topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari, yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau secara logiknya, ahli syurga seolah tidak perlu kepada pengampunan dosa daripada Allah s.w.t. kerana mereka sudah dijamin masuk syurga, namun tidak, Nabi s.a.w. masih menekankan supaya meminta Allah untuk mengampunkan dosa.

Memang benarlah firasat seorang Nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari arah Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni. Dengan pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Nabi s.a.w. maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang kurang berakal.

Siapakah Uwais Al-Qarni?

Asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “ Haudat ”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur hari demi hari dan berkata kepada anaknya pada suatu hari :

“ Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji. ”

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dirinya gila.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya :

“ Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah? ”

Uwais menjawab :

“ Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi :

“ Bagaimana pula dengan dosa kamu? ”

Uwais menjawab :

“ Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga. "

Ibunya berkata lagi :

“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini. "

Uwais berkata :

“ Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala. "

Ibunya menambah :

“ Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa. "

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa :

“ Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit. ”

Allah s.w.t. menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w. kepada Umar dan Ali.

" Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni. "

Tidak lama kemudian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. , mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata :

“ Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. "

Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

*Dipetik daripada Tazkirah Oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

p/s: siapa-siapa yang nak berhijrah dari bujang ke level yang seterusnya cakap la ek (^_^)