Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

Ulasan Buku : Coklat (Yang Manis)

Assalamualaikum...

Dah agak lama saya tak buat ulasan buku kan, buku mingguan pun saya tak kemas kini lagi. Walaupun dengan kemalasan saya untuk mengemaskini label buku mingguan saya tu, Alhamdulillah saya masih belum tergelincir dari landasan untuk merealisasikan azam satu minggu satu buku saya tu. Semalam saya berjaya menamatkan buku minggu ke tujuh saya iaitu Coklat (yang manis) karya John Norafizan.

Cover buku ni pun comel kan

Ini adalah buku pertama karya John Norafizan yang saya baca dan saya sangat menyukainya. Saya membeli buku ni sebab saya agak suka buku dari Adiwarna (penerbit buku). Karya dari Adiwarna menggunakan gaya bahasa melayu lama sedikit dan kertas yang digunakan (saya suka kertas yang warna kuning tu) tu buat saya rasa nostalgia membaca novel melayu lama. Yup, saya agak suka buku yang ada gaya bahasa melayu lama, nada bahasanya lebih indah dan puitis. Pulak tu dalam novel coklat ni ada beberapa stanza yang manis.
Untuk Aliya (pelangi itu akan jadi lebih dari tujuh warna apabila engkau ada.):

Bunyi kecapi dilantun tenang,
Destar seradi letak bertanjak,
Geruh berbatu lagi dikenang,
Inikan pula tanah berjejak!


Daripada: Amirul
Seperti tajuk bukunya coklat (yang manis), ceritanya memang manis buat saya tersenyum-senyum membacanya. Walaupun ada dua tiga perkara yang saya tak berapa faham dalam cerita ni tapi saya abaikan kerana kemanisan ceritanya. Rasa seperti membaca novel yang ditulis oleh penulis muda yang sangat tulus hatinya. Selain stanza-stanza yang manis, novel ini diselitkan dengan cerita-cerita etnik yang menarik. Saya masih terseyum bila mengingati cerita ini, hehe (^_^).
"Anda suka hari yang macam mana, hari mendung, hari berangin atau hari suram?"
p/s: Saya suka hari berangin seperti Aliya dan Amirul

Monday, January 28, 2013

Hujung Minggu

Assalamualaikum...

Salam permulaan minggu baru dan isnin biru (Monday Blues) untuk saya sebab saya kerja hari ni. Macam mana hujung minggu korang, mesti seronok kan sebab cuti sampai tiga hari. Orang wilayah persekutuan lagi  la minggu ni pun cuti tiga hari jugak sebab jumaat ni hari wilayah. Saya orang Selangor tak cuti tapi budak-budak rumah semua cuti, emm kalau Selangor kerja pun kemungkinan besar saya akan kerja jugak kan jadi tak kesah pun la. Hujung minggu lepas saya sangat seronok sebab macam-macam hal saya sempat buat, hantar parcel ke Along, bersantai dengan Cik Nuha, berombongan Cik Kiah ke Jalan TAR dan berjalan-jalan cari makan di Mines, huhu penuh aktiviti saya di hujung minggu kan.

My favorite days of the week (^_^)

Macam biasa saya selalu cerita saya jarang tak ada aktiviti di hujung minggu, maklum la kami orang bujang ni ada je aktiviti yang kami rancang. Kadang-kadang tu sampai saya rasa tak larat la asyik ke hulu ke hilir je, tapi kalau duk kat rumah je saya bosan pulak, rasa macam tak produktif je. Jadual saya sekarang sampai tengah bulan depan penuh je, banyak pulak perkara yang perlu saya hadiri dan janji untuk ditepati, huhu macam menteri pulak rasa dia. Selalunya kalau saya sibuk sangat saya malas nak menulis entri baru tapi tahun ni saya harap saya menulis banyak sikit sebab bila tengok bilangan entri tahun lepas tu sikit la sangat.

Minggu depan ada pesta buku 1Malaysia, saya sangatlah mahu pergi tapi ada komitmen yang akan membuatkan saya sibuk sepanjang hujung minggu depan. Ingatnya saya mahu mencuri masa ke sana jugak sebab saya ada beberapa buku yang sedang saya cari, kalau nak tunggu pesta buku antarabangsa bulan april ni lambat lagi. Cerita pasal buku, Alhamdulillah cabaran buku saya berjalan lancar dan setakat ni saya agak kehadapan dengan bacaan saya, doakan supaya momentum saya akan berterusan ek.

Awal tahun ni saya asyik bercerita tentang buku je kan, saya sangat seronok sebenarnya bila minat membaca saya kembali semula seperti zaman kanak-kanak remaja dulu, pantang jumpa buku semua nak baca. Emm saya dah mula rasa mengantuk la (saya menulis entri ni pukul 12 setengah pagi), esok pulak kena kerja jadi saya harus berhenti menaip. Kita jumpa lagi di entri seterusnya ek.

p/s: Thaipusam pun Oda kerja lagi, siapa nak ikut meh....

Wednesday, January 16, 2013

Ulasan Buku Minggu 2 dan 3

Assalamualaikum...

Salam penuh ceria dari saya, gembira sangat hari ni sebab setelah dua minggu bergelandangan mencari air akhirnya air paip kami kembali mengalir seperti dulu, Alhamdulillah. Seksa tau hidup tanpa air ni, setiap masa nak kena risau pasal air, rasa nikmat sangat bila hidup kembali seperti biasa. Saya sebenarnya bukan nak cerita pasal air, nak cerita pasal cabaran buku saya tu la. Akhirnya saya berjaya menghabiskan 'The Great Gatsby' karya F. Scott Fitzgerald dan juga hari ini juga berjaya menghabiskan buku 'Ketuk Pintu Hati Dia' karya Ana Farhana jadi cabaran minggu 2 dan minggu 3 selesai. Nak buat ulasan buku ke tak ek, emm saya macam agak malas je nak menulis ulasan sebab kedua-dua buku ni saya kurang suka, boleh tahan je la. 

Minggu 2 : The Great Gatsby Oleh F. Scott Fitzgerald

The great gatsby ni buku 'american classic', dianggap sebagai salah satu great american novel. Saya sebenarnya tak faham tang mana yang hebat sangat entah, mungkin sebab penulis dia menulis tentang realiti hidup masa zaman tu kot. Saya rasa penulis meleret-leret bercerita tentang hal yang tak relevan padahal jalan cerita dia sebenarnya tak banyak pun. Sebenarnya dah lama nak baca buku ni jadi agak kecewa bila ia tidak memenuhi cita rasa saya. Masa saya google tentang buku ni saya dapat tahu yang ada filem adaptasi dari buku ni akan keluar tahun ni, Leonardo DiCaprio memegang watak utama. Dah tak berminat nak menonton filem ni sebab buku dia tak best tapi saya suka Leonardo sebab dia memang pandai pilih filem, saya suka hampir semua filem yang dia lakonkan. Walaupun saya rasa agak bosan membaca buku ni tapi itu sekadar pendapat saya sahaja, ramai je orang yang suka buku n.

The Great Gatsby Movie Adaptation

Minggu 3 :  Ketuk Pintu Hati Dia Oleh Ana Farhana

Buku seterusnya adalah Ketuk Pintu Hati Dia, emm novel ni pun agak biasa je, tidak termasuk dalam kategori kegemaran saya la. Boleh tahan sahaja jalan cerita dan gaya penceritaan dia, saya rasa agak kebudak-budakan sedikit. Perkara yang bagus tentang novel ni adalah ceritanya ringan, tidak terlalu berat yang buat kita rasa nak baling je buku bila baca jadi bila membacanya emosi saya tidaklah turun naik, hehe. Kadang-kadang bagus juga baca bacaan ringan sebab kita tak perlu berfikir sangat dan santai masa membaca. Saya ambil masa setengah hari je untuk habiskan buku ni, hehe maklum la baru lepas baca buku inggeris klasik, bila baca buku melayu laju je la jadinya. 

Pendek je kan ulasan saya, tak ada idea nak ulas macam mana. Agaknya semua entri baru saya akan bercerita tentang buku je ek lepas ni, harap korang tak rasa bosan bila baca. Bukan tak nak menulis entri tentang benda lain tapi sekarang ni tengah semagat membaca jadi saya tak ada idea nak tulis pasal benda lain. Sampai kita jumpa lagi di entri yang seterusnya ok (^_^).

p/s: Rasa macam tak percaya je bila sampai kat rumah tengok ada air mengalir dari paip, rasa nak menari-nari riang je, huhu.

Saturday, January 5, 2013

Ulasan Buku : 5 Tahun 5 Bulan

Assalamualaikum...

Setelah seminggu berlalu, krisis air di rumah kami masih belum berakhir. Sepanjang seminggu ni baru dua kali air masuk rumah kami, itu pun sekejap je. Tak tahu la berapa lama lagi masalah ni nak selesai, harap pihak SYABAS segera la selesaikan masalah ni ek. Letih tau kami semua, macam pelarian la pulak, hari ni hujung minggu sepanjang hari di pejabat Cik Rozila je. 

Ok la, saya bukan nak cerita masalah air tapi nak cerita pasal buku pertama untuk cabaran satu buku seminggu 2013 saya. InsyaAllah kalau saya berkesempatan dan rajin saya akan buat ulasan buku-buku yang saya baca jadi kalau tak ada tu maknanya sama ada saya sibuk atau saya malas nak menulis, hehe. Buku pertama yang saya pilih adalah 5 Tahun 5 Bulan oleh Hlovate. Sebenarnya buku ni dah lama saya baca tapi tak habis, saya pun tak tahu kenapa tak boleh nak habiskan. Padahal kalau ikutkan saya ni kalau baca novel melayu cepat je.

5 Tahun 5 Bulan oleh Hlovate

Saya kurang berminat sikit dengan buku ni, agaknya Hlovate menulis buku ni masa zaman remaja jadi saya rasa cara penceritaannya agak kebudak-budakan sikit dan sedikit personal. Saya dah baca banyak karya Hlovate, saya rasa gaya penceritaan dalam buku ni lain sikit dengan yang lain. Tapi itu pendapat saya je la kan. Baca buku ni buat kita rasa kita pun budak yang tengah buat medic kat Aberdeen tu. Banyak jugak terma-terma atau bahasa perubatan dalam buku ni yang buat kita pening sikit. Apa pun keseluruhan cerita 5T5B ni ok, walaupun jalan cerita macam biasa kita dengar tapi gaya penceritaan Hlovate yang santai dan sempoi memang memikat hati. 

Tak macam ulasan buku pun kan, macam pendapat peribadi je Oda ni. Haha, saya mana la reti sangat nak buat ulasan-ulasan ni jadi saya tulis je la apa yang saya rasa. Buku untuk minggu kedua sudah saya mula baca tapi sangat perlahan kemajuan bacaan saya ni sebab baca buku klasik jadi lambat sikit. Buku apa yang saya baca, hehe nanti esok saya letak gambar novel tu kat tepi blog saya macam biasa. Harap-harapnya sempat la habis sebelum hujung minggu depan ek.

p/s: Hint buku minggu dua adalah bahasa inggeris dan klasik, sebab tu la yang lambat nak habis tu.

Saturday, December 29, 2012

Cerita Tentang Buku Lagi

Assalamualaikum...

Salam berhujung minggu semua. Jarang saya menulis pada hujung minggu ni, biasanya banyak komitmen saya masa hujung minggu tapi Alhamdulillah hari ni saya ada kelapangan. Rozila pergi ke majlis perkahwinan kawan dia di Kuantan dan Along pulak sibuk keluar beli barang dengan Kak Hada jadi saya keseorangan je di rumah. Pagi-pagi ni saya merajinkan diri mengemas rumah tapi terbantut sebab tak ada air, buat kerja separuh jalan je la saya hari ni. Harap cepat la ada air balik, boleh la saya sambung nak basuh dapur pulak. Rajin tak saya, huhu boleh la tolong promote buat calon menantu ek. (padahal jarang bebeno nak buat housekeeping nih).


Oh buku, saya sebenarnya ada banyak lagi buku yang tak sempat dibaca

Saya sebenarnya nak kongsi quotes menarik (emm tak tahu la boleh panggil quotes ke apa sebab agak panjang ayat dia) yang saya baca kat Goodreads. Kalau korang tak tahu apa tu Goodreads, ia adalah media sosial macam Facebook gak tapi dia fokus untuk buku. Boleh baca review buku atau buat review buku, rating buku, artikel pasal penulis buku dan macam-macam lagi la. Korang boleh jugak keep track buku yang korang dah baca dan yang paling saya suka portal ni tolong bagi cadangan buku apa yang boleh kita baca berdasarkan senarai buku kita jadi boleh la kita jumpa buku baru yang sesuai dengan cita rasa kita. Bagus untuk orang yang tak tahu nak cari bahan bacaan baru  tapi tak ada idea nak baca buku apa. Ehh promo Goodreads lak. Kat bawah ni quote yang menarik tu, huhu harap korang suka gak.

You should date a girl who reads.
Date a girl who reads. Date a girl who spends her money on books instead of clothes, who has problems with closet space because she has too many books. Date a girl who has a list of books she wants to read, who has had a library card since she was twelve.

Find a girl who reads. You’ll know that she does because she will always have an unread book in her bag. She’s the one lovingly looking over the shelves in the bookstore, the one who quietly cries out when she has found the book she wants. You see that weird chick sniffing the pages of an old book in a secondhand book shop? That’s the reader. They can never resist smelling the pages, especially when they are yellow and worn.

She’s the girl reading while waiting in that coffee shop down the street. If you take a peek at her mug, the non-dairy creamer is floating on top because she’s kind of engrossed already. Lost in a world of the author’s making. Sit down. She might give you a glare, as most girls who read do not like to be interrupted. Ask her if she likes the book.

Buy her another cup of coffee.

Let her know what you really think of Murakami. See if she got through the first chapter of Fellowship. Understand that if she says she understood James Joyce’s Ulysses she’s just saying that to sound intelligent. Ask her if she loves Alice or she would like to be Alice.

It’s easy to date a girl who reads. Give her books for her birthday, for Christmas, for anniversaries. Give her the gift of words, in poetry and in song. Give her Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Let her know that you understand that words are love. Understand that she knows the difference between books and reality but by god, she’s going to try to make her life a little like her favorite book. It will never be your fault if she does.

She has to give it a shot somehow.

Lie to her. If she understands syntax, she will understand your need to lie. Behind words are other things: motivation, value, nuance, dialogue. It will not be the end of the world.

Fail her. Because a girl who reads knows that failure always leads up to the climax. Because girls who read understand that all things must come to end, but that you can always write a sequel. That you can begin again and again and still be the hero. That life is meant to have a villain or two.

Why be frightened of everything that you are not? Girls who read understand that people, like characters, develop. Except in the Twilight series.

If you find a girl who reads, keep her close. When you find her up at 2 AM clutching a book to her chest and weeping, make her a cup of tea and hold her. You may lose her for a couple of hours but she will always come back to you. She’ll talk as if the characters in the book are real, because for a while, they always are.

You will propose on a hot air balloon. Or during a rock concert. Or very casually next time she’s sick. Over Skype.

You will smile so hard you will wonder why your heart hasn’t burst and bled out all over your chest yet. You will write the story of your lives, have kids with strange names and even stranger tastes. She will introduce your children to the Cat in the Hat and Aslan, maybe in the same day. You will walk the winters of your old age together and she will recite Keats under her breath while you shake the snow off your boots.

Date a girl who reads because you deserve it. You deserve a girl who can give you the most colorful life imaginable. If you can only give her monotony, and stale hours and half-baked proposals, then you’re better off alone. If you want the world and the worlds beyond it, date a girl who reads.

Or better yet, date a girl who writes.
”  - Rosemarie Urquico

Macam nak promote diri sendiri je ek, hehe tapi saya bukan la sama macam orang yang dia ceritakan tu. Buku-buku yang dia tulis kat atas tu kebanyakkannya saya tak baca lagi tapi selalu dengar orang sebut dan kalau ada kesempatan saya ingat nak baca juga. Bila tengok senarai buku orang lain dan buku-buku yang ada dalam Goodreads tu saya rasa macam rugi je saya tak didedahkan dengan buku-buku ni dari kecik. Mak ayah saya dulu tak suka sangat anak-anak dia membaca buku-buku bukan buku sekolah jadi kitaorang kurang pendedahan sangat. Nasib baik la saya dan adik-beradik agak giler membaca, suka sangat kalau pergi perpustakaan, pinjam buku kat sana je la. 

Jom cari buku menarik kat sini (^_^)
Tahun depan saya nak buat azam nak baca sekurang-kurangnya satu buku seminggu dan harapnya saya boleh baca lebih dari 50 buku setahun. Bunyi macam sikit kan tapi bila banyak komitmen satu buku pun susah nak baca tau. Doakan saya dapat penuhi azam buku saya ek. 

p/s: Kalau korang ada buku menarik nak recommend kat saya amatlah dialu-alukan.

Saturday, November 24, 2012

Ujian di bulan Oktober

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat yang membaca blog saya, semoga kamu semua sentiasa ceria hendaknya. Huhu, permulaan entri macam tulis surat kat kawan lama je kan. Bulan Oktober dan November tahun ini adalah antara bulan yang paling memenatkan badan untuk saya tahun ni. Ada peristiwa berlaku di bulan oktober lepas, baru sekarang ni saya rasa rajin nak menulis pasal tu.

Ceritanya bermula ketika saya sedang memandu pulang dari tempat kerja, hari tu saya malas sikit nak keluar awal jadi saya keluar lambat sikit dalam pukul 9 malam. Sedang memandu di MRR2, lagi sikit je nak sampai rumah saya tiba-tiba dilanggar dari belakang. Kejadian tu sekelip mata je, tiba-tiba je kereta saya berpusing kemudian masuk ke laluan kiri jalan dan akhirnya tersadai kat tengah-tengah pembahagi jalan. Saya tak nampak pun kereta yang langgar saya tu dan orang tu pun tak berhenti. Siapa sangka saya akan terlibat dengan kes langgar lari, marah sungguh saya bila memikirkan pasal kemalangan ni. Saya sentiasa mengingatkan orang lain dan diri sendiri supaya menjadi pemandu berhemah, jarang sungguh saya melanggar peraturan trafik tapi disebabkan manusia yang hampeh tu saya menerima pengalaman yang tak berapa seronok untuk dikenang ketika memandu.

Allah know what best for you
Alhamdulillah saya tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali terkejut sahaja. Kereta saya agak teruk sebab terangkat ke atas pembahagi jalan. Pening jugak kepala saya memikirkan macam mana nak pergi kerja tak ada kereta ni kan, ye la saya kan kerja agak jauh di ceruk Cyberjaya tu dan rumah di Kuala Lumpu. Pengangkutan awam di Cyberjaya tidak semudah di Kuala Lumpur. Dari rumah saya ke pejabat saya terpaksa menaiki LRT (dua kali sebab kena tukar kat Chan Sow Lin), ERL dan Bas Rapid KL untuk sampai ke tempat kerja. Balik pun melalui kitaran yang sama, sudah biasa memandu menjadikan saya sangat lesu dan penat setiap hari. Saya kagum dengan mereka-mereka yang dah bertahun-tahun menaiki pengangkutan awam, respek la kat korang. Alhamdulillah saya anggap semua ni ujian Allah untuk saya merasai sedikit kesusahan supaya sentiasa ingat padaNya.

Satu perkara yang saya suka degan perjalanan yang panjang ke pejabat saya lebih banyak membaca, sejak saya mula naik bas ni saya dah habiskan dalam 5 buah buku. Keseronokkan membaca buku yang saya rindui sudah kembali, saya jadi kurang sabar untuk mencari bahan bacaan baru. Cakap pasal buku, bulan depan Big Bad Wolf akan kembali membuat pesta jualan besar-besaran di MICC (Mines Convention Centre), pesta tu mula 7 atau 8 haribulan november rasanya, saya agak kurang pasti. Dengarnya memang murah Big Bad Wolf ni, tak sabar pulak saya nak pergi. Saya ingat nak buat list buku untuk dibeli sebab tak nak main beli buku sebab murah je nanti.

Jom kita baca buku (^_^)

Bulan ni pulak saya banyak berjalan-jalan ke tempat-tempat yang menambah ilmu pengetahuan sebab bawak anak sepupu saya jalan-jalan. Kami ke PetroSains, Planetarium dan Pusat Sains Negara, seronok jugak la pergi tempat-tempat macam ni banyak aktiviti yang menyeronokkan. Kalau korang rasa bosan buat benda yang sama pergi la jalan-jalan kat tempat macam ni, orang dewasa pun boleh menikmati aktiviti kat tempat-tempat ni. Nak tahu lebih lanjut sila la ke website diaorang ek. Melencong dari tajuk la pulak ek, hehe jom la kita tutup entri ni.

p/s: Pagi ni saya ke Popular WangsaWalk yang best dan berjaya membeli dua buku yang saya cari dari minggu lepas lagi, ohsemmmm.

Wednesday, July 11, 2012

Ulasan Buku : Korban Kasih

Assalamualaikum...

Saya menulis hari ni sebab saya nak bercerita tentang novel kegemaran Cik Rozila dan saya, Korban Kasih karya Fatimah Saidin. Novel yang sangat memberi kesan kepada saya, berulang kali baca pun saya boleh menangis tanpa henti (serius, menangis macam saya pulak watak utama dia). Jalan cerita yang sangat menarik, dengan olahan ayat yang tak terlampau berat dan tak terlampau ringan, penceritaan melalui pandangan satu watak dari kecil hingga dewasa dan paling saya suka kisah Jalil yang sangat baik dan tabah itu.

Muka depan Novel Korban Kasih

Sinopsis:
Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni." (sumber : Goodreads)

Saya amat suka watak Jalil dalam novel ni, berharap dapat berjumpa orang seperti dia, sabar sungguh. Cemburu dengan watak Fatimah sebab ada abang macam Jalil, seronoknya kalau saya ada abang macam tu jugak. Masa mereka kecil, bila Fatimah tanya abangnya Jalil apakah cita-citanya, dia jawab "Cukuplah jika abang mendapat secebis kasih sayang emak". Banyak sangat kisah menyayat hati antara Jalil dan ibunya, buku ni membuat kita berfikir, adakah di luar sana ibu yang tak sayangkan anak.

Kisah hubungan kekeluargaan antara mereka adik-beradik sangat menarik, walaupun ibunya tak sayangkan Jalil tapi ayahnya dan semua adik-beradik terutamanya Fatimah dan Jamil sangat sayangkan Jalil kerana sifat dia yang baik hati tu. Oh lupa nak bagi tau, Jalil ada saudara kembar yang bernama Jamil, anak kesayangan ibu mereka jadi perbezaan layanan ibunya sangat ketara terhadap kedua anaknya ni walaupun mereka sebaya. Saya pun kembar jadi saya tahu kalau masa zaman budak-budak tak boleh kalau lebih-lebihkan seorang je, yang sorang lagi mesti tak puas hati.

Siapa sangka buku ni adalah karya pertama Fatimah Saidin, dia tulis buku ni masa umur dia 18 tahun tapi sayang tak ada buku lain yang saya jumpa karya Fatimah Saidin. Bawah ni saya letak puisi yang Kak Fatimah Saidin karang untuk novel ni.

Air dicincang

Tika padi kuning berisi,
jangka segalah sinar mentari,
siang ternanti belaian suci,
malam termimpi kasih bersemi.

seyogia dikau,
langkah terorak sedikit sumbang,
ibu berdendam pantas membungkam,
ego meningkah, sumpah seranah,
kalimat berbisa menghancur punah,
terasa langit tinggi rendah.

Abang,
saat engkau nekad melangkah,
menongkah arus melawan tak sudah,
hati hancur mengaduh resah,
tapak diayun kerana maruah,
dan...
kau sempat bersumpah,
tidak dijejak tanah tumpah darah,
hingga diri berpihak tuah,
membujur lalu melintang patah.

Pulanglah abang,
kini pasir telah berubah.

Ego emak telah berlalu,
daku menunggu di muka pintu,
Tuah di kandang menguak sayu,
pintu terbuka luas untukmu,
malah...
pintu hati ibu...
telah lama terbuka untukmu.
Saya lupa bila pertama kali baca buku ni, masa sekolah rendah rasanya tapi tak sempat baca habis sebab buku ni sepupu saya yang punya. Rozila yang baca buku ni dulu, masa dia cerita pasal novel ni pun saya dah nangis lagi la bila baca kan. Kemudian masa sekolah menengah jumpa buku ni kat Perpustakaan Awan Kemaman baru dapat habiskan. Beberapa tahun lepas, masa saya ke kedai buku kat Jalan TAR terjumpa buku ni jadi saya beli buat simpanan. Sejak dari saya beli dah beberapa kali saya mengulang baca buku ni. Kalau korang suka novel lama dan gaya penceritaan lama maka buku ini sangat sesuai untuk dibaca. Kalau korang nak beli buku ni cuba la jenguk laman Dewan Bahasa dan Pustaka, mungkin ada atau cari kat kedai buku lama. Kalau tak jumpa, nak pinjam buku saya pun boleh (^_<).

p/s: Sembap mata saya pergi kerja hari ni sebab baca buku ni semalam, hehe.

Thursday, April 21, 2011

Updates

Assalamualaikum...

Selamat hari Jumaat semua, huhu akhirnya sampai ke penghujung minggu kan. Esok saya tak payah kerja sebab ada ITIL training, huhu seronoknya tapi mesti mengantuk giler nanti. Tak apa la ek janji tak payah kerja, kekekeke. Minggu depan peperiksaan akhir semester akan bermula, adakah saya bersedia? Jawapannya semestilah tidak kan, saya pun tak tahu bila masa saya pernah bersedia nak periksa ni. Doakan semoga saya berjaya ok. Alamak Along bawak keluar durian yang tak habis hari tu, kena berhenti menulis ni. (jap lagi sambung balik ek)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Owhhh saya la orang itu bila baca buku, buku yang baca saya, hehe.

Huhu kenyang makan durian walaupun makan dua ulas jek sebab dah kenyang makan nasi tadi. Rasa sangat mengabaikan blog sendiri jek sebab lama tak menulis entri baru kan. Tak tahu nak menulis apa sebab malas nak berfikir, kepala saya pening sebab macam terlebih guna. Maklum la biasa-biasa tak berfikir sangat bila kena siapkan assignment tu otak bekerja lebih la. Saya sebenarnya nak menulis entri pasal rancangan kegemaran saya sekarang ni tapi malas nak buat spesifik pulak. Sekarang ni saya suka dengar Hot FM Refleksi bersama Prof. Izzi Haji Ali sebab ada tazkirah menarik dari prof. Izzi dan lagu-lagu ketuhanan, kebanyakkannya lagu nasyid la. Kalau saya balik lambat sikit dari pejabat mesti saya dengar Hot FM refleksi ni, cuba la korang dengar, bessst (^_^).

Lagi satu rancangan yang saya suka sekarang adalah Maharaja Lawak, kitaorang satu rumah memang follow Raja Lawak jadi ML ni sangat la kami tunggu-tunggu. Hari jumaat mesti kitaorang tak pergi mana-mana la, lagipun rumah memang ada pakej mustika tu. Kami satu rumah semua memang sangat suka Nabil tapi disebabkan dia ada scandal sebelum ni buat kitaorang kureng sket dengan dia kejap tapi dia memang sangat best dalam ML. Peserta kegemaran saya ialah Nabil (semestinya), Sepah dan Jambu, kitaorang memang kurang sikit dengan Jozan sebab diaorang banyak ulang lawak masa diaorang jadi pengacara raja lawak. Minggu lepas Nabil sangat best, siapa yang tak tengok lagi sila tengok kat bawah, ni minggu muzikal rasanya dia la yang paling kreatif.


Maharaja Lawak - Minggu 3 - Nabil

Harap korang pun enjoy jugak ek video Nabil tu. Esok pesta buku akan bermula di PWTC dari 22/04 hingga 01/05, jadi jangan lepaskan peluang membeli buku dan mendedahkan diri dengan pelbagai jenis buku. Cadangnya saya ingin ke sana jugak pagi sabtu ni sebelum pergi kelas, waa tak sabarnya saya nak melihat buku-buku yang menarik. Pagi sabtu ni ada sesi tandatangan dan soal jawab dengan Tun Mahathir, jadi kalau korang sukakan Tun Mahathir sila la datang ke pesta buku di PWTC ok. Emmm dah kena berhenti menulis dah sebab nanti kalau sambung gak macam-macam lak nak kena cerita. Selamat menempuhi peperiksaan kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan akhir nanti, selamat berjaya ok. Saya tak tahu bila saya akan menulis entri baru lagi, mungkin tak akan menulis sampai akhir peperiksaan nanti ek jadi semoga berjaya ok.

p/s: Kena mula study nih....haihhhhh (+_+)ZZZzzZZzzz....

Wednesday, March 2, 2011

Entri ke 300 - Konsert

Assalamualaikum...



300??? Apekahh?? Imej ambil dari encik Google

Salam entri ke 300, hehehe disebabkan saya malas jadi tak jadi nak cerita pasal entri 300. Kesibukkan yang melanda saya (asyik sibuk je ek, bila tak sibuk ni) membuatkan saya tak sempat nak menulis entri baru. Sebenarnya nak cerita pasal Konsert Maher Zain sabtu lepas dan Konsert Imabauan 3 - Jins Samsudin yang saya pergi semalam tapi saya tak berkesempatan. Saya balik pukul 12 malam semalam, haihhh penat pergi konsert Maher Zain pun tak habis lagi, disebabkan saya agak aktif sepanjang minggu lepas dan minggu ni badan saya masih tak dapat recover dari kepenatan hari tu.

Sabtu lepas saya pergi tengok konsert Maher Zain bersama dua orang sahabat baik saya, Cik Nuha dan Cik Suhaina (belum berpunya, kalau korang berkenan saya boleh tolong rekemenkan, huhu). Terima kasih cik Nuha, dapat jugak saya merasa tengok abang Maher yang sangat hensem tu. Yang paling best, kitaorang punya seat di upgrade dari tiket RM53 ke seat yang RM103, Alhamdulillah kitaorang duduk betul-betul mengadap pentas tapi kat tingkat 2 la bukan seat kat bawah, tu yang harga RM200++. Penat-penat pun pergi tengok konsert ni tapi memang berbaloi-baloi. Lain kali ada kesempatan kita pergi lagi ek.

Tiket yang berharga RM103 (upgrade) dan booklet yang diaorang kasi

Saya rasa konsert Maher Zain sangat best, biased judgment sebab saya memang selalu rasa semua konsert nasyid tu best, huhu. Ehh kejap konsert ni lain dari konsert nasyid yang saya pernah pergi sebab seat lelaki dan perempuan tak asing, terkejut jugak la saya kejap. jadi ni tak dianggap sebagai konsert nasyid la. Peminat Maher Zain memang lain dari peminat nasyid, semua golongan ada la bukan tipikal peminat nasyid sebenarnya.

Malam tu saya keciwa sedikit sebab Inteam buat persembahan kejap je, lagu Dia Muhammad dan medley lagu lama diaorang. Ada jugak penyanyi Awakening Record yang lain Irfan Makki dan Mesut Kurtis, saya dah pernah dengar Mesut Kurtis sebelum ni sedap jugak lagu dia tapi Irfan Makki memang menarik minat saya, suara dia sangat sedap. Lagu Mabrouk yang dia nyanyi tu saya sangat suka., dia dah masuk dalam radar saya sekarang. Maher Zain jugak sangat best, suara dia sedap seh menyanyi live sama je dengan dalam album, tapi dia menyanyi banyak sangat lagu, semua lagu dalam album Thank You Allah tu la. Ada lagu baru Freedom cerita pasal perjuangan umat islam yang tengah bangkit sekarang ni kat negara-negara Arab, sedap jugak lagu ni. Tapi memang lama la konsert ni, saya sampai harap cepat-cepat la habis konsert, bayangkanlah konsert tu habis pukul 12 tengah malam, kami dah penat dah masa tu.


Lagu Mabrouk oleh Irfan Makki yang best. Sumber: Tiub awak

Semalam saya pergi tengok Konsert Imbauan 3 - Tan Sri Dr. Jins Samsudin, lagu-lagu kenangan filem-filem Jins Samsudin di Dewan Fillharmonik Petronas. Pertama kali pergi situ, dewan dia cantik la tapi agak kecik kalau nak banding dengan Istana Budaya (of course la kan). Penyanyi yang bawak lagu dia adalah Roy dan Dayang Nurfaizah, saya bukanlah peminat dua-dua penyanyi tu tapi suara diaorang memang sedap la. Persembahan ni menarik sebab dia fokus kat okestra Petronas tu sendiri, pertama kali saya tengok okestra bersama konduktor dia depan mata, memang best la dengar muzik kat tempat macam tu. Tapi saya rasa kalau kak Misha Omar yang nyanyi lagi best kan (saya rasa suara kak Misha best). Apa yang seronoknya, kitaorang jumpa abang Anuar Zain, hehehe hensem la dia. Lepas tengok konsert ni saya baru tahu yang Ali Setan tu filem arahan Jins Samsudin rupanya.

Hensem kan Jins Samsudin, hehe. Imej ambik dari encik Google

Selingan ek, saya nak cerita pasal buku audio yang saya tengah dengar sekarang. Akhirnya saya sudah berjaya memfokuskan diri untuk mendengar Audio Book - Emma by Jane Austen, novel ni dah mula menarik minat saya walaupun saya rasa Jane Austen agak suka bercerita panjang lebar. Cerita ni menarik tapi saya tak faham kenapa Jane Austen ni glemer sangat (Jane Austen ni penulis novel Pride and Prejudice - ala Mr Darcy tu), dia suka guna perkataan sama, dalam cerita Emma ni berapa puluh kali agaknya dia guna perkataan oblige dan amiable. Mungkin saya kena baca novel Pride and Prejudice agaknya, emm tengok la nanti kalau ada masa. Sekarang saya dah masuk chapter 41, setiap kali saya memandu balik saya akan dengar buku audio (Audio book) ni. Ni kali pertama saya mendengar audio book, mula-mula memang susah nak dengar dan fokus ditambah dengan narration dia yang agak laju tapi nasib baik sebutan dia jelas. Harap-harap boleh la habis minggu ni novel Emma ni.

p/s: Panjang lebar entri kali ni, nak jugak cerita pasal audio book tu kan, biasa la mengada-ngada. Ada exam sabtu ni, buku yang kena baca tak pulak rajin nak habiskan wawawa (@-@).

Thursday, June 3, 2010

Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti…

Salam ukhuwah dan salam hari khamis buat semua. Baru lepas habis membaca buku Secangkir Teh Pengubat Letih tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com), beliau adalah salah seorang penulis kegemaran saya. Buku ini berkisar tentang pengalaman beliau di Turki, banyak kisah yang buat saya sebak semasa membaca buku ni.


Paling memberi kesan kepada saya adalah kisah tentang isu bertudung di Turki, walaupun antara negara pengeluar tudung terbesar dunia tetapi muslimat Turki didiskriminasikan dan dilarang untuk bertudung. Mereka tidak dibenarkan bertudung di tempat awam dan di universiti menjadikan agak sukar bagi mereka untuk menyambung pengajiaan. Disuruh memilih antara IMAN dan MASA DEPAN, mereka memilh IMAN. Ironi ek dengan negara kita, saya melihat ramai rakan-rakan saya yang dulu bertudung kini tidak bertudung.


Saya pun bukanlah sempurna sangat, InsyaAllah semampu yang boleh saya akan cuba menutup aurat. Negara kita tak ada undang-undang melarang bertudung tapi ramai yang memilih untuk tidak bertudung, agaknya kita tak tahu betapa cemburunya muslimat Turki dengan kebebasan beragama kita. Walaupun Turki adalah negara yang tersohor dalam sejarah islam, kesan sekularisme Kamal Antartuk menjadikan Turki seperti sekarang. Saya rasa Malaysia juga sudah hampir ke situ, sekarang kita nampak sekularisme berlaku di mana-mana.

Kepada sahabat-sahabat saya, marilah kita sama-sama berusaha menjaga aurat kita. Selagi ada waktu dan selagi nafas dikandung badan, jom kita cari keredhaan Allah.

Sahabat…
Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni

Moga ukhuwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahagia di negeri abadi

Lagu: Masih ada waktu
Munsyid: Rast
Sumber: liriknasyid.net

Panjang pulak bebelan kali ni, dah lama tak menulis isu-isu serius macam ni. Isu bertudung ni selalu sangat kita baca kan, lagi-lagi isu gadis bertudung tapi buat maksiat, saya pun dah jemu dengan kisah-kisah tu semua. Apa pun orang lain buat itu kisah mereka, apa yang penting kerjasama adalah kisah kita sendiri. Kita bukan gadis itu, jangan jadikannya alasan untuk kita tidak menjaga aurat kita.

p/s: Sila la baca buku Secangkir Teh Pengubat Letih ni, sangat menarik buku ni (^_^). Dari buku ni jugak saya kenal dan mengetahui bahawa Syed Naquid al-Attas itu adalah orang Malaysia.

Wednesday, May 5, 2010

Updates Lagi

Assalamualaikum...

Imej ambil dari encik Google

Sangat rindu nak membaca blog-blog semua, yela sekarang kat office tak leh baca blog kan. Bila kat rumah lak malas nak bukak komputer. Rindu jugak nak updates blog. Minggu lepas balik Kemaman, alhamdulillah akhirnya terubat jugak rindu. Sekarang agak sibuk dengan kerja jek, tak ada apa-apa yang menarik pun. Cuti minggu lepas selain balik Kemaman sempat jugak habiskan 2 buah novel tapi terbeli pulak 2 buku baru jadi jumlah buku yang pending tetap sama. Rasanya kena banned dari masuk kedai buku ni, banyak sangat buku yang tak terhabis baca lagi ni tu tak kira yang baca separuh tu.

Dah masuk bulan Mei kan, kejap je dah bulan 5. Bulan ni tak ada apa perancangan menarik, rindu nak bercuti tapi rasanya bulan ni tak boleh kot. Sepanjang bulan ni sibuk dengan kerja sebab ada system transition jadi selain kerja banyak training yang perlu dihadiri, belajar benda baru bagus jugak tak ada la bosan sangat dengan kerja. Harap semua perancangan berjalan dengan lancar, insyaAllah.



Sekarang tengah baca buku pasal Anne Frank, The Diary of A Young Girl. Dia bukan penulis tapi ini adalah diari dia masa dia dan keluarga dia hide dari German (Hitler) sebab diaorang ni Jews. Hitler kan anti-jews jadi dia dan keluarga semua menyorok dari orang luar, diaorang hidup dalam bangunan office ayah dia selama 2 tahun, tak pernah keluar pun. Walaupun ni buku pasal jews, emm tapi cara Anne describe hidup dia sangat menarik. Diari dia ni dah di-translate ke lebih 40 bahasa, menarik sangat buku ni. Kalau nak tau lebih lanjut pasal kisah ni sila la Google ek.

Sebenarnya banyak benda nak tulis lagi tapi bila dah mula menaip tadi idea tak ada la pulak. Sekarang ni kalau kat office selalu fikir nak updates blog, huhu itu la kalau benda yang tak boleh tu nak sangat buat kan. Ok la dah merapu la pulak, till we meet again. Daa

p/s: Errrr...Emmmm....waaa tak ada idea nak tulis dah..

Friday, April 16, 2010

Hari Buku Sedunia

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti..

Salam jumaat, Selamat, selamat hari yang baik buat semua. Hari jumaat yang syahdu saya mula bekerja semula setelah berpoya-poya selama empat hari di rumah; makan, tido, tengok tv, tengok drama, khatam buku dan menambahkan kemalasan diri. Kembali bekerja bermakna kembali kepada realiti dan kembali mendisplinkan diri untuk bangun pagi, nak hidup kenalah bekerja (owhh kalaulah mak bapak saya kaya, boleh la duduk rumah goyang kaki). Panjang pulak intro kali ni ek.

Imej ambil dari MPH

Apa cerita hari ni, hehe saya nak cerita tentang salah satu perkara kegemaran saya, BUKU. Baru dapat mesej dari MPH, ada offer sempena Hari Buku Sedunia (World Book Day) dari 16/4 hingga 15/5. Saya sedikit tensen sebenarnya sebab baru je beli 3 buku dari MPH semalam, walaupun saya beli buku offer jugak (buy 3 for 2), huhu.

Mark the Day with A Rose

In 1995, UNESCO declared 23rd April the World Book Day.This symbolic date for universal literature also mark the passing away of Miguel de Cervantes and William Shakespeare on the same day in 1616.

In the Spanish region of Catalonia, on 23rd April, a rose is exchanged for each book received.

Sempena bulan membaca ni jom kita membaca, tak kira la apa genre pun bagi saya semua buku ada ilmunya. Tak suka baca novel boleh baca majalah atau journal, membaca blog pun sama jugak. Banyak bahan bacaan yang boleh kita dapat dari sekeliling kita, ambil la sedikit masa kita untuk membaca ok. Saya suka pantun Tun Dr. Siti Hasmah dalam lagu membaca gaya wawasan sempena kempen membaca, meh baca pantun best ni.

Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Bacalah sampai pandai,
Buku-buku pelbagai ilmu.

Santan lemak manis,
Santan kelapa muda,
Jangan anak menangis,
Kalau emak suruh membaca.

p/s: Apa lagi, jom kita baca buku!!

Tuesday, March 23, 2010

Aktiviti Masa Lapang

Assalamualaikum...

Bulan ni agak kurang meng-updates blog kan, banyak kali dah buat draf tapi tak ada idea nak tulis apa. Life agak membosankan sebulan dua ni but I'm still enjoying it, its good to be alive ne (^_^). Saya sangat suka kalau cuti rehat-rehat di rumah, walaupun sorang-sorang tapi macam-macam boleh buat kalau cuti. Tapi rasanya kalau orang yang memang kaki berjalan memang tak boleh cuti duk rumah je kan.

Aktiviti yang paling saya suka adalah tengok drama jepun/korea/taiwan dan habiskan buku-buku dan manga. Macam boring je kan, saya lebih suka buat benda-benda ni daripada keluar jalan-jalan sebab saya tak suka tempat ramai orang dan tempat panas. Kalau keluar tempat-tempat camni saya jadi kurang sabar, nak semayang pun susah kadang-kadang sebab surau penuh dan tak best.

Drama yang baru habis ditonton:Yamato Nandeshiko Shichi Henge (Jepun)

Autum's Concerto (Taiwan)

Pasta (Korea)

Minggu lepas pergi Pesta Buku kat PWTC tu, huishh tak ramai lagi orang kat yang datang. Sampai berasak-asak jugak la nak berjalan sepanjang pesta buku tu, pergi pun kejap je sebab tak boleh nak berjalan sangat. Sempat jugak beli dua buku baru dari Galeri Ilmu, Langit Illahi dan buku baru Ustaz Hasrizal, Murabbi Cinta. Ini kali pertama saya beli buku Hilal Asyraf, Langit Illahi tu, nak tengok macam mana ok tak kalau best boleh la beli Langit Illahi 2.

Langit Illahi oleh Hilal Asyraf

Murabbi Cinta oleh Ustaz Hasrizal

Tak puas la pergi pesta buku tu kejap je, insyaAllah hujung minggu ni kalau sempat nak pergi lagi. Ada lagi buku yang tak sempat nak beli, salah satu buku kat atas tu Secangkir Teh Pengubat Letih. Lepas ni rasanya kena la berhenti beli buku dua bulan, banyak sangat buku kat rumah yang masih pending lagi.

Itu la aktiviti masa lapang Oda, dengan cd dan buku berlambak-lambak tu masa cuti saya selalu terisi. Tapi tak ada la saya terperuk dalam rumah je sepanjang cuti saya, kadang-kadang keluar jugak dengan kawan-kawan dan housemate. Tak kesah la apa pun aktiviti yang kita buat masa lapang janji kita memang suka dan bukan benda haram ok.

**Imej semuanya ambil dari encik Google

p/s: Rasa nak pergi beli cd jepun baru la pulak, huhu (^_^)

Wednesday, February 3, 2010

Hobi saya ialah membaca

Assalamualaikum....

Agak lama tak ada cerita baru kan, saya agak malas mengemaskini blog kebelakangan ini. Kekurangan idea nak menulis entry baru sebenarnya, jadi saya buat keputusan nak cerita pasal hobi saya. Sebelum ni dah cerita pasal obsesi saya terhadap drama jepun kan, ini obsesi nombor dua saya iaitu buku (tak kira fiksyen atau bukan fiksyen asalkan saya rasa menarik akan saya baca).

Sejak dari kecil lagi bila orang tanya apa hobi, saya akan jawab membaca walau hakikatnya membaca jatuh tempat nombor dua selepas tengok tv/drama. Saya giler tengok tv masa kecik dulu (sampai ke besar sebenarnya). Saya paling suka pergi perpustakaan (library) masa kecik-kecik dulu, kadang-kadang masa rehat kat sekolah pun pergi perpustakaan jugak. Mak ayah saya bukanlah jenis parent yang belikan buku untuk anak diaorang baca, jadi masa kecik dulu pantang jumpa buku semua baca (kecuali buku study je tak baca, huhu).

Buku berterbangan, imej ambil dari encik Google

Bulan lepas dan bulan ni saya banyak habiskan masa dengan cuba menghabiskan buku-buku yang saya asyik beli tapi tak baca kat rumah dan hampir berjaya menghabiskan cd drama jepun (sebab tak sabar nak beli cd baru). Walaupun saya cuba habiskan buku tetapi masih banyak lagi buku yang pending untuk di baca. Sekarang saya rasa saya patut menjauhkan diri dari kedai buku (terutamanya MPH, sebab saya MPH member) kerana setiap kali masuk saya takkan keluar tanpa membeli buku. Dua bulan lepas (Dec dan Jan) lebih 10 buah buku saya beli, dua hari lepas pergi ke Pesta Buku MPH di Stadium Melawati Shah Alam pun nasib baik saya beli 3 buah buku je, itu pun sebab dekat situ tak ada ATM.

Sekarang saya masih lagi membaca buku Megalomania (buku ni Rozila yang beli), dah dua minggu baca buku ni sebab berhenti sekejap baca Endesor (oleh Andrea Hirata, buku ketiga dari tetralogi Lasykar Pelangi). Disebabkan buku Megalomania ni buku lama (takde la lama sangat, keluar tahun 2003), ayat buku ni pun ala-ala buku tahun-tahun tu la. Buku ni banyak sangat konflik, disebabkan saya orang yang emosional jadi membacanya buat saya emosional jugak, watak-watak dalam cerita ni ada masalah nak berbincang agaknya asyik emosi jek. Ada 505 muka surat buku ni tapi saya baru je sampai 258, harap-harap dapat la habiskan buku ni dalam minggu ni (dah tak larat nak baca dah).

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Gambar selingan

Saya rasa banyak sangat buku menarik kat luar sana yang masih belum saya baca, jadi bila saya dengar atau terbaca pasal buku yang menarik saya akan cuba untuk mencari buku tu. Saya baru je mula membeli buku sejak sudah bekerja ni, iyelah kan baru ada pendapatan sendiri boleh la guna untuk hobi sendiri. Saya ada impian, saya mahu memiliki kedai buku sendiri suatu hari nanti (^_^).

Bagi saya buku apa pun ada kelebihannya kerana buku itu sumber ilmu, tak kira kita baca manga atau komik sekalipun di dalamnya ada jugak sedikit ilmu. Jadi marilah kita sama-sama membaca, kalau makin ramai rakyat Malaysia yang membaca kedai buku akan bertambah dan saya harap harga buku pun akan berkurang. Buku kat negara kita agak mahal kan, terutamanya buku-buku dari luar. Jom kita sama-sama jadikan membaca amalan kita (^_^).

p/s: Nak sambung baca Megalomania..huhu

Wednesday, January 6, 2010

Sang Pemimpi

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2010

Sekejap je hari ni dah 6hb dah kan. Di awal tahun baru ni saya agak kurang bermaya dan kurang motivasi sedikit. Rasa malas sangat nak bekerja, nak rehat-rehat kat rumah je.

Awal tahun baru kita semua mesti cakap pasal azam kan, nak kata saya ada azam yang spesifik tu tak de la tapi tahun ni saya berazam untuk cuba menjadi sang pemimpi (dreamer). Baru je lepas habis baca buku kedua dari tetralogi Lasykar Pelangi iaitu Sang Pemimpi karya Andea Hirata.

Novel Sang Pemimpi, imej ambil dari encik Google

Maksud sang pemimpi ini adalah orang yang mempunyai impian (mimpi/dreamer bak kata omputih). Novel ni bercerita tentang tiga watak utama iaitu Ikal (Andrea Hirata sendiri), Arai dan Jimbron, tiga anak muda yang bercita-cita ingin sampai ke Paris meskipun mereka adalah orang yang sangat miskin. Jika Lasykar Pelangi saya paling suka watak Lintang tetapi dalam Sang Pemimpi saya sukakan watak Arai. Kata-kata dari Arai yang paling saya suka dalam novel ni, Arai adalah orang yang sangat positif.

“Biar kau tahu kal, orang seperti kita tak punya apa-apa selain semangat dan mimpi-mimpi, dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi-mimpi itu

“Orang seperti kita, andai tidak bermimpi, akan MATI”

[Kata-kata Arai dari novel Sang Pemimpi]

Disebabkan buku ini buat saya mahu menjadi sang pemimpi juga, tidak kiralah mimpi itu besar atau kecil saya mahu cari mimpi saya sendiri. Jadi azam saya adalah mahu berusaha mengejar mimpi saya. Emm apakah impian saya, banyak sangat sebenarnya, tapi tak tahu mana satu yang betul-betul saya mahukan. Rasanya semua orang pun punya impian kan, semoga impian korang semua tercapai.

"Every great dream begins with a dreamer. Always remember, you have within you the strength, the patience, and the passion to reach for the stars to change the world."

[Harriet Tubman]


Tetralogi Lasykar Pelangi ada empat buku, #1-Lasykar Pelangi, #2-Sang Pemimpi, #3-Endesor dan #4-Maryamah Karpov. Semua karya ini adalah kisah hidup Andrea Hirata sendiri, semua watak-watak dalam novelnya adalah watak sebenar. Inilah sebab kenapa saya sukakan novel ini, novelnya seperti fantasi tetapi ia adalah kisah benar. Saya ada semua buku kecuali Endesor, tak jumpa cari kat MPH, ingatnya nak cari kat Popular tapi tak terpergi lagi ke Popular ni. Lagipun bulan ni dah empat buah buku beli jadi terpaksa pending dulu Endesor ni, tak nak skip urutan cerita jadi Maryamah Karpov pun terpaksa pending juga. Asal tengok buku Maryamah Karpov tu nak sangat baca tapi sabar je la nanti confuse lak kalau tak baca ikut turutan.

Sekarang tengah baca Men are from Mars and Women are from Venus karya John Gray, dah lama nak beli buku ni tapi disebabkan banyak lagi buku lain yang menarik tu yang baru je beli tu, lagipun MPH ada offer 20% off untuk buku ni hari tu. Menarik jugak buku ni, bagus untuk suami isteri atau orang yang ada pasangan la. Buku ni Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) yang sarankan baca. Ok lah saya berhenti kat sini je la, panjang la pulak entry ni, macam-macam nak cerita ek.

p/s: Mengantuk la kerja malam ni, tak sabar habis kerja nak balik tido dan bermimpi, huhu.

Tuesday, December 29, 2009

Lima Teratas 2009 Oda

Assalamualaikum...

Tahun 2009 sudah hampir ke penghujungnya, tahun ni saya rasakan sangatlah pendek, pejam celik dah nak masuk 2010. Kebanyakkan blog yang saya baca hari ini sudah mula bercerita tentang kisah 2009 mereka, saya pun terfikir nak menulis entry tentang 2009. Kali ini saya akan membuat senarai Top 5 tentang apa sahaja sepanjang tahun 2009.



    Top 5 Memorable Trip/Event

    Family Day Kelab KEMO di Port Dickson

    Ini adalah trip saya yang paling menyeronokkan, hampir ke semua ahli keluarga saya hadir ke trip ini. Trip bersama keluarga saya selalunya kami akan sentiasa dipenuhi dengan keriangan (huhu, cam best je perkataan ni).

  1. Port Dickson - Family day KEMO
  2. PPUM - Sepanjang Alang hospitalized dan operation day + Nor's Konvocation
  3. Perlis - Wedding Ayu
  4. Melaka - Wedding Dianah
  5. Sunway lagoon - Team outing


    Top 5 Buku yang Saya Paling Suka Baca

    Cover buku Rindu Bau Pohon Tin, imej ambil dari encik Google

    Buku rindu bau pohon tin ni kisah Ustaz Hasrizal semasa belajar di Jordan dulu, kisah-kisah di timur tengah adalah antara artikel yang saya paling suka baca di saifulislam.com. Nota Hati Seorang lelaki hampir menjadi nombor satu kerana saya memang suka cara bercerita Pahroi Mohd Juoi (dia salah seorang kolumnis di majalah Anis) tetapi saya rasa Rindu Bau Pohon Tin lagi menarik kisahnya.

  1. Rindu Bau Pohon Tin - Ustaz Hasrizal
  2. Nota Hati Seorang Lelaki - Pahrol Mohd Juoi
  3. The Time Traveler's Wife - Audrey Niffenegger
  4. Twilight Saga - Stephanie Meyer
  5. Lasykar pelangi - Adrea Hirata (in progress, tapi dalam top 5 setakat ni)



    Top 5 Lagu yang saya dengar berulang-ulang


    .: What Should I Do - Jang Geun Suk :.

    Mungkin kerana ini adalah lagu yang paling baru saya suka dengar jadi ia mendapat tempat teratas sekali. Tapi kesemua lagu didalam top 5 ini pernah saya dengar berulang-ulang sampai nak muntah.

  1. What Should I do - Jang Geun Suk
  2. Let Break up - Lee Seung Gi & Love like This - SS501
  3. Aitai - Yuzu
  4. Allah Knows - Zain Bhika
  5. Pewaris Syurga - Opick



    Top 5 Rancangan Menarik

    1N2D - The 6 guys that i love the most, imej ambil dari encik Google

    1N2D menjadi rancangan yang paling saya gemari sejak dari mula saya menonton rancangan ini tahun lepas lagi. Boleh dikatakan saya tak pernah miss episod rancangan ni. Naruto mendapat tempat ke dua kerana tahun ini anime ini berkembang dengan sangat best.

  1. 1N2D - KBS World (Korea)
  2. Naruto - Download (Jepun)
  3. Air Crash Investigation - National Geographic (USA)
  4. Nur Kasih - TV3 (Drama Melayu)
  5. Kamen Rider Kabuto - Streaming (Jepun)



    Top 5 Jdorama 2009

    Pelakon-pelakon Mei Chan yang comel (^_^), imej ambil dari encik Google

    Tahun ini saya kurang menonton drama jepun dan kenbanyakkan drama yang saya tonton kurang memuaskan. Masih banyak lagi jdorama yang belum saya habiskan atau beli cd, saya agak jika saya habiskan semua drama baru tahun ini mungkin semua list dibawah akan bertukar. Cerita Mei chan ni pelik sikit tapi kalau tak pelik sikit tu bukan jdorama la kan.

  1. Mei-chan no Shitsuji
  2. Bloody Monday
  3. Ghost Friends
  4. Ohitorisama
  5. BOSS


    Top 5 Kdrama 2009

    Cover kdrama You are beautiful, tak cantik kan pelik je cover dia. Imej ambil dari encik Google

    Sudah di agak You are beautiful akan jadi kdrama feveret saya bagi tahun ini kan. Lagi-lagi Jang Geun Suk yang jadi hero, dah lama saya tunggu dia bawak watak hero untuk kdrama ni. Kalau bukan kerana Jang Geun Suk rasanya tak jadi nombor satu jugak ni. Jalan cerita yang paling saya suka adalah drama City Hall, drama lain pula sebab saya berjaya habiskan tanpa skip episod dan semuanya adalah drama KBS World.

  1. You are beautiful
  2. City Hall
  3. The man who can't married
  4. The queens return
  5. Boys over flower


    5 Perkara Menarik/Mengejutkan yang tak boleh dilupakan

    Keluarga besar kami (^_^)

    Saya tak ada gambar semasa di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) tu tapi ini adalah perkara yang paling saya tak boleh lupakan bagi tahun ini. Gambar di adalah gambar semasa Family day di Port Dickson. Nurul dapat tempat kedua kerana sebelum ini Nurul pernah keguguran, kami memang menantikan kelahiran baby irfan ni.

  1. Alang hospitalize untuk pembedahan Injap Jantung - Ogos
  2. Nurul lahirkan Irfan - November
  3. Ustaz Asri dan Sahabat lama meninggal - Ogos
  4. Team dapat Team of the Month - Jun
  5. Lulus MCDST exam bulan September

Panjang kan senarai saya, banyak lagi senarai saya nak buat tapi dah malas nak menaip dan berfikir. Sakit kepala jugak la nak ingatkan balik semua senarai kat atas tu, saya kan ada short term memory. Banyak juga perkara yang menarik berlaku tahun ini bagi saya, thanks kepada blog ini saya dapat mengingati kembali peristiwa sepanjang 2009 ini. Ini mungkin entry terakhir saya bagi tahun 2009, selamat menyambut tahun masihi 2009 kepada semua.

p/s: panjang yang amat kan entry ni, huhu maklum lah entry terakhir 2009. Kita jumpa lagi di tahun 2010 ok (^_^)

Monday, December 28, 2009

Bicara Tentang Buku

Assalamualaikum...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Jom kita baca buku, tak kesahlah buku jenis apa (^_^)

Entry yang lepas entry emosional saya, rasanya entry hari ini juga agak emosional. Saya sangat suka membaca blog, ada beberapa blog yang saya akan buka hari-hari untuk melihat updates baru dan dikebanyakkan blog saya adalah silent reader sahaja sebab kebanyakkan blog yang saya baca adalah blog ilmiah atau blog yang kearah itu. Bukan tak mahu komen tapi rasa tak cukup ilmu lagi nak memberi pendapat walaupun ada sesetengah blogger tu lebih muda dari saya (budak-budak zaman sekarang pandai-pandai kan).

Minggu lepas saya membaca updates di salah satu blog yang saya selalu ikuti perkembangannya juga, entry tentang buku. Saya agak terasa kerana memang entrynya itu terkena pada saya. Katanya :

"99% daripada manusia yang rajin beli buku, tidak akan membacanya sehingga habis. Manakala 80% daripada baki 1% itu sekadar membacanya ala kadar"


Saya setuju dengan hipotesisnya, saya juga masih banyak buku-buku yang belum dikhatamkan lagi, tetapi jika masuk ke kedai buku mesti akan beli paling kurang satu buku. Jarang saya masuk ke kedai buku tanpa membeli apa-apa pun. Walaupun begitu, saya akan pastikan saya habiskan semua buku yang saya beli, saya tak suka membaca buku ala kadar kerana saya rasa itu satu pembaziran. Saya jenis orang yang baca buku dari kulit ke kulit, walaupun surat khabar atau majalah sekalipun (masih ada dua majalah Anis yang masih belum disentuh lagi, waa kena la cepat-cepat baca ni).

Emm apa yang emosionalnya saya tentang entry ni ek, sebenarnya blogger tu membuat 'statement' katanya buku fiksyen tulen (contoh Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Harry Potter dan Twilight) tak termasuk dalam hipotesis di atas. Separuh buku yang saya baca adalah fiksyen tulen, suku lagi separa fiksyen dan suku lagi adalah buku berunsur ilmiah (emm agak-agak ilmiah la). Saya tak faham kenapa mahu di label tentang buku jenis apa yang dibaca, kalau kita suka baca buku ilmiah atau yang setaraf dengannya baca je la tak payah la komen pasal bahan bacaan orang lain.

Buku yang sedang dibaca, saya sangat suka buku ini. Imej ambil dari encik Google

Kalau orang kita mahu membaca buku jenis apa pun tak kesah la kerana budaya membaca sangat kurang di kalangan orang kita. Itu sudah kira bagus dalam masyarakat yang amat kurang membaca ni, bagi saya semua jenis bahan bacaan memberi ilmu yang berbeza. Di dalam semua buku ada mesej yang tersendiri, tak semua orang boleh membaca buku berunsur ilmiah. Orang kita nak baca buku fiksyen pun susah, inikan pula buku bukan fiksyen yang ayatnya panjang. Emm dah terlebih emosional la pulak, maklumlah saya kan pembaca buku fiksyen juga jadi agak terasa la.

p/s: Saya tak tahu kenapa entry kebelangan ini agak emosional, agaknya saya perlu bercuti rehatkan minda, huhu.

Friday, December 11, 2009

The Twilight Saga: New Moon

Assalamualaikum...

New Moon movie poster
Imej amik dari encik Google

Selepas tengok Twilight movie, saya sangat la kecewa dan ingatkan takkan tengok dah sequal yang seterusnya tapi bila tengok Taylor Lautner (pelakon yang bawak watak Jacob dalam movie ni) makin hensem buatkan saya rasa nak tengok movie ni. Watak Jacob dalam Twilight Saga adalah watak orang ketiga yang sukakan Bella, dia jugak Warewolf (emm tak semua benda ada dalam citer ni, nasib baik tak masuk dragon, elf, goblin, etc).

The cute Taylor Lautner and his warewolf brothers (^_^)
Imej amik dari encik Google

Saya tak pernah sukakan Jacob dalam novel, emm ni mungkin sebab saya memang jenis tak suka 2nd hero atau watak kedua (kecuali Jang Geunsuk dalam kdrama Hong Gil Dong, love him). Tapi Jacob (Taylor Lautner) dalam movie New Moon ni sangat la adorable, tak percaya dia baru 18 tahun. Kalau dalam novel, part Bella tingalkan Jacob tu saya memang suka giler tapi dalam movie buat saya sedikit sedih tengok muka Jacob. Lagi satu watak Jane memang sesuai la dengan Dakota Fanning.

Adaptation kali ni lebih baik dari first movie, mungkin sebab budget lagi besar kan dan filem yang first tu indie movie jadi kualiti dia kurang sikit. Dengar cerita, sequal seterusnya Eclipse dah siap, cepat ek. Dalam Twilight Saga, saya paling suka novel last sekali, Breaking Dawn, nak tunggu movie dia keluar dua tahun la kot. Tapi takpe, itu yang seronoknya follow movie macam ni, kita dapat rasa the excitement setiap kali keluar sambungan cerita kan.

p/s: I thought my obsession for twilight is fading, but still wanted to watch the movie though..

Saturday, October 31, 2009

Sahabatku Sayang

Assalamualaikum..


Imej amik dari iluvislam

Sepanjang minggu lepas berjaya habiskan dua buah buku yang dah lama pending aka baca separuh aje, hehe. Dua-dua buku bahasa melayu dan bergenre dakwah, tak tahu kenapa sekarang agak suka novel yang ada unsur dakwah daripada novel biasa, agaknya dah bosan dengan novel biasa kot. Dua buah novel tu adalah Tautan Hati karya Fatimah Syarha dan Cerita dari Hati karya Nurul Azwa. Jalan cerita novel ni adalah pasal dakwah, watak utama kedua-dua cerita ni bersungguh berdakwah dengan kawan-kawan diaorang. Latar cerita kedua-dua novel adalah di Universiti, baca dua novel ni buatkan saya berfikir sekejap.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

Bila baca pasal kesungguhan diaorang ni berdakwah, buat saya fikir kenapa saya tak pun tak berdakwah dengan kawan-kawan saya. Kita tak perlu jadi orang alim untuk ajak kawan kita buat kebaikan. Sebenarnya, saya rindukan suasana yang lebih islamic, ada kawan-kawan yang mengingatkan kita. Suasana di office tak adalah teruk sangat, cuma ada dua tiga kawan-kawan yang baik tapi bab-bab agama ni ambil remeh sikit.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat yang sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Kalau kita sayangkan kawan kita kenapa kita nak biarkan diaorang terus hanyut kan, sahabat yang baik tak akan biarkan sahabatnya terus leka. Selain berdakwah cara terus, kita boleh berdakwah dengan cara halus. Duhai sahabatku sayang, kita semuanya bersaudara diatas nama Islam yang indah. Marilah kita bersama mencari redha Illahi, diharap sahabat-sahabat Oda semuanya senantiasa di bawah rahmatNya.

p/s: Buat semua sahabat, Oda sayang korang semua (^_^)

Tuesday, October 27, 2009

Kata-kata Semangat Oda

Assalamualaikum...

Entry ni sebenarnya nak buat dari minggu lepas lagi tapi lupa, pagi tadi masa drive rasa nak dengar lagu nasyid lepas tu tiba-tiba teringat pasal entry ni. Minggu lepas masa balik kerja dengar topik pagi kat Hot FM, diaorang cakap pasal apa ayat motivasi anda. Fafau (Farah Fauzana) dan FBI (Faizal Ismail) tanya apa ayat motivasi yang selalu kita pegang kalau rasa sedih ke, pemberi semangat ke atau lain-lain la. Ramai jugak la yang call, ramai yang guna kata-kata hikmah la, lagu la dan macam-macam la.

Mesej bergambar amik dari Iluvislam

Bila dengar tu terfikir pulak apakah yang Oda guna untuk motivasikan diri ek. Emm bila fikir balik, bila sedih mesti dengar lagu nasyid, dengar lagu nasyid jugak selalu beri motivasi dan semangat untuk saya la. Agaknya sebab tu kot saya suka lagu nasyid. Dua lagu saya selalu dengar bila rasa sedih adalah lagu Pesanan oleh Suhaimi (ala suami ina naim tu) dan lagu Rahmat Ujian oleh Mestica. Lirik dua-dua lagu ni memang best, buat kita sedar walau teruk mana pun hidup kita, walau besar mana pun ujian kita semua tu Allah beri sebab sayangkan kita dan dunia ni hanya pinjaman, semuanya milik Allah. Jadi nak share la petikan kegemaran dari dua lagu ni.

-Pesanan oleh Suhaimi-
Jika hartamu dimusnah
Ingat Allah yang Memberi
Jika engkau dizalimi
Tenang dan tabah hadapi
Allah maha mengasihi
Mendengar rintihan hambanya

-Rahmat Ujian oleh Mestica-
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Ada satu lagi petikan dari lagu nasyid yang setiap kali Oda dengar mesti rasa insaf dan kerdilnya diri. Petikan ni biasa sahaja tak da ayat yang bunga-bunga pun, dari lagu Aku hanya seorang Umar oleh Hijjaz. Itu Saidina Umar sendiri yang cakap, setiap kali dengar ayat ni mesti nak kena check balik diri sendiri, iman dah cukup ke, amalan dan cukup ke, solat cukup ke?

-Aku Hanya Seorang Umar oleh Hijjaz-
Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku

Rasanya semua orang ada ayat motivasi masing-masing kan. Hidup ni penuh dengan suka duka, kadang-kadang sedih kadang-kadang gembira, penawar yang paling baik adalah kembali kepadaya, nak tenangkan hati bacalah Quran dan banyakkan berzikir.

Worry is like a rocking chair: It gives you something to do, but it doesn't get you anywhere.
-Erma Bombeck-

p/s: So don't worry be happy, Allah always with you (^_^)