Tuesday, April 27, 2010

Updates

Assalamualaikum...

Saya tak pernah segembira hari ni masa dapat baca semua blog yang selalu saya baca. Sejak minggu lepas office block banyak website termasuklah blog, entertainment website saya faham tapi saifulislam.com pun kena block jugak buat saya geram. Tapi geram pun bukan boleh marah, takkan nak marah management sebab block website yang tak ada kaitan dengan kerja kan, terpaksalah redha. Maka jadilah kami semua pekerja yang sangat berdedikasi dan membosankan, yang makin berdedikasi menjadi hackers pun ada, huhu. Kat rumah pulak monitor PC rosak, menjadikan saya malas nak online di rumah. Sebab tu la agak lama jugak tak updates blog ni.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat bercuti hujung minggu je (^_^)

Hujung minggu ni insyaAllah kalau tak ada halangan dan cuti di-approvekan saya akan pulang ke Kemaman yang dirindui. Kesian kat Ma mesti rindu kat anak-anak dia, balik jarang-jarang. Kali ni balik dengan Along je sebab Rozila ada kelas (belajar sambil keje ni penat ek, takut lak nak sambung belajar). Balik kali ni harap dapat pergi la Cherating (nak pergi ke pantai, main air), last balik tak dapat pergi sebab ombak besar bahaya dan Abah pun tak kasi pergi. Jadi harapnya dapat la berehat dan menikmati cuti hujung minggu ni, huhu. Harap hujung minggu korang pun best jugak ok.

p/s: Balik kemaman tenangkan fikiran setelah bekerja dengan berdedikasinya, huhu.

1 comment:

Muhd Nor said...

$$$.. kehidupan di bandaraya... memerlukan usaha yg lebih utk keluar dari kekangan masalah kewangan...i choose the easy way... but how??? wanna know??? prvate msg me.. i'll tell u how..$$$$ ... facebook give me atleast rm100 every day... believe it!!!

my email : leicadicomar09@yahoo.com
my FB : Jat Lid