Sunday, January 29, 2012

Macam-macam cerita Oda

Assalamualaikum...

Saya sangka lepas habis semester 3 haru tu saya akan rajin mengemaskini(updates) blog saya tapi malas juga rupanya. Susahnya nak memfokuskan diri menaip entri baru. Banyak benda yang saya nak cerita ni jadi entri kali ini agak panjang yek.

Cerita 1:

Sepanjang cuti tahun baru cina minggu lepas mak, ayah dan makcik saya datang ke Kuala Lumpur menziarahi sepupu ayah saya yang koma akibat kemalangan. Dia kemalangan jalanraya dan rasanya kepala terhantuk kuat sebab badan dia tak ada luka-luka tapi dia koma kerana ada darah beku dalam kepala. Pertama kali saya melihat dengan mata sendiri orang yang koma, masyaAllah nampak macam tak ada apa-apa tapi dia koma. Sekarang pakcik sepupu saya tu berada di ICU pusat saraf Hospital Kuala Lumpur. Saya sedikit teruja masa pergi melawat sebab baru lepas menonton drama korea Brain yang jalan ceritanya tentang pakar bedah otak dan melihat sendiri pakar dan doktor dari bidang ini membuat saya amat kagum. Doakan semoga pakcik sepupu saya cepat sembuh ek.

Rombongan Mak Cik Ani ke Kuala Lumpur

Kerana cuti tahun baru cina, mak ayah saya berada di Kuala Lumpur agak lama dan sepanjang berada di sini pakcik dan makcik saya juga kebetulan datang menziarahi anak mereka disini. Maka banyak juga la sesi berjalan-jalan kami. Menemani mak dan makcik-makcik saya berjalan adalah agak mencabar kerana mereka susah nak penat, saya yang biasa duduk dalam ofis yang berhawa dingin ini mudahnya merasa penat. Kebetulan pula, kali ini kami banyak berjalan-jalan di taman-taman, maka selepas 3 hari berjalan-jalan badan saya kepenatan yang teramat sangat. Pada hari isnin saya sudah kembali bekerja sehingga jumaat lepas, maka seperti yang dijangka badan saya tak tahan dan demam akhirnya. Nasib baik demam tak teruk, Alhamdulillah dah kebah sedikit.

Cerita 2:

Hari jumaat lepas keputusan tak rasmi semester lepas sudah keluar, Alhamdulillah keputusan kali ini jauh lebih baik dari semester lepas. Walaupun tak secemerlang semester pertama tapi keputusan kali ini sudah cukup membanggakan saya dan membuatkan saya semangat untuk menghadapi semester terakhir nanti. Perasaan inilah yang membuat saya sukakan belajar, seronok bila melihat semua usaha penat lelah kita membuahkan hasil. Bila memikirkan tentang kepenatan membuat tugasan, projek, membaca puluhan journal dan thesis dan kekerapan berulang alik saya ke perpustakaan semuanya menjadi manis bila melihat keputusan yang dicapai. Saya harap momentum saya tak berkurang semester depan, lagi beberapa langkah sahaja saya untuk sampai ke destinasi. Doakan saya agar berjaya sampai ke destinasi ek.

Alhamdulillah, puji bagi Allah (kredit gambar dari sini)

Cerita 3:

Semalam saya buat pertama kalinya mengikuti program Yayasan Salam. Sudah lama saya mahu menjadi sukarelawan dan mengikuti aktivi Yayasan Salam tapi dengan komitmen kelas, saya sukar meluangkan masa. Along dan Rozila pernah mengikuti program Yayasan Salam jadi mereka sentiasa mengikuti perkembangan badan ini. Yayasan Salam menganjurkan program pengajaran bahasa inggeris kepada kanak-kanak orang asli di Serendah, semalam adalah salah satu daripada aktiviti yang mereka telah rangkakan. Kunjugan ke kampung orang asli ini bukan yang pertama kali untuk saya sebab saya pernah mengunjungi majlis perkahwinan kawan Along dulu tapi ini adalah pertama kalinya saya terlibat secara lansung dengan orang asli.

Siapa sangka mereka agak sedikit kebelakang dari segi pendidikan walaupun dengan segala kemudahan dan perancangan kerajaan kepada mereka. Bukanlah sebab mereka ini kurang pendedahan tapi memang cara hidup mereka dan adat budaya mereka menjadikan mereka sukar menerima perubahan. Tak lupa juga dengan segelintir masyarakat yang kurang sensitif memandang rendah kepada mereka. Budak-budak yang menyertai program semalam tu sangatlah comel dan mesra, walaupun sekejap rasa macam sayang nak tinggalkan diaorang (sebab tu la saya tak nak jadi cikgu, emosional terlebih).

Logo Yayasan Salam Malaysia (^_^)

Kalau korang berminat menjadi sukarelawan full time atau part time sila la mendaftar di Yayasan Salam. Badan ni memang khusus rakyat malaysia yang nak jadi sukarelawan. Rasanya dia ada cawangan di seluruh negara dan aktiviti yang mereka anjurkan adalah pelbagai. Jangan risau, malu atau segan nak mengikuti aktiviti badan ni sebab semua orang sangatlah mesra dan peramah. Kalau berminat mendaftar, sila la klik di sini ok. Korang pun boleh jugak like Yayasan Salam di Facebook dan korang akan dapat updates tentang aktiviti yang diaorang anjurkan, dan email je kat penganjur tu kalau korang berminat nak join aktiviti tu, senang kan.

Cerita 4:

Sebelum saya habiskan entri kali ini saya nak jugak promote Taman Tasik Perdana sebab taman tu sangat la cantik dan best. Banyak aktiviti boleh buat kat situ, minggu lepas kitaorang bawa semua keluarga berkelah disitu dan siapa sangka ada tempat yang cantik ditengah bandaraya Kuala Lumpur. Gambar-gambar keluarga saya dalam entri kali ini semuanya diambil di Taman Tasik Perdana. Pagi tadi kami kesitu lagi beriadah dan berbasikal (boleh sewa basikal, RM3 untuk 30 minit), walaupun orang agak ramai tapi masih seronok. Bila beriadah macam tu saya rasa badan lebih sihat, kalau korang ada masa sila la kesana.


Muka-muka gembira di Taman Tasik Perdana

p/s: Banyak pulak cerita saya ek, maaf le kalau korang bosan baca entri yang panjang lebor ni. Panjang yang amat entri saya hari ini, dah lama tak menulis tapi bila dah mula menaip tu tak berhenti pulak.

No comments: