Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

Selepas Semester 2

Assalamualaikum...

Akhirnya, saya sudah lepas semester kedua, hehehe bahagia sungguh rasa bila dah sempurnakan satu benda kan. Alhamdulillah stress saya dah berkurang dengan drastiknya, kekekeke. Saya nak menikmati minggu-minggu yang tak ada kelas ni dengan sepenuhnya sebelum semester pendek saya bermula dalam 2 minggu je lagi.


Lazy Song by Bruno Mars - Mood saya sekarang, hehe

Minggu-minggu saya cuti ni nak habiskan dengan berjalan-jalan dan menbuang stress saya yang berkumpul sejak sebulan lalu. Minggu ni saya sangat seronok sebab dapat membuat beberapa perkara yang saya lama dah tak buat. Yang pertamanya pergi ke majlis kawin kawan saya, Alhamdulillah sebab kenduri majlis kahwin Niki dekat je jadi berkesempatan pergi sana, dapat la jumpa kawan-kawan lama - Che Mah, Huda, Saad, Zura dan tak lupa Puan Niki la. Lama bebeno tak jumpa korang, macam-macam cerita kan. Harapnya plan nak pergi majlis Rinie nanti tak ada benda yang halang.


Huhu, bestnya jumpa korang semua (^_^)

Semalam pulak sempena birthday Along, kami semua satu rumah tengok wayang (waa lama giler saya tak tengok wayang) cerita 'Kongsi' yang tak berapa nak best tu. Tapi sebab saya dah lama tak buat aktiviti ni, seronok jugak la perasaanya. Hari ni pulak pergi berjalan-jalan ke Muzium Negara, salah satu perkara yang dah lama saya dan Rozila nak buat akhirnya tertunai jua. Seronok jugak pergi Muzium Negara tau tapi rasanya Muzium Negeri Terengganu lagi menarik. Semalam tiba-tiba je dapat idea nak pergi muzium sebab dah lama kitaorang plan tapi tak terpegi, jadi hari ni pergi je tak payah plan. Pergi muzium ni dengan Rozila jek sebab kitaorang berdua je yang suka muzium, ajak Na dengan Along semua tak nak.


Pintu gerbang masuk Muzium Negara (@_@)

Banyak pulak cerita saya kali ni, hehe maklum la dah lama tak beraktiviti. Huhu bila banyak sangat cerita kisah diri sendiri ni rasa macam narcissistic la pulak, hehe takpe saya rasa semua orang ada sedikit sifat Narcissistic dalam diri masing-masing, nak-nak dengan adanya Facebook, Twitter dan Blog ni kan. Suka diri sendiri tu takpe asal jangan berlebihan dah kan. Ops saya dah melalut lak, tertulis pasal benda ni, hehe sebenarnya saya baru baca dalam 'Readers Digest' hari tu tulis social network increase transparency and narcissism, hehe totally agree. Oklah sebelum saya melalut lebih lanjut, kena berhenti menaip ek, jumpa lagi di lain entri, daaa.

p/s: Tensen dah berkurang tapi sebab esok dah kena masuk kerja nampaknya tambah balik stress tu, haihhh..

Saturday, June 12, 2010

Updates

Assalamualaikum...

Saya sedih hari ni sebab tak dapat menghadiri majlis kawin sahabat saya Nurul Ain (Yuyu). Sebenarnya nak sangat pergi tapi keadaan tak mengizinkan, sedikit ralat di hati sebab Yuyu adalah antara kawan baik saya semasa di SMSPP dulu. Maaf Yuyu, kerja hari ni dan tak boleh cuti sebab tak ada orang ganti. Semoga Yuyu berbahagia dunia dan akhirat.



Hari ni hari ke tujuh saya bekerja, penat sangat dah badan ni. Kerja shift ni macam ni la, agaknya macam mana la doktor bekerja ek mesti lagi penat. Esok saya akan mula bercuti, nak balik Kelantan untuk hari keluarga, tak lama pun empat hari je sebab tak ada orang nak ganti. Esok malam akan bertolak dengan bas bersama Rozila, disebabkan berdua aje kami tak dibenarkan memandu balik ke kampung. Bagus jugak sebab penat la kalau bawak kereta balik kampung ni. Doakan kitaorang selamat sampai ek (^_^).

p/s: Balik ni nak rehat dengan secukupnya dan kembalikan tenaga sebab nanti kembali bekerja kena kerja lebih masa juga sampailah team dapat orang baru.

Sunday, October 11, 2009

Fateen's Wedding

Assalamualaikum...



Imej amik dari encik Google

Sebenarnya rasa macam malas nak update blog hari ni tapi nak cerita pasal pergi majlis kahwin Fateen semalam, kalau biar lama-lama mesti tak tulis punya. Semalam gerak dengan cik Siti Asmah dan Nurulhuda dari rumah, lepas tu jumpa dengan Jijah kat Putrajaya, dia dengan senior SCK, Kak Mas. Kitaorang ikut Jijah sebab tak tahu jalan, yela semua pun first time pegi Dengkil. Walaupun Dengkil tu sebelah je Cyberjaya, saya pun tak pernah pergi jugak.

Jumpa Che Mah dan Huda ni banyak la cerita, yang paling best dapat tau yang Che Mah dah bertunang. Terkejut yang amat saya Che Mah, awak betunang tak cakap kat saya. Tak banyak lagi kena bebel semalam, tak ada la marah sangat pun tapi agak-agak marah la jugak. Hahaha, sekarang semua orang dah tau awak dah bertunang ek Che Mah, apa-apa pun belated selamat bertunang la ek. Nanti kahwin jangan lupa ajak pulak ek, kalau tak ajak tak nak kawan ngan Che Mah dah.


Gambar kenangan dulu masa pergi CoGRAMM, gambar ni ambil dari Facebook

Emm berbalik kepada wedding Fateen, sampai kat rumah Fateen dalam pukul 12 lebih, seronok yang amat sebab jumpa balik ramai kawan-kawan kat UTM dulu. Teringat balik kenangan zaman dulu-dulu, waa rindunya saya pada zaman itu. Fateen pakai baju warna putih dengan lace hijau, comel sangat. Nak letak gambar dalam ni tapi semalam tak bawak kamera lak so kena la tunggu bebudak ni upload gambar baru leh tengok. Semalam pun wedding Ani gak, tak dapat pergi sebab kat Kelantan. Baru je balik dari kelantan untuk raya hari tu, maaf Ani sebab tak dapat datang wedding.

Kepada Fateen dan Ani:

Selamat Pengantin Baru,

semoga berbahagia dunia dan akhirat.



p/s: Asyik pergi wedding orang jek ni, bila la nak ajak orang datang wedding sendiri ni....

Friday, May 29, 2009

Updates

Assalamualaikum.

Huhuhu, dah seminggu lebih tak update blog. Sebenarnya tak ada idea nak menulis, lagipun sekarang ni tengah malas nak kerja so datang kerja asyik main jek.

Bulan ni ada ramai kawan-kawan UTM yang melangsungkan perkahwinan (cececehhh skema la plak). Ada la 2-3 orang, dapat kad dari Wa dan Sarmi, dengar cerita Ben pun kahwin bulan ni jugak. Alhamdulillah, semoga korang semua bahagia dunia dan akhirat. Oda akan cuba pergi ke wedding korang semua, kalau tak ada aral melintang la ok (^_^).

Ok la dah tak ada idea nak tulis dah, lagipun dah lapar nak keluar makan laa.

Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya, maka bertakwalah kepada separuh yang lain

Wednesday, May 20, 2009

Cerita cuti di Perlis

Assalamualaikum...

Akhirnya dapat jugak updates pasal trip ke Perlis hari tu. Tak tengok pun lagi gambar-gambar kat Perlis hari tu, ni pun ambil gambar dari blog Rozila.

Jumaat, 1 May 2009

Kitaorang start gerak dari KL ke Perlis dalam pukul 7.30 pagi sebab nak jalan jauh kan so awal lagi dah gerak. Banyak kali jugak la berhenti kat R&R, berhenti breakfast kat Tapah emm tak boleh nak makan apa pun sebab ramai sangat orang. Then kitaorang berhenti kat R&R Sungai Perak kejap, R&R ni memang faveret jugak la sebab cantik, kalau pegi utara mesti singgah R&R ni.


Rozila dan Ee kat depan R&R Sungai Perak

Kitaorang sampai kat Perlis dalam pukul 3.30 petang, sampai terus pergi ambil kunci rumah, kiraorang stay kat homestay. Ok la jugak rumah dia, ada 3 bilik dan 2 bilik air dan sewa murah je RM150 semalam. Kitaorang stay kat rumah tu 5 orang, besar rumah tu yang bestnya hari ke dua baru kitaorang jumpa 2nd bilik air sebab ingatkan pintu bilik air tu pintu belakang, hahaha. Kitaorang tak sempat nak pergi majlis akad nikan Ayu kat masjid so kitaorang just pergi jumpa Ayu dan family kejap petang tu. Malam lak sebab kepenatan berjalan jauh, so kitaorang duk kat rumah rehat-rehat je.

Sabtu, 2 May 2009

Pagi sabtu kitaorang pergi breakfast dan pusing-pusing bandar Kangar kejap, emm tak ada tempat menarik sangat kat bandar Kangar ni, bandar kecik je. Then kitaorang nampak signboard muzium so kitaorang pergi nak tengok muzium tu tapi makcik guard kat situ cakap muzium tu dah pindah ke area Bukit Kayang. Kitaorang try la cari, nasib baik la jumpa tanpa sesat, muzium ni dekat dengan jeti Kuala Perlis. Masa cari tu ingat kalau tak jumpa muzium kitaorang pergi Kuala Perlis je terus. Muzium ni baru je bukak, agak cantik la muzium ni siap ada taman dan kolam lagi. Kat taman belakang muzium tu ada gua tapi kitaorang tak berani nak masuk sebab gelap.

Bergambar kat area Muzium Kota Kayang

Lepas je balik dari muzium tu kitaorang terus bersiap nak pergi majlis wedding Ayu. Tema wedding dia warna merah hati, cantik tul Ayu hari tu. Ada macam-macam acara kat majlis tu, ada live band, persembahan silat dan masa pengantin berarak tu diiringni ngan muzik emm dah lupa dah nama dia. Kawin jugak Ayu akhirnya, lepas Ayu kawin sekarang kat rumah tu tinggal me, zila dan along je.

Bergambar dengan pengantin

Bergambar dengan family pengantin

Balik dari majlis kawin, kitaorang terus siap dan bergerak ke Padang Besar. Hehehe shopping sakan jugak la kat sini. Sampai kat padang besar dalam pukul 5.00 petang, kebanyakkan penjual kat sini cakap bahasa kelantan so kitaorang pun cakap kelantan la jugak. Padang besar ni lebih kurang macam Rantau Panjang la jugak cuma nampak lebih teratur. Lepas shopping kitaorang pergi makan Mee Tom Yam, waa memang best la.

Kepenatan lepas bershopping

On the way balik ke kangar, kitaorang nampak ladang Ostrich kat tepi jalan so berenti kejap bergambar dengan Ostrich tu tapi diaorang agak menakutkan la jugak. Kitaorang ambil gambar dari jauh je laa. Kagum dengan burung ni leher dia panjang giler, tak lenguh ke cik Ostrich??

Cik Ostrich dan husbandnya, hehehe

Malamnya kitaorang pergi ke Kuala perlis makan seafood, orang kata tempat makan kat sini glemer. Emm memang glemer la jugak sebab agak ramai la orangnya, meriah je. Makanan kat sini ok la dan murah sangat, makan tepi pantai besssttt.



Bergambar di Kuala Perlis

Ahad, 3 May 2009

Hari last di Perlis, pagi lagi kitaorang bertolak balik. Singgah kejap kat rumah Ayu, jumpa family Ayu dan breakfast kat situ skali. Sebelum balik kitaorang singgah kat gerai buah beli buah mangga Harum Manis, ada banyak jenis mangga kat situ, pakcik yang jual tu bagi kitaorang rasa semua jenis mangga. Kitaorang gerak perlahan-lahan dan singgah kat banyak tempat, dalam pukul 8 malam baru sampai KL.

Trip ke Perlis ni memang memenatkan tapi seronok la jugak, banyak lagi tempat menarik di Perlis tak sempat pergi. Orang kata Kelantan panas kan, rasanya Perlis lagi panas. Tak pernah minum air cap badak tu, kitaorang semua pun minum, huhu sebenarnya nak tahu rasa dia camna je lebih. Harap dapat pergi Perlis lagi, tapi rasanya dalam masa terdekat ni tak kot sebab Perlis tersangat la jauhhhh.

Friday, March 13, 2009

Melaka Trip part 1

Assalamualaikum...

yay its Friday but i'm on my first day of my shift. Huhu semua orang excited hari jumaat kan, tapi saya ada 4 hari lagi kena kerja. pulak tu masuk je kerja pepagi tadi telephony system down la pulak, tensen la jugak kejap.

Sebenarnya nak citer pasal trip ke Melaka last week, tak sempat lagi nak tulis blog pasal Melaka trip hari tu. Asalnya plan nak pergi wedding Dianah je tapi cik Huda ajak stay jejalan kat Melaka. Rinie dan Fateen pun plan nak jejalan Melaka so kitaorang join sekali la.

Awal pagi Ahad balik dari kerja dalam kol 7.30 sampai rumah terus bersiap, gosok baju semua. Janji dengan Che Mah dan Huda jumpa kat tol sungai besi pukul 9-10 AM. Rinie dan Fateen lak kitaorang janji jumpa kat RNR Seremban sama dengan Jijah and the geng. Dalam pukul 10 Che Mah dan Huda sampai kitaorang terus gerak. Sampai kat RNR Seremban kitaorang makan breakfast dulu sambil tunggu semua orang sampai. Tak lama lepas tu Jijah and the geng sampai pastu Rinie dan Fateed lak. Dah lama tak berjumpa, kitaorang bertukar-tukar cerita dulu sambil-sambil makan.



Then kitaorang 3 buah kereta gerak la ke Melaka, sesat la jugak sebab peta Dianah tu confused sikit. Sampai kat majlis Dianah around 12.30 PM, ramai jugak la bebudak SCS yang datang. Seronok jumpa semua orang sebab kebanyakkannya dah lost contact lepas habis belajar. Dianah sweet sangat dengan baju biru-pink, lauk banyak sangat sampai rambang mata nak pilih. Kitaorang banyak berbual-bual, updates diri masing-masing. Ada jugak mengenang kisah lama, hehehe.


Lepas majlis Dianah, Oda-huda-semah-rinie-fateen-p'jus gerak ke Ayer Keroh, yang lain semua balik terus. Kitaorang check in kat Hotel Sri Malaysia dalam pukul 3 PM lebih. Panjang la pulak entry ni so the rest of the story akan disambung esok. Gambar dalam entry semua ambil dari facebook Rinie, gambar dari kamera sendiri tak upload lagi, hehe.

Monday, March 2, 2009

1N2D di Melaka

Sebenarnya hampir setiap hari berfikir nak update blog ni tapi samada sibuk ngan kerja atau kalau tak sibuk malas la pulak. Minggu ni kerja straight 6 hari dari hari rabu lepas so hari ni last day la, esok dah off, huhu.

Semenjak-dua menjak ni suka sangat tengok cerita korea, semua ni Rozila punya influence la ditambah dengan channel KBS world (Astro channel 303). Cerita korea ni bukan la drama korea tapi variety show korea, sebelum ni giler degan We gor Married (Channel MBC, tak ada dalam Astro). Sekarang ni suka tengok 1N2D aka 1Night 2Days (Channel KBS World, Astro 303). Cerita 1N2D memang best, dia variety show yang nak tunjuk tempat-tempat menarik kat korea.

Dalam show ni ada 6 orang ahli tetap semua lelaki, diaorang semua ni celebriti korea; penyanyi, pelakon and comedian. Semua 6 orang ni akan pergi trip 2 hari satu malam untuk tunjuk tempat-tempat menarik di Korea. Setiap minggu diaorang akan travel ke base camp (ni tempat diaorang akan bermalam) yang ditentukan oleh pd (producer aka penerbit rancangan). Selalunya diaorang kena ikut syarat-syarat yang pd ni kasi, semua wallet dan makanan diaorang akan dirampas so semua benda kena ikut pd punya instruction. Diaorang selalunya kena main game untuk dapat makanan dan tempat tidur, game yang diaorang main memang best dan semua orang dalam show ni memang kelakar giler. Kalau korang nak tengok cerita ni setiap rabu pukul 11.20 channel KBS World (astro 303).

Hujung minggu ni nak pergi Melaka, trip ni pun 2 hari satu malam sebab Huda nak sangat jalan-jalan kat Melaka. Bestnya kalau boleh buat trip macam 1N2D tu tapi mustahil sebab semua orang pun tak pernah tengok cerita ni. Apa-apa pun walaupun bukan trip yang macam dalam cerita tapi sebab berjalan-jalan bersama-sama kawan-kawan atau family mesti seronok. Tak sabar pulak nak tunggu hari sabtu. Che mah, Huda!! jom kita pegi jalan-jalan..

Friday, December 19, 2008

Cuti Melaka dan Hari Raya Haji

Assalamualaikum..

Dah lama tak menulis dalam blog, sibuk dengan kerja dan kehidupan. Hehehe, buat-buat sibuk je sebenarnya. Lepas balik dari Melaka hari tu keje dalam 3 hari lepas tu cuti raya haji pulak dalam 12 hari. Itu la sebab menyendiri ni, lagipun kerja banyak sikit sekarang ni, nak update blog pun tak sempat.

Cuti-cuti Melaka hari tu boleh tahan la, seronok tapi penat sikit sebab rushing. Ayu cantik sangat masa wedding dia, nampak lain sangat. Itu la kuasa make up, artis-artis kalau tak pakai make up pun macam orang biasa agaknya. Tapi apa pun ciptaan Allah itu sudah cantik sebenarnya, bersyukurlah seadaanya.

Cuti raya haji pulak biasa aje, tahun ni tak meriah sangat sebab abah tak dapat balik. Selalunya walaupun lambat sikit abah balik jugak tapi kali ni memang tak balik langsung. Tapi tahun ni ada majlis, hari keempat raya haji (emm raya haji 3 hari je) adik sepupu bertunang. Walaupun bertunang tu majlis kecil je tapi penat jugak la, ramai jugak la orang datang. Dah lama tak ada majlis bertunang atau wedding dalam keluarga sendiri ni. Agak teruja la jugak sebenarnya, hari raya ke 7 pun sorang lagi sepupu bertunang jugak tapi tak sempat nak pergi la sebab dah balik KL.

Munie pun dah selamat menjadi isteri orang dah, dia akad nikah pada 12/12/2008 dan majlis pulak pada 13/12/2008. Pergi majlis dia la tapi sampai awal dalam pukul 12 lebih tak sempat nak tunggu munie bersanding pun. Hari tu balik Kemaman dari Kelantan so singgah majlis Munie, nak tunggu sampai bersanding tak sempat la. Masa sampai tu Munie tak make up pun lagi, tak ada peluang nak tengok Munie pakai baju kawin dia. Tak apa la janji dah datang majlis Munie hari tu. Tahniah Munie, semoga kekal dunia dan akhirat (^_^). Bulan depan Besah dan Shida pulak, harap-harap dapat la pergi dua-dua.

Cuti untuk tahun ni dah habis, kat office ni semua orang sibuk habiskan cuti, huhu jelousnya. Bila akhir-akhir tahun ni teringin pulak jadi cekgu sebab dapat la cuti sebulan lebih bergaji pulak tu tapi memikirkan tanggungjawab yang besar tu tak apa la. Rasanya bila cuti asyik pergi majlis kahwin je, huhuhu

Thursday, November 27, 2008

Kerja dan Cuti

Norha call sabtu hari tu tanya bila senang nak ajak keluar berjumpa dan jalan-jalan. Lepas raya baru ada masa senang, minggu ni pergi Melaka, lepas tu minggu depan dah balik Raya haji. Akhir bulan depan akan ke Lumut sebab nak hantar adik tersayang masuk IKM, alhamdulillah dia memang nak sangat masuk IKM. Harap-harap dia tak sia-siakan peluang yang diberi. Agaknya lepas tahun baru la baru boleh keluar dengan Norha. Maaf wahai sahabat, InsyaAllah akan cuba cari masa yang sesuai untuk kita keluar nanti.

Memang diakui dua bulan ni kebanyakkan hari bekerja, sampai satu tahap rasa agak tertekan kerana kurang rehat. Agak cepat marah bila badan penat, maaf Rozila awak jadi mangsa.

Terlupa apa yang lebih penting dalam hidup ini adalah keberkatanNya. Rajin bekerja tidak salah tetapi biarlah seimbang dengan kehidupan dan jangan sampai lupa kepadaNya. Lagipun kerja adalah satu ibadah jika kena dengan caranya. Hidup senang tapi hati tak tenang tiada gunanya.



--Gambar selingan--
Banyak jalan didunia ini, jalan yang mana pilihan anda?

Credit picture to >> iluvislam

Huhu, akhirnya sampai juga hari ni. Esok dah cuti nak pergi Melaka, tak sabar pulak nak tengok Ayu kahwin. Duduk kat Melaka sampai hari Ahad, office Rozila belanja duk hotel kat Melaka malam esok dan malam sabtu lak diaorang ada macam family kat A Famosa Resort, dapat jugak la kitaorang menumpang. Office dia baru dapat ISO so boss tengah happy semacam. Ayu tu satu company ngan Rozila tu yang boss dia belanja tu lagipun diaorang ada bbq malam sabtu ni, alang-alang semua orang pergi wedding ayu tu kan. Tak sabar jugak nak pergi A Famosa Resort nak main air. Dah lama sangat tak berjalan-jalan sebab asyik kerja je. Kali ni nak cuti betul-betul, malas fikir pasal kerja dah, huhu (^_^).

Friday, October 24, 2008

Lagi-lagi cerita kawin

credit picture to>> iluvislam

Semalam dapat satu berita yang mengejutkan yet menggembirakan. One of my bestfriend masa belajar dulu nak kawin bulan satu tahun depan. Mengejutkan sebab tak sangka dia akan kawin dalam masa yang terdekat ni. Selalunya dia akan cakap kalau ada apa-apa, tapi memang dah jodoh dia. Dia cakap baru je kenal pasangan dia ni dan terus ambil keputusan nak berkahwin. Tahniah Shida, semoga kebahagian berkekalan sepanjang hayat.

Tz pun dah bagi hint nak tukar status dia, chinese new year (cny) nanti. Tapi rasanya cny pun bulan satu tahun depan jugak. Kalau boleh pergi sekali bagus jugak ek. Cik TZ kalau nak kawin bagitau la awal-awal ek, senang saya nak plan cuti nanti (^_<), hehe.

Hujung bulan depan pulak, Ayu my housemate nak kawin jugak. Wedding dekat Melaka, huhu tak sabarnya nak pergi Melaka. Pergi dengan kawan-kawan serumah, sambil-sambil tu nak jalan-jalan bandar Melaka. Tahniah cik Ayu (^-^).

Ramai la sahabatku yang nak berumah tangga, sekarang ni asyik memenuhi jemputan kawin jek. Alhamdulliah jodoh dah sampai, semoga berbahagia selalu sahabatku. Jadilah seorang isteri yang solehah kerana isteri solehah membawa kepada keluarga muslim yang sejati. Cepat-cepat la lahirkan anak ek, ramaikan orang islam atas muka bumi ni, hehe ^^

Thursday, August 21, 2008

Congratulation

wawawa....bukak blog dari pagi lagi nak updates tp tak terupdate pun...ni dah petang baru stat menaip...huhu.. emm dah takde idea nak citer apa dah...

esok off...huhu tak sabarnya..keje pagi minggu ni penat sangat rasa...maybe sekarang ni beban kerja dah bertambah so terasa sangat beza dulu n sekarang...semalam besah sms informed dia dah selamat menjadi tunangan orang...waaa terkejut giler... cam tak percaya je che besah dah bertunang.... emm oda bila la ekk...huhu

pastu 19/8 hari selasa..hari yang sama dengan besah bertunang...cekgu kawen hari tu...alamak lupa lak nak call dia...emm kena call ckp tahniah...memang tak dapat nak pergi la sebab cuti dah xde dah...nak cuti raya lagi..ingatnya raya ni nak jumpa cekgu la...sori cekgu..lupa nak wish hari tu... ehh korang semua saper yang pergi wedding cekgu email la gambar dia kawen ekk... lupa lak...besah cakap dia nak update gambar bertunang dia kat blog dia nanti...

TAHNIAH HABSAH and CEKGU

Wednesday, July 30, 2008

updates

Rejab, Syaaban & Ramadhan

huhu...bulan rejab dah nak masuk ke hujung bulan dahh...dah dekat nak masuk syaaban...3 bulan ni ada banyak kelebihan....kalo nak tahu baca la post2 lama kat bawah ni..

Kelebihan Rejab
Kelebihan Syaaban

semalam 27 rejab adalah Israj Mikraj...siapa yg terlepas takpe sebab bulan syaaban ada malam nisfu syaaban (pertengahan bulan syaaban - 15 syaaban) dan bulan ramadhan pulak ada malam Lailaurqadar (7 malam terakhir ramadhan)..emm harap2 tahun ni boleh semayang terawih lebih banyak malam dari tahun lepas (+_+).....marilah sama2 kita beribadah dan mengingatiNya...semoga kita ditempatkan bersama org yang beriman...aminnnn

Wedding Titok

emm ni nak citer pasal wedding titok lak.....walaupun dah lama..baru sempat nak upload gambar hari tu...titok cool jek hari tu..tak kecoh cam biasa, kitaorang lak yang kecoh...bak kata semah mesti che tie penat nak tahan cool hari tu...huhu..tapi che tie nampak comel sangat hari tu...Tahniah ekk dah jadi isteri orang che tie...semoga dapat baby cepat2 la ekk...huhu pasni kita tunggu wedding muni lak..dia dah tunang dah kann....hampir semua org dah nak kawin...cekgu pun kawin bulan depan..kad dia baru sampai semalam... wedding dia 19/8 emm boleh pegi ke tak..insyaAllah kalo boleh pegi sampai la cekgu ekk...ni gambar masa hari tuu...






huhu..che mah n muni mesti jeles kan kita n huda amik gambar ngan titok pakai baju ungu tuuu....sape suruh korang balik awal sangat...heehehehe

emm dah xde idea nak mengarut dahh....daaaa Assalamualaikum..

Tuesday, July 1, 2008

Updates

huhu... semenjak dua menjak ni agak sibuk dengan keje..xdapat nak update blog selalu...sekarang sedang memahirkan diri dengan tambahan account baru dalam team...banyak benda kena belajar n keje pun agak banyak plus scope user pun dah bertambah...sekarang kena support UK users gak.... kepala pun dah pening daaa..its ok Oda..pelan2...Ganbate Ne!!!

many things happen this few weeks....titok dah selamat menjadi isteri org..tahniah semoga cepat2 dapat anak..insyaAllah...hehehe mesti comel...nurul lak dah officially resign from AO..harap2 dia hepi dengan company baru (waaa..hilang sorang kawan baik kat ofissss)..nanti susah la nak jumpa makcik niii....

emm penat sangat hari ni...masuk kol 2 ptg semalam sebab ada training..then keje lak 12 jam from 7pm semalam...ni dah 17 jam kat ofis..xlarat sgt..sakit seluruh badan..xsabar nak balik tidooo

ZZZzzzZZzzzz.......

Sunday, June 15, 2008

Inilah kehidupan....

huhuhu...lama xupdate blog kan...emm sekarang agak malas nak update blog...maybe sebab setiap kali keje pun cam bz jekkk....hehe alasan...ok la ramai yg tahu oda baru lepas balik dari cuti....huhu plan asal nak pg kedah-penang-cameron-kelantan tp plan dah tukar pg kedah-cameron jekk sebab rozila cuti kejap jekk...xsempat nak pg semua tempat...tp ok la seronok sgt cuti kali ni 1st time pg alor setar n cameron highland...alor setar biasa je...xde la best sgt..rasa best kuala trg n kota bharu lg...tp org kedah peramah n baik2 semua....pg wedding nurul kat alor setar tu..best sgt....nurul pun cantik sgt...


congrats Puan Nurul (^_^)


lepas alor setar pg cameron....huhu best laaa...sejuk sgt, xsangka ada jugak tmpt sejuk kat malaysia ni...cameron mmg tempat yg best untuk bercuti...sejuk n banyak tempat2 menarik....along ckp dia nak makan strawberry smp rasa xnak makan dahhh...emm ktorg mmg mkn banyak strawberry kat cameron...xde la suka sgt tp dah mmg banyak kat sini...huhu rasa cam nak pg lg jekkk....

balik kl plak pm wat pengumuman harga minyak naik....emm ramai yg marah...emm xtau nak ckp apa....nak marah pun xguna kan....kalo la boleh naik basikal je pg ofis...wawawawa.....dulu jarak ofis n rumah dekat jekk...sekrang ni baru pindah cheras jarak ofis n rumah dalam 40km....pegi balik dah 80km...kalo keje 4 hari dahh 320km...emm dah boleh balik kemaman....sabar je la...nasib baik pakai viva je...kalo pakai keta besar nampaknya samada kena pindah or tukar keje....nak cari umah dekat ngan ofis sayang lak sebab baru je leh duduk ngan rozila...hehehe wlupun selalu gaduh....tp semenjak form 4 ni baru duk skali balik...org kata kembar xleh berpisah ekkk..ktorg boleh jee..hehe....skrang ni yg boleh buat berjimat-cermat je la....bulan lepas baru je naik gaji...emm xde la banyak sgt...increment tu wat bayar duit minyak je la....tp still syukur naik gaji..Alhamdulillah...camna pun hidup mesti diteruskan...live goes on...MINNA..GANBATE NEE!!!!

p/s: Quote ni cam best n kena je ngan situasi skarang...hehe

"Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang-Anonim"

Thursday, May 15, 2008

emm...ntahhh

emm...xde idea nak tulis apa so hari ni mengarut je la dalam blog nihhhh....jap lagi kol 10 new joiner masuk...hari ni kena assist dia so sebelum dia masuk ni la nak surf internet ke...update blog ke....dgr lagu dulu...nnt xkan nak wat tu depan dia...segan jugak la (hehehe...sebab new joiner ni lelaki...emm kalo perempuan xde la segan sgt)...ni yg xsuka kalo ada org baru masuk....banyak kena ajar satu hal (cewahhh...rasa diri senior la ni ekkk...huhuhu)...xde privasi la masa keje...xpe la xlama pun kan....dulu masa mula2 masuk pun senior ajar gak...

perancangan cuti dah bermula...huhu budget cuti dari 27/5 - 6/7 (huhuhu...tu pun kalo boleh laaaaa)...cuti kali ni mmg cuti2 malaysia la....pg kawin nurul kat kedah 31/5 then pg jejalan kat penang....pusing cameron highland jap pastu balik kelantan...emm ingat nak balik kemaman jugak ni....huhuhu pk pun dah hepi...xsabar nak bercuti nihhh...dah 2 bulan xcuti...asyik keje jekk...tensen woooo..yg xbestnya rozila maybe xikut sebab dia baru je lepas cuti akibat chicken pox hari tu so katanya banyak keje terbengkalai....xtau leh siapkan sebelum hujung bulan ni kot....emm xleh nak ckp apa...makcik tu mmg giler keje punn kan... kalo kata bz mengalahkan pm marah.....huhuhu biasa la dia mmg emo sket...hehehe

citer ayat2 cinta dah kuar...rasa cam nak tgk gak sebab baca novel dia....novel dia best la...kisah yg wat kita rasa syahdu jekkk....novel tu bukan la totally pasal cinta sesama manusia...agak islamic la citer dia...bila baca pun xbosan sgt kan...xde la ayat2 jiwang walaupun tajuk dia ayat2 cinta....lagu OST dia yg rossa nyanyi pun sedap gak...hehehe dah kuar wayang lom ekk citer tuuu

hehehe...xde apa dah nak tulis ni....

~ Jaga Diri Hiasi Peribadi (^_^) ~

Saturday, August 18, 2007

me + takuya kimura + kawan2 yg nak kawen

huhuhuhu....baru je lepas abis tgk citer takuya Karei Naru Ichizoku aka The Wealthy Family... dah lama xtgk citer takuya...i almost forgot what a good actor he was... kalo suka ngan citer2 takuya yg before ni citer ni mesti tgk sebab mmg best giler.... citer ni serious sebab ckp pasal politik, family conflict, betrayal, love n macam2 la... latar belakang citer ni zaman 70 an.. i bet takuya akan dapat best actor for his role in this dorama...for japanese dorama lovers don't miss this dorama... cececehhh promote lak

hari ni hari mgg...sabtu duk kat ofis rozila...emm hujung2 mgg pun kena keje..ntah pape la.. esok 19/8 sha kawen...emm xleh nak pg la...banyak sgt hal yg jadi bulan ni...pastu fiza kawin mgg depan pun xpg sebab xsempat la.... malam jumaat keje...nak naik bas pagi sabtu mst sampai petang kat kuantan... harap yg utm nnt dapat pegi laa...ramai jugak kawan2 yg nak kawin ni...huhuhu dah besar semua...kepada kawan2 yang dah nak kawen semua...TAHNIAH...Selamat menempuh alam rumahtangga...semoga berbahagia sehingga ke anak cucu...(^_^)