Wednesday, July 11, 2012

Ulasan Buku : Korban Kasih

Assalamualaikum...

Saya menulis hari ni sebab saya nak bercerita tentang novel kegemaran Cik Rozila dan saya, Korban Kasih karya Fatimah Saidin. Novel yang sangat memberi kesan kepada saya, berulang kali baca pun saya boleh menangis tanpa henti (serius, menangis macam saya pulak watak utama dia). Jalan cerita yang sangat menarik, dengan olahan ayat yang tak terlampau berat dan tak terlampau ringan, penceritaan melalui pandangan satu watak dari kecil hingga dewasa dan paling saya suka kisah Jalil yang sangat baik dan tabah itu.

Muka depan Novel Korban Kasih

Sinopsis:
Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni." (sumber : Goodreads)

Saya amat suka watak Jalil dalam novel ni, berharap dapat berjumpa orang seperti dia, sabar sungguh. Cemburu dengan watak Fatimah sebab ada abang macam Jalil, seronoknya kalau saya ada abang macam tu jugak. Masa mereka kecil, bila Fatimah tanya abangnya Jalil apakah cita-citanya, dia jawab "Cukuplah jika abang mendapat secebis kasih sayang emak". Banyak sangat kisah menyayat hati antara Jalil dan ibunya, buku ni membuat kita berfikir, adakah di luar sana ibu yang tak sayangkan anak.

Kisah hubungan kekeluargaan antara mereka adik-beradik sangat menarik, walaupun ibunya tak sayangkan Jalil tapi ayahnya dan semua adik-beradik terutamanya Fatimah dan Jamil sangat sayangkan Jalil kerana sifat dia yang baik hati tu. Oh lupa nak bagi tau, Jalil ada saudara kembar yang bernama Jamil, anak kesayangan ibu mereka jadi perbezaan layanan ibunya sangat ketara terhadap kedua anaknya ni walaupun mereka sebaya. Saya pun kembar jadi saya tahu kalau masa zaman budak-budak tak boleh kalau lebih-lebihkan seorang je, yang sorang lagi mesti tak puas hati.

Siapa sangka buku ni adalah karya pertama Fatimah Saidin, dia tulis buku ni masa umur dia 18 tahun tapi sayang tak ada buku lain yang saya jumpa karya Fatimah Saidin. Bawah ni saya letak puisi yang Kak Fatimah Saidin karang untuk novel ni.

Air dicincang

Tika padi kuning berisi,
jangka segalah sinar mentari,
siang ternanti belaian suci,
malam termimpi kasih bersemi.

seyogia dikau,
langkah terorak sedikit sumbang,
ibu berdendam pantas membungkam,
ego meningkah, sumpah seranah,
kalimat berbisa menghancur punah,
terasa langit tinggi rendah.

Abang,
saat engkau nekad melangkah,
menongkah arus melawan tak sudah,
hati hancur mengaduh resah,
tapak diayun kerana maruah,
dan...
kau sempat bersumpah,
tidak dijejak tanah tumpah darah,
hingga diri berpihak tuah,
membujur lalu melintang patah.

Pulanglah abang,
kini pasir telah berubah.

Ego emak telah berlalu,
daku menunggu di muka pintu,
Tuah di kandang menguak sayu,
pintu terbuka luas untukmu,
malah...
pintu hati ibu...
telah lama terbuka untukmu.
Saya lupa bila pertama kali baca buku ni, masa sekolah rendah rasanya tapi tak sempat baca habis sebab buku ni sepupu saya yang punya. Rozila yang baca buku ni dulu, masa dia cerita pasal novel ni pun saya dah nangis lagi la bila baca kan. Kemudian masa sekolah menengah jumpa buku ni kat Perpustakaan Awan Kemaman baru dapat habiskan. Beberapa tahun lepas, masa saya ke kedai buku kat Jalan TAR terjumpa buku ni jadi saya beli buat simpanan. Sejak dari saya beli dah beberapa kali saya mengulang baca buku ni. Kalau korang suka novel lama dan gaya penceritaan lama maka buku ini sangat sesuai untuk dibaca. Kalau korang nak beli buku ni cuba la jenguk laman Dewan Bahasa dan Pustaka, mungkin ada atau cari kat kedai buku lama. Kalau tak jumpa, nak pinjam buku saya pun boleh (^_<).

p/s: Sembap mata saya pergi kerja hari ni sebab baca buku ni semalam, hehe.

9 comments:

Anonymous said...

kt mana nk cari novel ni ye..dh lama sy cari,tapi xjmp dh..huhu

mizamija said...

saya nak pinjam boleh?dah lama sabngat saya cari

Oda-オダ said...

Mizamija : Nak pinjam boleh je..tapi nak kasi pinjam macam mana tu??

minah_yen said...

salam, saya pun dah lama nak cari buku ni...saya baca buku ni masa umur 14 tahun, menangis dan tertanya2 kenapa mak dia tersangat tak suka pada jalil....apa salah dier...

Oda-オダ said...

Saya jumpa buku ni kat kedai buku area Jalan TAR, kat situ kan ada banyak buku-buku lama. Maybe ada kot kalau cari kat situ.

Anonymous said...

bleh x bgtau jmpe kt jln tar tu kedai mane?sy teringin ngt nk beli buku ni..dh lme cari x jmpe..

Oda-オダ said...

Kedai tu nama dia Pustaka Mukmin..kat area kedai-kedai kat jalan TAR tu..

saiful nazaree said...

salam... jika sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku-buku terbitan DBP dengan diskaun menarik, sila email saifulnazaree@gmail.com. Diskaun hanya sah pada belian TUNAI sahaja.

Unknown said...

Saya pun dah lama cari, tp x jumpa2. Dulu masa sekolah rendah ada baca.