Thursday, June 3, 2010

Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti…

Salam ukhuwah dan salam hari khamis buat semua. Baru lepas habis membaca buku Secangkir Teh Pengubat Letih tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com), beliau adalah salah seorang penulis kegemaran saya. Buku ini berkisar tentang pengalaman beliau di Turki, banyak kisah yang buat saya sebak semasa membaca buku ni.


Paling memberi kesan kepada saya adalah kisah tentang isu bertudung di Turki, walaupun antara negara pengeluar tudung terbesar dunia tetapi muslimat Turki didiskriminasikan dan dilarang untuk bertudung. Mereka tidak dibenarkan bertudung di tempat awam dan di universiti menjadikan agak sukar bagi mereka untuk menyambung pengajiaan. Disuruh memilih antara IMAN dan MASA DEPAN, mereka memilh IMAN. Ironi ek dengan negara kita, saya melihat ramai rakan-rakan saya yang dulu bertudung kini tidak bertudung.


Saya pun bukanlah sempurna sangat, InsyaAllah semampu yang boleh saya akan cuba menutup aurat. Negara kita tak ada undang-undang melarang bertudung tapi ramai yang memilih untuk tidak bertudung, agaknya kita tak tahu betapa cemburunya muslimat Turki dengan kebebasan beragama kita. Walaupun Turki adalah negara yang tersohor dalam sejarah islam, kesan sekularisme Kamal Antartuk menjadikan Turki seperti sekarang. Saya rasa Malaysia juga sudah hampir ke situ, sekarang kita nampak sekularisme berlaku di mana-mana.

Kepada sahabat-sahabat saya, marilah kita sama-sama berusaha menjaga aurat kita. Selagi ada waktu dan selagi nafas dikandung badan, jom kita cari keredhaan Allah.

Sahabat…
Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni

Moga ukhuwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahagia di negeri abadi

Lagu: Masih ada waktu
Munsyid: Rast
Sumber: liriknasyid.net

Panjang pulak bebelan kali ni, dah lama tak menulis isu-isu serius macam ni. Isu bertudung ni selalu sangat kita baca kan, lagi-lagi isu gadis bertudung tapi buat maksiat, saya pun dah jemu dengan kisah-kisah tu semua. Apa pun orang lain buat itu kisah mereka, apa yang penting kerjasama adalah kisah kita sendiri. Kita bukan gadis itu, jangan jadikannya alasan untuk kita tidak menjaga aurat kita.

p/s: Sila la baca buku Secangkir Teh Pengubat Letih ni, sangat menarik buku ni (^_^). Dari buku ni jugak saya kenal dan mengetahui bahawa Syed Naquid al-Attas itu adalah orang Malaysia.

No comments: