Salam penuh ceria dari saya, gembira sangat hari ni sebab setelah dua minggu bergelandangan mencari air akhirnya air paip kami kembali mengalir seperti dulu, Alhamdulillah. Seksa tau hidup tanpa air ni, setiap masa nak kena risau pasal air, rasa nikmat sangat bila hidup kembali seperti biasa. Saya sebenarnya bukan nak cerita pasal air, nak cerita pasal cabaran buku saya tu la. Akhirnya saya berjaya menghabiskan 'The Great Gatsby' karya F. Scott Fitzgerald dan juga hari ini juga berjaya menghabiskan buku 'Ketuk Pintu Hati Dia' karya Ana Farhana jadi cabaran minggu 2 dan minggu 3 selesai. Nak buat ulasan buku ke tak ek, emm saya macam agak malas je nak menulis ulasan sebab kedua-dua buku ni saya kurang suka, boleh tahan je la.
Minggu 2 : The Great Gatsby Oleh F. Scott FitzgeraldThe great gatsby ni buku 'american classic', dianggap sebagai salah satu great american novel. Saya sebenarnya tak faham tang mana yang hebat sangat entah, mungkin sebab penulis dia menulis tentang realiti hidup masa zaman tu kot. Saya rasa penulis meleret-leret bercerita tentang hal yang tak relevan padahal jalan cerita dia sebenarnya tak banyak pun. Sebenarnya dah lama nak baca buku ni jadi agak kecewa bila ia tidak memenuhi cita rasa saya. Masa saya google tentang buku ni saya dapat tahu yang ada filem adaptasi dari buku ni akan keluar tahun ni, Leonardo DiCaprio memegang watak utama. Dah tak berminat nak menonton filem ni sebab buku dia tak best tapi saya suka Leonardo sebab dia memang pandai pilih filem, saya suka hampir semua filem yang dia lakonkan. Walaupun saya rasa agak bosan membaca buku ni tapi itu sekadar pendapat saya sahaja, ramai je orang yang suka buku n.
The Great Gatsby Movie Adaptation Minggu 3 : Ketuk Pintu Hati Dia Oleh Ana Farhana
Buku seterusnya adalah Ketuk Pintu Hati Dia, emm novel ni pun agak biasa je, tidak termasuk dalam kategori kegemaran saya la. Boleh tahan sahaja jalan cerita dan gaya penceritaan dia, saya rasa agak kebudak-budakan sedikit. Perkara yang bagus tentang novel ni adalah ceritanya ringan, tidak terlalu berat yang buat kita rasa nak baling je buku bila baca jadi bila membacanya emosi saya tidaklah turun naik, hehe. Kadang-kadang bagus juga baca bacaan ringan sebab kita tak perlu berfikir sangat dan santai masa membaca. Saya ambil masa setengah hari je untuk habiskan buku ni, hehe maklum la baru lepas baca buku inggeris klasik, bila baca buku melayu laju je la jadinya.
Pendek je kan ulasan saya, tak ada idea nak ulas macam mana. Agaknya semua entri baru saya akan bercerita tentang buku je ek lepas ni, harap korang tak rasa bosan bila baca. Bukan tak nak menulis entri tentang benda lain tapi sekarang ni tengah semagat membaca jadi saya tak ada idea nak tulis pasal benda lain. Sampai kita jumpa lagi di entri yang seterusnya ok (^_^).
p/s: Rasa macam tak percaya je bila sampai kat rumah tengok ada air mengalir dari paip, rasa nak menari-nari riang je, huhu.
No comments:
Post a Comment