Assalamualaikum...
Salam permulaan minggu baru dan isnin biru (Monday Blues) untuk saya sebab saya kerja hari ni. Macam mana hujung minggu korang, mesti seronok kan sebab cuti sampai tiga hari. Orang wilayah persekutuan lagi la minggu ni pun cuti tiga hari jugak sebab jumaat ni hari wilayah. Saya orang Selangor tak cuti tapi budak-budak rumah semua cuti, emm kalau Selangor kerja pun kemungkinan besar saya akan kerja jugak kan jadi tak kesah pun la. Hujung minggu lepas saya sangat seronok sebab macam-macam hal saya sempat buat, hantar parcel ke Along, bersantai dengan Cik Nuha, berombongan Cik Kiah ke Jalan TAR dan berjalan-jalan cari makan di Mines, huhu penuh aktiviti saya di hujung minggu kan.
My favorite days of the week (^_^) |
Macam biasa saya selalu cerita saya jarang tak ada aktiviti di hujung minggu, maklum la kami orang bujang ni ada je aktiviti yang kami rancang. Kadang-kadang tu sampai saya rasa tak larat la asyik ke hulu ke hilir je, tapi kalau duk kat rumah je saya bosan pulak, rasa macam tak produktif je. Jadual saya sekarang sampai tengah bulan depan penuh je, banyak pulak perkara yang perlu saya hadiri dan janji untuk ditepati, huhu macam menteri pulak rasa dia. Selalunya kalau saya sibuk sangat saya malas nak menulis entri baru tapi tahun ni saya harap saya menulis banyak sikit sebab bila tengok bilangan entri tahun lepas tu sikit la sangat.
Minggu depan ada pesta buku 1Malaysia, saya sangatlah mahu pergi tapi ada komitmen yang akan membuatkan saya sibuk sepanjang hujung minggu depan. Ingatnya saya mahu mencuri masa ke sana jugak sebab saya ada beberapa buku yang sedang saya cari, kalau nak tunggu pesta buku antarabangsa bulan april ni lambat lagi. Cerita pasal buku, Alhamdulillah cabaran buku saya berjalan lancar dan setakat ni saya agak kehadapan dengan bacaan saya, doakan supaya momentum saya akan berterusan ek.
Awal tahun ni saya asyik bercerita tentang buku je kan, saya sangat seronok sebenarnya bila minat membaca saya kembali semula seperti zaman kanak-kanak remaja dulu, pantang jumpa buku semua nak baca. Emm saya dah mula rasa mengantuk la (saya menulis entri ni pukul 12 setengah pagi), esok pulak kena kerja jadi saya harus berhenti menaip. Kita jumpa lagi di entri seterusnya ek.
p/s: Thaipusam pun Oda kerja lagi, siapa nak ikut meh....
No comments:
Post a Comment