Showing posts with label Twillight. Show all posts
Showing posts with label Twillight. Show all posts

Friday, December 11, 2009

The Twilight Saga: New Moon

Assalamualaikum...

New Moon movie poster
Imej amik dari encik Google

Selepas tengok Twilight movie, saya sangat la kecewa dan ingatkan takkan tengok dah sequal yang seterusnya tapi bila tengok Taylor Lautner (pelakon yang bawak watak Jacob dalam movie ni) makin hensem buatkan saya rasa nak tengok movie ni. Watak Jacob dalam Twilight Saga adalah watak orang ketiga yang sukakan Bella, dia jugak Warewolf (emm tak semua benda ada dalam citer ni, nasib baik tak masuk dragon, elf, goblin, etc).

The cute Taylor Lautner and his warewolf brothers (^_^)
Imej amik dari encik Google

Saya tak pernah sukakan Jacob dalam novel, emm ni mungkin sebab saya memang jenis tak suka 2nd hero atau watak kedua (kecuali Jang Geunsuk dalam kdrama Hong Gil Dong, love him). Tapi Jacob (Taylor Lautner) dalam movie New Moon ni sangat la adorable, tak percaya dia baru 18 tahun. Kalau dalam novel, part Bella tingalkan Jacob tu saya memang suka giler tapi dalam movie buat saya sedikit sedih tengok muka Jacob. Lagi satu watak Jane memang sesuai la dengan Dakota Fanning.

Adaptation kali ni lebih baik dari first movie, mungkin sebab budget lagi besar kan dan filem yang first tu indie movie jadi kualiti dia kurang sikit. Dengar cerita, sequal seterusnya Eclipse dah siap, cepat ek. Dalam Twilight Saga, saya paling suka novel last sekali, Breaking Dawn, nak tunggu movie dia keluar dua tahun la kot. Tapi takpe, itu yang seronoknya follow movie macam ni, kita dapat rasa the excitement setiap kali keluar sambungan cerita kan.

p/s: I thought my obsession for twilight is fading, but still wanted to watch the movie though..

Sunday, April 26, 2009

Tak habis-habis lagi

Assalamualaikum..

Hehe.. tak habis-habis lagi dengan obsesi terbaru (^_^)

Emm masih lagi dengan mood Twilight Saga sebab baru je habis baca last book, Breaking Dawn dan juga baru lepas tengok movie Twilight. Dah lama tak baca buku yang betul-betul menarik perhatian camni, no wonder la novel ni glemer sangat. My favourite book adalah Twilight dan Breaking Dawn, hehehe as expected the first and the last one. Buku second and third (New Moon and Eclipse) ok jugak tapi banyak sangat conflict, emo je baca dua buku ni, hehe.


Twilight Movie

Then my review for movie Twilight, sebenarnya sangat-sangat disappointed tapi tak boleh nak cakap apa sebab baca buku dan tengok movie is two different thing. I'm always prefer the original story as adaption always cut and combine scene. Nak bawak scene dalam buku ke movie pun bukan benda senang so i guess kalau orang yang tak pernah baca buku twilight akan suka movie ni. Benda yang paling tak best dalam cerita ni adalah watak utama dia, Edward and Bella sangat berbeza dengan dari dalam novel. Tapi this is just my opinion, ramai twilight fan suka diaorang ni. Currently Edward Cullen is my most favourite english novel character, dia dah kalahkan Ian Thorthon from Almost Heaven yang dah jadi my most favourite character for few years. So sangat la kecewa bila tengok Edward dalam movie tak sebest dalam novel, agak susah jugak la nak habiskan tengok movie ni, asyik stop je sebab bengang, huh emo lagi... Second movie adaption untuk New Moon akan keluar tahun ni so look forward nak tengok jugak la, harap sequel ni lagi best dan more teliti dari first movie.

Kalo nak tengok movie twilight online sila la klik kat sini. Ni je site yang ada gambar paling cantik, yang lain tu macam cetak rompak je gambar dia.

Thursday, April 23, 2009

World Book Day + The Twilight Saga

Assalamualaikum...

Emm hari ni masuk kerja tak berapa semangat sangat sebab penat yang amat. Pagi tadi pergi konvo cousin, then petang rushing pergi kerja so little bit tired la but it was worth it la sebab dapat spend masa dengan sedara-sedara (sepupu-sepupu dan my pak sedara dan mak cik). Then sampai office, dapat bad news, alahai sakit kepala. Macam biasa ada tambahan kerja dalam short notice so spoiled my mood for my first day of shift today. Sekarang ni tengah agak-agak stress sikit dan sakit kepala.

Apa hal pun sebenarnya tulis entry ni sebab nak inform yang hari 23rd April, adalah World Book Day. Hari ahad lepas pergi jusco, then rasa nak pergi MPH cari buku cerita baru, jumpa buku cerita Twilight, selalu jugak la dengar pasal cerita ni so nak try baca la. MPH kasi bookmark untuk beli buku tu, tengok kat situ dia cakap pasal World Book Day. Ada info menarik kat bookmark tu so nak share la kat sini.

Mark the Day with A Rose

In 1995, UNESCO declared 23rd April the World Book Day.

This symbolic date for universal literature also mark the passing away of Miguel de Cervantes and William Shakespeare on the same day in 1616.

In the Spanish region of Catalonia, on 23rd April, a rose is exchanged for each book received.

Emm, sweet je part rose tu. Memang bulan april ni bulan membaca pun, sekarang kat PWTC ada Pesta Buku Antarbangsa, pesta buku ni start dari 17 april sampai 26 april. Kalau nak cari buku menarik pergi la ek.

Berbalik kepada buku cerita Twilight tadi, after baca, suka giler kat buku ni. Dalam masa setengah hari dah abis baca buku tu yang ada lebih kurang 500 pages. Hehehe, emm kalo dah stat obses ngan something camni la. Twilight ni ada sequel dia dalam 3 buku lagi, semua series ni dipanggil The Twilight Saga (Twilight, New Moon, Eclipse, Breaking Dawn). Nak tahu lebih pasal cerita ni pergi la ke website dia>> http://www.thetwilightsaga.com/ tapi lebih detail kalau baca dalam wikipedia la >> http://en.wikipedia.org/wiki/Twilight_(series).

The Twilight Saga Books

Then hari isnin hari tu terus pergi beli semua buku dalam series ni, dan habis semua buku tinggal last one je, Breaking Dawn je still tengah baca. Kalau sesiapa yang tengah cari buku cerita yang menarik sila la cuba baca buku ni. Kalo tak suka membaca, first novel dia twilight ada movie adaption. Tak tengok lagi movie dia tapi maybe akan cuba tengok online dulu, kalau menarik ingat nak beli la CD dia. Hehe, ni satu perangai kalo dah obses sangat dengan something, jadi over sikit. Last few days asyik dengan buku je nasib baik la cuti, dalam masa 3 hari habis baca 3 buku dalam 400-600 pages per book, hehe giler. Sekarang ni pun tak sabar nak habiskan buku last, Breaking Dawn. Emm saya harap saya cuti lagi sehari (@_@).