Tuesday, October 27, 2009

Kata-kata Semangat Oda

Assalamualaikum...

Entry ni sebenarnya nak buat dari minggu lepas lagi tapi lupa, pagi tadi masa drive rasa nak dengar lagu nasyid lepas tu tiba-tiba teringat pasal entry ni. Minggu lepas masa balik kerja dengar topik pagi kat Hot FM, diaorang cakap pasal apa ayat motivasi anda. Fafau (Farah Fauzana) dan FBI (Faizal Ismail) tanya apa ayat motivasi yang selalu kita pegang kalau rasa sedih ke, pemberi semangat ke atau lain-lain la. Ramai jugak la yang call, ramai yang guna kata-kata hikmah la, lagu la dan macam-macam la.

Mesej bergambar amik dari Iluvislam

Bila dengar tu terfikir pulak apakah yang Oda guna untuk motivasikan diri ek. Emm bila fikir balik, bila sedih mesti dengar lagu nasyid, dengar lagu nasyid jugak selalu beri motivasi dan semangat untuk saya la. Agaknya sebab tu kot saya suka lagu nasyid. Dua lagu saya selalu dengar bila rasa sedih adalah lagu Pesanan oleh Suhaimi (ala suami ina naim tu) dan lagu Rahmat Ujian oleh Mestica. Lirik dua-dua lagu ni memang best, buat kita sedar walau teruk mana pun hidup kita, walau besar mana pun ujian kita semua tu Allah beri sebab sayangkan kita dan dunia ni hanya pinjaman, semuanya milik Allah. Jadi nak share la petikan kegemaran dari dua lagu ni.

-Pesanan oleh Suhaimi-
Jika hartamu dimusnah
Ingat Allah yang Memberi
Jika engkau dizalimi
Tenang dan tabah hadapi
Allah maha mengasihi
Mendengar rintihan hambanya

-Rahmat Ujian oleh Mestica-
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Ada satu lagi petikan dari lagu nasyid yang setiap kali Oda dengar mesti rasa insaf dan kerdilnya diri. Petikan ni biasa sahaja tak da ayat yang bunga-bunga pun, dari lagu Aku hanya seorang Umar oleh Hijjaz. Itu Saidina Umar sendiri yang cakap, setiap kali dengar ayat ni mesti nak kena check balik diri sendiri, iman dah cukup ke, amalan dan cukup ke, solat cukup ke?

-Aku Hanya Seorang Umar oleh Hijjaz-
Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku

Rasanya semua orang ada ayat motivasi masing-masing kan. Hidup ni penuh dengan suka duka, kadang-kadang sedih kadang-kadang gembira, penawar yang paling baik adalah kembali kepadaya, nak tenangkan hati bacalah Quran dan banyakkan berzikir.

Worry is like a rocking chair: It gives you something to do, but it doesn't get you anywhere.
-Erma Bombeck-

p/s: So don't worry be happy, Allah always with you (^_^)

1 comment:

盛豐 said...
This comment has been removed by a blog administrator.