Monday, December 28, 2009

Bicara Tentang Buku

Assalamualaikum...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Jom kita baca buku, tak kesahlah buku jenis apa (^_^)

Entry yang lepas entry emosional saya, rasanya entry hari ini juga agak emosional. Saya sangat suka membaca blog, ada beberapa blog yang saya akan buka hari-hari untuk melihat updates baru dan dikebanyakkan blog saya adalah silent reader sahaja sebab kebanyakkan blog yang saya baca adalah blog ilmiah atau blog yang kearah itu. Bukan tak mahu komen tapi rasa tak cukup ilmu lagi nak memberi pendapat walaupun ada sesetengah blogger tu lebih muda dari saya (budak-budak zaman sekarang pandai-pandai kan).

Minggu lepas saya membaca updates di salah satu blog yang saya selalu ikuti perkembangannya juga, entry tentang buku. Saya agak terasa kerana memang entrynya itu terkena pada saya. Katanya :

"99% daripada manusia yang rajin beli buku, tidak akan membacanya sehingga habis. Manakala 80% daripada baki 1% itu sekadar membacanya ala kadar"


Saya setuju dengan hipotesisnya, saya juga masih banyak buku-buku yang belum dikhatamkan lagi, tetapi jika masuk ke kedai buku mesti akan beli paling kurang satu buku. Jarang saya masuk ke kedai buku tanpa membeli apa-apa pun. Walaupun begitu, saya akan pastikan saya habiskan semua buku yang saya beli, saya tak suka membaca buku ala kadar kerana saya rasa itu satu pembaziran. Saya jenis orang yang baca buku dari kulit ke kulit, walaupun surat khabar atau majalah sekalipun (masih ada dua majalah Anis yang masih belum disentuh lagi, waa kena la cepat-cepat baca ni).

Emm apa yang emosionalnya saya tentang entry ni ek, sebenarnya blogger tu membuat 'statement' katanya buku fiksyen tulen (contoh Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Harry Potter dan Twilight) tak termasuk dalam hipotesis di atas. Separuh buku yang saya baca adalah fiksyen tulen, suku lagi separa fiksyen dan suku lagi adalah buku berunsur ilmiah (emm agak-agak ilmiah la). Saya tak faham kenapa mahu di label tentang buku jenis apa yang dibaca, kalau kita suka baca buku ilmiah atau yang setaraf dengannya baca je la tak payah la komen pasal bahan bacaan orang lain.

Buku yang sedang dibaca, saya sangat suka buku ini. Imej ambil dari encik Google

Kalau orang kita mahu membaca buku jenis apa pun tak kesah la kerana budaya membaca sangat kurang di kalangan orang kita. Itu sudah kira bagus dalam masyarakat yang amat kurang membaca ni, bagi saya semua jenis bahan bacaan memberi ilmu yang berbeza. Di dalam semua buku ada mesej yang tersendiri, tak semua orang boleh membaca buku berunsur ilmiah. Orang kita nak baca buku fiksyen pun susah, inikan pula buku bukan fiksyen yang ayatnya panjang. Emm dah terlebih emosional la pulak, maklumlah saya kan pembaca buku fiksyen juga jadi agak terasa la.

p/s: Saya tak tahu kenapa entry kebelangan ini agak emosional, agaknya saya perlu bercuti rehatkan minda, huhu.

No comments: