Apa khabar wahai sahabat, harap sihat-sihat hendaknya. Alhamdulillah, saya baru lepas melalui minggu yang memenatkan. Ahad lepas kereta saya telah dilanggar oleh seorang hamba Allah kat UTMKL. Kena langgar dekat parking, saya tak tahu pun, terima kasih pada pak guard UTMKL yang sangat efisyen. Kereta kena baiki sepanjang minggu ni, nasib baik tak lama baiki kereta tu. Bumper depan kereta saya tercabut kena langgar, semalam baru saya dapat guna balik kereta saya.
Saya redha dengan ujian Allah sepanjang minggu lepas, bila tak ada kereta ni banyak perkara tak dapat saya buat dan terpaksa la bersusah-susah sikit. Ujian kali ni buat saya terkenang masa saya mula-mula kerja dulu. Dari Isnin sampai Rabu saya kerja, tak ada kereta terpaksa saya menapak naik LRT, ERL dan bas. Rumah saya kat Cheras dan office lak dekat Cyberjaya, jadi agak mencabar jugak la nak pergi kerja tu. Alhamdulillah sahabat dan adik beradik saya banyak membantu sepanjang minggu ni.
"Sesiapa yang dapat menahan marahnya padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan."
Saya tak tahu kenapa saya tak marah langsung pada orang yang langgar kereta saya tu, mungkin aura bulan ramadhan kot. Tapi saya memang orang yang agak susah nak marah, orang kata saya lembut hati sangat. Salah ke kalau susah marah, saya selagi tak panas hati tak boleh nak marah. Tapi saya agak keras hati bila marah, sebab tu kalau boleh saya tak nak marah. Marah tu sifat syaitan, Allah pun tak suka kita marah-marah kan.
Semalam dah dapat kereta, kalau tak kena langgar ni saya mesti tak menghargai nikmat Allah yang saya dapat selama ni. Pergi kerja naik LRT, ERL dan bas selama tiga hari membuatkan saya bersyukur sangat saya pergi kerja naik kereta selama ni. Perjalanan dengan kereta selama 40 minit tu jadi 2 jam bila menaiki kenderaan awam. Nikmat Allah tu ada disekeliling kita, mari kita semua bersyukur padaNya, kita tak akan tau nikmat yang ada sebelum ia ditarik dari gemgaman kita.
Jika kamu hitung nikmat Allah nescaya kamu tidak dapat Menghitungnya
[Al-Nahl: 18].
p/s: Meh kita bersyukur dengan nikmat Allah beri kepada kita, banyak sangat kalau cuba kita hitung. Nikmat boleh makan apa saja yang kita nak, nikmat kesihatan badan, nikmat tak perlu bekerja bawah panas matahari untuk sesuap rezeki dan banyak lagi. Benarlah jika kita cuba hitung nikmat Allah tak dapat kita hitung...
No comments:
Post a Comment