Wednesday, November 11, 2009

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009

Assalamualaikum...

Kenapa tajuk post kali ni Piala Malaysia sedangkan Oda bukanlah peminat tegar bola sepak. Emm kenapa? Klunya saya adalah anak Kelantan. Ya saya adalah antara ribuan penyokong Kelantan yang menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Bukit Jalil minggu lepas. Post kali ni tentang pengalaman saya pertama kali menonton bola sepak di stadium.


Kebanjiran penyokong pasukan The Red Warriors memenuhi stadium. Imej amik dari encik google

Saya pun tak percaya yang saya boleh sampai ke stadium tu minggu lepas sebenarnya, tak pernah terlintas pun nak menonton perlawanan tu walau di TV1 sekalipun. Tapi saya cair dengan pujukan along mintak temankan dia bersama dengan sepupu-sepupu saya untuk pergi ke stadium. Saya adalah orang yang tak suka berada di tempat ramai orang yang tak ada air-cond (penyaman udara), ajak saya ke jalan TAR pun saya tak nak pergi (tapi kalau orang pujuk pergi jugak). Jadi sepanjang di stadium tu, saya dalam keadaan emosi yang tak best ditambah pula dengan perangai sesetengah penyokong Kelantan yang makin membarakan emosi saya.

Ini adalah pengalaman pertama saya menonton bola sepak di stadium dan pengalaman ini menjadikan saya serik untuk pergi lagi. Macam-macam hal yang menaikkan darah saya sepanjang masa di stadium tu, antaranya ialah:-

1- Celcom : Saya sangat hangin dengan celcom, disebabkan terlalu ramai orang, celcom line congested (bahasa melayu dia saya kurang pasti). Pengguna celcom tak dapat membuat dan menerima panggilan dan jugak mesej. Maxis ok lagi, Digi dan lain-lain pulak saya kurang pasti. Disebabkan semua sepupu saya merupakan pengguna celcom maka kitaorang mengalami masalah komunikasi.

2- Surau dan Tandas : Emm ini yang paling saya marah, surau dan tandas perempuan di stadium didominasi oleh orang lelaki (spesifiknya lelaki Kelantan). Kalau korang semua guna surau perempuan, kitaorang (perempuan sangat sedikit kat situ) nak semayang kat mana. Sampai kena suruh diaorang keluar baru kitaorang boleh semayang. Ada pulak tu boleh sound kitaorang cakap kenapa kitaorang datang tempat ramai lelaki lak, hai tak nampak pun dalam tiket tu cakap lelaki sahaja boleh masuk stadium. Memang la bagus korang nak semayang tapi tempat-tempat ramai orang ni kena la compromise, tu kan surau perempuan, kitaorang pun nak semayang jugak. Menyampah betul dengan perangai sesetengah orang yang sellfish ni. Tapi saya masih kagum dengan keramaian orang yang menunaikan solat maghrib kat luar stadium, permandangan yang buat saya terharu. Saya patut amik gambar tapi tak bawak kamera masa pergi surau tu.

3- Sesetengah penonton Kelantan yang hampeh : Saya tekankan sekali lagi, sesetengah penonton kelantan ok. Tak semua yang buat perangai sebenarnya, kebanyakkannya tengok dengan cool jek. Tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga, macam-macam perangai kita dapat tengok keganasan orang kelantan ni; dengan mercun, membaling botol air dan sampah ke padang, bergaduh, pecahkan pintu stadium dan sampai membakar kerusi stadium. Apa yang nak dibuktikan pun saya tak tahu, memang la orang Kelantan orang yang paling emosional, macam mana orang luar tak berpandangan negatif dengan orang kelantan. Hari ni dalam berita harian dicatatkan kita kerugian RM214,000 gara-gara onar penyokong Kelantan, hish duit rakyat jugak akan digunakan untuk baiki semua kerosakan di stadium tu. Apabila Negeri Sembilan menjaring kan gol yang ke-3, kitaorang (saya, along dan sepupu saya) dinasihatkan balik kerana takut terjadi apa-apa, masa tu agak menakutkan melihat penyokong kelantan yang emosional.

4- Pemain bola sepak Kelantan : Marah bukanlah term yang sesuai, keciwa sebenarnya. Bagi orang yang pertama kali menonton pasukan kelantan beraksi saya tak layak untuk menkritik permainan diaorang. Tapi melihatkan permainan diaorang hari tu, saya kecewa sebab saya rasakan mereka tidak memberikan yang terbaik hari tu. Kesian dengan para penyokong Kelantan yang turun dari Kelantan untuk memberikan sokongan. Saya sendiri kagum dengan semangat orang Kelantan, di stadium hari itu kita cuma nampak warna merah sahaja sebab penyokong kelantan terlampau ramai.

Walaupun banyak yang tidak puas hati tapi ini adalah antara pengalaman yang tidak akan saya lupakan, tersentuh juga melihat kesungguhan penyokong Kelantan yang datang. Ramainya orang Kelantan pada hari tu tak dapat saya gambarkan tapi apa yang boleh saya katakan stadium pada hari itu memang penuh sesak. Rasanya walaupun Selangor atau Kuala Lumpur yang masuk final, stadium tidak akan sepenuh macam hari tu. Kepada semua penyokong Kelantan, semangat tu dah bagus tapi kita kenalah kurangkan emosi sedikit, jagalah tatatertib kita sebagai orang timur. Tetapi saya yakin, walau apa pun tomahan yang penyokong Kelantan terima mereka akan tetap memberikan sokongan yang padu kepada pasukan Red Warriors. Tahniah kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana permainan yang cemerlang juga buat penyokong Negeri Sembilan yang cool sepanjang permainan.

p/s: Tersempak dengan Mustafa Kamal dan Sabri Yunus kat LRT, baru tau yang Mustafa Kamal tu orang Kelantan rupanya.

No comments: