Kali ni nak bercerita kisah yang berlaku kepada saya dan housemate saya dua hari lepas. Kalau korang baca status twitter saya ada cakap pasal POLIS dan BOMBA kan, emm kisah ni tak ada la seserius yang disangka, rasa macam sedikit bodoh pun ada sebenarnya, hehe. Saya anggap apa yang berlaku adalah ujian Allah kepada kami jadi kami redha dengan apa yang berlaku.
Peristiwa dua hari lepas mungkin takkan saya lupa buat masa yang lama, bukan saya sahaja rasanya semua orang yang melihat kejadian tu agaknya. Suspen je ek, hehe tak ada la apa sangat kunci manga grill rumah kitaorang patah dan tak dapat nak bukak pintu rumah. Nak jadi cerita hari tu kan Ahad, semua kedai kunci tutup jadi kami cuba la nak bukak kunci tu tapi tak boleh dan kami pun cuba gergaji grill tu untuk keluarkan manga tapi sangat lah susah. Kitaorang tak paham macam mana pencuri dan perompak dapat buat dengan senangnya, kitaorang cuba buat dari pukul 6 petang sampai la 9 malam lebih tak boleh jugak bukak.
Akhirnya jiran kitaorang cadangkan panggil BOMBA untuk tolong. Percaya tak BOMBA memang datang tolong, sekali dengan POLIS lagi. Masa BOMBA tu datang saya dan Rozila keluar pergi beli mangga baru, jadi kitaorang tak ada la masa BOMBA kerat pintu grill rumah kitaorang tu (kerat tempat pasang manga je, tak teruk mana pun). Diaorang buat dengan senangnya, terima kasih encik-encik BOMBA sekalian, dapat jugak kitaorang masuk rumah akhirnya. Apa yang berlaku semalam tu tak adalah benda besar pun tapi buat kami semua sangat penat, lagi lah Along, Rozila dan saya baru sampai KL dari Kemaman. Bulan lepas pun perkara yang hampir sama berlaku kepada saya, ujian-ujian kecil ni buat saya berfikir saya perlu muhasabah diri.
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-mu Tuhan
Bantuan di perjuangan
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku
[ZIKRAA - TAFAKUR]
Dalam tiga hari sebelum tu saya tak tidur lebih 24 jam, saya balik ke Kemaman terus lepas habis kerja dan sehari sebelum tu saya kurang tidur sebab mencari hadiah kahwin kawan saya. Malam sabtu tu saya baru dapat tidur, badan penat sangat jadi saya tidur awal tanpa sembahyang Isya’ sebab saya ingat nak bangun tengah malam sembahyang. Tapi disebabkan tak tidur lebih 24 jam badan saya terus shut down dan saya tidur tak hengat dunia (serius memang tak rasa apa-apa pun, mimpi pun tak). Saya sedar dah pagi dalam pukul 8 lebih. Ya Allah terlepas sembahyang Isya’ dan Subuh sekali. Niatnya saya nak qada lepas sembahyang Zuhur tapi sebab rushing nak balik KL saya buat keputusan qada nanti. Keputusan yang membawa padah, saya tak patut melengah-lengah kan qada, hutang dengan Allah bukan benda yang boleh tangguh-tangguh. Alhamdulillah ujian yang Allah beri tidaklah sebesar mana, Allah sayang kan saya sebab tu saya diberi petunjuk untuk saya Muhasabah Diri.
p/s: Azam tahun baru Oda nak berubah jadi lebih baik, InsyaAllah...