Sunday, October 11, 2009

Fateen's Wedding

Assalamualaikum...



Imej amik dari encik Google

Sebenarnya rasa macam malas nak update blog hari ni tapi nak cerita pasal pergi majlis kahwin Fateen semalam, kalau biar lama-lama mesti tak tulis punya. Semalam gerak dengan cik Siti Asmah dan Nurulhuda dari rumah, lepas tu jumpa dengan Jijah kat Putrajaya, dia dengan senior SCK, Kak Mas. Kitaorang ikut Jijah sebab tak tahu jalan, yela semua pun first time pegi Dengkil. Walaupun Dengkil tu sebelah je Cyberjaya, saya pun tak pernah pergi jugak.

Jumpa Che Mah dan Huda ni banyak la cerita, yang paling best dapat tau yang Che Mah dah bertunang. Terkejut yang amat saya Che Mah, awak betunang tak cakap kat saya. Tak banyak lagi kena bebel semalam, tak ada la marah sangat pun tapi agak-agak marah la jugak. Hahaha, sekarang semua orang dah tau awak dah bertunang ek Che Mah, apa-apa pun belated selamat bertunang la ek. Nanti kahwin jangan lupa ajak pulak ek, kalau tak ajak tak nak kawan ngan Che Mah dah.


Gambar kenangan dulu masa pergi CoGRAMM, gambar ni ambil dari Facebook

Emm berbalik kepada wedding Fateen, sampai kat rumah Fateen dalam pukul 12 lebih, seronok yang amat sebab jumpa balik ramai kawan-kawan kat UTM dulu. Teringat balik kenangan zaman dulu-dulu, waa rindunya saya pada zaman itu. Fateen pakai baju warna putih dengan lace hijau, comel sangat. Nak letak gambar dalam ni tapi semalam tak bawak kamera lak so kena la tunggu bebudak ni upload gambar baru leh tengok. Semalam pun wedding Ani gak, tak dapat pergi sebab kat Kelantan. Baru je balik dari kelantan untuk raya hari tu, maaf Ani sebab tak dapat datang wedding.

Kepada Fateen dan Ani:

Selamat Pengantin Baru,

semoga berbahagia dunia dan akhirat.



p/s: Asyik pergi wedding orang jek ni, bila la nak ajak orang datang wedding sendiri ni....

2 comments:

MooNLighT said...

tak dop ke gambo fateen sanding?org dop leh time mase tu..insyaAllah..nak gi kat kemaman..;)

Oda-オダ said...

emm hari tu orang tak bawak kamera pun munie...tapi rinie ada upload dalam facebook..tgk kat situ je la...comel kan fateen ^^

emm tu la munie ngan che tie pegi yang kemaman punyer...tak leh jumpa korang la.