Akhirnya, saya sudah lepas semester kedua, hehehe bahagia sungguh rasa bila dah sempurnakan satu benda kan. Alhamdulillah stress saya dah berkurang dengan drastiknya, kekekeke. Saya nak menikmati minggu-minggu yang tak ada kelas ni dengan sepenuhnya sebelum semester pendek saya bermula dalam 2 minggu je lagi.
Lazy Song by Bruno Mars - Mood saya sekarang, hehe
Minggu-minggu saya cuti ni nak habiskan dengan berjalan-jalan dan menbuang stress saya yang berkumpul sejak sebulan lalu. Minggu ni saya sangat seronok sebab dapat membuat beberapa perkara yang saya lama dah tak buat. Yang pertamanya pergi ke majlis kawin kawan saya, Alhamdulillah sebab kenduri majlis kahwin Niki dekat je jadi berkesempatan pergi sana, dapat la jumpa kawan-kawan lama - Che Mah, Huda, Saad, Zura dan tak lupa Puan Niki la. Lama bebeno tak jumpa korang, macam-macam cerita kan. Harapnya plan nak pergi majlis Rinie nanti tak ada benda yang halang.
Semalam pulak sempena birthday Along, kami semua satu rumah tengok wayang (waa lama giler saya tak tengok wayang) cerita 'Kongsi' yang tak berapa nak best tu. Tapi sebab saya dah lama tak buat aktiviti ni, seronok jugak la perasaanya. Hari ni pulak pergi berjalan-jalan ke Muzium Negara, salah satu perkara yang dah lama saya dan Rozila nak buat akhirnya tertunai jua. Seronok jugak pergi Muzium Negara tau tapi rasanya Muzium Negeri Terengganu lagi menarik. Semalam tiba-tiba je dapat idea nak pergi muzium sebab dah lama kitaorang plan tapi tak terpegi, jadi hari ni pergi je tak payah plan. Pergi muzium ni dengan Rozila jek sebab kitaorang berdua je yang suka muzium, ajak Na dengan Along semua tak nak.
Banyak pulak cerita saya kali ni, hehe maklum la dah lama tak beraktiviti. Huhu bila banyak sangat cerita kisah diri sendiri ni rasa macam narcissistic la pulak, hehe takpe saya rasa semua orang ada sedikit sifat Narcissistic dalam diri masing-masing, nak-nak dengan adanya Facebook, Twitter dan Blog ni kan. Suka diri sendiri tu takpe asal jangan berlebihan dah kan. Ops saya dah melalut lak, tertulis pasal benda ni, hehe sebenarnya saya baru baca dalam 'Readers Digest' hari tu tulis social network increase transparency and narcissism, hehe totally agree. Oklah sebelum saya melalut lebih lanjut, kena berhenti menaip ek, jumpa lagi di lain entri, daaa.
p/s: Tensen dah berkurang tapi sebab esok dah kena masuk kerja nampaknya tambah balik stress tu, haihhh..
p/s: Tensen dah berkurang tapi sebab esok dah kena masuk kerja nampaknya tambah balik stress tu, haihhh..
No comments:
Post a Comment