Salam hari cuti krismas untuk semua. Kali ni saya nak cerita pasal filem Les Misérables yang baru saja saya tonton petang tadi. Tiada kata yang dapat saya gambarkan, terkedu saya menonton cerita ni. Emm teresak-esak sebenarnya, cerita yang menyentuh perasaan buat saya menangis sepanjang cerita ni. Saya dah agak saya akan suka filem ni tapi tak sangka filem ni buat saya tertawan (cewahhh, sila nyanyi lagu Untuk Dia part Najwa Latiff - Kau buat aku tertawan). Walaupun selama 2 jam 40 minit, tak terasa masa berlalu. Berbaloi balik awal dari office hari ni. (Yup, saya kerja hari ni walaupun satu dunia sedang bercuti).
Les Misérables THEATRICAL TRAILER (2012)
Kalau korang suka cerita tentang sejarah, philosophy dan muzikal pergi
la menonton cerita ni. Tapi kalau korang tak suka muzikal sila la jangan menonton filem ni ek sebab lebih 90% dari babak cerita ni semua menyanyi je, ada sikit sangat dialog biasa dalam filem ni. Saya tak jamin korang akan suka sebab semua orang ada kegemaran masing-masing, tak semestinya apa yang saya suka korang kan suka jugak kan. Saya menulis entri ni untuk promo movie ni sebab saya harap korang semua pergi la menonton cerita yang awesome nih.
p/s: Hujung minggu ni kitaorang bercadang nak pergi menonton lagi cerita ni, sape nak ikut angkat tangan! (^_^)
p/s2: I'm smitten with Gavroche, that kid is adorable and his part break my heart....
p/s2: I'm smitten with Gavroche, that kid is adorable and his part break my heart....
No comments:
Post a Comment