Friday, February 5, 2010

Salam Jumaat - selamat hari yang baik

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti..

Huhu baru lepas dengar lagu Assalamualaikum dari Opick, salam jumaat buat semua. Tak ada idea nak menulis entry baru tapi hari ni rasa macam best je jadi nak ucapkan selamat hari jumaat semua. Hari ni tak tahu la hati rasa tenang je, huhu mungkin sebab dengar NasyidFM je hari ni kot. Harap hari korang semua pun best jugak ek.

Hari jumaat adalah hari kebesaran islam, Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".





Bulan ni adalah bulan februari dimana adanya hari Valentine, bulan cinta bak kata orang. Kat sini saya nak ingatkan buat sahabat muslim kita tak boleh sambut hari valentine tu sebab itu adalah perayaan yang ada kaitan dengan agama kristian. Nak sambut apa pun kita kena tahu asal usul perayaan tu, kalau dah tahu jangan buat tak tahu pulak. Nak tahu lebih lagi kenapa kita tak boleh sambut Valentine sila la baca kat sini atau pun sila la Google.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tadi dapat satu email menarik jadi nak share kat sini, sila la renung-renungkan dan selamat beramal (^_^).

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Panjang la pulak entry ni, tu la kalau dah mula menulis semua benda nak tulis. Tapi kali ni cuma kongsi beberapa artikel yang saya baca, selalu asyik cerita kisah hidup sendiri je. Hehe apa pun harap artikel ini boleh beri pengajaran dan mengingatkan kita tentang perkara yang kita mudah lupa.

p/s: Selamat hari jumaat semua, selamat, selamat hari yang baik.

No comments: