nAssalamualaikum...
Hari ni dah 21 Januari, sekejap je dah 21 hari di tahun baru, sikit lagi masuk la bulan februari pulak cepat je masa berlalu kan. Bukan mengeluh, suka je hujung bulan sebab gaji masuk. Cuma saya rasa tak ada apa perubahan pun dalam hidup saya sepanjang 21 hari di tahun baru, malahan motivasi kerja saya semakin berkurang. Saya rasa saya perlu rehatkan minda, cuti duduk rumah tak membantu sangat, saya nak pergi ke pantai, dah lama tak
mandi tengok laut. Jiwa kacau agaknya, rasa nak kena kosongkan minda dan jiwa.
Pantai Cherating yang best (selalu pergi cherating sebab pantai ni cantik dan dekat dengan rumah, 15 minit je naik kereta), imej ambil dari encik Google.
Saya bukanlah pengemar laut sangat, dibesarkan kat tempat yang dekat dengan laut saya rasa pergi pantai bukanlah perkara besar pun tapi kalau pergi pantai
excited la jugak. Sejak tinggal di KL
yang tak ada laut saya rasa rindu nak tengok laut yang cantik. Dah tak ingat bila kali terakhir saya pergi pantai, agaknya trip ke Port Dickson
yang pantainya tak best tahun lepas kot. Saya tak ingat siapa yang cakap, kalau nak dapatkan ketenangan boleh la tengok laut, langit dan mak kita. Ini visi saya untuk cuti nanti, alang-alang nak balik Kelantan (sepupu kawin) bulan depan jadi nak ambil cuti awal sikit balik kemaman dulu la. Balik kemaman boleh la jumpa ma dan pergi pantai sekali, langit kat mana-mana pun ada, huhu.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Gambar selingan
Hari ni dalam perjalan ke
office, dengar lagu Selagi Ada Rindu, giler jiwang lagu ni tapi rasa macam
best la pulak, suka la lagu ni. Selalu jugak layan lagu
untuk orang kemaruk bercinta jiwang ni. Bila google baru tau penyanyi dia Pak Long, emm tak kenal la pulak sape ni. Masa google lagu ni tadi jugak terbaca ada kisah tentang lagu ni tapi tak tahu la betul ke tak, kalau nak tahu korang google je la sebab malas nak cerita. Kalau nak dengar lagu sila la klik kat
sini ok.
p/s: Apa-pun kalau nak tenangkan hati, ingatlah Allah sebab Allah s.w.t dah bersabda, ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang.
No comments:
Post a Comment