Thursday, July 5, 2012

Menikmati Kelapangan

Assalamualaikum...

Apa khabar semua, salam nisfu syaaban. Kejap je kan ramadhan datang lagi, tinggal 15 hari je untuk kita memasuki bulan ramadhan. Agak-agak dah sedia belum, yang belum habis ganti puasa tu sila la cepat-cepat ganti ek, hutang kena la bayar cepat kan.

Kali ni saya nak cerita pasal sambung belajar lagi. Huhu, bosan tak asyik dengar cerita pasal study je. Saya nak sambung belajar lagi ke? Oohh tidak dalam masa terdekat ni, saya masih nak merehatkan minda saya, tak puas lagi bercuti ni. Awal minggu hari tu dapat tawaran sambung PhD di UTM, emm UTM tawarkan semua pelajar sarjana yang baru habis untuk sambung PhD. Seronok pulak bila tengok surat tawaran tu, agak tergoda tapi saya masih tak mampu nak memberi komitmen sebesar itu. InsyaAllah setahun dua lagi baru saya akan fikir lagi nak sambung PhD ni.

Huhu, agak tergoda tengok surat tawaran (@_@)

Saya menulis blog ni sambil menonton Hum Sath Sath Hain jadi agak terganggu menulis, asyik berhenti je. Serius saya sangat suka cerita ni, filem yang memang akan buat saya menangis setiap kali tengok. Saya memang suka cerita hindustan (emm apa la cerita yang oda tak suka kan), kebanyakkan filem kegemaran saya cerita lama, filem hindustan yang baru tak best macam dulu sebab dah macam filem mat saleh je.

Saya sangat gembira sebulan dua ni, menikmati kelapangan dengan sepenuhnya. Alhamdulillah saya dah boleh memenuhi jemputan majlis kawan-kawan, minggu lepas tiga majlis dapat dihadiri. Terima kasih atas jemputan semua, seronok sebab boleh jumpa kawan lama dan berbual-bual. Dapat tengok anak Che Mah dan Ayob yang comel tapi tak boleh nak pegang sebab saya selsema, comel sehh anak Che Mah (dah jadi mak orang Che Mah ek, kita rasa macam tak percaya je, huhu). Minggu lepas juga buat pertama kali juga saya menghadiri majlis perkahwinan India, tersangat meriah majlis dia. Kawan sepejabat saya kawin, jadi ramai la budak-budak ofis saya yang datang. Sekali sekala jumpa di luar pejabat seronok jugak.

Tengok Sathesha pakai sari rasa macam dalam cerita hindustan lak (^_^)

Minggu ni pulak cadangnya saya nak balik Kemaman tapi tak jadi sebab mak saya nak balik Kelantan. Hujung minggu ni, sepupu saya jemput sambut hari jadi anak dia, dia nak sambut kat Taman Tasik Perdana sambil berpiknik sama-sama. Tak sabar pulak nak pergi sabtu ni, saya kan memang suka pergi situ. Rindu nak jumpa anak sepupu saya gak, dah setahun dah Iman ni. Kalau korang pergi Taman Tasik Perdana sabtu ni bagitau la ek, boleh kita jumpa (*_*).

Alhamdulillah dengan kelapangan yang saya ada, rasa bahagia membuat pelbagai perkara bersama kawan-kawan dan keluarga. Tapi nikmat kelapangan ni buat saya jadi makin malas, rasa macam tak produktif. Nak menulis blog pun saya malas sekarang, makin suka bersenang lenag je. Saya bercadang nak belajar main gitar dan belajar mengait bila ada masa tapi malas pulak nak mula. Belajar main gitar tu bukan sebab nak jadi penyanyi ek, suara saya tak sedap pun. Kenapa saya nak belajar main gitar, saya mahu belajar sesuatu yang berlainan lagi pun saya dah lama nak belajar main alat muzik. Saya perlu merajinkan diri semula, kalau nak mula sesuatu kena rajin sket, mimpi tak bermakna kalau sekadar cakap je.

p/s: Agak-agak boleh ke Oda main gitar ek, huhu.

No comments: