Assalamualaikum...
Rasa macam lama sangat dah tak kerja
shift pagi, kerja dalam keadaan mengantuk yang amat tak tahu la kenapa, padahal semalam dah masuk tidur awal dah. Badan rasa sangat la penat, hari ni dah masuk hari ke-empat
shift, masih ada dua hari lagi kerja sebab ganti nadia yang tengah bercuti (emm jelesnya). Ini adalah disember saya yang ke tiga sejak saya kerja kat sini, tiap-tiap tahun bila masuk je disember keadaan
office akan berubah.
Suasana di
office pada bulan disember agak rilek dan santai sikit sebab bulan ni kan musim cuti. Bagi team UK (United Kingdom), diaorang semua sangat la rileks sebab tak banyak sangat kerja, yela omputih ramai cuti bulan ni sekali dengan
christmas. Mat saleh kalau cuti
christmas ni tak main la sehari dua, diaorang ambil sampai 2-3 minggu cuti. Tapi team APAC (Asia Pasific - Oda dalam team ni) pun sama jugak, hujung tahun ni ramai yang habiskan
annual leave.
Pokok christmas yang cantik tapi buat saya geram bila tengok, huhu emosional
Ni cuma gambar hiasan, imej amik dari encik Google
Kat sini sambutan perayaan yang paling disambut adalah
christmas, emm apa yang best sangat ntah dengan
christmas ni, Malaysia tak ada salji pun. Rasanya sambut raya lagi
best, tapi kat
office ni jangan harap la nak buat jamuan raya. Dalam
office ni dah mula nampak hiasan
christmas, geram bila tengok pokok
christmas tu bila masuk office rasa nak patah-patahkan jek. Kadang-kadang rasa macam dianaktirikan la jugak, tapi nak buat macam mana kan, kat sini
boss pun mat saleh. Tiap-tiap tahun ada
secrect santa, ni kita akan tukar-tukar hadiah dengan
officemate la. Tahun ni, dah siap-siap
draw nama siapa kita akan bagi hadiah tu. Tak suka sangat dengan
event ni sebab tak reti nak beli hadiah apa, kalau tak beli hadiah kena denda lak.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Gambar selingan, Level of Faith
Huhu, emosional je ek, saya tak larang orang nak sambut
christmas tapi kalau terpaksa melibatkan diri sekali tu yang malas nak layan tu.
Christmas tu kan bagi orang kristian adalah sambutan kelahiran Nabi Isa (diaorang panggil Jesus), diaorang anggap Jesus tu anak tuhan. Sebab tu la kita tak boleh sambut christmas ni, macam kita akui lak yang Jesus tu anak tuhan, emm kadang-kadang tak faham la kenapa orang kita
excited sangat dengan christmas ni.
p/s: Risau pulak bila tengok orang kita lebihkan sambutan perayaan agama lain dari agama sendiri
No comments:
Post a Comment