Imej ambil dari encik Google
Sudah lama saya mahu berbicara tentang isu ini sebenarnya, tapi fokus saya bukanlah tentang budi orang kita tapi lebih kepada bahasa orang kita sekarang. Serius je bunyinya kan, saje je nak beri pendapat pasal benda ni sebab dah menyampah sangat dengar (@_@).Awal minggu ni semasa dalam perjalan balik dari kerja shift malam, saya dengar Hot FM AM krew, macam biasa la ada panggilan hangit, saya tak berapa suka dengar panggilan hangit tetapi kalau dah pasang Hot FM tu dengar la jugak. Bukan nak cerita pasal panggilan hangit tu, tapi sepanjang panggilan hangit tu DJ yang buat panggilan hangit tu banyak sangat guna perkataan yang terpaksa ditootkan (kata-kata kurang manis didengar aka mencarut). Saya faham, DJ tu guna perkataan tu untuk 'mengrealkan' lakonan dia tetapi walaupun ditoootkan kita masih lagi dengar hujung-hujung perkataan tu, dapat jugak la mengagak perkataan apa yang dia guna. Dah lupa dah pasal ni tapi pagi ni dalam perjalan pergi kerja dengar lagi satu panggilan hangit gak, akak yang kena tu pun bahasa dia, saya dengar sabar je la.
Yang kurik itu kundi,
Yang merah saga;
yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Saya tak suka orang yang guna perkataan-perkataan macam ni sebenarnya, kalau ye pun nak marah takkan semua perkataan keluar. Memang la kalau kita tengah marah kita tak perasan pun apa yang kita cakap tapi tak boleh ke kita guna perkataan yang ok sikit. Orang kita kan kaya dengan budi bahasa, banyak lagi perkataan yang boleh guna. Kalau la orang luar dengar orang kita guna perkataan-perkataan macamni mesti diaorang ingat orang kita ni kasar. Saya rasa anak-anak zaman sekarang memang dah biasa sangat berkata-kata kesat. Buktinya, sila la dengar dan lihat, kat tempat-tempat awam kita boleh dengar orang menyumpah dan mencarut, kat Facebook kita boleh lihat banyak yang updates status diaorang dengan kata-kata yang kesat bukan tu je kat office pun kita boleh dengar kan. Bukan yang muda je, yang dah anak empat lima pun sama je kadang-kadang. Macam mana kita nak mengajar anak kita kalau kita pun selalu mengeluarkan kata-kata kesat ni.
Peliharalah LISANMU kerana ia adalah HATIMU yang menentukan baik buruk DIRIMU
Sejak saya bermastautin di KL ni lagi la macam-macam saya dengar, bukan satu bahasa je orang kita mencarut, kalau boleh semua bahasa nak guna la. Kadang-kadang tu ada yang main cakap jek, tak tahu pun maksudnya apa, tapi tau tu perkataan tak elok je. Bagus dah tu tau bahasa lain selain bahasa ibunda tapi tau perkataan yang tak elok je la. Dua hari lepas semasa saya bagitahu kawan saya yang saya tau bahasa jepun sikit-sikit, dia test saya dengan perkataan jepun yang dia tahu iaitu baka (bodoh) dan saru (monyet). Perkataan ni bukanlah mencarut pun tapi bukanlah perkataan biasa kita akan berlajar kan. Orang kita ni tau belajar perkataan tak elok je ke? Sebab ni la kerajaan sampai kena buat kempen budi bahasa, kita nak anak kita berlajar budi bahasa dari sekolah je ke?
p/s: Katanya budi bahasa budaya kita, kemana perginya budi bahasa kita??
No comments:
Post a Comment