Friday, March 13, 2009

Melaka Trip part 1

Assalamualaikum...

yay its Friday but i'm on my first day of my shift. Huhu semua orang excited hari jumaat kan, tapi saya ada 4 hari lagi kena kerja. pulak tu masuk je kerja pepagi tadi telephony system down la pulak, tensen la jugak kejap.

Sebenarnya nak citer pasal trip ke Melaka last week, tak sempat lagi nak tulis blog pasal Melaka trip hari tu. Asalnya plan nak pergi wedding Dianah je tapi cik Huda ajak stay jejalan kat Melaka. Rinie dan Fateen pun plan nak jejalan Melaka so kitaorang join sekali la.

Awal pagi Ahad balik dari kerja dalam kol 7.30 sampai rumah terus bersiap, gosok baju semua. Janji dengan Che Mah dan Huda jumpa kat tol sungai besi pukul 9-10 AM. Rinie dan Fateen lak kitaorang janji jumpa kat RNR Seremban sama dengan Jijah and the geng. Dalam pukul 10 Che Mah dan Huda sampai kitaorang terus gerak. Sampai kat RNR Seremban kitaorang makan breakfast dulu sambil tunggu semua orang sampai. Tak lama lepas tu Jijah and the geng sampai pastu Rinie dan Fateed lak. Dah lama tak berjumpa, kitaorang bertukar-tukar cerita dulu sambil-sambil makan.



Then kitaorang 3 buah kereta gerak la ke Melaka, sesat la jugak sebab peta Dianah tu confused sikit. Sampai kat majlis Dianah around 12.30 PM, ramai jugak la bebudak SCS yang datang. Seronok jumpa semua orang sebab kebanyakkannya dah lost contact lepas habis belajar. Dianah sweet sangat dengan baju biru-pink, lauk banyak sangat sampai rambang mata nak pilih. Kitaorang banyak berbual-bual, updates diri masing-masing. Ada jugak mengenang kisah lama, hehehe.


Lepas majlis Dianah, Oda-huda-semah-rinie-fateen-p'jus gerak ke Ayer Keroh, yang lain semua balik terus. Kitaorang check in kat Hotel Sri Malaysia dalam pukul 3 PM lebih. Panjang la pulak entry ni so the rest of the story akan disambung esok. Gambar dalam entry semua ambil dari facebook Rinie, gambar dari kamera sendiri tak upload lagi, hehe.

1 comment:

Rinie Yusof said...

ape taknye rsa cam kenal jea sume gambar to..credit utk diri sendiri...