Thursday, November 27, 2008

Kerja dan Cuti

Norha call sabtu hari tu tanya bila senang nak ajak keluar berjumpa dan jalan-jalan. Lepas raya baru ada masa senang, minggu ni pergi Melaka, lepas tu minggu depan dah balik Raya haji. Akhir bulan depan akan ke Lumut sebab nak hantar adik tersayang masuk IKM, alhamdulillah dia memang nak sangat masuk IKM. Harap-harap dia tak sia-siakan peluang yang diberi. Agaknya lepas tahun baru la baru boleh keluar dengan Norha. Maaf wahai sahabat, InsyaAllah akan cuba cari masa yang sesuai untuk kita keluar nanti.

Memang diakui dua bulan ni kebanyakkan hari bekerja, sampai satu tahap rasa agak tertekan kerana kurang rehat. Agak cepat marah bila badan penat, maaf Rozila awak jadi mangsa.

Terlupa apa yang lebih penting dalam hidup ini adalah keberkatanNya. Rajin bekerja tidak salah tetapi biarlah seimbang dengan kehidupan dan jangan sampai lupa kepadaNya. Lagipun kerja adalah satu ibadah jika kena dengan caranya. Hidup senang tapi hati tak tenang tiada gunanya.



--Gambar selingan--
Banyak jalan didunia ini, jalan yang mana pilihan anda?

Credit picture to >> iluvislam

Huhu, akhirnya sampai juga hari ni. Esok dah cuti nak pergi Melaka, tak sabar pulak nak tengok Ayu kahwin. Duduk kat Melaka sampai hari Ahad, office Rozila belanja duk hotel kat Melaka malam esok dan malam sabtu lak diaorang ada macam family kat A Famosa Resort, dapat jugak la kitaorang menumpang. Office dia baru dapat ISO so boss tengah happy semacam. Ayu tu satu company ngan Rozila tu yang boss dia belanja tu lagipun diaorang ada bbq malam sabtu ni, alang-alang semua orang pergi wedding ayu tu kan. Tak sabar jugak nak pergi A Famosa Resort nak main air. Dah lama sangat tak berjalan-jalan sebab asyik kerja je. Kali ni nak cuti betul-betul, malas fikir pasal kerja dah, huhu (^_^).

No comments: