Friday, December 19, 2008

Cuti Melaka dan Hari Raya Haji

Assalamualaikum..

Dah lama tak menulis dalam blog, sibuk dengan kerja dan kehidupan. Hehehe, buat-buat sibuk je sebenarnya. Lepas balik dari Melaka hari tu keje dalam 3 hari lepas tu cuti raya haji pulak dalam 12 hari. Itu la sebab menyendiri ni, lagipun kerja banyak sikit sekarang ni, nak update blog pun tak sempat.

Cuti-cuti Melaka hari tu boleh tahan la, seronok tapi penat sikit sebab rushing. Ayu cantik sangat masa wedding dia, nampak lain sangat. Itu la kuasa make up, artis-artis kalau tak pakai make up pun macam orang biasa agaknya. Tapi apa pun ciptaan Allah itu sudah cantik sebenarnya, bersyukurlah seadaanya.

Cuti raya haji pulak biasa aje, tahun ni tak meriah sangat sebab abah tak dapat balik. Selalunya walaupun lambat sikit abah balik jugak tapi kali ni memang tak balik langsung. Tapi tahun ni ada majlis, hari keempat raya haji (emm raya haji 3 hari je) adik sepupu bertunang. Walaupun bertunang tu majlis kecil je tapi penat jugak la, ramai jugak la orang datang. Dah lama tak ada majlis bertunang atau wedding dalam keluarga sendiri ni. Agak teruja la jugak sebenarnya, hari raya ke 7 pun sorang lagi sepupu bertunang jugak tapi tak sempat nak pergi la sebab dah balik KL.

Munie pun dah selamat menjadi isteri orang dah, dia akad nikah pada 12/12/2008 dan majlis pulak pada 13/12/2008. Pergi majlis dia la tapi sampai awal dalam pukul 12 lebih tak sempat nak tunggu munie bersanding pun. Hari tu balik Kemaman dari Kelantan so singgah majlis Munie, nak tunggu sampai bersanding tak sempat la. Masa sampai tu Munie tak make up pun lagi, tak ada peluang nak tengok Munie pakai baju kawin dia. Tak apa la janji dah datang majlis Munie hari tu. Tahniah Munie, semoga kekal dunia dan akhirat (^_^). Bulan depan Besah dan Shida pulak, harap-harap dapat la pergi dua-dua.

Cuti untuk tahun ni dah habis, kat office ni semua orang sibuk habiskan cuti, huhu jelousnya. Bila akhir-akhir tahun ni teringin pulak jadi cekgu sebab dapat la cuti sebulan lebih bergaji pulak tu tapi memikirkan tanggungjawab yang besar tu tak apa la. Rasanya bila cuti asyik pergi majlis kahwin je, huhuhu

1 comment:

munie & ayeng said...

thanks oda..epi sgt oda datang..tak sangka tul..sowi sgt..dop dang nak layan oda n borak2..kelam kabut sgt..erm nnti org turun kl..org bgtau..thanks sgt oda..;)