Akhirnya dapat jugak updates pasal trip ke Perlis hari tu. Tak tengok pun lagi gambar-gambar kat Perlis hari tu, ni pun ambil gambar dari blog Rozila.
Jumaat, 1 May 2009
Kitaorang start gerak dari KL ke Perlis dalam pukul 7.30 pagi sebab nak jalan jauh kan so awal lagi dah gerak. Banyak kali jugak la berhenti kat R&R, berhenti breakfast kat Tapah emm tak boleh nak makan apa pun sebab ramai sangat orang. Then kitaorang berhenti kat R&R Sungai Perak kejap, R&R ni memang faveret jugak la sebab cantik, kalau pegi utara mesti singgah R&R ni.
Rozila dan Ee kat depan R&R Sungai Perak
Kitaorang sampai kat Perlis dalam pukul 3.30 petang, sampai terus pergi ambil kunci rumah, kiraorang stay kat homestay. Ok la jugak rumah dia, ada 3 bilik dan 2 bilik air dan sewa murah je RM150 semalam. Kitaorang stay kat rumah tu 5 orang, besar rumah tu yang bestnya hari ke dua baru kitaorang jumpa 2nd bilik air sebab ingatkan pintu bilik air tu pintu belakang, hahaha. Kitaorang tak sempat nak pergi majlis akad nikan Ayu kat masjid so kitaorang just pergi jumpa Ayu dan family kejap petang tu. Malam lak sebab kepenatan berjalan jauh, so kitaorang duk kat rumah rehat-rehat je.Sabtu, 2 May 2009
Pagi sabtu kitaorang pergi breakfast dan pusing-pusing bandar Kangar kejap, emm tak ada tempat menarik sangat kat bandar Kangar ni, bandar kecik je. Then kitaorang nampak signboard muzium so kitaorang pergi nak tengok muzium tu tapi makcik guard kat situ cakap muzium tu dah pindah ke area Bukit Kayang. Kitaorang try la cari, nasib baik la jumpa tanpa sesat, muzium ni dekat dengan jeti Kuala Perlis. Masa cari tu ingat kalau tak jumpa muzium kitaorang pergi Kuala Perlis je terus. Muzium ni baru je bukak, agak cantik la muzium ni siap ada taman dan kolam lagi. Kat taman belakang muzium tu ada gua tapi kitaorang tak berani nak masuk sebab gelap.
Bergambar kat area Muzium Kota Kayang
Lepas je balik dari muzium tu kitaorang terus bersiap nak pergi majlis wedding Ayu. Tema wedding dia warna merah hati, cantik tul Ayu hari tu. Ada macam-macam acara kat majlis tu, ada live band, persembahan silat dan masa pengantin berarak tu diiringni ngan muzik emm dah lupa dah nama dia. Kawin jugak Ayu akhirnya, lepas Ayu kawin sekarang kat rumah tu tinggal me, zila dan along je.Bergambar dengan pengantin
Bergambar dengan family pengantin
Balik dari majlis kawin, kitaorang terus siap dan bergerak ke Padang Besar. Hehehe shopping sakan jugak la kat sini. Sampai kat padang besar dalam pukul 5.00 petang, kebanyakkan penjual kat sini cakap bahasa kelantan so kitaorang pun cakap kelantan la jugak. Padang besar ni lebih kurang macam Rantau Panjang la jugak cuma nampak lebih teratur. Lepas shopping kitaorang pergi makan Mee Tom Yam, waa memang best la.Kepenatan lepas bershopping
On the way balik ke kangar, kitaorang nampak ladang Ostrich kat tepi jalan so berenti kejap bergambar dengan Ostrich tu tapi diaorang agak menakutkan la jugak. Kitaorang ambil gambar dari jauh je laa. Kagum dengan burung ni leher dia panjang giler, tak lenguh ke cik Ostrich??Cik Ostrich dan husbandnya, hehehe
Malamnya kitaorang pergi ke Kuala perlis makan seafood, orang kata tempat makan kat sini glemer. Emm memang glemer la jugak sebab agak ramai la orangnya, meriah je. Makanan kat sini ok la dan murah sangat, makan tepi pantai besssttt.
Bergambar di Kuala Perlis
Ahad, 3 May 2009Hari last di Perlis, pagi lagi kitaorang bertolak balik. Singgah kejap kat rumah Ayu, jumpa family Ayu dan breakfast kat situ skali. Sebelum balik kitaorang singgah kat gerai buah beli buah mangga Harum Manis, ada banyak jenis mangga kat situ, pakcik yang jual tu bagi kitaorang rasa semua jenis mangga. Kitaorang gerak perlahan-lahan dan singgah kat banyak tempat, dalam pukul 8 malam baru sampai KL.
Trip ke Perlis ni memang memenatkan tapi seronok la jugak, banyak lagi tempat menarik di Perlis tak sempat pergi. Orang kata Kelantan panas kan, rasanya Perlis lagi panas. Tak pernah minum air cap badak tu, kitaorang semua pun minum, huhu sebenarnya nak tahu rasa dia camna je lebih. Harap dapat pergi Perlis lagi, tapi rasanya dalam masa terdekat ni tak kot sebab Perlis tersangat la jauhhhh.
No comments:
Post a Comment