Wednesday, June 30, 2010

Iman

Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan salam baik-baik untuk semua. Saya tiada idea nak menulis sebenarnya tapi sekadar nak berkongsi rasa di sini. Tadi berbicara bersama salah sorang teman baik saya, berbual tentang hidup dan agama. Saya suka berbicara topik ini, yela saya pun kurang ilmunya jadi bila berbicara tentang agama ni boleh la berkongsi ilmu kan. Bukan topik yang besar pun kitaorang berbual, sekadar perbualan biasa.


Kami berbicara tentang sukarnya menjaga iman, maksudnya sesetengah perkara bila kita selalu kita tinggalkan sukar untuk kembali. Seperti mereka yang dahulunya menjaga aurat, bila mula membuka sedikit sukar untuk kembali menjaga aurat tu sepenuhnya. Sukar juga menjaga iman dikalangan mereka yang rapuh imannya. Bila kita menjaga solat, dikelilingi orang yang tidak solat kita dilabel ustazah. Bila melakukan aktiviti bersama kadang-kadang masa untuk solat dilupakan, sedih juga bila melihat semua ini. Saya berharap semua sahabat-sahabat saya, keluarga dan saya sendiri dijauhi dari perkara-perkara yang melalaikan. Kita kan manusia yang tak sempurna, kita mudah lupa dan muda terpengaruh.

p/s: Mari kita sama-sama suburkan iman, ingatkan diri sendiri yang selalu lupa (^_^)

Tuesday, June 29, 2010

Updates - Kisah Oda

Assalamualaikum...

Salam lama tak jumpa, lama betul tak ada entry baru kan. Dua minggu ni saya asyik dengan kerja dan juga baru balik bercuti dari kampung (Kelantan yang tercinta). Sejak balik dari Kelantan saya sangat sibuk dengan kerja, offdays minggu lepas pulak sibuk dengan sepupu dan anak sepupu datang. Bawak diaorang jalan-jalan, tak pergi mana-mana sangat pun pergi Zoo Negara je sebab dah janji ngan Wanda (anak sepupu) nak bawak dia pergi Zoo.

Model Zoo Negara Malaysia, jom kita pergi Zoo (^_^)

Lama betul tak pergi zoo, seronok lak bila pergi jalan-jalan situ. Sekali sekala tukar tempat berjalan bagus jugak, rasa tak cukup sehari berjalan dalam zoo hari tu. Tapi rasanya zoo ni kena ada peruntukan lebih sikit, kalau jaga dengan elok sikit mesti lagi best. Cantikkan sikit je lagi mesti ramai yang nak pergi, seronok sebenarnya jalan-jalan tempat camni.

Habis cerita Zoo ek, dua minggu lepas balik kampung sebab Family day kan. Walaupun kali ni cuma pergi berkelah je tapi tetap menyeronokkan. Bersama dengan keluarga memang best kan, saya harap saya ada banyak hari cuti dan boleh cuti lama lagi di kampung tapi sekarang waktu kritikal untuk team, tak cukup kaki tangan, semua orang berkerja jadi takkan la kita nak bercuti lama-lama.

My Beloved Family

Kumpulan 1


Kumpulan 2


Kumpulan 3

Owhh saya sangat rindukan keluarga saya yang bising itu, raya nanti baru boleh jumpa. Harap-harap boleh dapat la bercuti, raya kali ni sepupu kahwin jadi sangat la nak balik. Seronok kalau ada kenduri dalam keluarga sendiri sebab semua pun kita yang buat, bukan pergi makan je. Banyak jugak aktiviti sepanjang tak mengupdates ni, hari ahad lepas pergi makan korean food kat Seoul Garden dengan Zila, Along dan Na, memang makan tak hengat dunia la. Hari ni lak ada team outing kat TGI Friday, makan besar jugak. Dua hari berturut-turut makan banyak rasa sakit perut, tapi sekali sekala makan besar seronok la jugak.

Panjang la pulak kisah oda kali ni, emm dua minggu tak updates blog. Saya sangat rindu nak updates blog, rasa macam ada benda hilang bila dah lama tak updates blog dan baca blog-blog lain. Ok la kita jumpa lagi ek, sampai jumpa lagi di lain updates ok.

p/s: Serius saya sangat rindu dengan zaman boleh updates blog dengan senang hatinya..

Saturday, June 12, 2010

Updates

Assalamualaikum...

Saya sedih hari ni sebab tak dapat menghadiri majlis kawin sahabat saya Nurul Ain (Yuyu). Sebenarnya nak sangat pergi tapi keadaan tak mengizinkan, sedikit ralat di hati sebab Yuyu adalah antara kawan baik saya semasa di SMSPP dulu. Maaf Yuyu, kerja hari ni dan tak boleh cuti sebab tak ada orang ganti. Semoga Yuyu berbahagia dunia dan akhirat.



Hari ni hari ke tujuh saya bekerja, penat sangat dah badan ni. Kerja shift ni macam ni la, agaknya macam mana la doktor bekerja ek mesti lagi penat. Esok saya akan mula bercuti, nak balik Kelantan untuk hari keluarga, tak lama pun empat hari je sebab tak ada orang nak ganti. Esok malam akan bertolak dengan bas bersama Rozila, disebabkan berdua aje kami tak dibenarkan memandu balik ke kampung. Bagus jugak sebab penat la kalau bawak kereta balik kampung ni. Doakan kitaorang selamat sampai ek (^_^).

p/s: Balik ni nak rehat dengan secukupnya dan kembalikan tenaga sebab nanti kembali bekerja kena kerja lebih masa juga sampailah team dapat orang baru.

Friday, June 11, 2010

Saya yang selalu lupa

Assalamualaikum...

Selamat hari jumaat, selamat hari yang baik-baik. Sekarang jarang sangat mengemaskini (updates) blog, saya amat sibuk menyibukkan diri dengan kerja sekarang sebab kat office tak cukup orang, kena la kerja lebih masa (OT) ganti slot-slot kosong tu. Tadi masa sebelum bukak komputer banyak sangat benda dalam kepala ni nak cerita kat blog tapi bila mula menaip ni macam tak ada idea la pulak.

Owhh dah ingat dah, tadi ingat nak cerita pasal Palestin dan Mavi Marmara. Uits sekarang semua orang cakap pasal palestin kan, emm maaflah kalau rasa muak kalau tak nak baca pun tak apa. Saya cuma nak ingatkan diri sendiri je sebab hanya ingat kat saudara kita kat sana tu bila ada peristiwa macam ni je padahal hari-hari mereka hadapi kekejaman Israel ni. Agaknya kita tau tak cerita pasal konvoi Flotilla ni kalau diaorang tak kena serang. Astafirullah al azim, saya kecewa jugak sebab saya memang tak tahu dan kurang ambil tahu walaupun selalu baca pasal kisah palestin. Saya rasa saya tak menyumbang apa-apa pun kecuali mengutuk Israel yahudi laknat itu.


Bila timbul kisah palestin kita pun mula la bercakap macam-macam, mula memdoakan saudara kita, boikot la dan macam-macam lagi. Macam biasa dah tersentak baru nak melatah, itu pun kejap je lepas ni bila isu ni dah reda kita semua pun senyap balik. Saya pun tergolong dalam golongan ni, tuhan beri nikmat hidup dengan aman, bila gembira saya lupa pada mereka. Emm poyo je bunyi kan tapi tu lah macam saya tulis tadi saya menulis untuk ingatkan diri sendiri.

Harapnya masih belum terlambat la ek, jom kita buat apa yang terdaya untuk bantu saudara kita yang sedang berjuang di bumi Allah palestin. Kalau kita cakap kita tak berkemampuan nak bantu, bukan suruh pergi sana pun, paling kurang kita doakan mereka. Doakan senjata orang mukmin, kuasa Allah tu lebih besar dari Amerika dan Israel, InsyaAllah Allah sentiasa bersama kita. Boleh jugak baca Qunut Nazilah, nak tahu lebih lanjut sila la ke sini.


Doa Qunut Nazilah

Tapi saya tetap bengang dan nak jugak kutuk Israel laknat, Amerika dan Mesir, lagi-lagi Mesir yang negara islam tu. Huihhh memikirkan pasal ni pun dah buat saya marah, Turki yang pernah di'brainwash' oleh Kamal Artartuk tu pun lagi lebih membantu daripada Mesir yang berjiran dengan Gaza tu. Kat situ ada Al-Azhar, ramai ilmuwan cerdik pandai tapi sayang kerajaan Mesir tu buta dengan dunia, harapnya rakyat mesir bangkit membantu saudara sesama islam, berjiran lak tu. Amerika lak tak payah cakap la, saya pun tak tahu nak tulis apa, hilang kata-kata dengan kebodohan US ni.

p/s: Kalau nak derma untuk bantu Palestin kat frame sebelah ni ada letak cara nak menderma, kalau klik gambar Lifeline 4 Gaza tu akan link ke laman web Lifeline 4 Gaza. Allahu akbar!!

Friday, June 4, 2010

Hari Alam Sekitar Sedunia

Assalamualaikum...

Salam hari alam sekitar (^_^). Tadi dengar Hot.fm Kiran dan Anne, diaorang broadcast dari Jusco Setiawangsa (AEON Setiawangsa) sempena Hari Alam Sekitar Sedunia esok. Diaorang sibuk duk kumpul barang kitar semula, siapa yang nak hantar barang kitar semula boleh la pergi ke sana. Tak dengar la pulak berapa hari kempen ni tapi mungkin ada pusat kitar semula kat situ kot.

Fikir Hijau, huhu.
Sumber gambar: Google

Sebelum ni saya dah pernah tulis pasal isu kitar semula ni, tak caya sila la baca kat sini, huhu. Tak tahu pun esok hari alam sekitar sedunia, memang dari minggu lepas lagi bercadang nak pergi hantar barang kat pusat kitar semula Tesco Ampang tapi asyik tertangguh je. Dengar radio tadi terus semangat nak hantar barang kitar semula ni. Tak ada la banyak sangat barang nak kitar semula, cuma surat khabar, baju lama yang dah tak muat dan botol-botol plastik yang dikumpul.

Barang-barang yang akan dihantar ke Pusat Kitar Semula

Sebenarnya baru tahun ni saya tahu ada hari alam sekitar ni, tiap-tiap tahun pada 5 Jun seluruh dunia sambut hari alam sekitar ni. Tema tahun ni Many Species. One Planet. One Future, nak tahu lebih lanjut sila la baca di wikipedia ok. Apa-apa pun jom kita sokong hari alam sekitar ni, sayangilah bumi kita. Saya juga sokong Selangor dan Kuala Lumpur buat hari sabtu hari tanpa beg plastik walaupun kadang-kadang bila lupa nak bawak green bag tu terpaksa pegang semua barang sendiri, pendekatan yang bijak dari kerajaan. Think green, Go green!.

p/s: Kalau bukan kita yang nak ambil tahu siapa lagi (@_@)

Thursday, June 3, 2010

Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti…

Salam ukhuwah dan salam hari khamis buat semua. Baru lepas habis membaca buku Secangkir Teh Pengubat Letih tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com), beliau adalah salah seorang penulis kegemaran saya. Buku ini berkisar tentang pengalaman beliau di Turki, banyak kisah yang buat saya sebak semasa membaca buku ni.


Paling memberi kesan kepada saya adalah kisah tentang isu bertudung di Turki, walaupun antara negara pengeluar tudung terbesar dunia tetapi muslimat Turki didiskriminasikan dan dilarang untuk bertudung. Mereka tidak dibenarkan bertudung di tempat awam dan di universiti menjadikan agak sukar bagi mereka untuk menyambung pengajiaan. Disuruh memilih antara IMAN dan MASA DEPAN, mereka memilh IMAN. Ironi ek dengan negara kita, saya melihat ramai rakan-rakan saya yang dulu bertudung kini tidak bertudung.


Saya pun bukanlah sempurna sangat, InsyaAllah semampu yang boleh saya akan cuba menutup aurat. Negara kita tak ada undang-undang melarang bertudung tapi ramai yang memilih untuk tidak bertudung, agaknya kita tak tahu betapa cemburunya muslimat Turki dengan kebebasan beragama kita. Walaupun Turki adalah negara yang tersohor dalam sejarah islam, kesan sekularisme Kamal Antartuk menjadikan Turki seperti sekarang. Saya rasa Malaysia juga sudah hampir ke situ, sekarang kita nampak sekularisme berlaku di mana-mana.

Kepada sahabat-sahabat saya, marilah kita sama-sama berusaha menjaga aurat kita. Selagi ada waktu dan selagi nafas dikandung badan, jom kita cari keredhaan Allah.

Sahabat…
Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu
Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni

Moga ukhuwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahagia di negeri abadi

Lagu: Masih ada waktu
Munsyid: Rast
Sumber: liriknasyid.net

Panjang pulak bebelan kali ni, dah lama tak menulis isu-isu serius macam ni. Isu bertudung ni selalu sangat kita baca kan, lagi-lagi isu gadis bertudung tapi buat maksiat, saya pun dah jemu dengan kisah-kisah tu semua. Apa pun orang lain buat itu kisah mereka, apa yang penting kerjasama adalah kisah kita sendiri. Kita bukan gadis itu, jangan jadikannya alasan untuk kita tidak menjaga aurat kita.

p/s: Sila la baca buku Secangkir Teh Pengubat Letih ni, sangat menarik buku ni (^_^). Dari buku ni jugak saya kenal dan mengetahui bahawa Syed Naquid al-Attas itu adalah orang Malaysia.