Friday, March 5, 2010

Sayangi Bumi Kita

Assalamualaikum…

Rasa macam lama sangat tak meng-updates blog ni, macam biasa alasannya tak ada idea dan malas je la. Terasa jugak nak menukar layout blog tapi itu pun malas jugak, huhu. Sekarang ni tak banyak sangat aktiviti, kerja, tengok tv, tido, makan, jalan-jalan, shopping dan membaca buku je. Walaupun macam boring je tapi saya memang suka semua aktiviti tu.

Sepatutnya bercuti ke perhentian bulan ni tapi ada banyak sebab terpaksa dibatalkan. Sedih jugak la sebab teringin sangat nak bersantai-santai kat tepi pantai, mungkin ada hikmahnya tak dapat pergi. Lagipun sekarang ni dengar banyak sangat bencana alam, ngeri jugak la bila dengar bencana alam kat negeri orang. Kesan global warming memang dah sangat nampak la sekarang ni.

Imej ambil dari encik Google.

Cakap pasal global warming ni, apa kata kita cuba la menbantu jugak. Walau pun tak banyak tapi cuba la buat. Banyak cara kita boleh menyumbang sebenarnya, salah satunya kita kurangkan penggunaan beg plastik. Kerajaan Selangor buat kempen ni, hari sabtu adalah hari tanpa beg plastik (emm tak tahu apa nama betul kempen ni). Semua pasaraya kat Selangor tak kasi beg plastik pada hari sabtu, kalau nak jugak kena charge 20 sen. Bagus jugak kempen ni, tak banyak dapat jugak beri kesedaran pada orang awam. Guna la beg mesra alam yang ada banyak jual, tak mahal pun dalam RM 3- RM 5 je, boleh guna banyak kali. Beg plastik yang kita guna tu ambil masa 500 tahun nak terurai, emm kalau kita banyak sangat guna risau jugak bahan buangan tu nak letak kat mana, nak recycle tak boleh.

Imej ambil dari encik Google.

Haa cara yang kedua, kita recycle aka kitar semula. Macam mana nak recycle, emm kalau ni pun nak kena ajar tak tahu la. Cuma kena asingkan sampah ikut kategori je, kertas, plastik, kaca dan aluminium. Sampah basah tak boleh recycle, yang tu buang macam biasa je la. Walaupun leceh sikit nak kena sort sampah kan, tapi tak susah pun nak buat. Sediakan la tong-tong untuk semua jenis bahan tu lagi menyenangkan kerja. Banyak tempat ada sediakan kemudahan recycle ni, yang datang kutip kat kawasan perumahan pun ada tiap-tiap minggu (kalau kita ambil perhatian kita akan perasan). Untuk yang tinggal kat area Cheras-Ampang ni, kat Tesco Ampang ada pusat recycle. Kain baju yang kita dah tak pakai pun boleh recycle jugak.

Ada lagi tips yang Rozila bagitau, kurangkan bukak-tutup peti ais sebab peti ais keluarkan CFC (chlorofluorocarbon), setiap kali kita buka peti ais kita akan bebaskan gas CFC tu. Jadi kalau nak ambil barang dalam peti ais tu fikir dulu apa yang kita nak ambil nanti tak ada la kita bukak peti ais tu dua tiga kali kan (emm ni memang susah la nak praktiskan, lemah lagi dalam bab ni). Air-cond pun sama, kalau boleh tak payah la pasang air-cond kat rumah, jimat letrik jugak nanti.

Sebenarnya banyak lagi tips untuk mengurangkan kesan rumah-hijau ni, nak tau sila la Google ek. Apa pun nak buat semua ni kena ada kesedaran diri dulu, kalau kita tak jaga bumi kita ni siapa lagi, takkan alien kot kan, huhu.

p/s: Oda pun sama jugak, kena tambah lagi kesedaran diri (@_@). Marilah sama-sama kita jaga bumi kita ek.

1 comment:

Anonymous said...

Nice Blog… blog walking..
Program-latihan-Motivasi-Dato’- fadzilah-kamsah
http://superkidexcel.com/