Tuesday, April 27, 2010

Updates

Assalamualaikum...

Saya tak pernah segembira hari ni masa dapat baca semua blog yang selalu saya baca. Sejak minggu lepas office block banyak website termasuklah blog, entertainment website saya faham tapi saifulislam.com pun kena block jugak buat saya geram. Tapi geram pun bukan boleh marah, takkan nak marah management sebab block website yang tak ada kaitan dengan kerja kan, terpaksalah redha. Maka jadilah kami semua pekerja yang sangat berdedikasi dan membosankan, yang makin berdedikasi menjadi hackers pun ada, huhu. Kat rumah pulak monitor PC rosak, menjadikan saya malas nak online di rumah. Sebab tu la agak lama jugak tak updates blog ni.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat bercuti hujung minggu je (^_^)

Hujung minggu ni insyaAllah kalau tak ada halangan dan cuti di-approvekan saya akan pulang ke Kemaman yang dirindui. Kesian kat Ma mesti rindu kat anak-anak dia, balik jarang-jarang. Kali ni balik dengan Along je sebab Rozila ada kelas (belajar sambil keje ni penat ek, takut lak nak sambung belajar). Balik kali ni harap dapat pergi la Cherating (nak pergi ke pantai, main air), last balik tak dapat pergi sebab ombak besar bahaya dan Abah pun tak kasi pergi. Jadi harapnya dapat la berehat dan menikmati cuti hujung minggu ni, huhu. Harap hujung minggu korang pun best jugak ok.

p/s: Balik kemaman tenangkan fikiran setelah bekerja dengan berdedikasinya, huhu.

Monday, April 19, 2010

Hutang Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum...

Hari ni berpuasa ganti, hutang tak habis lagi. Dua tiga bulan lagi je dah nak puasa balik, kena la cepat-cepat ganti kan. Persoalannya sempat ke kita sampai ke ramadhan nanti, saya harap masih sempat merasa bulan ramadhan yang akan datang, insyaAllah.




Saya sedikit terasa mendengar berita-berita kematian semenjak dua menjak ni. Bila artis meninggal semua terkejut kan padahal setiap hari ramai umat yang mati. Tapi mungkin sebab kita tak kenal jadi perasaan simpati itu hampir tiada. Takziah kepada sesiapa yang ahli keluarganya kembali ke rahmatullah.

Kata ulama, jangan tertipu dengan usia muda kerana mati itu tidaklah syaratnya tua. Dan jangan juga tertipu dengan kesihatan tubuh kerana bukanlah sakit saja syarat menyambut ajal.

Ayat kat atas ni baca dalam satu artikel minggu lepas, terasa menusuk ke dalam hati saya. Walaupun dah tau semua tapi sememangnya kita selalu lupa kan, ajal tu boleh datang bila-bila masa je. Jadi kalau ada hutang dengan Allah tu cepat-cepat la bayar. Kalau tertinggal semayang subuh, cepat-cepat ganti, puasa pun sama jugak. Banyak lagi tu, zakat dan haji bagi yang berkemampuan (bila la dapat pergi sana ek). Hutang dunia pun jangan buat-buat lupa, semua kena bayar.

"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya:
Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?.

Rasulullah menerangkan:
Membaca Al Quran dan mengingati maut (mati)."

[HR Al Baihaqi]

p/s: Jom sama-sama kita muhasabah diri dan bayar hutang dunia akhirat (^_^)

Friday, April 16, 2010

Hari Buku Sedunia

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti..

Salam jumaat, Selamat, selamat hari yang baik buat semua. Hari jumaat yang syahdu saya mula bekerja semula setelah berpoya-poya selama empat hari di rumah; makan, tido, tengok tv, tengok drama, khatam buku dan menambahkan kemalasan diri. Kembali bekerja bermakna kembali kepada realiti dan kembali mendisplinkan diri untuk bangun pagi, nak hidup kenalah bekerja (owhh kalaulah mak bapak saya kaya, boleh la duduk rumah goyang kaki). Panjang pulak intro kali ni ek.

Imej ambil dari MPH

Apa cerita hari ni, hehe saya nak cerita tentang salah satu perkara kegemaran saya, BUKU. Baru dapat mesej dari MPH, ada offer sempena Hari Buku Sedunia (World Book Day) dari 16/4 hingga 15/5. Saya sedikit tensen sebenarnya sebab baru je beli 3 buku dari MPH semalam, walaupun saya beli buku offer jugak (buy 3 for 2), huhu.

Mark the Day with A Rose

In 1995, UNESCO declared 23rd April the World Book Day.This symbolic date for universal literature also mark the passing away of Miguel de Cervantes and William Shakespeare on the same day in 1616.

In the Spanish region of Catalonia, on 23rd April, a rose is exchanged for each book received.

Sempena bulan membaca ni jom kita membaca, tak kira la apa genre pun bagi saya semua buku ada ilmunya. Tak suka baca novel boleh baca majalah atau journal, membaca blog pun sama jugak. Banyak bahan bacaan yang boleh kita dapat dari sekeliling kita, ambil la sedikit masa kita untuk membaca ok. Saya suka pantun Tun Dr. Siti Hasmah dalam lagu membaca gaya wawasan sempena kempen membaca, meh baca pantun best ni.

Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Bacalah sampai pandai,
Buku-buku pelbagai ilmu.

Santan lemak manis,
Santan kelapa muda,
Jangan anak menangis,
Kalau emak suruh membaca.

p/s: Apa lagi, jom kita baca buku!!

Monday, April 12, 2010

Updates: Macam-macam

Assalamualaikum...

Dua tiga hari ni banyak kali nak updates blog tapi kemalasan melanda diri, masuk bulan april ni hampir setiap hari bekerja jadi agak kepenatan sedikit. Akhirnya esok dah mula offdays, harap-harap tak perlu datang ganti sepanjang off nanti. Walaupun kepenatan tapi saya rasa minggu lepas sangatlah produktif sebab banyak perkara berjaya diselesaikan.

Minggu lepas pergi servis kereta dan pergi pusat zakat. Betullah berzakat ni menyucikan hati dan jiwa, tenang sikit hati saya bila dah bayar zakat ni. Dah lama nak pergi bayar zakat ni tapi selalu tak terpergi, emm memang tak suka sangat berurusan dengan benda-benda ni, bil rumah semua pun Rozila yang bayarkan.


Masa dekat pusat zakat ada kempen derma darah, dah alang-alang saya kat situ pergi la menderma darah sekali. Saya pernah derma darah sekali je sebelum ni, itu pun masa matrik dulu. Buku merah tu tak bawak pun, jadi tadi dapat la lagi satu buku tu lagi. Walaupun sorang-sorang tadi tapi seronok pulak derma darah ni, siap dapat hamper lagi. Agaknya tu kempen PPZ (Pusat Pungutan Zakat) kot untuk galakkan orang derma darah. Tak sakit pun derma darah ni, cuma masa dia nak cucuk tu kita rasa gerun sikit tapi kalau takut tak payah tengok la sebab saya pun tak berani nak tengok dia cucuk. Lepas derma darah tangan akan rasa lenguh-lenguh sikit tapi nanti lama-lama ok la.


Hamper dan buku merah (sijil derma darah) yang dapat lepas derma darah tu

Berjaya jugak mengisi e-filing untuk tafsiran cukai 2009, siapa-siapa yang tak buat lagi cepat-cepat la ek sebelum hujung bulan ni. Kalau dah buat sebelum ni, kali ni senang je la buat tapi pening la jugak sikit. Yang tak pernah isi e-filing sila la ke LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) yang berdekatan untuk ambil id anda, dah alang-alang kat situ isi je la nanti boleh orang LHDN tu tolong mana yang kita tak tahu. Pergi tu bawak la semua resit-resit, EA form dan apa yang perlu ek.

Buku Langit Illahi karya Hilal Asyraf jugak berjaya dihabiskan, saya suka betul buku adik Hilal Asyraf (dia baru 23 tahun) ni. Buku ni ringkas dan padat tapi mengesankan hati, InsyaAllah saya akan beli Langit Illahi 2 nanti. Kalau nak baca blog adik Hilal Asyraf sila la ke sini ek, banyak perkara kita boleh belajar kat blog ni. Lepas ni nak baca buku Murabbi Cinta karya Uztaz Hasrizal (saifulislam.com) lak, dua-dua buku ni beli masa pesta buku hari tu. Sebenarnya tak habis lagi baca Sherlock Homes Vol. 1, buku tu tebal sangat dan ada banyak cerita. Mungkin bila habis satu cerita dalam buku tu berhenti kejap dan baca buku lain dulu selang seli, huhu.

p/s: Alhamdulillah, syukur semua urusan dipermudahkan.

Monday, April 5, 2010

Allah is Enough for Me

Assalamualaikum..



Allah is Enough for Me oleh Zain Bhika


Menitis air mata saya mendengar lagu Allah is enough for me nyanyian Zain Bhika, penceritaan kisah Nabi Yusuf A.S dalam lagu ini benar-benar membuat saya terkedu. Walau apa pun ujian yang diterima Nabi Yusuf A.S semuanya dia terima dengan redha, cukuplah Allah bagiku kata Nabi Yusuf A.S. Agaknya boleh tak kita sekuat itu kalau menerima ujian seperti Nabi Yusuf A.S?




Mendengar sirah nabi hati saya selalu tersentuh, mungkin kerana semuanya kisah benar yang diriwayatkan dari Al-Quran. Kisah-kisah para anbiya yang berjuang dan diberi ujian yang tak terjangkau akal bagi kita umat zaman sekarang dimana islam sudah kukuh bertapak. Betapa jauhnya kekuatan iman mereka dengan diri saya. Padahal mereka diuji dengan ujian yang sangat berat berbanding kita pada sekarang, bagaimana agaknya saudara kita di palestin sana. Agaknya dapatkah kita mempunyai iman sekuat mereka jika diuji sedemikian. Jom kita sama-sama muhasabah diri, walau apa pun kesusahan dan ujian yang kita terima pasti jauh lebih kecil berbanding saudara kita di palestin sana.

p/s: Ini antara sebab utama saya suka dengar lagu nasyid, mengingatkan saya yang selalu lupa.

Friday, April 2, 2010

Anak

Assalamualaikum…

"Ya allah ya tuhan kami kurniakan kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa."

Sedang mendengar lagu Sesuci Mariam nyanyian kumpulan Nice buat saya berfikir tentang ibu-ibu yang melahirkan anak-anak tanpa bapa. Walaupun keadaan berbeza antara Saiditina Mariam dan ibu-ibu zaman sekarang yang melahirkan anak tanpa bapa tapi rasanya perasaan gundah gelana mengandungkan anak yang tak dipinta itu mesti lebih kurang sama kan.

Sesuci Mariam
Munsyid : NICE

Hati mana yang tidak gembira
Bakal memiliki cahayamata
Penyambung zuriat keturunan
Hadir membawa bahagia

Namun dalam kegembiraan itu
Terselit duka yang meruntun kalbu
Insan yang bakal dilahir ke dunia
Tak tahu asal usulnya

Ribut pasir di gurun membara
Tak sehebat kalut di dalam jiwa
Apa jawabmu bila ditanya…
Janin yang membesar di rahimmu…siapa bapanya
Sedang dirimu yang masih suci tiada ternoda

Saidatina Mariam perawan mulia
Tabah kau hadapi dugaan melanda
Saidatina Mariam wanita solehah
Kebenaran terbukti pada yang tak bersalah

Akhlak yang terpuji dan berperibadi yang tinggi
Menjadi pakaian dan perhiasan diri
Sehingga Allah memilih rahimmu yang suci murni
Untuk menghamilkan Isa…seorang nabi
Kau solehah...


Sekarang banyak kita dengar kisah buang bayi ni, kalau ada satu kes mesti lepas tu akan keluar kisah yang lebih kurang sama, dah macam epidemik, makin menjadi-jadi. Semalam baca dari laman web saifulislam, laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Saya sangat terkejut dengan jumlah ini, ramainya anak gadis kita yang terlibat dengan gejala ini. Maksiat dan zina semakin berleluasa, buat kita berfikir dimana silapnya. Masa ini semua akan menuding jari sesama sendiri, jika ditanya pada saya sebahagian besarnya adalah kerana rapuhnya institusi kekeluargaan dan juga kurangnya didikan agama.


Dunia ini sangat kuat pengaruhnya, lagi-lagi pengaruh terhadap hawa nafsu. Anak-anak mesti dididik mebina benteng yang kukuh untuk melawan godaan dunia. Sekarang jarang kita jumpa adik-adik yang sekolah menengah yang tak ada awek/pakwe, ber-couple dah menjadi trend sekarang, kalau tak ada kekasih kita akan dianggap kolot dan tak laku. Dengan pemikiran yang macam ni, maka makin kuatlah gejala maksiat ini terjadi. Pada saya keluarga adalah pembimbing utama dan juga penguasa yang seharusnya membimbing dan mengawal anak-anak kita. Kemana perginya bapa yang memarahi anak yang tak solat, kemana perginya ibu yang menahan anak yang keluar rumah tanpa menutup aurat dan kemana perginya abang dan kakak yang menasihati adik-adik yang keluar berduaan dengan orang yang bukan muhrim mereka?


Panjang lebar dan serius tulisan saya hari ini, saya sedih membaca dan mendengar kisah buang anak ni. Ramai orang yang mahukan zuriat tapi masih belum mendapat rezeki, mereka buang anak macam anak-anak ni barang pecuma. Bukan ke untuk melahirkan anak itu perlu melalui pahit manis selama sembilan bulan, perasaan tak terusikkah selama sembilan bulan tu? Kadang-kadang saya terfikir tak ada perasaan langsungkah mereka, kenapa anak itu mesti dibuang. Takutkan kata-kata dan kejian orang atau takut memalukan keluarga? Bukankah lebih baik takut dan malu kepada Allah S.W.T.

p/s: Emosional ek, rasanya semua orang emosional bila baca berita tentang buang anak ni kan.

Dunia hanya di tangan jangan di hati

Assalamualaikum...


Minggu ni saya asyik menerima berita kematian sahaja, yang terbaru adalah allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal semalam dalam pukul 12.30 pagi. Takziah kepada keluarga allahyarham, semoga roh dicucuri rahmat. Awal minggu ni, rakan tempat kerja saya meninggal sebab dilanggar pemandu mabuk kat stesen minyak dekat Taman Midah. Terkejut jugak sebab baru lepas jumpa dia minggu lepas masa training kat TPM. Takziah juga buat keluarga arwah.

Ini adalah peringatan untuk kita yang mati itu pasti, tak ada seorang umat pun akan terlepas darinya. Kena la sentiasa bersedia, jangan kita ingat hidup kita panjang lagi sebab kita tak tak akan tahu bila saatnya kita akan dipanggil kembali kepadaNya. Tak ingat bila tapi dalam minggu ni la kot dengar dalam TV ada seorang penceramah tu cakap: "Hai orang muda jangan ingat matimu tua". Berbisa kan, bila kita lihat orang-orang sekarang lupa dengan akhirat ibarat hidup dalam dunia untuk selama-lamanya. Emm samalah dengan orang yang menulis entry ni jugak, owwhhh dunia..dunia..dunia.


Bak kata ayat kat atas ni, kalau kita kejar dunia maka kita akan dapat dunia semata-mata. Oleh itu jadikanlah dunia ini digenggaman kita, bukan bermukim dihati. Ingatlah 5 sebelum 5, rasanya semua dah tau apa 5-5 tu kan jadi tak payah tulis la kan. Kalau tak tahu sila la dengar lagu Rabbani, Ingat 5 Sebelum 5.

p/s: Ya Allah, Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami kebaikan dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka..

Thursday, April 1, 2010

Salam April Bodoh

Assalamualaikum...

Tak tahu nak men-translate perkataan fool itu kepada apa jadi saya guna je perkataan bodoh. Kalau ditanya kepada saya pendapat tentang hari april bodoh ni, no comment sebab tak memberi kesan pun kepada saya. Kesian kat april, asal masuk bulan april je dapat bodoh kat belakang. Kalau nak kenakan saya tak kesah tapi asalkan jangan melampaui batas. Pagi tadi dah terkena lawak april bodoh, hehehe bila fikir balik kelakar la pulak.


Lawak april bodoh yang kejam (imej ambil dari encik Google)

Kenapa tak ada hari genius ek, dari kita memperbodohkan orang kan lagi bagus kita menpandaikan/mengeniuskan orang. Padahal bulan april adalah bulan membaca, tapi dimulakan dengan april bodoh, macam-macam la. Emm april ada dua title bulan membaca dan april bodoh, mana satu yang korang pilih?

Pada hari april bodoh ni saya kembali bekerja setelah off yang malas selama empat hari. Masuk kerja dengan perasaan malas yang masih bersisa, tapi dengan volume kerja yang banyak hari ni membuatkan saya tak sempat untuk bermalasan. Walau pun sangat sibuk sepanjang hari saya rasa sangat produktif hari ini. Kadang-kadang dengan mood malas ni bagus kalau banyak kerja sebab ia membuatkan saya tak sempat melayan perasaan malas sendiri tu.

p/s: Banyak kerja pun sempat lagi updates blog ek, huhu tu la namanya good work management (^_^) uitss!!