Monday, April 12, 2010

Updates: Macam-macam

Assalamualaikum...

Dua tiga hari ni banyak kali nak updates blog tapi kemalasan melanda diri, masuk bulan april ni hampir setiap hari bekerja jadi agak kepenatan sedikit. Akhirnya esok dah mula offdays, harap-harap tak perlu datang ganti sepanjang off nanti. Walaupun kepenatan tapi saya rasa minggu lepas sangatlah produktif sebab banyak perkara berjaya diselesaikan.

Minggu lepas pergi servis kereta dan pergi pusat zakat. Betullah berzakat ni menyucikan hati dan jiwa, tenang sikit hati saya bila dah bayar zakat ni. Dah lama nak pergi bayar zakat ni tapi selalu tak terpergi, emm memang tak suka sangat berurusan dengan benda-benda ni, bil rumah semua pun Rozila yang bayarkan.


Masa dekat pusat zakat ada kempen derma darah, dah alang-alang saya kat situ pergi la menderma darah sekali. Saya pernah derma darah sekali je sebelum ni, itu pun masa matrik dulu. Buku merah tu tak bawak pun, jadi tadi dapat la lagi satu buku tu lagi. Walaupun sorang-sorang tadi tapi seronok pulak derma darah ni, siap dapat hamper lagi. Agaknya tu kempen PPZ (Pusat Pungutan Zakat) kot untuk galakkan orang derma darah. Tak sakit pun derma darah ni, cuma masa dia nak cucuk tu kita rasa gerun sikit tapi kalau takut tak payah tengok la sebab saya pun tak berani nak tengok dia cucuk. Lepas derma darah tangan akan rasa lenguh-lenguh sikit tapi nanti lama-lama ok la.


Hamper dan buku merah (sijil derma darah) yang dapat lepas derma darah tu

Berjaya jugak mengisi e-filing untuk tafsiran cukai 2009, siapa-siapa yang tak buat lagi cepat-cepat la ek sebelum hujung bulan ni. Kalau dah buat sebelum ni, kali ni senang je la buat tapi pening la jugak sikit. Yang tak pernah isi e-filing sila la ke LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) yang berdekatan untuk ambil id anda, dah alang-alang kat situ isi je la nanti boleh orang LHDN tu tolong mana yang kita tak tahu. Pergi tu bawak la semua resit-resit, EA form dan apa yang perlu ek.

Buku Langit Illahi karya Hilal Asyraf jugak berjaya dihabiskan, saya suka betul buku adik Hilal Asyraf (dia baru 23 tahun) ni. Buku ni ringkas dan padat tapi mengesankan hati, InsyaAllah saya akan beli Langit Illahi 2 nanti. Kalau nak baca blog adik Hilal Asyraf sila la ke sini ek, banyak perkara kita boleh belajar kat blog ni. Lepas ni nak baca buku Murabbi Cinta karya Uztaz Hasrizal (saifulislam.com) lak, dua-dua buku ni beli masa pesta buku hari tu. Sebenarnya tak habis lagi baca Sherlock Homes Vol. 1, buku tu tebal sangat dan ada banyak cerita. Mungkin bila habis satu cerita dalam buku tu berhenti kejap dan baca buku lain dulu selang seli, huhu.

p/s: Alhamdulillah, syukur semua urusan dipermudahkan.

No comments: