Friday, April 2, 2010

Anak

Assalamualaikum…

"Ya allah ya tuhan kami kurniakan kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa."

Sedang mendengar lagu Sesuci Mariam nyanyian kumpulan Nice buat saya berfikir tentang ibu-ibu yang melahirkan anak-anak tanpa bapa. Walaupun keadaan berbeza antara Saiditina Mariam dan ibu-ibu zaman sekarang yang melahirkan anak tanpa bapa tapi rasanya perasaan gundah gelana mengandungkan anak yang tak dipinta itu mesti lebih kurang sama kan.

Sesuci Mariam
Munsyid : NICE

Hati mana yang tidak gembira
Bakal memiliki cahayamata
Penyambung zuriat keturunan
Hadir membawa bahagia

Namun dalam kegembiraan itu
Terselit duka yang meruntun kalbu
Insan yang bakal dilahir ke dunia
Tak tahu asal usulnya

Ribut pasir di gurun membara
Tak sehebat kalut di dalam jiwa
Apa jawabmu bila ditanya…
Janin yang membesar di rahimmu…siapa bapanya
Sedang dirimu yang masih suci tiada ternoda

Saidatina Mariam perawan mulia
Tabah kau hadapi dugaan melanda
Saidatina Mariam wanita solehah
Kebenaran terbukti pada yang tak bersalah

Akhlak yang terpuji dan berperibadi yang tinggi
Menjadi pakaian dan perhiasan diri
Sehingga Allah memilih rahimmu yang suci murni
Untuk menghamilkan Isa…seorang nabi
Kau solehah...


Sekarang banyak kita dengar kisah buang bayi ni, kalau ada satu kes mesti lepas tu akan keluar kisah yang lebih kurang sama, dah macam epidemik, makin menjadi-jadi. Semalam baca dari laman web saifulislam, laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Saya sangat terkejut dengan jumlah ini, ramainya anak gadis kita yang terlibat dengan gejala ini. Maksiat dan zina semakin berleluasa, buat kita berfikir dimana silapnya. Masa ini semua akan menuding jari sesama sendiri, jika ditanya pada saya sebahagian besarnya adalah kerana rapuhnya institusi kekeluargaan dan juga kurangnya didikan agama.


Dunia ini sangat kuat pengaruhnya, lagi-lagi pengaruh terhadap hawa nafsu. Anak-anak mesti dididik mebina benteng yang kukuh untuk melawan godaan dunia. Sekarang jarang kita jumpa adik-adik yang sekolah menengah yang tak ada awek/pakwe, ber-couple dah menjadi trend sekarang, kalau tak ada kekasih kita akan dianggap kolot dan tak laku. Dengan pemikiran yang macam ni, maka makin kuatlah gejala maksiat ini terjadi. Pada saya keluarga adalah pembimbing utama dan juga penguasa yang seharusnya membimbing dan mengawal anak-anak kita. Kemana perginya bapa yang memarahi anak yang tak solat, kemana perginya ibu yang menahan anak yang keluar rumah tanpa menutup aurat dan kemana perginya abang dan kakak yang menasihati adik-adik yang keluar berduaan dengan orang yang bukan muhrim mereka?


Panjang lebar dan serius tulisan saya hari ini, saya sedih membaca dan mendengar kisah buang anak ni. Ramai orang yang mahukan zuriat tapi masih belum mendapat rezeki, mereka buang anak macam anak-anak ni barang pecuma. Bukan ke untuk melahirkan anak itu perlu melalui pahit manis selama sembilan bulan, perasaan tak terusikkah selama sembilan bulan tu? Kadang-kadang saya terfikir tak ada perasaan langsungkah mereka, kenapa anak itu mesti dibuang. Takutkan kata-kata dan kejian orang atau takut memalukan keluarga? Bukankah lebih baik takut dan malu kepada Allah S.W.T.

p/s: Emosional ek, rasanya semua orang emosional bila baca berita tentang buang anak ni kan.

No comments: